Monday, December 14, 2009

B.A.C.A. K.E. T.A.K. B.A.C.A. N.I. ?



 Gambar hiasan hasil carian Google.

Baca ke tak baca ni ? Kalau dah baca kenapa lain yang orang tulis, lain yang awak komen.

Orang tulis pasal bola, awak komen ... "semoga mendapat haji yang mabrur",

Orang tulis tentang kereta kita eksiden, awak komen ... "semoga ceria-ceria selalu",

Orang tulis nak tanya macamana nak masak lemak cili api, awak komen .... "satu entri yang elok dibaca oleh semua orang".

Sah kompom tak baca !

Apa kata kalau saya cadangkan buat satu format khas di ruangan komen untuk memudahkan kita semua memberi komen selepas membaca satu2 entri. Misalnya ...

Sila tanda ' x ' pada kenyataan berikut yang anda rasakan paling sesuai.
 
( ) Saya dah tengok dan baca. Komen saya .......................................... (harap beri komen balas)

( ) Saya dah tengok dan baca. Komen saya .......................................... (tak perlu komen balas)

( ) Saya dah tengok dan baca. Saya tiada apa-apa nak komen.

( ) Saya dah tengok tapi belum baca. Saya nak komen juga. Komen saya ...................................

( ) Saya dah tengok dan akan baca. Tapi belum pasti lagi akan beri komen atau tidak.

( ) Saya dah tengok dan tak akan baca dan tak akan beri komen.

( ) Lain-lain (sila nyatakan) ...............................................................

Amacam ? Setuju ?


*

42 comments:

  1. ihiks marah nyer..

    eh bukan bukan..

    'macam mana nak wat lemak cili api yer?' heee :)

    tapi sebenarnya saya setuju..
    kekadang saya pun selalu dapat komen gitu..

    sampai nak balas balik pun serba salah..

    lagipun, kalu saya nak komen pun, selalu saya akan bukak balik entri tu untuk pastikan komen saya sesuai..

    ReplyDelete
  2. hakhakhak...

    mayb ada yg malas nak baca kalo n3 panjang2, setakat meninggalkan jejak as fren?
    muahhahahha

    ReplyDelete
  3. kakcikseroja
    tahniah sbb jadi org pertama komen ! dah sarapan ?

    ReplyDelete
  4. ha ha ha ha..

    aku setujukKkk!!!

    sila mulakan.. nanti akan di ikut oleh semua orang..


    pernah sekali den tepek gambar kucing yang telah mati.. orang komen.. comelnye kucing tu..

    pernah sekali den tepek gambar kucing orang lain yg comot gile masa mula2 jumpa then sekarang dan ensem.. orang komen.. kucing ni kena bawa pergi vet!!

    nampak sgt tak baca habis..

    kekekekekekek

    jgn mare2...

    ReplyDelete
  5. wanita itu
    awak pun pernah kena ! usaha awak buka balik en3 tu sebelum beri komen adalah satu tindakan yang sgt baik, sila teruskan.

    ReplyDelete
  6. bluecity
    jadi siapa yg salah, orang yg buat n3 panjang2 ke, orang yang x baca habis ?

    ReplyDelete
  7. sl tedi
    kah kah kah ... kucing mati pun di kata comel ! mungkin juga kucing comel yg mati. kot?

    ReplyDelete
  8. bagus idea tu pasal saya pun selalu tersalah komen kat blog orang lain

    ReplyDelete
  9. Salam al-lavendari.

    Mmg ada org yg tak baca sepenuhnya atau cuma baca satu dua baris tapi nak komen jugak kerana nak 'balas budi' kita mengomen kat n3 dia. Lebih teruk dia buat satu komen dan kopipes kat semua blog kengkawan yg dia sempat masuk. Ala2 'one comment fits all' gitu.

    Itulah yg jadi.

    Saya selalunya akan baca sampai habis sebelum komen biar penulis tu tak kecil hati. Kalau tak jgn komen lagi baik rasanya.

