Assalamualaikum. Hari ini saya kembali semula berblog. 'Halangan' telah di tempuh. Harap2 mahaguru saya puashati. Di dalam masa
Ingat tak tentang 11 spesis drebar dalam entri sebelum ini! Dulu dah ada 11 spesis, sekarang saya tambah 9 lagi ... dah jadi 20. Boleh tahan gak banyaknnya kan ! Kalau anda drebar Malaysia, saya pasti anda berada dalam salah satu spesis itu.
12. Spesis Penakut .
Dia suka ikut dekat2 dari belakang. Kita laju dia pun laju, kita perlahan dia pun ikut perlahan. Ntah apa yang dia takutkan !
13. Spesis Riak.
Dia ni hantar anak sekolah, kalau boleh nak kereta sampai masuk dalam kelas. Kalau makan kat restoran, kalau dapat kereta nak duk sebelah meja. Mentang2lah kereta dia Sang Kancil Super Turbo Hard Top Special Edition 660 cc.
14. Spesis Tamak.
Dia ni suka ikut tengah2 jalan. Kita nak potong kanan pun tak dapat, kiri pun tak boleh. Kalau parking pun gitu juga ... Kita nak parking kiri, tak muat ... kanan pun tak celus. Ikutkan hati mahu rasanya nak parking atas kereta dia !
15. Spesis "Herman".
Dia pakai kereta jenis BMW 740 bdsup - Model tahun 2010. Tapi bila kena hon sikit dek Kancil, dia punyalah terperanjat terus masuk dalam rumput. (Finaz kata spesis "patah tangan")
16. Spesis Mamai Angau
Dia bawa kereta melelong-lelong. Kita pun tak tahu dia nak ke mana. Semua jalan macam dia yang punya. Asyik bercakap telefon dengan makwe dia. Kalau dia hantar SMS lagi haru kita. Kita bagi lampu atau hon, bukan dia dengar. Tungau angau betul !
17. Spesis Ulu.
Dia ni agaknya tak pernah masuk pekan. Dia selamba je buang plastik bekas teh tarik dari tingkap kereta dia. Nasib baik dia tak buang buah kelapa. Kita bagi hon, dia tunjuk penumbuk. Dia langgar belakang kereta orang kat lampu merah, dia boleh marah "siapa suruh awak berhenti?". (Kakcik Seroja kata spesis Bebal).
18. Spesis Penyayang.
Dia ni kereta ada tapi jarang guna.. Kalau hari hujan ... dia naik motor pergi kerja. Takut kereta basah. Kalau balik kampung, lebih rela naik bas. Takut tayar keretanya dahaga haus. Malam hari pasang ubat nyamuk kat kereta. Tak apalah ... kereta dia. Dia punya sukalah.
19. Spesis YB.
Dia ni suka angkat tangan dengan semua orang. Kalau berhenti kat lampu merah, orang kiri kanan semua dia angkat tangan. Kalau boleh dia nak keluar dari kereta dan salam sekali dengan dia orang.
20.. Spesis Cemas ... dia ni suka sangat ikut lorong kecemasan.
* Terima kasih Finaz kerana mengingatkan dan sudi menunggu
Lepas ni jom kita terjah blog ni pulak ! (sila klik di sini)
p.s entri ni tak berapa nak menjadi ... patutnya ada emoticon ...jadi publishlah apa yang ada dulu... nasiblah!
.
.
.
Selamat kembali al-lavendari.
ReplyDeleteSelamat segala yang di lakukan untuk mahaguru. he he he
aku kena semak balik aku spesis pemandu yg mana satu,, he he he
Salam..
ReplyDeleteselamat kembali dari bertapa yang panjang..
Thanks utk n3 yg buat tersenyum di pagi yg ceria..:)
salam. ni tengah angau la ni... angau nak dapat menantu..
ReplyDeleteMiss U!
ReplyDeleteHari nih saya rasa best sgt awak dah mula berblog. Welcome back!
salam
ReplyDeleteselamat kembali berblog..
dah lama tunggu entri terbaru al-lavendari.
selamat kembali harap lebih ber seri
ReplyDeleteowh tuan..
ReplyDeleteGembiranya hati ini..
seperti bunga kembang pagi
disinari mentari berseri-seri
tertunduk sipu senyum sendiri
kerana tuan telah kembali
Selangkah terus tiada berhenti
menitip tinta luahan kembali
sentiasa bersemangat cerita dalam entri
mengusik , senda ketawa dalam sinis
itulah tuan al-lavendari yang saya hormati .
slamat kembali....lama menanti akhirya pasti heheehheeh
ReplyDeletebuat daku tersenyum....
salam
ReplyDeleteselamat kembali
heeeeeee
spesis bercinta pun ado
dia leh drive sambil2 makan2 angin, bercinta2..
kalo jalan banyak line tak per gak,
ni 1 line jerk
huwaaaaaaa
bercinta la weh
ekekek
lama tak ada mana pergi?
ReplyDeletelama tak ada mana pergi?
ReplyDeletesl tedi
ReplyDeletetahniah jadi orang pertama komen. t.kasih atas kunjungan.
pn kartini.
ReplyDeletebetullah kata orang, kalau kita minat kat sesuatu, bila kejap tak jumpa, rasa macam lama sangat. t.k kerana singgah.
insan marhaen
ReplyDeleteini sudah terbalik, patutnya anak yang angau. ini bapa pulak, angau yg lain tak? apap=apa pun tahniah kerana nak dapat menantu.
Finaz.
ReplyDeletet.kasih, sebenarnya saya selalu gak skodeng blog awak !
fadzilah
ReplyDeletet.kasih kerana sudi menunggu. saya terharu cikgu!
mamai
ReplyDeletet.kasih kerana mengalu2kan saya kembali. cuti2 ni tak gi mana ke?
linda
ReplyDeletesejak dok tengganu nampaknya awak sudah pandai berseloka,
t.kasih tidak terhingga kerana jadi peminat ruangan saya.
saya menulis ikut apa yang terlintas dalam kepala,
terlebih kurang ampun maaf jua saya pinta.
Ehh ... macam dikir barat pulak bunyinya.
sayu=pilu
ReplyDeleteawak tersenyum pun, nickname tetap sayu=pilu gak !
bluecity
ReplyDeletebetul tu... bercint la weh
asal jangan membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.
daun bidara
ReplyDeletepergi menuntut ilmu untuk memenuhkan dada yang kosong.
Salam tuan. jangan - jangan driver ni gila talak!!
ReplyDeletepakcik yg mana 1?
ReplyDeleteSelamat kembali dan memeriahkan semula dunia blog. Ingat ke pergi haji.....
ReplyDeletesalam ayahanda...selamat kembali...he he he dada dah penuh ke nie
ReplyDeleteabu muaz
ReplyDeleteitu delebar talak gila!
sharamli
ReplyDeletepakcik tak bawa kereta !
ria
ReplyDeletedada x lah penuh sangat, nanti susah nak bernafas. t.kasih kerana mengalu2kan kepulangan saya.
dalam banyak2 spesis tue, tak jumpa plak saya dalam kategori mana.....
ReplyDeletepernah sekali saya naik keta ngan uncle satu ofis, boleh dia tekan minyak taim lampu merah....
huhhhh, nak luruh jantung saya.... tapi tu la, dia memang dah tua, nak buat camne kan kalau tetiba dia tersalah pandang....
lampu merah dia nampak ijor....huhuhu
Sakit perut la duk gelak dari tadi.
ReplyDelete