Monday, November 14, 2011

KELMARIN SAYA PERGI KE BANDARAYA NEW ENGLAND.

Masa bekerja dulu saya ingat bila dah pencen kesibukan boleh capai Tahap 6. Dapatlah berblog sakan. Tetapi rupa-rupanya tidak. Masa saya berada di depan komputer semasa bekerja dulu lebih banyak dari sekarang. Yelah, masa kerja dulu, komputer berada betul-betul di depan saya.  Dan ia sentiasa 'on'. Sekarang saya rasa tak berapa manis kalau berbuat begitu. Banyak kerja-kerja pertukangan yang perlu dibereskan di samping melayan hobi yang telah dianaktirikan semasa bekerja dahulu. Natijahnya .. berkuranglah juga masa saya dapat berjalan-jalan menziarahi blog kengkawan.

Berikut adalah beberapa keping gambar aktiviti saya pada minggu lepas.



Gambar 1: Menghadiri kenduri kawin anak kawan setaman yang dibuat di dewan GMI Bangi. Saya sampai awal kerana nak mengejar 2 tempat lagi selepas itu. Tetamu masih belum ramai.


Gambar 2: Di kenduri kawin anak bekas rakan sekerja di Bandar Sri Putra, Bangi. Makngahnya tak dapat bersama kerana terpaksa berbagi menghadiri kenduri Aqiqah cucu kawan yang tinggal setaman.


Gambar 3: Di dewan orang ramai Presint 9, Putrajaya menghadiri kenduri kawin anak rakan yang dulunya sama sepejabat. 
Macam berjanji pulak pakai baju sedondon.

Oh bulan mana bintang
Atas pucuk kayu ara
Oh uban bila datang
Sudah penuh atas kepala.


Gambar 3: Tiga ekor ikan Kaci berjaya saya jinakkan di kolam memancing ikan air masin di Mambau. Peristiwa hari Selasa.


Gambar 4:  Bergambar di belakang dapur rumah saya sebagai bukti yang menunjukkan ikan Kaci itu benar-benar saya yang dapat. 

 

 Gambar 5: Berlatarbelakangkan mercu tanda di bandar New England.

Berikut adalah gambar bandaraya New England yang  saya maksudkan.


Memartabatkan Bahasa Melayu konon .. !

40 comments:

  1. Saya nak tumpang sengih selepas perkataan 'konon' itu. ;-)

    ReplyDelete
  2. Assalam AL..dah mancing di kolam tu ye..setiap hari lau pi balik kerja mesti memandang kesitu.
    ada sekali berhenti..ramai yang komplen..kata tak de ikan..memang AL bertuah dapat ikan tu..

    ReplyDelete
  3. ikan kaci sedap masak apa pakcik? goreng cecah dengan kicap cili ok?

    ReplyDelete
  4. Salam Tn Hj..,

    bestnya....sempat lagi memancing dpt pulak tu ikan walau pun dalam kesibukan menunaikan tanggungjawab sosial.... berapa harga bayaran masuk memancing disitu Tn....macam nak cuba pulak sekali...

    tu lah dia tuan tak tau lah apa yg nak dimartabatkan nya....

    ReplyDelete
  5. As salam tn,

    Saya pergi jugak kenduri di GMI, tp dh pukul 3ptg. Masa tu tgh sibuk berkemundang lagu2 pdg pasir didendangkan oleh keluarga pihak lelaki. Pihak pompuan dah comeh takut makanan tak cukup

    ReplyDelete
  6. Nostalgia memancing kembali lagi. Masih hebat tuan. Mak Ngah masak asam pedas ke?

    Martabatkan bahasa konon. Kita ketawakan sajalah tuan...

    ReplyDelete
  7. kaci masak kari sedap tau..
    nak resepi....?

    PS; selalu rasa bangga bila dapat ikan, kecil pun dah syok, apatah lagi yang besor..hahhaha

    ReplyDelete
  8. New England Malaysialah yer.

    Setiap hari penuh dengan program. Alhamdulillah sekurang2nya dapat memenuhi masa sehari2.

    ReplyDelete
  9. tuan haji...
    pertama kali dengar nama ikan kaci, mungkin kat tempat saya panggil nama lain kot.

