Saturday, January 16, 2010

REAKSI KEPADA ENTRI " YEH.. YEH.. AKU SALAH !

Lanjutan daripada entri saya sebelum ini, ada bermacam-macam pendapat dan pandangan diberikan. Rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan Datuk Nik Sapeia (DNS) terhadap Tun Dr. M. Tapi LanaBulu pula melihatnya dari sudut yang berlainan. Belum sempat saya hendak membalas komen beliau muncul komen dari Frodo Baggins yang menyanggah pandangan LanaBulu. Kedua-dua pandangan tersebut menarik perhatian saya dan saya perturunkan di bawah ini (dengan sedikit pembaikan editorial). Teks asalnya ada dalam entri saya sebelum ini.

LanaBulu bependapat ..

"Lojiknya memang pelik..

Memang tak salah orang mengatakan sesuatu akibat tingkah lakunya bila menerima keputusan itu..Siap berdoa lagi..tak tau lah apa doanya tu..

Hanya dia dan orang2 yang rapat sahaja yang tahu kenapa dan mengapa dia memperlakukan seperti itu dahulu..

Biasalah begitulah keadaan news memperkatakan sesuatu selalunya mengambarkan yang besar tu adalah baik dan sebaliknya (censored) lihat lah contoh kes seorang askar yg mengamuk kat KL dulu...

masih ingat..?

Hanya yang dekat dan arif sahaja tahu kenapa askar yang sorang ni mengamuk..betul dak?

Kes sebenarnya? tersimpan dari paparan umum..

Yg nampak adalah kesalahan askar tersebut...

Bukan juga teman nak kata tak salah sikap orang yang serang TDM tu..tapi masih banyak perkara yang terselindung..sebenarnya.."

di sanggah oleh Frodo Baggins ..

lana bulu ~

kalaupun "masih banyak yang terselindung" .. tindakan tu tetap tidak wajar. apatah lagi siap angkat doa bila didapati bersalah ... apa yang cuba nak ditunjukkan. dgn orang sekeliling bertempik sorai kegembiraan ... owh maybe nak kata

aku mewakili suara orang2 ramai berjaya menyerang TDM aka MAHAFIRAUN kata mereka .. begitu?

kesimpulannya, apapun tindakan tidak bertamadun yang dilakukan secara senyap atau terang, saya tolak sekeras2nya. apatah lagi menyerang pemimpin negara.

kata Al-Lavendari pula ..

Hidup kita ini ada peraturan yang melingkungi kita. Pertama, ugama dan kedua, undang-undang negara. Saya berpendapat perbuatan DNS itu adalah salah, samada kita menilainya dari sudut ugama mahu pun dari sudut undang-undang negara.

Dari sudut ugama, kita ada "role model" atau contoh ikutan. Beliau adalah Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan sebaik-baik contoh ikutan. Adakah Nabi kita membalas balik segala kejahatan orang kafir dan musyrikin kepada baginda dengan kejahatan ?

Dari sudut undang-undang negara pula, adakah kita boleh mengambil tindakan sendiri kepada orang yang bersalah kepada kita ?

Kesimpulannya saya bersetuju dengan pandangan Frodo di samping menghormati pandangan yang diberikan oleh LanaBulu.

Wallahua'lam.

p.s. Terima kasih kepada semua yang turut serta dalam forum yang sihat ini. Sesungguhnya saya percaya bahawa berbeza pendapat ada hikmahnya yang tersembunyi.

39 comments:

  1. Ye bagus semuanya..pandangan yang relevan..

    ReplyDelete
  2. tu hanya pendapat kn..xde sp yg salah dan xde sp yang bt0l

    ReplyDelete
  3. Salam. Saya akan menunggu apakah kesudahan episod ini. Tekaan saya semua akan selesai di luar mahkamah kerana "the power of politic in Malaysia"...

    ReplyDelete
  4. Negara kita ada undang-undang, yang dah diputuskan salah samada dia melompat KESUKAAN atau MERAUNG sebab kesedihan ( kesal ??)tetap akan terima hukuman.

    Apapun sebab perbuatannya" Jangan ikut perkara yg tak beretika ni"

    ReplyDelete
  5. huahh.. huahh.. huahh.. jgn gado2.. erk!.. jom mkn gado2 sdp gak hehe

    ReplyDelete
  6. dalam bijak ada bodoh juga manusia nie....

    ReplyDelete
  7. assalammualaikum

    agree to disagree

    ReplyDelete
  8. mmg xde sape salah n sape betul sbb pendapat adalah berdasarkan diri masing2..

    kalau semua org sama saja, sama pendapat, sama kehendak, sama citarasa, masa tidak akan adalah variasi dlm kehidupan kita ini.. cuma hormat menghormati pendapat org lain itu penting, jangan hanya nak berpegang pada pendapat sendiri tanpa menghiraukan pendapat org lain..

    dengar, baca, fikir dan adaptasikan..

    ReplyDelete
  9. Hayati Rukun Negara.....


    Kenapa Kepercayaan Kepada Tuhan diletakkan di para pertama.....



    .....juga keluhuran perlembagaan.
    .....kedaulatan undang-undang.
    .....kesopanan dan kesusilaan.


    InsyaAllah....segalanya akan harmoni.


    Kalaulah....

    ReplyDelete
  10. Yup ! saya suka setiap pandangan yang dilontarkan . Memberi ruang dan membuka minda ... akal fikiran utk kita mentafsir apa yang tersurat dan tersirat .

