Friday, January 29, 2010
A.K.U. K.E.L.I.R.U - 4: PEMBAZIRAN KATA-KATA !
Pernah tak dengar orang cakap macam ni ?
Jom kita naik ke atas.. !
Pening kepala aku !
Mari kita mara ke hadapan .. !
Berdasarkan pengalaman aku yang lalu.. !
Perabot kini menjadi produk utama ekspot kita ke luar negara.. !
Perlu kah perkataan yang berwarna merah itu di ucapkan ?
Kalau naik tidak ke atas, nak naik ke mana lagi ?
Apa lagi yang boleh pening, selain kepala ?
Mana ada mara ke belakang, kecuali mara bahaya !
Ada ke pengalaman masa hadapan ?
Ekspot mesti ke luar negara .. yang ke dalam negara tu, bukan ke impot ?
Habis tu kenapa ia sering di ucapkan ? Saya pun tak tahu .. saya pun kadang-kadang cakap macam tu juga ! Agaknya nak memberi penekanan kot ? Entahlah .. barangkali harus boleh jadi mungkin agaknya !
p.s. itu belum cerita undur ke belakang atau turun ke bawah lagi .. !
.
.
Labels:
aku keliru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Agak agaknya beginilah - Menguatkan sesuatu kenyataan itu supaya lebih difahami.
ReplyDeletepening kepala lutut terlanggar meja.
ReplyDeletemungkin karam singh walia akan berkata, Alah bisa tegal biasa...
ReplyDeleteBang HAMZAH > penambahan perkataan tu mungkin sebagai penekanan ayat jer kot..
ReplyDeleteuntuk lebih jelas maksud..
rasanya kalu tanpa yang warna MERAH tu, ayat tu jadi tergantung tak? Ada yg tidak, ada yang akan tergantung rasanya, kan?
pening kepala
ReplyDeletengantuk mata
lapor perut
jom kita try test tengok
minum air mineral water
nak keluar out station
i tengah driving
heeeeeee...
endiem
ReplyDeleteboleh saja .. tapi ia "unnecessarY" .. tu sebab kalau buku inggeris atau arab di terjemahkan kedalam BM dia jadi lebih tebal dan sebaliknya. bila lebih tebal ia jadi lebih mahal dan lebih lambat nak habis baca.
tapi itu adalah identiti kita, kalau kita senang dengannya ..teruskan sahaja.
ONE ZABA
ReplyDeleteawak bernasib baik .. kalau lutut awak pening, sebab kepala terlanggar meja, lagi pening !
abu muaz
ReplyDeletetapi saya tetap tersenyum bila tengok tangan dia bila bercakap, walau pun dah biasa tengok !
tatabahasa melayu terdiri daripada Diterangkan Menerangkan. bahagian terakhir selalunya menerangkan yang diterangkan pada bahagian awal. err..apa yg aku cakap ni.
ReplyDeleteSalam Abg Hamzah..
ReplyDeleteSaya pernah mengalami pening perut..
dah jd kebiasaan nampaknya...
ReplyDeleteyang pening kepala tu ok lagi kot.
ReplyDeletesebab wa kadang2 pening perut.
Mr PenyuBiru
ReplyDeleteterbelit sendiri nampak ! saya tak dapat nak tolong.
relevan
ReplyDeletesaya tahu masa bila .. hujung2 bulan kan ?
akuduniaku
ReplyDeletelama sungguh tak moncol2. betul2 berada dalam dunia mu ! exam ke ? buat haji ke ?
oranglidi
ReplyDeleteelok lah awak berkawan dengan relevan .. bolehlah saling urut mengurut perut !
hehe.. sy pun slalu ckap cenggitu.. saja nak wat nasi tambah heeeeee
ReplyDeletemaiyah
ReplyDeletekalau jadi pemberita, boleh dapat banyak bayaran tu .. sebab bayaran dia kira ikut berapa panjang penulisan kita. katanya lah !
Salam bang.
ReplyDeleteAbg ni ada ajelah idea buat isu kontrovesi. Mmg hebat dan sungguh berpengalaman.
n3 abg pun ada yg bertajuk "terkenang masa dulu afrika selatan"
Saya nak kenang masa akan datang boleh tak? hehehe
yunus badawi
ReplyDelete1. kan saya dah kata, saya pun kadang2 cakap macam tu .."double emphasis" .. betul ke cakap omputih saya tu.
2. soalan awak dan komen awak pun sungguh berpengalaman. nak jawab pun salah tak jawab pun salah. Tentang kenangan masa akan datang tu, awak kena tanya Jefrydin. Dia ada nyanyi lagu "Kenangan Ku" .. Kata saya yang suruh tanya!
pakcik hamzah..