    ReplyDelete
  10. ha,ha,haaaaa.....n3 jangan panjang-panjang la.

    ReplyDelete
  11. 2 2 tak salah,
    bergantung pada individu
    yg nak baca habis or tak
    ada sekadar nak jaga hati kawan
    ada yg cuma nak bagi sapot
    heeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  12. Soalan dari abang:

    saya pun ingat nak beli notebook baru, since harganya pun tak lah mahl sangat, tak sampai pun 2 ribu. yg cikgu beli tu ok ke?

    Jawapan dari saya:

    Notebook Compaq yg saya beli tu OK, cuma ia dibundled dgn Windows 7. USB modem sy x leh terima OS yg baru ni. Jadi sy antar kedai suruh dia tukar ke XP. sy beli RM1699 je.

    ReplyDelete
  13. Saya dah tengok dan baca. Komen saya "semoga mendapat haji yang mabrur". hehe..

    ReplyDelete
  14. Elok cadangan ni....hehhehe

    kekadng baca n3 org lain, terkomen kat blog lain..
    Ampun!!!!!

    ReplyDelete
  15. Salam,

    Lama tak singgah ke sini. Sibuk sikit kebelakangan ni. Harap tuan rumah sihat.

    He.. he.. he.. saya dah baca entri di atas......

    ReplyDelete
  16. ah, tak kira. wa nak bagi komen laen dengan entri. hehehe

    ReplyDelete
  17. selalu je kena...
    ikut dy0rg la..hak dy0rg..

    tp kita leh belsah blik..bls je k0men dgn sindirian pedas..eh..tp bkn dyrg bc p0n kita reply ap kdg2..

    erm..ntah la...

    ReplyDelete
  18. saya dah tgk & baca dan komen saya adalah "hari nih saya MEMANG nak masak lemak cili api" mmm goreng pun sodap hahaha..

    ReplyDelete
  19. okay..okay..saya juga setuju dgn semua pendapat bloggers yg sudah merasa asam garam blogging nih... kekadang pd pendapat saya komen pembaca yg terkucil dari tajuk n3 tuh memberi "signal" yg mungkin kita perlu buat "postmortem" kpd cara kita berkarya..Kita perlu pilih antara dua objektif: 1) Terus menulis dgn "cara kita", tanpa menghalusi impaknya pd org lain..atau 2) Kita menulis mengikut "rentak" pembaca supaya kita sentiasa berada pd frekuensi yg sama dgn bloggers yg lain..
    Memang kekadang ia membingungkan kerna, n3 yg serius tetiba dibalas dgn komen yg kebudakan...dan n3 yg lucu (pd sangkaan kita) di tujah balik dgn pandangan yg serius..
    Almaklum sajalah...tanah kita x berpagar..sesiapa saja bole singgah sekejap untuk meninggalkan tapak...terima jer lah..

    Rambut sama hitam................

    pst: harap x keluar tajuk..hehe

    ReplyDelete
  20. hehe.. yg baca nk cpt sbb boss lalu dpn tu sbb x baca abih kot

    ReplyDelete
  21. mamai
    siapa menang ?

    YB
    sy pun baca sampai habis. tapi masalahnya kadang2 orang salah faham komen kita. saya banyak kali terkena. kalau jelaskan balik, dia pun mungkin tak baca atau mungkin bertambah salah faham. Itulah realiti kalau berlainan latarbelakang, minat, loghat, umur, jantina, budaya, daerah, pendidikan dsbnya.
    apa nak buat ... blog harus diteruskan. kan?

    abu muaz
    panjang pendek tu relatif ! pendek pd saya, mungkin panjang pd orang.

    bluecity
    dah makan ke belum?

    juk
    t.kasih cikgu. nanti sy ajak anak sy pergi beli.

    penyubiru
    t.kasih atas nasihat awak! hehe

    ReplyDelete
  22. ikan emas
    tapi duit x pernah pulak tersalah masuk akaun orang lain kan !

    zool@tod
    semoga awak juga bertambah sihat. tuan rumah tengah masak!

    oranglidi
    ikut awak lah!

    sharamli
    saya komen balik pun, bukannya awak baca !

