Friday, January 22, 2010

WA BUKAN TATAU KORANG SUME MEMANG TAK SUKE NAK BACA ENTRI JIWANG-JIWANG CENGGINI KAN ?

Saya suka sastera. Saya juga suka puisi. Tapi saya tak pandai berpuisi. Lalu lahirlah blog , pu.e.c orang x re.t atau "puisi orang tak reti" pada hari Jumaat, 28hb. Ogos 2009. Kiranya blog KomenSen ini bermadulah dengan blog puisi saya tu ! Antara banyak2 puisi, pantun paling saya suka. Tapi orang muda-muda ramai yang tak suka. Tak sejuk "cool" kata dia orang. Sebagai suami pemilik kedua-dua blog ini saya telah berusaha melayan kedua-dua mereka seadil mungkin.

Kepada saya pantun adalah ibarat nasi lemak ... salah satu makanan tradisi kita. Kalau nasik lemak merupakan salah satu makanan tradisi, pantun pula merupakan salah satu puisi tradisi kita. Kalau nasi lemak tak ada, orang akan tercari-cari tetapi saya tidak pasti jika pantun hilang, adakah orang akan tercari-cari juga ? Pasti ada.. paling tidak pun, Saudara Karam Singh Walia !

Saya tidak ada masalah untuk buat entri selain dari puisi/pantun. Banyak entri saya dalam blog KomenSen ini, saya hasilkan dalam masa kurang dari 5 minit. Tetapi untuk mencipta atau menjawab hanya serangkap pantun kadang2 saya terpaksa tidur malam dahulu baru dapat menjawab. Baru-baru ini ada pertandingan berbalas pantun yang tidak di rancang di blog puisi saya.

Saya telah pos dua rangkap pantun untuk ditujukan kepada Mamamin, rakan blogger pantun saya yang dah lama menghilang.

anak ayam turunlah lapan
matilah lima tinggallah tiga
cutinya di lulus tigalah pekan
dah tiga purnama tak nampak muka.

anak ayam turunlah lima
mati seekor tinggallah empat
bukannya sayang bukannya cinta
hendak ku lupa tapi tak dapat.

tak sangka Kakcikseroja jawab begini:

pinggan tak retak
nasi tak dingin
kita ingat kat awak
awak pulak ingat kat mamamin!

Alamak. Macamana aku nak jawab ni. Ini pantun nak menduga. Saya kena beli balik pantunnya dengan pantun yang boleh pukul pantun dia. Malu kalau tak dapat jawab. Jujurnya, memang saya tak tahu nak jawab hari tu. Kalau nak jawab ala-ala pantun Senario tak ada masalah, tapi tak kan pantun yang secantik itu hendak di beli dengan harga yang murah. Saya juga ingin menggunakan semula pembayang yang digunakan oleh Kakcikseroja. Barulah nampak sambut menyambut dan meriah. Keesokan harinya baru saya dapat ilham dan jawab selepas kepala saya betul-betul kena migrin.

pinggan tak retak
nasi tak dingin
takkan saya lupa pulak
dok teringat sampai migrin.

Ada juga hikmahnya migrin ini rupanya. Ingatkan dah habis .. Ikan Emas pula masuk mencelah ..!

anak ayam turunlah lima
jatuh gaung semua dah mati
usah dirindu usah merana
orang di sini sentiasa menanti

wah .. ini pantun perangkap maut, silap beli nanti .. (golo deeh) susah dibuatnya. Kalau nak nampak terer, saya juga harus gunakan pembayang pantunnya di samping jawapannya boleh memboloskan diri. Lalu saya balas begini:

anak ayam turunlah lima
jatuh gaung semua dah mati
itu tanda bersahabat maya
orang di sisi memang tak lari.

Kemudian saya teringat akan kata-kata Pak Ungku Aziz sedikit masa lalu.. "Pantun bantu bina akal budi".



Pada mulanya saya pun tak faham apa maksud akal budi tu .. tetapi melalui kisah saya berjual beli pantun dengan kakcikseroja dan ikan emas, barulah saya faham rupanya untuk berpantun, akal kita kena panjang serta cekap dan budi (bahasa) pun harus di jaga .. baik semasa menggubah pembayang mahu pun dalam menyusun maksudnya.