    ReplyDelete
  11. apapun pendapat yg kita utarakan, hanya dia yang tahu tujuan dan niat yg sebenarnya kan...

    baik buruk akibatnya dia jugak yang nanggung....

    ReplyDelete
  12. Salam..
    Berbeza pendapat dan pandangan boleh membuka minda orang lain untuk menilai...

    ReplyDelete
  13. hohohohoho
    wah nama wa naixx ..

    apapun kita hormat pndangan org ~
    minda akan lebih terbuka
    as long as pndpt dbri scra bhemah
    kita x cari sapa salah sapa betul
    tp persepsi yg plbagai keluar
    bila ada tindakan yg berlainan wujud
    sama halnya dgn issue ini ~


    kita suka bermain persepsi??



    trma kaseh pokcik komensen!



    >>_____<<

    ReplyDelete
  14. Yup ! saya setuju pendapat Frodo Baggins .

    Persepsi datang dalam pelbagai bentuk , rupa and cara... tiada yang hakiki . Namun itulah yang sering bermain di minda .

    Persepsi ohh persepsi !!

    ReplyDelete
  15. hm, topik agk berat. wa pn hormati kedua2 nya.


    peace no war

    ReplyDelete
  16. relevan
    ya .. semua pandangan adalah relevan, tidak ada yang tidak relevan, melainkan semuanya relevan belaka.

    ReplyDelete
  17. sharamli
    komen awak bukan seperti komen anak dara belasan tahun ! matang.

    ReplyDelete
  18. Mybabah
    itulah yang paling saya khuatiri .. takut orang hilang kepercayaan kepada institusi itu.

    ReplyDelete
  19. ikan emas
    harap2 ia tak jadi trend pulak !

    ReplyDelete
  20. maiyah
    mana gado2 nya. ini bukan gaduh lah. ini forum sihat yang pastinya akan membawa natijah yang positif kepada kita semua.

    ReplyDelete
  21. sl tedi
    jadilah pemerhati yang setia dan waspada !

    ReplyDelete
  22. mamai
    tapi lebih ramai lagi yang tidak bodoh.

    ReplyDelete
  23. aklcitizen
    alaikumsalam. .. dua2 pun awak tak agree ?

    ReplyDelete
  24. che'pit
    betul .. kalau semua orang hendakkan Fasha Sanda .. huru hara !

    ReplyDelete
  25. xiiinam
    ya ..kalaulah ! marilah kita sama2 berharap.

    ReplyDelete
  26. LiNda 1 dan LiNda 2.
    Secara tak langsung saya tahu awak memihak kepada siapa !

    ReplyDelete
  27. Ain
    masalahnya bukan dia seorang sahaja yang menanggung !

    ReplyDelete
  28. shaniza
    t.kasih di atas komen yang penuh makna !

    ReplyDelete
  29. yunus badawi
    sesekali kena makan daging.. kalau hari2 makan kangkung, boring jugak !

    ReplyDelete
  30. oranglidi
    ya .. kalau nak perang pergi Palestine !

    ReplyDelete
  31. tapi, dia bersumpah mengatakan tak buat..so, apakah peguambelanya yg tak cekap???

    ReplyDelete
  32. al-lavendari

    setiap orang bebas memberi pandangan, namun begitu apakah sandaran kepada pandangan tersebut..

    adakah pandangan itu mengikut nas.. dalil, sunnah, kias dan pandangan ulamak ijmak... renungkanlah..

    bagi ana, setiap berbeda pandangan, merupakan suatu kelebihan, hikmah atau nilai kekayaan/keunikan insan yang dicipta Rabbinya bagi memakmurkan alam ini sesuai dengan taraf khalifah..

    Oleh itu hormatilah setiap pandangan selagi tidak bercanggah dengan soal-soal akidah yang berpaksi dalil nas, hadith...

    Terima kasih..ana yakin ilmu itu lambang kekayaan oleh itu tuailah.

    ReplyDelete
  33. sebagai rakyat...cuma perhati dan nilai.

    apabila tiba masa ...buat pilihan yang betul.

    ReplyDelete
  34. sahromnasrudin
    memang dia tak buat kot ! tak apa. kita tunggu keputusan rayuan dia. kalau tak pun tunggu kat mahkamah di sana nanti dimana mulut di kunci dan anggota2 lain pula yang akan berkata-kata. cuma saya tak faham kenapa dia setelah di dapati bersalah, bertindak sedemikian rupa.

    ReplyDelete
  35. anNahlu
    saya setuju dengan awak bahawa setiap orang bebas memberi pandangan. jadi hormatinya pandangan mereka dan juga pandangan SAYA.

    ReplyDelete
  36. one zaba
    jangan pulak tidak keluar membuang undi nanti ! rugi.

    ReplyDelete
  37. Tuan2 dan Puan2!

    Cukuplah kot kita bincang kes ini. Apa2 pun kes ini belum tamat lagi. DNS akan buat rayuan. Kita tunggulah.

    Sebagai penutup, saya mengambil keputusan untuk meng'highlight'kan kes ini keran khuatirkan dua kemungkinan.

    1. kalau nanti ada pengedar dadah, perompak atau peragut yang bersorak sorai dengan penyokong2nya selepas didapati bersalah oleh mahkamah. ini akan memberi gambaran salah kepada anak2 kita dan juga kpd masyarakat.

    2. kalau nanti ada tindakan yang lebih ganas seperti yang terjadi kepada Benazir di Pakistan. Minta di jauhkan Allah.

    Jom kita layan entri baru pulak !

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.