Entri ini adalah sambungan kepada 4 entri sebelum ini. Pada awalnya saya cadang tak nak 'publish'kan sebab Kakcikseroja sudah mendahului saya dalam komennya. Tetapi memandangkan bahannya telah ada, saya paparkan juga disini. Tetapi sebelum itu saya senggangkan sikit dengan memasukkan entri 'terkenang semasa dulu - Afrika Selatan' untuk lari sekejap dari isu pencarian siapa yang boleh di percayai.
Sekarang berbalik kepada persoalan siapa yang yang boleh kita percaya. Kita telah lihat bahawa di antara imam, polis, askar dan kawan, tidak ada beza perangai masing-masing kalau nafsu telah mengatasi kewarasan. Masing-masingnya jadi 2 X 5 sahaja. Walau bagaimanapun kita pun tahu bukan semua imam, polis, askar atau kawan yang berperangai begitu. Makanya pepatah Melayu yang berbunyi(tak de bunyi pun) 'seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit' sangat relevan dengan kes ini. Jadi pengajarannya atau 'moral of the story' ialah jangan dekat atau berkawan dengan 'kerbau yang membawa lumpur' atau jangan berkawan terus dengan 'kerbau' , kalau kita tidak mahu terpalit.
Namun begitu, kita dalam keadaan tertentu, terpaksa juga bergantung harap kepada seseorang. Sikap bersangka baik kepada orang adalah suatu sikap yang elok. Sikap berprasangka buruk yang keterlaluan akan menyusahkan kita juga ... sehingga kita mungkin diburu bayang-bayang. Namun begitu dalam keadaan sekarang ini, kita tidak boleh terus percaya pada orang hanya berdasarkan pakaiannya, cara percakapan atau gelaran dan pangkatnya. Misalnya kalau ada anak gadis yang dipelawa oleh seorang lelaki pertengahan umur yang memakai kot dan talileher dan bersongkok, yang tidak kita kenali, yang memandu kereta BMW 740 yang baru, menawarkan untuk menghantarnya pulang, adakah wajar anak gadis itu terus saja mengikutnya. Mentang-mentanglah orang lelaki itu pakai BMW 740, kita terus percaya dia orang baik-baik. Mana kita tahu entah-entah kereta itu kereta curi atau kereta pinjam. Jadi salah siapakah kalau si gadis itu kemudiannya di cabul atau di perkosa kalau dia menerima pelawaan lelaki itu ?
Kalau zaman dulu-dulu mungkin kita boleh menilai seseorang dari jawatan atau pakaian mereka. Kalau dia berserban dan menjadi imam di kampung, kita boleh percaya. Atau kalau dia seorang perempuan yang bertudung dan mengajar Quran, kita juga perlu percaya. Tapi sekarang, maaf cakaplah, saya lihat ada sesetengah tu yang pakai serban atau bertudungbukan yang semi-pro, perangai mereka ada yang lebih teruk lagi dari mereka yang tak pakai serban atau tidak bertudung.
Kalau begitu, siapa lagi yang boleh kita percaya? Barangkali nenek boleh kita percayai kerana di samping dia seorang perempuan (kerana sebelum ini yang buat hal semuanya lelaki) dia juga sudah jadi nenek. Takkanlah nenek pun nak buat hal kan. Tapi rupa-rupanya nenek zaman sekarang ni pun pandai juga buat hal.
Sekarang berbalik kepada persoalan siapa yang yang boleh kita percaya. Kita telah lihat bahawa di antara imam, polis, askar dan kawan, tidak ada beza perangai masing-masing kalau nafsu telah mengatasi kewarasan. Masing-masingnya jadi 2 X 5 sahaja. Walau bagaimanapun kita pun tahu bukan semua imam, polis, askar atau kawan yang berperangai begitu. Makanya pepatah Melayu yang berbunyi
Namun begitu, kita dalam keadaan tertentu, terpaksa juga bergantung harap kepada seseorang. Sikap bersangka baik kepada orang adalah suatu sikap yang elok. Sikap berprasangka buruk yang keterlaluan akan menyusahkan kita juga ... sehingga kita mungkin diburu bayang-bayang. Namun begitu dalam keadaan sekarang ini, kita tidak boleh terus percaya pada orang hanya berdasarkan pakaiannya, cara percakapan atau gelaran dan pangkatnya. Misalnya kalau ada anak gadis yang dipelawa oleh seorang lelaki pertengahan umur yang memakai kot dan talileher dan bersongkok, yang tidak kita kenali, yang memandu kereta BMW 740 yang baru, menawarkan untuk menghantarnya pulang, adakah wajar anak gadis itu terus saja mengikutnya. Mentang-mentanglah orang lelaki itu pakai BMW 740, kita terus percaya dia orang baik-baik. Mana kita tahu entah-entah kereta itu kereta curi atau kereta pinjam. Jadi salah siapakah kalau si gadis itu kemudiannya di cabul atau di perkosa kalau dia menerima pelawaan lelaki itu ?