Selang beberapa tahun hari berlalu, Finaz tampil dengan pantun ini bagi menjawab pantun saya fasal hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong:

Kemain awak berpantun sampai ke hujung tanjung
saya baca pantun awak sambil makan chicken chop
kalo awak rasa hidung tak mancung
pergi jelah buat nose job..

Pantun Finaz ini saya mengaku kalah .. sampai hari ini saya tak dapat jawab pantun dia dengan pantun juga. Inilah jawapan yang mampu saya beri:

jawab tak jawab, jawak tak jawab, jawab tak jawab .. tak ndak jawablah. asyik2 kena je !

p.s lalu saya terfikir kehebatan nenek moyang kita dahulu walau pun tak bersekolah tetapi masih mampu mencipta pantun yang hebat dan dapat menyampaikan maksud atau hajat yang besar dengan hanya serangkap pantun sahaja .. seperti pantun dua kerat berikut;

sudah gaharu cendana pula .. atau siakap senohong.. atau ada ubi ada batas .. dan seumpamanya

atau pantun empat kerat seperti berikut:

intai padi antara masak .. atau kalau ada sumur di ladang .. atau dua tiga kucing berlari .. dan seumpamanya.
.

53 comments:

  1. UNGKU AZIZ: Belum siap lagi. Saya sudah baca lebih 3,000 pantun. Hari-hari saya cari pantun Melayu sampai bertimbun-timbun di rumah saya. Kalau dikaji betul-betul, pantun dan teka-teki menggambarkan minda Melayu tulen dan asal-usul pemikiran Melayu.


    Ia unik dan identiti serta kelebihan orang Melayu. Intisari pemikiran dan minda Melayu terdapat dalam pantun.


    Malah kalau orang Melayu mempelajari pantun-pantun bangsa sendiri, orang Melayu boleh maju jaya.


    >>> beliau sangat cool!! seyes!

    ReplyDelete
  2. Frodo Baggins.
    Pakcik sangat gembira dan bangga bila anak muda macam awak meminati pantun dan sastera Melayu. Kalau tidak kepada siapa lagi hendak diharapkan.

    Awak belum tidur lagi ? Pakcik tak boleh tidur sebab pukul 1 nanti nak pergi tugas Rukun Tetangga.

    ReplyDelete
  3. huhu.. orang muda skang suka benda ringkas gamaknya.

    sampai pantun pun nak kena jentik dengan bau-bau pop alternatif. barulah 'hidup' kata orang muda itu.

    (wa slalu gak lawat blog lagi satu tu. huhu. banyak puisi yang 'umph'!)

    ReplyDelete
  4. oranglidi
    t.kasih kerana bertandang ke blog saya dan memberi komen yang memberangsangkan..jangan lawat jer, tunjuklah bakat sekali sekala.

    ReplyDelete
  5. kalau bley pantun pun nak masukkan elemen indie ... tp halus mulus org dedulu buat pantun mmg x terjangkau pemikiran skank ni ..


    hye lidi

    wakakakkaka

    >>___<<

    ReplyDelete
  6. hehe.. sy suka gak berpantun ni, tp segan le kalo jd ntah pape

    ReplyDelete
  7. Pinang muda dibelah dua
    Anak burung mati diranggah
    Dari muda sampai ke tua
    Ajaran baik jangan diubah

    ReplyDelete
  8. hihihi.. nak tunjuk bakat. tapi sogan la edennn..

    lenkali wa try kasi se'padu'nya.

    ReplyDelete
  9. Saya klu bersajak jiwang/merapu boleh lagi layan, tapi klu pantun lemah sikit. Boleh, tapi bak kata abang, selagi tak migrin selagi tu tak habis serangkap. Apapun tak nak ngaku kalah, saya cubalah satu, JANGAN GOLAK YO !!!

    Anak ayam turunlah lima,
    Mati dua tinggallah tiga,
    Ingat Mamamin dan Kakcik Seroja je,
    Kat saya tak ingat langsung ke?

    yahoooo!!! akhirnya berjaya juga !!

