~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Banyak perkataan Melayu yang pada hakikatnya berlawanan maksudnya tapi kadang-kadang boleh beri makna yang sama.
Contoh perkataan beri dan ambil. Kan berlawanan! Tapi kalau saya kata "sila beri perhatian", ada beza tak kalau saya kata "sila ambil perhatian".
Satu contoh lagi, perkataan masuk dan keluar. Memang berlawanan. Tapi cuba perhati ayat ini, "dulu muka saya pernah masuk surat khabar" dengan " dulu muka saya pernah keluar surat khabar". (tak tipu). Kan sama maknanya ? Jadi nak guna perkataan yang mana satu ?
(Kosmo 23 Mei 2008)
Tapi saya lagi keliru dengan perkataan sejuk dan panas. Katalah saya nak pergi ke Eropah sekarang ini, saya tak tahu nak bawa baju sejuk ke baju panas. Saya dibenarkan buat tuntutan Elaun Pakaian Panas mengikut Pekeliling yang di keluarkan oleh JPA. Tapi bila pergi kedai nak beli baju panas, tak ada pula. Baju sejuk banyaklah macam gambar kat atas tu. Baju tu kita nak panggil baju sejuk ke baju panas ?
Begitu juga kalau nak berdo'a. Saya tak tahu mana yang betul. Nak minta rezeki murah atau nak minta rezeki mahal ?
Harap-harap Mybabah baca entri ini dan tolongi saya yang keliru ini !
Begitu juga kalau nak berdo'a. Saya tak tahu mana yang betul. Nak minta rezeki murah atau nak minta rezeki mahal ?
Harap-harap Mybabah baca entri ini dan tolongi saya yang keliru ini !
hahahahhaha
ReplyDeletewa pown keliru
tapi entry ni cool!!!
>>____<<
semoga dimahalkan rezeki!!
mmmm ~ sesuatu .. ahakz
wah keluar (atau masuk) suratkabar abg ya. Glemerlah kiranya! hehehe
ReplyDeletetak kiralah perkataan mana pun , ianya bergantung pada ayat-ayat dan yang penting orang boleh faham.
ReplyDeleteSalam Bang..
ReplyDeletesaya turut jadi keliru...
frodo baggins
ReplyDeletenanti tunggulah orang yang boleh menyelesaikan kekeliruan kita.
yunus badawi
ReplyDeleteawak pun biasa keluar surat khabar kan ! hehe
endiem
ReplyDeletesaya bimbang kita saja yang faham tapi orang tak faham. dia kata dia faham tapi apa yang dia faham tak sama dengan apa yang kita faham. rupanya dia silap faham. silap faham lagi bahaya dari tidak faham.
aziezahh
ReplyDeleteatau saya yang mengelirukan awak yang sebelum ini tak keliru ?
Itu dulu bang. Skrg saya nak low profile ngeh3x
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletesaya pun dah ada kekeliruan. haha.
tapi, bab rezeki tu, bukan patutnya kita berdoa minta Allah murahkan rezeki???
sebab
kalau rezeki murah, semakin mudah lah kita nak dapat.
tapi kalau minta rezeki mahal dari Allah, makin susah lah kita nak dapat.
(sebab bila mahal, perlu duit yg byk utk mndapatkannya, bila murah, kita boleh dapat 'kuantiti' yg lebih banyak dengan menggunakan nilai matawang sama sewaktu beli barang mahal)
hurm..ya Allah murahkan rezeki ku (supaya bleh dapat rezeki yg banyak)
p/s: tapi bagaimana pula dgn kualiti rezeki tersebut? hahahaha
ria
ReplyDeleteok lah bab murah mahal tu .. boleh terima. tapi bagaimana pulak dengan baju panas dengan baju sejuk tu, mana satu betul?
Salam bang..
ReplyDeletesebab saya pun keliru seperti Ajai & Nurul, jadi tak dapatlah saya nak menolong! :)
setahu saya itu baju sejuk...
ReplyDeletebaju panas tu singlet la kot....hahaha...
pasal rezeki tu, mesti la nak mintak murah rezeki kan....
whatever perkataan yang kita guna, janji maksud dia orang faham itu dah cukup baik kan....
itu pun saya keliru! haha
ReplyDeletetapi kalau di translate kepada bahasa inggeris...
warm cloth atau cold cloth?
yunus badawi
ReplyDeleteawak pun dah berjangkit penyakit che'pit.. jangan amalkan. nanti sebuah rumah kena.. bayangkanlah macamanan bunyinya ! ngeh ngeh ngeh
kakcikseroja
ReplyDeletekalau orang keliru tolong keliru jadi kelintau !
ain
ReplyDeleteitulah yang saya keliru ni, kenapa JPA guna istilah pakaian panas .. tak caya cuba masuk sini:
http://www.jpa.gov.my/docs/pilmu/bukukew/panduan1/elaun%20pakaian%20panas.pdf
tengok saya tak tipu kan ?
ria abadi 2
ReplyDeletelihat komen saya kpd ain di atas.
yelah.. kita akan slalu sebut yg kita fhm dan per kataan biasa diguna.. tp ia punya maksud yg sama kan
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteheeeeeee
pelik tapi benar!!!
keluar & masuk
saya keluar rumah
saya masuk rumah
ekekkeek...
fenin2
bahasa dewan & pustaka ada jawabannya
heeeeeeeee
salam...
ReplyDeletepada pendapat saya...baju sejuk..baju panas, kedua-duanya boleh digunakan...bergantung kepada tempat di mana ianya digunakan..
JPA guna istilah 'pakaian panas' kerana fungsi baju tersebut utk memanaskan badan kita bila terasa sejuk/musim sejuk......
maiyah
ReplyDeletesaya takut orang tak faham .. kita minta baju panas, dia bagi baju sejuk dan sebaliknya.
blueCITY
ReplyDeletemaaf bebanyak kalau saya telah memeningkan kepala awak.
adilah
ReplyDeletesalam kembali. kenapa boleh jadi begini ye. Agaknya dalam bahasa Arab ada tak kes yang serupa ?
Salam abg al-lavendari..
ReplyDeleteMuka saya pun pernah masuk/keluar dalam beberapa akhbar Melayu dan Inggeris tahun lepas...
Tak nak mahal rezeki...nanti Allah ambil balik semua rezeki jika minta mahal rezeki sbb benda yg mahal kan susah nk dpt..
shaniza
ReplyDeletesalam kembali. mesti ada simpan keratannya kan ? boleh lah upload dalam blog awak, boleh pakat ramai2 tengok.
salam...
ReplyDeletedalam bahasa Arab lagi la K.E.L.I.R.U....semua benda ada perempuan dan lelaki...
'baju panas/baju sejuk' tu ada perempuan lelakinya pula.....mengelirukannnnnn....