Entri ini di tujukan kepada pemandu2 kereta, tak kira samada dia perempuan atau bukan perempuan. Nama2 spesis tu adalah ...
1. Spesis Ghaib.
Dia suka tampal sticker kat cermin tingkap dia. Kita pun tak tahu siapa yang bawa kereta sebab tak nampak muka dia. Kita pun bimbang juga, manalah tahu kereta jalan sendiri tanpa pemandu.
2. Spesis Perasan.
Dia suka ikut lorong tengah yang dikhaskan untuk kereta yang dipandu laju. Dia pakai kereta VW antik. Tapi dia perasan dia pakai Ferari.
3. Spesis Sadis.
Dia bagi signal kanan kat sebatu. Tapi bila sampai kat simpang, dia belok kiri. Sabar jer lah.
4. Spesis Tegas.
Dia bagi signal kanan dan serentak dengan itu dia pun belok kanan. Kita kat belakang ni terpaksalah brek pakai dua belah kaki ! Menyampah betul !
5. Spesis Dermawan.
Dia suka suruh semua orang kiri kanan jalan dulu. Kadang2 kereta kat belakang dia dah berderet dekat sebatu. Rasa nak angkat kereta dia letak kat tepi !
6. Spesis Malang.
Dia tunggu nak ambil parking kereta orang yang baru masuk keretanya dengan membawa barang2. Dia ingat orang tu nak keluar. Rupanya orang itu nak tidur, sementara menanti isteri dia gunting rambut.
7. Spesis Khayal.
Dia dari KL nak balik Senawang. Dia lupa nak keluar tol Senawang. Sedar2 dah sampai Tambak Johor. (Bukan saya lah!)
8. Spesis Keliru.
Dia selalu termasuk jalan yang ada tulis "no entry". Kemudian dia buat-buat heran, lepas tu cakap "ehh bukan ke semalam jalan ni boleh masuk" kepada orang yang tengok dia.
9. Spesis Zalim.
Dia terus je masuk tempat parking yang kosong, walupun dia tahu ada orang lain yang dah sekerat hari tunggu nak masuk tempat tu.
10. Spesis Wara'.
Dia baca doa masa nak ambil kunci, baca doa lagi masa nak buka pintu, baca doa lagi masa nak start enjin, baca doa lagi masa nak undur, baca doa lagi masa nak bergerak. (Saya tak komplen, cuma nak cerita jer. Kan baca doa tu baik. Jangan silap faham). Kalau dia nak kongsi kereta dengan saya, kecik tapak tangan, nyiru saya tadahkan.
11. Spesis Selamba. Semua spesis pemandu di atas saya boleh tahan lagi, tapi spesis pemandu selamba ini saya betul2 tak boleh tahan. Bila kita sampai kat simpang empat, kita pun berhenti sebab nak belok kanan. Tapi spesis pemandu ini elok jer melintas depan kita dan jalan terus ... langsung tak bagi signal. Lain kali kalau nak jalan terus, bagilah signal !
ye ye.. aku pun banyak jumpa spesis driver macam ni.
ReplyDeleteaku harap aku bukanlah driver yg di kategorikan seperti di atas tu.
InsyaALlah..
assalammualaikum
ReplyDeletesejak accident, saya jadi spesis no 10, alhamdulillah..
aku paling tensen dgn spesis 3! err.. spesis 4 pun. err.. spesis 2. err... semuanya kut.hihi
ReplyDeletespesis mana yang sedang menuju kepupusan sekarang ni?
ReplyDeletebyk spesis yek :)
ReplyDeleteSallam, kalau kat Kl saya lebih suka jadi spesis no 5 sebab tak tau jalan, kena tengok sign board, nampak simpang senang nak belok kiri ke atau kanan..heheheh
ReplyDeletesaya antara spesis2 tersebut...huhuhuhu...sungguh terkesima...ayat ni sy jarang guna tau.
ReplyDeletepakcik spesis yg mn?
ReplyDeletekenapa wa nombor 11?
ReplyDeletesemua spesis tu pernah saya jumpa semasa drive! entri yg bagus...diselitkan dgn kata2 lawak jenaka..:))
ReplyDeletekekekeke
ReplyDeletenak komen satu2 banyak sgt..
heee
Spesis no 5(dermawan) tu maybe pompuan yg lain tu suma lelaki ahahahaha
ReplyDeleteSpesis bebal ada tak? Dah dia yang salah, siap buat isyarat lucah kat orang??
ReplyDeletegua spesis sempoi, kete pon sempoi..drve pon sempoi, hahaha
ReplyDeletedah baca sume, tapi spesis mcm saya belum ada katogerinya lagi.Nasib baik..hahaha
ReplyDeletehehehheh
ReplyDeletebest best
kadang2 jerk saya termasuk dalam beberapa spesis tuh?
wakakkak
saya pun bengang gak dgn s1, nak gak jeling2 kot mat hensem ke kat sebelah tuh, wakakak
s2, geram gak
kadang2 i suka gak berleter sorang lam keta bila jumpa spesis2 macam tuh, huhuhu
Teman termasuk salah satu jugalah..tapi cuma nak lindung cuaca dikala panas terik saja..dan bulan stiker tapi cermin gelap jeee.. heee hee
ReplyDeleteboss, mintak la email boss..sy nk invite blog sy hehe
ReplyDeletetedi, klcitizen, penyubiru,
ReplyDeleteabu muaz, maiyah, teratak murniku, alvin, sharamli, oranglidi, fadzilah,
mamamin, finaz, kakcikseroja, kimisai, annie, bluecity, lanabulu dan fatrina.