    ReplyDelete
  10. daun memang kalah bab bab pantun mantun ni

    ReplyDelete
  11. anak ayam besar-besar,
    jom kita pergi pasar.

    ni yg sempat nak bubuh. kena cepat pergi pasar. kalau lambat dapat ekor ikan je.

    ReplyDelete
  12. maiyah
    segan buat apa .. kita duduk bukan dekat2, muka pun tak nampak!

    ReplyDelete
  13. abu muaz
    walaupun rupa mua tidak ku kenal, tatapi pantun ini macam pernah ke dengar !

    ReplyDelete
  14. oranglidi
    saya nak tengok sangat macamana rupa sepadu tu !

    ReplyDelete
  15. Daun Bidara
    lihat lah dunia ..betapa betulnya apa yang saya kata .. cik bidara yang begitu pandai berprosa.. siang-siang dah serender !

    ReplyDelete
  16. one zaba
    kalau pergi awal2 pun, awak tak dapat lari dari ekor ikan. berapa ekor ikan termenung awak beli tadi !

    ReplyDelete
  17. annie
    aduh ..kenapa kepala saya tetiba je migrin ?

    ReplyDelete
  18. Blog bermadu takpe bang jangan isteri bermadu. Ada yg kena tidur kat luar nanti hehehe

    ReplyDelete
  19. Salam

    hehehe

    Saya minat juga berpantun. Seni warisan tinggalan Melayu.


    Pantun Kak Cik dan balasan pantunnya sangat menarik.

    =)

    ReplyDelete
  20. sugguh aku tak reti berpantun atau aku memang tak pandai berkias

    ReplyDelete
  21. Buah Cempedak diluar pagar..
    Ambil Galah tolong jolokan..
    Budak sekarang tak masuk ajar..
    Salah dan silap mereka teruskan..

    Jangan jawab..

    ReplyDelete
  22. Teman sekolah dulu aliran sains dan tak masuk sustera..
    Suka membaca tapi ngilat utk membina karya..payah..hee

    ReplyDelete
  23. yunus badawi
    saya tak kisah dia tidur luar !

    ReplyDelete
  24. iris
    salam kembali. mula2 minat.. lepas tu cuba2 lah pulak.

    ReplyDelete
  25. mamai
    tak mengapa awak tak pandai berkias asalkan awak pandai berkais !

    ReplyDelete
  26. relevan
    ok saya tak jawab ! kurang sikit migrin ..

    ReplyDelete
  27. lanabulu
    tak mengapa kalau tak pandai, jangan tak minat atau tak menyokong apa lagi kalau tidak menghargai seperti segelintir kecil orang moden tu.

    ReplyDelete
  28. masalahnya bukan dia yg tidur luar tapi abg!

    larikksss

    ReplyDelete
  29. Salam..

    Hari malam gelap-gelita
    Pasang lilin jalan ke taman
    Pantun memantun budaya kita
    Jadi kebanggaan zaman berzaman

    Cuaca gelap semakin redup
    Masakan boleh kembali terang
    Budi bahasa amalan hidup
    Barulah kekal dihormati orang

    ReplyDelete
  30. shaniza

    pergi ke hutan mencari damar
    sambil menebang si pohong buluh
    kata mu tuan amatlah benar
    bagaikan terang lagi bersuluh.

    ReplyDelete
  31. hehe... saya suka pantun / puisi especially yg funny2.

    ReplyDelete
  32. wa mesti jwb ni sbb nama Ikan emas msk dlm n3 ..

    petua pantun terdesak...guna aje pembayang ini;

    budak-budak NAIK PERAHU
    NAIK PERAHU pergi ke beluran
    itulah kehebatan orang dodulu
    byk kiasan penuh sindiran

    ...wa tabik dgn pak menteri wa, stiap ucapannya mesti terselit byk pantun-pantun spontan. Itulah istimewanya orang Minang yg dkatakan gaya percakapannya penuh dgn rima-rima..

