Sunday, December 27, 2009

RIA ABADI ... TAHNIAH !

Sebelum saya menyentuh tajuk entri di atas, saya nak menyelit sikit. Dalam seminggu dua ni, saya agak sibuk. Mula2 pergi Alor Star, balik rumah selang dua hari pergi pulak ke Kuching. Balik dari Kuching selang dua hari, pergi pulak ke Paris Perlis dan langsung bercuti2 Malaysia ke Langkawi bersama famili. Malam tadi baru sampai. Letih tak usah cerita. Dompet pun dah mengecut. Itu sebab saya tak sempat nak melawat blog sesiapa bahkan blog sendiri pun tak sempat nak jengah.

Sekarang kita masuk kepada tajuk entri di atas pulak ...

Dalam entri saya yang lalu, saya ada memberikan satu teka teki. Akhirnya setelah sekian lama, ia berjaya dijawab dengan tepat oleh Ria Abadi. Saya minta maaf kerana terlupa nak beritahu semua. Walaupun tiada siapa yang bertanya, tapi saya rasa macam berhutang pula kalau tak memaklumkannya. Maka disini dengan sukacitnya saya ingin mengisytiharkan anak bulan telah kelihatan jawapanya yang sebenarnya. Terima kasih juga kepada sesiapa yang telah cuba menjawapnya.

Tekatekinya:

"kenapa sorang Mamat tu tak mati atau tak cedera, walaupun dia melompat melalui tingkap di tingkat 42 sebuah bangunan pencakar langit ?"


Jawapannya:

ria abadi said...


hurmm..maybe mamat tu melompat kedalam melalui tingkat 42??? bukannye melompat keluar, sebab tu lah mamat tu tak mati n tak cedera pun..huhu


betul tak?


November 28, 2009 12:42 PM

Komen saya.

Betul ! Tahniah Ria. Tepat sekali jawapan Ria itu. Ramai orang berfikir melompat keluar tapi dia berfikir sebaliknya iaitu melompat ke dalam. Untuk makluman, Mamat tu bekerja sebagai pencuci tingkap.

Sesekali kita kena berfikir secara terbalik untuk menyelesaikan sesuatu masalah !

17 comments:

  1. wah terror tu la dia kreatif thinking

    ReplyDelete
  2. tahniah.. ye gak kan tak ckp pun lompat kuar hehe

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah... memula tu jawab kurang tepat juga kan..sorry al-lavendari skrg tengah mengembara kurang masa merayau ke blog teman2... hehe... tahniah je? kate ada kenduri... hehe guranu. thanks anyway!

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum

    bijak betul si ria abadi...
    tahniah

    ReplyDelete
  5. Salam tuan..

    owh tuan memang bijak . Selepas hal kerja terus mengambil hati bawa keluarga bercuti . which is good!

    sure 'mem' merasa gumbira ..
    hingga teruja rasanya ..
    bertambah sayang dan cinta..
    hingga tidak terucap dan terkata
    walau kempis dan kecut dompet dibuatnya..
    namun itu bukan soalnya..
    yang penting semua suka.


    p/s.. tahniah Ria Abadi..

    ReplyDelete
  6. :):):)bijak..bijak...
    Congrats to ria abadi...
    superb .+.creative thinking haaa...:):)

    ReplyDelete
  7. salam..

    amacam makan ikan terubuk besau best tak? jangan ketulangan dah la ekk..hehehe..

    ReplyDelete
  8. mamai
    memang terer budak tu ... rasa nak buat menantu !

    ReplyDelete
  9. maiyah
    saya cakap melompat melalui tingkap ... tak kesahlah keluar ke, ke dalam ke kan !

    ReplyDelete
  10. ria
    kenduri kesyukuran ... kecik je, ajak jiran2 dan sedara terdekat je.

    ReplyDelete
  11. aklcitizen
    orang yang beri tekateki tu, lagi bijak !

    ReplyDelete
  12. linda
    makin hebat awak berseloka,
    langkawi memang meriah giler,
    nak cari parking ke sini ke sana,
    sewa kereta langsung tak boleh nak berkira,
    badan letih tak boleh nak kata,
    tapi sayang teh halia madu + telur burung puyuh pulak tak ada.

    ReplyDelete
  13. pn kartini
    komen balas saya sama macam komen saya pd aklcitizen ! hehe

    ReplyDelete
  14. cik amy sensei
    belum masak lagi. simpam dalam freezer. tapi satu pengajaran tentang harganya ... dia orang letak RM18 tapi selepas tawar menawar dpt kurang 50%.

    ReplyDelete
  15. salam.

    terima kasih semua. =)
    idea menjawab tu sesungguhnya datang dari allah juga. =)

    al-lavendari,
    menantu? saya tak layak. hahaha

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.