Friday, January 15, 2010

A.K.U. K.E.L.I.R.U. - 1 : LAWAN TAPI TAK LAWAN !

Mula-mula nak beritahu jawapan tekateki mana lebih tua sungai ke laut. Jawapannya ialah laut sebab dia dulu makan garam. Ada yang beri jawapan betul, tapi tak beri sebab .. jawapan tidak di terima.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekarang masuk tajuk entri ini - lawan tapi tak lawan.


Banyak perkataan Melayu yang pada hakikatnya berlawanan maksudnya tapi kadang-kadang boleh beri makna yang sama.

Contoh perkataan beri dan ambil. Kan berlawanan! Tapi kalau saya kata "sila beri perhatian", ada beza tak kalau saya kata "sila ambil perhatian".

Satu contoh lagi, perkataan masuk dan keluar. Memang berlawanan. Tapi cuba perhati ayat ini, "dulu muka saya pernah masuk surat khabar" dengan " dulu muka saya pernah keluar surat khabar". (tak tipu). Kan sama maknanya ? Jadi nak guna perkataan yang mana satu ?



(Kosmo 23 Mei 2008)

Tapi saya lagi keliru dengan perkataan sejuk dan panas. Katalah saya nak pergi ke Eropah sekarang ini, saya tak tahu nak bawa baju sejuk  ke baju panas.  Saya dibenarkan buat tuntutan Elaun Pakaian Panas mengikut Pekeliling yang di keluarkan oleh JPA. Tapi bila pergi kedai nak beli baju panas, tak ada pula. Baju sejuk banyaklah macam gambar kat atas tu.  Baju tu kita nak panggil baju sejuk ke baju panas ?  

Begitu juga kalau nak berdo'a. Saya tak tahu mana yang betul. Nak minta rezeki murah atau nak minta rezeki mahal ?

Harap-harap Mybabah baca entri ini dan tolongi saya yang keliru ini !




mybabah.. tolong !




27 comments:

  1. hahahahhaha
    wa pown keliru
    tapi entry ni cool!!!


    >>____<<


    semoga dimahalkan rezeki!!
    mmmm ~ sesuatu .. ahakz

    ReplyDelete
  2. wah keluar (atau masuk) suratkabar abg ya. Glemerlah kiranya! hehehe

    ReplyDelete
  3. tak kiralah perkataan mana pun , ianya bergantung pada ayat-ayat dan yang penting orang boleh faham.

    ReplyDelete
  4. Salam Bang..

    saya turut jadi keliru...

    ReplyDelete
  5. frodo baggins
    nanti tunggulah orang yang boleh menyelesaikan kekeliruan kita.

    ReplyDelete
  6. yunus badawi
    awak pun biasa keluar surat khabar kan ! hehe

    ReplyDelete
  7. endiem
    saya bimbang kita saja yang faham tapi orang tak faham. dia kata dia faham tapi apa yang dia faham tak sama dengan apa yang kita faham. rupanya dia silap faham. silap faham lagi bahaya dari tidak faham.

    ReplyDelete
  8. aziezahh
    atau saya yang mengelirukan awak yang sebelum ini tak keliru ?

    ReplyDelete
  9. Itu dulu bang. Skrg saya nak low profile ngeh3x

    ReplyDelete
  10. salam,

    saya pun dah ada kekeliruan. haha.

    tapi, bab rezeki tu, bukan patutnya kita berdoa minta Allah murahkan rezeki???

    sebab

    kalau rezeki murah, semakin mudah lah kita nak dapat.

    tapi kalau minta rezeki mahal dari Allah, makin susah lah kita nak dapat.

    (sebab bila mahal, perlu duit yg byk utk mndapatkannya, bila murah, kita boleh dapat 'kuantiti' yg lebih banyak dengan menggunakan nilai matawang sama sewaktu beli barang mahal)

    hurm..ya Allah murahkan rezeki ku (supaya bleh dapat rezeki yg banyak)

    p/s: tapi bagaimana pula dgn kualiti rezeki tersebut? hahahaha

    ReplyDelete
  11. ria
    ok lah bab murah mahal tu .. boleh terima. tapi bagaimana pulak dengan baju panas dengan baju sejuk tu, mana satu betul?

    ReplyDelete
  12. Salam bang..

    sebab saya pun keliru seperti Ajai & Nurul, jadi tak dapatlah saya nak menolong! :)

    ReplyDelete
  13. setahu saya itu baju sejuk...

    baju panas tu singlet la kot....hahaha...

    pasal rezeki tu, mesti la nak mintak murah rezeki kan....

    whatever perkataan yang kita guna, janji maksud dia orang faham itu dah cukup baik kan....

    ReplyDelete
  14. itu pun saya keliru! haha

    tapi kalau di translate kepada bahasa inggeris...

    warm cloth atau cold cloth?

    ReplyDelete
  15. yunus badawi
    awak pun dah berjangkit penyakit che'pit.. jangan amalkan. nanti sebuah rumah kena.. bayangkanlah macamanan bunyinya ! ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  16. kakcikseroja
    kalau orang keliru tolong keliru jadi kelintau !

    ReplyDelete
  17. ain
    itulah yang saya keliru ni, kenapa JPA guna istilah pakaian panas .. tak caya cuba masuk sini:

    http://www.jpa.gov.my/docs/pilmu/bukukew/panduan1/elaun%20pakaian%20panas.pdf

    tengok saya tak tipu kan ?

    ReplyDelete
  18. ria abadi 2
    lihat komen saya kpd ain di atas.

    ReplyDelete
  19. yelah.. kita akan slalu sebut yg kita fhm dan per kataan biasa diguna.. tp ia punya maksud yg sama kan

    ReplyDelete
  20. salam

    heeeeeee
    pelik tapi benar!!!

    keluar & masuk

    saya keluar rumah
    saya masuk rumah

    ekekkeek...

    fenin2
    bahasa dewan & pustaka ada jawabannya

    heeeeeeeee

    ReplyDelete
  21. salam...
    pada pendapat saya...baju sejuk..baju panas, kedua-duanya boleh digunakan...bergantung kepada tempat di mana ianya digunakan..
    JPA guna istilah 'pakaian panas' kerana fungsi baju tersebut utk memanaskan badan kita bila terasa sejuk/musim sejuk......

    ReplyDelete
  22. maiyah
    saya takut orang tak faham .. kita minta baju panas, dia bagi baju sejuk dan sebaliknya.

    ReplyDelete
  23. blueCITY
    maaf bebanyak kalau saya telah memeningkan kepala awak.

    ReplyDelete
  24. adilah
    salam kembali. kenapa boleh jadi begini ye. Agaknya dalam bahasa Arab ada tak kes yang serupa ?

    ReplyDelete
  25. Salam abg al-lavendari..

    Muka saya pun pernah masuk/keluar dalam beberapa akhbar Melayu dan Inggeris tahun lepas...

    Tak nak mahal rezeki...nanti Allah ambil balik semua rezeki jika minta mahal rezeki sbb benda yg mahal kan susah nk dpt..

    ReplyDelete
  26. shaniza
    salam kembali. mesti ada simpan keratannya kan ? boleh lah upload dalam blog awak, boleh pakat ramai2 tengok.

    ReplyDelete
  27. salam...
    dalam bahasa Arab lagi la K.E.L.I.R.U....semua benda ada perempuan dan lelaki...
    'baju panas/baju sejuk' tu ada perempuan lelakinya pula.....mengelirukannnnnn....

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.