    ReplyDelete
  33. assalammualaikum

    best pantun2 yang dijual beli tu .
    saya tak pandai bab ni.
    kalau membaca pantun pandailah

    ReplyDelete
  34. Saya juga suka menulis.....



    Dulu ...saya mengetuk mesin taip untuk menulis.....




    Sekarang.....saya penulis blog yang rapu!!!!

    ReplyDelete
  35. 0rg xpandai bepantun pakcik...kal0 pantun ngarut2 tu bleh la...heee

    ReplyDelete
  36. malam ni takde idea nak pantun sbb nak kena salinkan Adam hehehe

    (alasan yg asalan.)

    ReplyDelete
  37. budak-budak NAIK PERAHU
    NAIK PERAHU pergi ke beluran
    pantun sekarang banyak merapu
    tak tahu apalah nak jadi kemudian.

    ps. saya dah agak awak kerja di bawah Kem. Penerangan.

    ReplyDelete
  38. aklcitizen
    alaikumsalam..boleh menghargai pun sudah cukup menggembirakan saya.

    ReplyDelete
  39. xiiinam

    sekali air bah sekali pasir berubah..

    p.s mesin taip lama tu jangan di buang !

    ReplyDelete
  40. sharamli
    macamana test ? mesti ok punya kan ! otak awak cekap. cuba buat pantun ngarut sikit, pakcik nak dengar, boleh tak ?

    ReplyDelete
  41. yunus badawi
    tiap2 malam ke awak kena salinkan adam ?

    ReplyDelete
  42. akan emas
    sori.. pantun NAIK PERAHU tu saya tujukan untuk awak. saya rasa awak pun boleh agak kan ? sapa lagi yang buat pantun naik perahu.

    ReplyDelete
  43. salam
    maaf en lavendari, saya bab2 pantun ni cam lemah sikit, tapi tetap minat dgn warisan melayu ni. Bila berpantun rasa macam bahasa melayu sangat lemah lembut. Paling suka time acara meminang, ada yang masih lagi amalkan berbincang menggunakan pantun, memang klasik

    ReplyDelete
  44. ikan emas.
    apa kena dgn saya hari ini .. dah tersalah eja nama awak pulak. ni lah agaknya bahana banyak makan durian !

    ReplyDelete
  45. rosnanie
    saya pun bukan hebat mana pun .. cuma minat sahaja. tu sebab blog saya tu dinamakan "puisi orang tak reti"

    ReplyDelete
  46. ikan duri dalam kolam
    dalam kolam ikan duri
    kalau nak beli ikan duri
    jangan beli dalam kolam

    ReplyDelete
  47. Salam Kanda AL..

    sehebat mana pun berpantun.. kadang2 'gelap' juga dalam mencari ilham. :)

    (kebetulan hari ini, kakcik pakai baju kurung sewaktu masuk pertandingan berbalas pantun 3 tahun lalu..)

    ReplyDelete
  48. kakcik
    betul .. itu yang jadi ilham untuk buat entri tu. patutlah pun, pantun kakcik semuanya hebat2. kakcik masuk peringkat mana ? saya tabik kepada peserta berbalas pantun, lebih2 lagi yang berbalas pantun secara "impromptu".
    saya sendiri tak pernah rasanya menyertai mana2 pertandingan. menganjurkan adalah .. Chuari pernah saya jemput menjadi pengerusinya.

    ReplyDelete
  49. Saya nak tumpang baca jer... kurang pandai bab pantun.. Sekadar minat mendengar. Kagum dgn keindahan dan kelembutan bahasa...

    kiasan yang menusuk tapi lembut diucapkan...

    ReplyDelete
  50. aziezah
    itulah keistimewaan budaya kita yang kita sama-sama patut merasa megah dan terus memupuk dan memeliharanya.

    ReplyDelete
  51. Bukit Cuping, Gua Beringin
    Tempat orang membuat simen
    Putih kuning jangan dok ingin
    Muka kami penuh berdermen.

    Sena Creek

    ReplyDelete
  52. ASC

    Bukit Cuping, Gua Beringin
    Tempat orang membuat simen
    Kita di sini memang teringin
    Nak tengok rupa orang berdermen !

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.