    ReplyDelete
  23. finaz
    apa yg nak di masak lemak cili api tu? ikan kah? daging kah? udang kah ? cendawan kah ? tak kan cili padi jer nak di masak lemak !

    dan

    apa pulak yang nak di goreng tu ?

    ReplyDelete
  24. sha
    satu komen yg baik dan jujur. sy kira elok teruskan menulis gaya dan lenggok kita sendiri. Kalau semua org serupa je, boring gak kan ! tapi jgn lah ikut gaya Tun Sri Lanang pulak, nanti semua org x faham.

    maiyah
    kalau dia sendiri boss, apa pulak alasannya.

    relevan
    ucapan awak tu dah tak relevan lagi (buat masa ni ...shh)

    ReplyDelete
  25. Salam tuan...

    Secara logikal memanglah kelakarkan... kita cerita lain, lain pulak yang dibalasnya .


    Ada yang komen..

    secara berlawak tapi besh !.

    Secara lawak tapi sinis...

    Tapi janganlah pulak berlawak, tapi BODOH !.

    ReplyDelete
  26. hahaha. aku pun salu kena cenh tu bang.kekdang dah tulis resepi terang2...tapi kat komen mintak lagi. pehallll la tu...

    ReplyDelete
  27. lepas ni kena hati2 bagi komen..takut tersilap pulak...huhuhu

    ReplyDelete
  28. linda
    tu yg saya takut nak komen tu ... takut nampak bodoh !

    tijah
    nasib baik saya belum pernah minta resepi lagi !

    fadzilah
    kalau tersilap nak buat macamana ... tapi rasanya orang boleh tahu komen yg tersilap faham dgn komen org yg x baca.

    ReplyDelete
  29. assalammualaikum

    saya pilih yang last....

    ( ) Lain-lain (sila nyatakan) : semoga ceria2 selalu

    ReplyDelete
  30. aklcitizen
    semoga selalu2 ceria !

    oranglidi
    saya pun gurau jer !

    ReplyDelete
  31. no komen...boleh gitu...

    huu...kadang2 bace je...tp nk komen...cam segan....takut org salah paham plak komen kite...

    ReplyDelete
  32. mamarempit
    jangan segan2 ... rempit jer !

    ReplyDelete
  33. a'a..

    memang xbaca p0n kdg2 ap yg 0rg reply k0men kita tu...

    sebab tu sy p0n kdg2 mls nk reply k0men 0rg...

    tp sekurang2nya..kita menjalankan ap?
    k0munikasi 2 hala?

    a'a..lebih kurang mcm tu la...
    tp sy ni jenis nk update p0n mls..apatah lgik nak rply k0men..
    k0men bl0g je yg rajin...setakat ni la...

    ReplyDelete
  34. terbaiklah entry uncle ni...boleh saya copy...dan link kan ke blog uncle ni...hehehe...

    ReplyDelete
  35. mekasih uncle...dah share kat blog...tergelak baca komen sorang2...beselah kelaut jugak perginya

    ReplyDelete
  36. Hahahahahaha.....mmg menusuk smpi ke sanubari Pakcik. Mmg kena sgtlah dgn apa yg sy dok cite smlm.

    ReplyDelete
  37. Kahkahkah...betul2 tersasar jauh komen tu yer.

    Pakngah, klo ada format komen mcm tu, memang saya nak letak kat blog ☺☺

    ReplyDelete
  38. lawak la pak ngah ni... eh dah baca tau..

    ReplyDelete
  39. Dah baca habis dah....
    Sy jarang komen dan tak aktif dalam blog..tak sempatttttt
    Kalau ada masa suka gak tengok dan baca blog orang....

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.