ReplyDeletekeliru dengan ayat kedua..
perkataan yang patut dimerahkan PENING ke KEPALA?
heee..pening sudah kepala ini
sharamli
ReplyDeletet.kasih atas teguran awak tu. pakcik ni sebenarnya "color blind" .. nasib baik awak tegur. pakcik dah betulkan dah ..sori pakcik tak sengaja telah memeningkan kepala awak.
tu di kira membazir kata-kata..ataupun kaya dengan kata-kata..mana satu..
ReplyDeleteni belum kira sebutan kata lagi.. bila gi kelante..ejaan sama, sebutan berbeza, pi kedah lain pula bunyinya, pi perlish lain lagi, pegi johor lain pula, kat perak lain sebutannya.. tapi benda yang sama.. itu namanya kaya dengan kata-kata atau sebute..
tak lah satu jenis aje.. mahu jemu dibuetnya..asyik2 benda yang sama...tak gitu..
tadi ana tidoq dan bila terjaga KEBAS tangan rasanya..ada orang KEBAS barang yang ana simpan..jadi ada masa jimat kata-kata...bukan bazir atau bukan kaya tapi pakat guna kata-kata pada tempat yang berbeza...kongsi kata kan gitu.
p.s: loghat, loghat naik pening lalat juga ye, jika di pikiaq...
anNahlu
ReplyDeleteana musykil .. tadi anta tidoq masa time kerja atau masa khatib baca khutbah ? kantoi ...!
sebagai penyedap ayat ajer tu walau maksudnya sama ajer
ReplyDeleteBiarlah dikekalkan tentu ada asalnya. Dlm b.inggeris sama juga cth:climb up,fall down,move forward,overseas exports etc.
ReplyDeleteSdr Hamzah,
ReplyDeletenak tambah respon u to maiyah. Dulu ada filem bertajuk 'saturday night fever' di translate kpd 'demam hari sabtu malam minggu'. Penterjemah tentu smart orangnya kerana guna lebih perkataan supaya dpt bayaran lebih.
Saya pun selalu tegur ayat-ayat murid saya yang 'leweh' begini...
ReplyDeleteKawan dari Kedah kata 'Lapaq ayaq' = dahaga.
haaa.. wa nak bagitau macam sharamli la tadii.. hehe.. saje je wat pening perut tuu..
ReplyDeletemamai
ReplyDeletekalau begitu teruskan sahajalah .. kalau tidak nanti, tak sedap pulak kan!
Bahasa jiwa bangsa.
ReplyDeleteBangsa Melayu ni kaya lah, sebab perkataan dan ayat panjang2,
Tidak lokek nak bagi perkataan banyak2...
(sekadar pandangan dari junior spt saya...)
antique man 1
ReplyDeletedalam B.I pun ada rupanya. tak apalah kalau gitu. tapi saya tak tahu kalau dalam exam kat sekolah macam mana. boleh di terima ke ?
antique man 2
ReplyDeletejadi betul lah kata saya tu. tapi cikgu saya dulu2 marah kalau buat karangan panjang2, tapi isi tak ada.
xiiinam
ReplyDeletekatanya orang kedah juga makan dadah* sebelum pergi bendang.
*makan awal2 atau makan siap2 .. betul ke ?
oranglidi
ReplyDeletelain kali kalau nampak orang buat salah, cepat2 tegur tau ! kalau tidak, tak fasal2 awak senak perut nanti.
naizaf
ReplyDeletebangsa Melayu yang kaya atau bahasa Melayu yang kaya ?
x usahlah nak merendah diri sangat ! cara x langsung awak nak bagitahu saya ni senior citizen lah tu ! kan.
Salam..
ReplyDeleteSekadar peneguhan ayat...
Kawan dr Terengganu selalu kata 'ngantuk mata' bila dah mengantuk. Ye la, tak kan nak ngantuk telinga kan!
Salam Bang.
ReplyDeleteMaaflah malam2 datang.
Jefri Din dah tidurlah bang. Tak dapat nak tanya dia tentang "kenanganku".
Nampaknya tinggal kenangan ajelah huhuhu
orait. no hal. wa xnak direct sgt tkut mengguris. hehe.
ReplyDeleteshaniza
ReplyDeletekalau mata "ngantuk" kalau telinga yang tak boleh dengar kita nak kata apa pulak ? bisu ..boleh ke ?
YB
ReplyDeletemaaf pagi2 dah ketuk pintu YB ! hari ini cuba try test pulak sekali lagi !
oranglidi
ReplyDeletemaaf kat sini orang tak main guris dan menang tu !