Kau tahu tak dulu-dulu ?
Aku yang menyuap nasi ke mulut mu
Sebelum kau pandai mengais
Kini kau anggap ku bagai pengemis
Aku bukan lagi orang pertama yang kau tuju
Kerana dari ku tiada apa lagi yang kau perlu
Hibanya hati tuhan sahaja yang tahu.
Kau ingat tak dulu-dulu?
Masa kau belajar bertatih
Rebah mu sentiasa ku sambut
Aku yang merawat luka mu di lutut
Kini kau sudah pandai berlari
Diri ku sudah tidak kau toleh lagi
Pedihnya hati ini tidak terperi.
Kau sedar tak dulu-dulu ?
Kau sering sahaja terkeliru
Antara rama-rama dan kupu-kupu
Lalu bertanya bertalu-talu
Aku tidak pernah jemu-jemu
Memberitahu mu yang mana satu
Tetapi kini kau sudah serba tahu
Aku hanya penyibuk masa senggang mu.
Sayap mu kini sudah berbulu penuh
Kau ingin terbang dan lari jauh-jauh
Air mata ku sudah tiada lagi untuk jatuh
Apa daya ku untuk menghalang
Kini diri ku ibarat melukut di tepi gantang
Sampainya hati mu diri ku kau buang.
Akan ku bawa diri mencari daerah yang baru
Moga-moga ada damai yang menanti di situ
Dan dari kejauhan ini ketahuilah wahai anakanda
Aku akan menjadi pemerhati yang tidak pernah alpa
Penyelamat yang yang sentiasa waspada
Dan penunggu yang teramat setia.
Dan seandainya nanti kau terluka
Carilah dan datang lah kepada ku tanpa ragu
Aku pasti akan menyambut dan merawat mu seperti dulu-dulu
Kerana sesungguhnya kau tetap anak ku .. darah daging ku !
Semoga kita kita kan menjadi anak yang baik..
ReplyDeleteAbg buat saya hiba....
ReplyDeleteItulah anak2 kalau dah besar.
Ye lah dulu-dulu tu betul le,tapi kini dah jadi sejarah dan sebagai pedoman kepada orang yang mendatang...
ReplyDeleteOrang yang buta sejarah kerap kali akan mengulangi peristiwa lalu.. tapi bagi orang yang berilmu takkan jatuh dalam lubang yang sama...
OLeh tu.. peristiwa yang berlaku tu ada hikmahnya untuk kita responsif agar setiap insan dapat pengajarannya..satu war-war yang bernas dan berkesan..
Terima kasih atas N3 yang bernas dan berQ.. moga kita menjadi orang yang sentiasa cintakan majlis ilmu..amin.
teringat iklan raya petronas yang ayah dia lumpuh dan kena makan nasik kat luar.
ReplyDeleterelevan
ReplyDeletebegitulah hendaknya .. dulu, kini dan selamanya.
YB
orang yang lebih tua, tentulah lebih hiba !
anNahlu
ReplyDeleteterima kasih atas ulasan awak yang juga sangat bernas.
MrPenyuBiru
di samping itu saya juga mendapat ilham dari iklan .. burung apa ? burung murai ! burung apa ? burung murai ! ingat lagi tak ?
InsyaAllah, semoga saya tidak menjadi anak yang tak mengenal 'asal usul' sehingga lupa haluan hendak dituju.
ReplyDeleteTouching nya saya
puitis dan sungguh bermakna sekali....
ReplyDeletetahniah!!!!
pengorbanan kedua orang tua tak ternilai dek harta....
semoga kita semua tergolong dikalangan anak yang soleh dan solehah....
Sedihnya n3 ini... Rindunya pada yang tiada.. "Abah.. damailah kau di 'sana' " Al-Fatihah
ReplyDeleteTersentu hati membacanya..Patut beri semua anak2 baca ni..Biar menjadi ingatan mereka..
ReplyDeleteYa begitulah keadaanya manusia yang lupa diri, lupa asal usul...
ReplyDeletesungguh memalukan sikap sebegitu. Suatu hari akan dibalasNYA atas setiap perbuatan.
Saya suka puisi Abang ni...
itu dulu sekarang zaman baru dunia dah berubah dunia dah maju so inilah kita dapat dari perubahan dan kemajuan
ReplyDeleteiris
ReplyDeletebagus .. jadilah anak yang mengenang budi dulu, kini dan selamanya !
ain
semoga begitulah .. tapi saya dua2 dah tiada.
nida
di manakan ku cari ganti, serupa dengan mu !
zureen@mama
ReplyDeletet.kasih kerana singgah buat kali pertama. saya nak masuk blog awak kenapa tak dapat ? orang yang tersentuh adalah orang yang ada perasaan !
azieazah
puisi ini datangnya dari hati seorang warga emas. semoga tidak mengalami nasib yang sama.
mamai
pedas sindiran awak ! saya khuatir ada orang silap faham.
Assalamualaikum, macam mana sedihnya rasa mak ayah kita masa kita tak hiraukan mereka, begitulah sedihnya bila anak2 tak hiraukan kita, so sentiasalah kita perihatin dan menghormati mak ayah kita supaya anak2 kita juga akan perihatin terhadap kita kelak. InsyaAllah
ReplyDeleterasa sedeh lak huhuu
ReplyDeleteal-lavendari
ReplyDeleteTeringat di masa dulu
hatiku terasa pilu
muka terasa malu
janji kerap melulu.