terima kasih banyak2 kerana sudi singgah dan memberi komen.
tapi saya frust sebab tak ada sapa yang dapat tangkap joke saya. sebenarnya jokenya adalah pada spesis no. 11, kerana mana ada orang jalan terus kena bagi signal. kalaulah orang jalan terus kena bagi signal, agak2nya macamanalah rupanya ?
mcm filem mat saleh tu.. sepisis...hehehe
ReplyDeleteso far sepanjang kisah dulu sy jd seorang drebar peribadi belum lagi wujud spesis ini dlm diri...tapi xtau lagi esok lusa ker harap2 jgn lah
ReplyDeleteabg...mana gambar awek sebelah abg tadi???tetiba bertukar kepada gambar calon pilihanraya plak...
ReplyDeletesey spisis suko pusing2 bulatan jam tu. (jam tu dah lamo x jln kan bang? takdo bateri ko?) sbb dah boli brg kat kedai sri pastu tetinggal. bleh?
ReplyDeletetokdon
ReplyDeletesaya pasti anda pernah jadi spesis no. 11. saya yakin. t.kasih kerana singgah buat kali pertama. rupanya awak muda lagi. nampaknya jer tua !
alvin.
ReplyDeletesila lihat jawapan di blog anda. abang tak nak orang lain tahu kenapa.
tijah
ReplyDelete1. jam tu sampai bilo2 pun tak jalan.
2. laa ... rupanya ekau lah yg pusing2 malam jumaat aritu.
3. t.kasih kerana sudi berkawan. lambek eh ekau masuk ? dokek kul 1 pagi. ini sekor laie spesis yg x buleh tido malam ni !
4. ado ko orang lain kek LH ni yang ada blog. nak yo ninjau2. ontah2 sok dapek jadi calon !
salam..
ReplyDeleteKomenSen...
Masih..trauma
kemalangan ngeri...
mnimpa diri...hu3
akibat...
spesis drebar...neh
damaiinx
ReplyDeletesalam kembali. macam mana boleh jadi kemalangan ? dia tu spesis drebar no. berapa ? awak ok ke ?
Salam Al Lavendari..yang selalu eksiden tentu tidak mempunyai apapun status spesis tu agaknya..he he
ReplyDeletehumang aih byk eh soklan...
ReplyDelete1. bawak la usul jam tak jln tu ke mesyorat bang...malu kito.
2. mano pulak...kok mlm jumaat tu org lain la tu. hehehe
3. iyo. sbb dah telolap siang tadi. sudah eh mlm jadi kluangman
4. ado ghaso eh. nanti kito check samo
owh tuan...
ReplyDeletesaya spesis yang mana ekh..?
Bila drebar dihadapan saya bagi signal kekiri tapi di belok kanan .
Pastu saya honn kuat2 kat dia.. puas hati saya !!!
lepas tuh saya pecutlah. Takut weii kena belasah .
relevan
ReplyDeleteyang selalu eksiden tu agaknya "spesis bukan salah ibu mengandung".
linda.
ReplyDeletetu boleh masuk dalam "spesis takut2 berani"
mana pi ? lambat kali ni !
ingatkan dah sampai tambak johor !
kasi pang2 jer pada orang yang macam nih...
ReplyDeletesakit hati tol...dah terkena kawan sendir dah accidnt kami b2 kerana dia nak berhenti kat bahu jalan tanak kasi signal bcoz kata nya sayu kawan dia so akan tau and berhati2...
mangkuk tingkat tol la mana ku tau kamo nak stop or what aku bukan nujum pak belalang weh..
ah sory ter emo lak kat sini
sayu=pilu
sayu
ReplyDeletesampai ke sini bengang awak ye ! ingat dah habis dah!
Salam,
ReplyDeleterugi terlambat respon ni;
ada lagi satu spesis; Spesis Belanda, kan Sban byk...ala tamak kalu parking smpai mcm nk msk kedai
ikan emas
ReplyDeletesalam kembali. spesis belanda ke spesis yahudi ? macamlah dia sorang je ada kereta, kan !
spesies 11 tu mmg hangin..
ReplyDeletecam nak siku smpai lunyai je dier
owhh tuan...
ReplyDeletesaya ada... terlewat sampai sbb kena kejar ngan dreber yang saya hon tadi !! hahaha
meor sr
ReplyDeletet.kasih kerana kunjungan pertama anda. tapi spesis no. 11 sebenarnya tak ada. saja saya buat lawak. mana ada orang jalan terus, kena bagi signal. saya dah pun komen sebelum ini. haha ... awak terkena !
macam2 spesis ada....
ReplyDeletecakap pasal pemandu ghaib tu kan, bukan sebab cermin dia gelap jer uncle, tapi sbb dia jenis kecik dan rendah.....
kita kat belakang ni tak nampak badan ngan kepala dia.....
ingat hantu yang bawak....hahaha....