Kalau zaman dulu-dulu mungkin kita boleh menilai seseorang dari jawatan atau pakaian mereka. Kalau dia berserban dan menjadi imam di kampung, kita boleh percaya. Atau kalau dia seorang perempuan yang bertudung dan mengajar Quran, kita juga perlu percaya. Tapi sekarang, maaf cakaplah, saya lihat ada sesetengah tu yang pakai serban atau bertudung
Kalau begitu, siapa lagi yang boleh kita percaya? Barangkali nenek boleh kita percayai kerana di samping dia seorang perempuan (kerana sebelum ini yang buat hal semuanya lelaki) dia juga sudah jadi nenek. Takkanlah nenek pun nak buat hal kan. Tapi rupa-rupanya nenek zaman sekarang ni pun pandai juga buat hal.
Berita Harian - 2 Januari 2010.
"Nenek lapan cucu dicekup khalwat: Pasangan mengaku lakukan seks di hotel"
(perhatian ! gambar perempuan tu bukanlah nenek yang dimaksudkan. Rasanya dia tak perlu diperkenalkan lagi)
Kali ini surat khabar dah tak tulis perkataan didakwa lagi macam kes polis dan askar dulu ... kerana agaknya kes ini memang sahih terjadi. Kalaulah berita ni benar-benar sahih, adakah nenek macam ini boleh kita percaya ? Kalau nenek pun kita tak boleh percaya ... siapa lagi yang boleh kita percaya ? anak ?
Ha.ha.ha syoknya jadi orang pertama bagi respon/komen.. nenek pula buat hal.. atuk ok kut..biasalah..
ReplyDeleteNasiblah saya tak bawa BMW 740 dan pakai serban. Kalau ada anak2 dara nak tumpang kereta saya dari Ulu Bendul ke Terminal1 tu bolehlah hehehe
ReplyDeletehehheheheh
ReplyDeletenenek pun dah tak leh cayer ya?
apa lagi datuk2 kan
hmmmmmmm...
percaya pada kata hati..
jgn percaya sesiapa
ReplyDeleteHehehe...sume ni petanda² kecik nk kiamat..maksiat semakin berleluasa..moh le kita sume kuatkn iman bykkn amal ibadat...
ReplyDeletehahaha..
ReplyDeleteseyes kali ney da x pcaye kt sesape dah.
xmo pcaye kt sesape dah.
serik!!
anNahlu
ReplyDeletetahniah ... lihat komen blueCIYY dibawah.
yunus badawi
kalau dah ada kapalterbang sediri nanti, tak tahulah macam mana langkah YB !
mamai
janganlah sampai begitu sekali .. tentu ada orang yg boleh di pecayai.
Al-lavendari..
ReplyDeletePabila ada sekor kobau bawa lumpur..
amacam kalau kita tangkap dan buat 'korban' je..? hhm..
watie
ReplyDeletebetul ... kejap lagi nak gi sembahyang Jumaat.
master teddy
jgn begitu ... episode pencarian belum selesai lagi ni !
eemm...percayaa pada diri dengan hati yang tulus suci.. hehehe
ReplyDeleteSUME DAH TK LEH CAYA
ReplyDeleteTAK SELAMAT DAH NAK PI MANA2 PON N DUDUK MANA2 PON
P/S : JELES SHEIKH MUSZAPHAR DAH TUNANG PKCIK..WAAAA ..KKEKE
Untuk BlueCITY, saya persembahkan sebuah sajak yang pernah tersiar dalam blog saya (siapa lagi !)
ReplyDeleteSaturday, September 5, 2009
KATA HATI - 1
bukannya aku tak tahu
dulu lagi
jauhari telah berpesan
kata hati jangan di turutkan
nanti merosak badan.
tapi ...
aku tak peduli
walau apa terjadi
akan ku turutkan juga kata hati
kalau tidak ...
kata siapa lagi?
kalau pun terpaksa mati
biarlah ... puas hati.
bukannya aku turut melulu
tetapi aku tahu
kata hati tak pernah tipu !
al-lavendari (puecorgxret.blogspot.com)
al-lavendari...
ReplyDeletemaybe lepas ni boleh cari guru yang tak boleh dipercayai pulak..hehe
erk, tapi kalau makan kerbau, terpalit gak ker lumpur nye?
ReplyDeleteNenek kebayan pun tak boleh percaya sekarang ni..
ReplyDeletelanabulu
ReplyDeletesetuju .. tapi jangan kerbau orang pulak !
cik amy sensei
begitulah semolek2nya
jane
dengan sheikh muszaphar awak percaya pulak ... heheh
kalau tak nak percaya kat nenek, apa kata kita percayakan opah aje !!
ReplyDeleteria abadi
ReplyDeletetak mahu .. kan ke ria bakal jadi guru ?
che'pit
kalau makan dagingnya, tak kot!
relevan
nasib baik datuk kebayan tak ada !
malu cucu2 dia semua
ReplyDeleteOooo, awak, kalo lelaki ada BMW740 makanya keta itu perlu dibawa oleh driver aka drebar. Biasanya owner tak bawak sebab kang owner nampak cam drebar lak hehe....