Teringat di masa dulu
hatiku terasa pilu
muka terasa malu
lidah kerap kelu
Teringat di masa lalu
hatiku terasa pilu
muka terasa malu
gigi terasa ngilu
Teringat di masa sekarang yang
si anak dulu dah jadi
atuk atau nenek
Teringat di masa sekarang yang
si anak dulu dah jadi
suami atau isteri
Teringat di masa sekarang yang
si anak dulu dah jadi ayah atau ibu
Teringat di masa sekarang yang
si anak dulu dah jadi abang atau kakak
tapi,tapi,
masa dulu-dulu hanya anak aje.
kita pun dulu-dulu si anak juga, tapi sekarang dah berubah...
boleh berblog lagi..tulah perubahan.
syukur saya masih punya ibu dan bapa, juga kedua mertua...
ReplyDeletemasih diberi kesempatan untuk membalas jasa mereka seadanya...
alhamdulillah....
lipislady
ReplyDeletesatu prinsip yang benar .. orang berbudi kita merasa !
maiyah
awak ada emak lagi sebagai tempat mengadu yang paling sedia mendengar
ain
tidak rugi berbuat baik kepada mereka semua dan tidak juga dipandang hebat orang yang melukakan hati mereka.
anNahlu
ReplyDeleteteruskan berblog dalam menyemai rasa kasih sayang sesama insan walaupun sumbangan kita mungkin kecil.. "no body can do everything but everybody can do something"
owhhh tuan...
ReplyDeleteFuhh... lidah saya rasa pijar . Agaknya sebab masakkan lomak cili api kot.. ( hahaha... tuan tak perlu komen tentang ini . tq)
Yup ! Ada benarnya pendapat mamai.
Hingga ramai anak2 moden kini semakin hilang jati diri kemanusiaan dan kasih sayang.
Itulah yang paling menakutkan !!
anak-anakku
ReplyDeletekau juga punya anak-anak sendiri
yang akan membesar sambil memerhati
segala perlakuanmu dulu dan kini
terpahat di minda mereka
apa yang berlaku bukan direka-reka
tapi terjadi di depan mata
mereka tidak mungkin rasa bersalah
waktu dirimu mengeluh menyesal tak sudah...
(ini bukan doa seorang ayah.. cuma amaran bahawa apa yang berlaku kini, mungkin juga akan berlaku di kemudian nanti..)
liNda
ReplyDeletemanusia ni memang pelik, mana yang orang tak beri, itulah yang dia nak sangat. mana yang awak tak bagi komen, itulah yang saya nak komen. saya rasa masak lomak saya yang paling 'mild' (apa cakap Melayunya .. ewah2)
awak tak perlu takut .. que sera sera .. tentu awak ingat lagu tu !
Allah itu Adil. And parenting at early age must be rite. Kalo anak dah umur 20 thn baru nak ajar solat, ngaji, adab dll susah sikit kot. Boleh..tapi susah.
ReplyDeleteSy teringat Ust sy kata, as a parents kita jgn sensitif sgt. Memaafkan adlh yg terbaik. Mendoakan perlu sentiasa. Membaiki hubungan perlu berterusan. Menerima dgn rela hati..
Jgn pernah sekali pun terfikir spt kbykn parents (sorry to say) : "one day u akan punya anak then u'll know" jgn lah mcm tu.. Itukan anak sendiri.. Dia terbentuk drp asuhan kita. Mostly imitate diri parents itu sendiri.. yes, Tuhan itu Adil...
p/s: Ingat tak story abt me & my mum? relationship kami btambah akrab selepas insiden itu. Sebab dia faham walaupun dia sedih.
And u know whats in her prayer. Dia bkn shj bdoa utk saya malah dia bdoa agar SHE CAN ALWAYS BE A GOOD PARENT. Dan itu yg dia suruh saya doa dlm setiap solat selepas i dpt my 1st baby... and i think she's rite..
Teringat dulu-dulu
ReplyDeleteaku melalak nakkan susu
dia menangis tersedu-sedu
Teringat dulu-dulu
dia mengidam kuih bahulu
aku tak kisah sebab tak tahu
Teringat dulu-dulu
dia telepon sebab rindu
aku pulak sebok selalu
Itu dulu
terkenang aku masakan ibu
leteran ayah pula kurindu
sekarang aku sedih selalu
sebab semuanya dah berlalu
Ampunkan aku wahai ayah dan ibu
menitis lagi airmata bila membaca pasal ayah yg di buang di muka depan harian metro hari ini!
ReplyDeleteKasih anak, ada dibenak
ReplyDeleteKasih ayah, sanggup berpayah
Kasih ibu, Allah saja yang tahu
ssh kal0 mudah lupa diri ni...
ReplyDelete"Dan itu yg dia suruh saya doa dlm setiap solat selepas i dpt my 1st baby... and i think she's rite.."
ReplyDelete1. off course she's rite !
2. laa .. u dah kawin rupanya .. !
kakcikseroja
ReplyDeletesaya harap semua anak2 (yang baca blog ini) akan ambil perhatian amaran kakcik itu.
ikan emas
semoga ayah dan ibu awak akan ampunkan awak.
sl tedi
tentu awak menangis kerana mengenangkan nasib ayah itu lebih malang lagi dari kucing2 terbuang.
sharamli
ReplyDeleteawak lambat lagi hari ini .. harap tak lupa blog pakcik !
zool@tod
kasih suami dengan kasih isteri macamana pulak ?
1. hehe..
ReplyDelete2. hehehehehehe.....