Friday, January 29, 2010

A.K.U. K.E.L.I.R.U - 4: PEMBAZIRAN KATA-KATA !





Pernah tak dengar orang cakap macam ni ?

Jom kita naik ke atas.. !
Pening kepala aku !
Mari kita mara ke hadapan .. !
Berdasarkan pengalaman aku yang lalu.. !
Perabot kini menjadi produk utama ekspot kita ke luar negara.. !

Perlu kah perkataan yang berwarna merah itu di ucapkan ?

Kalau naik tidak ke atas, nak naik ke mana lagi ?
Apa lagi yang boleh pening, selain kepala ?
Mana ada mara ke belakang, kecuali mara bahaya !
Ada ke pengalaman masa hadapan ?
Ekspot mesti ke luar negara .. yang ke dalam negara tu, bukan ke impot ?

Habis tu kenapa ia sering di ucapkan ? Saya pun tak tahu .. saya pun kadang-kadang cakap macam tu juga ! Agaknya nak memberi penekanan kot ? Entahlah .. barangkali harus boleh jadi mungkin agaknya !

p.s. itu belum cerita undur ke belakang atau turun ke bawah lagi .. !
.
.

42 comments:

  1. Agak agaknya beginilah - Menguatkan sesuatu kenyataan itu supaya lebih difahami.

    ReplyDelete
  2. pening kepala lutut terlanggar meja.

    ReplyDelete
  3. mungkin karam singh walia akan berkata, Alah bisa tegal biasa...

    ReplyDelete
  4. Bang HAMZAH > penambahan perkataan tu mungkin sebagai penekanan ayat jer kot..

    untuk lebih jelas maksud..

    rasanya kalu tanpa yang warna MERAH tu, ayat tu jadi tergantung tak? Ada yg tidak, ada yang akan tergantung rasanya, kan?

    ReplyDelete
  5. pening kepala
    ngantuk mata
    lapor perut
    jom kita try test tengok
    minum air mineral water
    nak keluar out station
    i tengah driving

    heeeeeee...

    ReplyDelete
  6. endiem
    boleh saja .. tapi ia "unnecessarY" .. tu sebab kalau buku inggeris atau arab di terjemahkan kedalam BM dia jadi lebih tebal dan sebaliknya. bila lebih tebal ia jadi lebih mahal dan lebih lambat nak habis baca.

    tapi itu adalah identiti kita, kalau kita senang dengannya ..teruskan sahaja.

    ReplyDelete
  7. ONE ZABA
    awak bernasib baik .. kalau lutut awak pening, sebab kepala terlanggar meja, lagi pening !

    ReplyDelete
  8. abu muaz
    tapi saya tetap tersenyum bila tengok tangan dia bila bercakap, walau pun dah biasa tengok !

    ReplyDelete
  9. tatabahasa melayu terdiri daripada Diterangkan Menerangkan. bahagian terakhir selalunya menerangkan yang diterangkan pada bahagian awal. err..apa yg aku cakap ni.

    ReplyDelete
  10. Salam Abg Hamzah..

    Saya pernah mengalami pening perut..

    ReplyDelete
  11. yang pening kepala tu ok lagi kot.

    sebab wa kadang2 pening perut.

    ReplyDelete
  12. Mr PenyuBiru
    terbelit sendiri nampak ! saya tak dapat nak tolong.

    ReplyDelete
  13. relevan
    saya tahu masa bila .. hujung2 bulan kan ?

    ReplyDelete
  14. akuduniaku
    lama sungguh tak moncol2. betul2 berada dalam dunia mu ! exam ke ? buat haji ke ?

    ReplyDelete
  15. oranglidi
    elok lah awak berkawan dengan relevan .. bolehlah saling urut mengurut perut !

    ReplyDelete
  16. hehe.. sy pun slalu ckap cenggitu.. saja nak wat nasi tambah heeeeee

    ReplyDelete
  17. maiyah
    kalau jadi pemberita, boleh dapat banyak bayaran tu .. sebab bayaran dia kira ikut berapa panjang penulisan kita. katanya lah !

    ReplyDelete
  18. Salam bang.
    Abg ni ada ajelah idea buat isu kontrovesi. Mmg hebat dan sungguh berpengalaman.

    n3 abg pun ada yg bertajuk "terkenang masa dulu afrika selatan"

    Saya nak kenang masa akan datang boleh tak? hehehe

    ReplyDelete
  19. yunus badawi
    1. kan saya dah kata, saya pun kadang2 cakap macam tu .."double emphasis" .. betul ke cakap omputih saya tu.

    2. soalan awak dan komen awak pun sungguh berpengalaman. nak jawab pun salah tak jawab pun salah. Tentang kenangan masa akan datang tu, awak kena tanya Jefrydin. Dia ada nyanyi lagu "Kenangan Ku" .. Kata saya yang suruh tanya!