ReplyDeletep/s: ada lg ker pompuan dlm dunia nih yg minatkan lelaki krn kot, keta semata2? isk..isk..pompuan nih..
ikan emas
ReplyDeleteopah dengan nenek tu siapa lebih tua ?
si tedi
mungkin juga ! nasib baik saya bukan cucu dia.
finaz
saya bawa sendiri kereta BMW saya, tak ada pulak orang kata saya drebar ... mungkin sebab dia orang ingat saya pinjam kereta anak saya kot !
nenek moden a.k.a muda lg tu..tue yg tak brp nk tahan..dunia..dunia..lihatlah dunia...
ReplyDeleteSalam al-lavendari. Nenek sekarang canggih tak seperti nenek-nenek dulu. Nenek skrg juga lebih muda kerana anak-anak cepat kahwin dan cepat dapat anak. Oleh itu, nenek sekarang banyak yang belum menopaus dan bernafsu seperti orang muda. Jadi, nenek = orang muda. Yang serakah tetap serakah tidak kira umur.
ReplyDeletemcm2 skrg
ReplyDeleteBeginilah jadinya..bila nafsu bermaharajalela..terlalu mudah menewas kewarasan minda yg dianugerahkan ..maka menyamailah dgn spesies lain yang memiliki otak tapi tdk tahu menggunakannya...uuhh!
ReplyDeletesahromnasrudin
ReplyDeletedunia dah tunggang terbalik !
mybabah
tiba2 saya teringatkan Che Wok kat Terengganu !
maiyah
macam2 ada ... pilih saja ikut suka!
pn kartini
cikgu ada peranan besar disini !
Salam,
ReplyDeletentah lah, dah sumo buek hal, kek sapo nak pecayo lagi kan, atuk pun samo yo kdg2.Poning lak nak pikir..
Salam..
ReplyDeleteNenek tu pun nk cipta sejarah Satu Malaysia Boleh...
dah abis da jawapan sy gunakan..
ReplyDeletesekarang sy nak tny pakcik je la..pakcik percaya siapa?
percaya DIA
ReplyDeleteannie
ReplyDeletekalau poning tak payah fikir ! biar orang yg tak pening memikirkan.
shaniza
siapa boleh pecahkan rekod Cik Wok dari T'ganu tu?
sharamli
orang muda ni gelojoh sungguh... nantilah !
Salam,
ReplyDelete1st time singgah sini. Tertarik ngan N3 ni. Dulu2 masa baru lepas grad sy kerja jap kat sebuah hotel 5 bintang di KL. Kat situ macam2 gelagat manusia yg sy jumpa. Mmg betul zmn skrg ni kalau setakat pakaian tak mencerminkan keperebadian seseorg tu. Cthnya ada sekali tu seorg Pak Hj (tak tahu lah Hj betul ke tak) kat tangan tengah pegang tasbih. Kwn tegur dia tunggu siapa. Dia tak jawab dia senyum je. Rupa2 nya tengah tunggu anak ayam dtg. Beristighfar sy ngan kawan. Nasib tak kerja lama. Kalau tak heart attack nengok gelagat manusia ni
aidah
ReplyDeletepak haji betul pun kadang2 tersasar juga.
Sdr al-lavendari
ReplyDeleteSoalan itu memang susah nak jawab. Lagi mencabar, boleh tak kita percaya diri sendiri? Pastinya masih ramai orang baik-baik di dunia ni. Salam bahagia.
temuk
ReplyDeleteya ..masih ramai lagi orang yang baik2 di dunia ini.
Nak tak nak kena jugak percaya kat orang, sebabnya kita hidup bukan sorang2. Saya setuju jangan mudah percaya berdasarkan perwatakan atau luaran semata. Kena hati2 benar. Terutamanya kepada anak2 gadis kita. Dunia dah akhir zaman.
ReplyDeleteMasalahnya pulak akhabar2 ni kerja depa nak melariskan bisnes depa. Kalau cerita pasal nenek yg zuhud dan misali ramai tak minat. Depa korek la kisah2 sensasi dan di luar tabii, betul tak? Ada 2.5 juta nenek, dan ada le 4, 5 org yg berkhalwat kat hotel ni, dan itulah yg di highlite kan & menjadi topik panas untuk sama2 di perkatakan dlm masyarakat. Orang suka fokus pada titik hitam pada sehelai kertas putih. Sebaliknya kenapa tidak tumpukan pada kertas putih dalam mendidik masyarakat menjadi lebih baik. Kalau dok ulang benda buruk je maka jadi buruk le dak?
sot
ReplyDeletesaya amat setuju dengan pandangn sot. tapi memang itulah nature kerja mass media gemar mensensasikan berita untuk melariskan atau meningkatkan rating. tapi kita juga tukang belinya atau tonton.