    ReplyDelete
  20. pakcik hamzah..

    keliru dengan ayat kedua..
    perkataan yang patut dimerahkan PENING ke KEPALA?

    heee..pening sudah kepala ini

    ReplyDelete
  21. sharamli
    t.kasih atas teguran awak tu. pakcik ni sebenarnya "color blind" .. nasib baik awak tegur. pakcik dah betulkan dah ..sori pakcik tak sengaja telah memeningkan kepala awak.

    ReplyDelete
  22. tu di kira membazir kata-kata..ataupun kaya dengan kata-kata..mana satu..

    ni belum kira sebutan kata lagi.. bila gi kelante..ejaan sama, sebutan berbeza, pi kedah lain pula bunyinya, pi perlish lain lagi, pegi johor lain pula, kat perak lain sebutannya.. tapi benda yang sama.. itu namanya kaya dengan kata-kata atau sebute..
    tak lah satu jenis aje.. mahu jemu dibuetnya..asyik2 benda yang sama...tak gitu..

    tadi ana tidoq dan bila terjaga KEBAS tangan rasanya..ada orang KEBAS barang yang ana simpan..jadi ada masa jimat kata-kata...bukan bazir atau bukan kaya tapi pakat guna kata-kata pada tempat yang berbeza...kongsi kata kan gitu.

    p.s: loghat, loghat naik pening lalat juga ye, jika di pikiaq...

    ReplyDelete
  23. anNahlu
    ana musykil .. tadi anta tidoq masa time kerja atau masa khatib baca khutbah ? kantoi ...!

    ReplyDelete
  24. sebagai penyedap ayat ajer tu walau maksudnya sama ajer

    ReplyDelete
  25. Biarlah dikekalkan tentu ada asalnya. Dlm b.inggeris sama juga cth:climb up,fall down,move forward,overseas exports etc.

    ReplyDelete
  26. Sdr Hamzah,
    nak tambah respon u to maiyah. Dulu ada filem bertajuk 'saturday night fever' di translate kpd 'demam hari sabtu malam minggu'. Penterjemah tentu smart orangnya kerana guna lebih perkataan supaya dpt bayaran lebih.

    ReplyDelete
  27. Saya pun selalu tegur ayat-ayat murid saya yang 'leweh' begini...







    Kawan dari Kedah kata 'Lapaq ayaq' = dahaga.

    ReplyDelete
  28. haaa.. wa nak bagitau macam sharamli la tadii.. hehe.. saje je wat pening perut tuu..

    ReplyDelete
  29. mamai
    kalau begitu teruskan sahajalah .. kalau tidak nanti, tak sedap pulak kan!

    ReplyDelete
  30. Bahasa jiwa bangsa.
    Bangsa Melayu ni kaya lah, sebab perkataan dan ayat panjang2,
    Tidak lokek nak bagi perkataan banyak2...


    (sekadar pandangan dari junior spt saya...)

    ReplyDelete
  31. antique man 1
    dalam B.I pun ada rupanya. tak apalah kalau gitu. tapi saya tak tahu kalau dalam exam kat sekolah macam mana. boleh di terima ke ?

    ReplyDelete
  32. antique man 2
    jadi betul lah kata saya tu. tapi cikgu saya dulu2 marah kalau buat karangan panjang2, tapi isi tak ada.

    ReplyDelete
  33. xiiinam
    katanya orang kedah juga makan dadah* sebelum pergi bendang.

    *makan awal2 atau makan siap2 .. betul ke ?

    ReplyDelete
  34. oranglidi
    lain kali kalau nampak orang buat salah, cepat2 tegur tau ! kalau tidak, tak fasal2 awak senak perut nanti.

    ReplyDelete
  35. naizaf
    bangsa Melayu yang kaya atau bahasa Melayu yang kaya ?

    x usahlah nak merendah diri sangat ! cara x langsung awak nak bagitahu saya ni senior citizen lah tu ! kan.

    ReplyDelete
  36. Salam..
    Sekadar peneguhan ayat...

    Kawan dr Terengganu selalu kata 'ngantuk mata' bila dah mengantuk. Ye la, tak kan nak ngantuk telinga kan!

    ReplyDelete
  37. Salam Bang.

    Maaflah malam2 datang.

    Jefri Din dah tidurlah bang. Tak dapat nak tanya dia tentang "kenanganku".

    Nampaknya tinggal kenangan ajelah huhuhu

    ReplyDelete
  38. orait. no hal. wa xnak direct sgt tkut mengguris. hehe.

    ReplyDelete
  39. shaniza
    kalau mata "ngantuk" kalau telinga yang tak boleh dengar kita nak kata apa pulak ? bisu ..boleh ke ?

    ReplyDelete
  40. YB
    maaf pagi2 dah ketuk pintu YB ! hari ini cuba try test pulak sekali lagi !

    ReplyDelete
  41. oranglidi
    maaf kat sini orang tak main guris dan menang tu !

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.