    ReplyDelete
  10. salam uncle..amboi pki baju purple sedondon ye..hehe

    ikan tu mesti dah selamat makngah masak kan uncle

    ReplyDelete
  11. nak tumpang sengeh sama...heheh
    Apa ke hal.. nama New England tu diambil nama.... dah tak ada nama Melayu lagi ke..???

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum - kalau esok boleh bersara - esok juga saya bersara! senang kerje2 macam AL buat masa bersara kan ke best tu? uban - uban le...

    ReplyDelete
  13. kahkahkah..New England? nasib baik bukan Las Vegas.

    ReplyDelete
  14. salam uncle, saya berada di sekitar tahap 3-4-5. =)

    kagum dgn uncle dgn kerja2 pertukangan sebegitu byk dan pelbagai..

    ada new england versi malaysia ya..

    ReplyDelete
  15. ada rupanya pakngah kat kenduri tu.. (",)

    p/s: saya dok dekat2 situ, pakngah.. (",)

    ReplyDelete
  16. maksud sy, kenduri yg kat bndar seri putra tu.. (",)

    ReplyDelete
  17. Setahu saya Kg. New Zealand diberi nama atas mengenang sumbangan kerajaan New Zealand untuk bangunkan kawasan tu.

    Jadi, adakah Bandaraya New England diberi nama atas sumbangan kerajaan England? Macam tak pernah dengar jer...

    ReplyDelete
  18. saya percaya .... ikan kaci tu ... pancing sendiri ...

    tapi kalau org lain pancing pun ... sapa tahu kan keh keh keh ...

    ReplyDelete
  19. New England... baru ada kelazzz Pak Ngah


    eh, PakNgah duduk di Lavender Height kan...

    ReplyDelete
  20. ACIK ERNA

    SALAM KEMBALI

    ADA BANYAK IKAN .. SEMUANYA BERGANTUNG KEPADA TEKNIK DAN REZEKI. ADA JUGA MASANYA DITEMPAT LAIN SAYA TAK DAPAT SEKOR PUN.

    ReplyDelete
  21. BUJAL X

    KALAU MAKNGAHNYA MASAK, SEMUANYA SEDAP. YANG TAK SEDAPNYA, KALAU DIA MALAS MASAK.

    ReplyDelete
  22. AZMNOR

    SALAM KEMBALI.

    RASANYA RM13 SEJAM. MINIMA 3 JAM. BIASALAH.

    HARI NI SAYA MANCING KAT LUKUT PULAK.
    BARU BALIK. DAPAT SEKOR IKAN JENAHAK.

    ReplyDelete
  23. UMMI

    SALAM KEMBALI.

    ALAMAK .. SAYA MISS LAGU2 PADANG PASIR. KALAU TAK MAHU JUGA SAYA MENYUMBANGKAN LAGU. HEHE ..

    ReplyDelete
  24. QUEENIE

    MUNGKI PERNAH KOT KAT KEDAI MAKAN .. AWAK YG TAK PERASAN.

    ReplyDelete
  25. KAKZAKIE

    PERINGKAT UMUR SAYA NI MEMANCING SAJA YANG LARAT. NAK MAIN BOLA DAH SEMPUT.

    TTG BAHASA TU, SAYA TAK BOLEH KETAWA SBB SAKIT SANGAT HATI INI.

    ReplyDelete
  26. CITARASA RINDUAN

    SAYA MENGALU2KAN KALAU NAK BERI RESEPI. NANTI SAYA SURUH MAKNGAHNYA IKUT.

    PS: MEMANG RASA BANGGA MENAIKKAN IKAN, APALAGI KALAU KAWAN SEBELAH TAK DAPAT.

    ReplyDelete
  27. KUNANG-KUNANG

    MEMANG PENUH PROGRAM. KADANG2 MESYUARAT AJK SURAU SAMPAI TENGAH MALAM. KALAU RUKUN TETANGGA PULAK, SAMPAI AWAL PAGI.

    ReplyDelete
  28. JUNAINA

    SAYA PUN PERTAMA KALI DAPAT IKAN KACI. RASANYA SEDAP SEAKAN2 IKAN MERAH.

    ReplyDelete
  29. LYDIA MIZA

    SALAM KEMBALI.

    TAK JANJI PUN NAK PAKAI SEDONDON. SECARA KEBETULAN.

    IKAN ITU ADA LAGI SEBAB KAMI TAK RAMAI DAN IKAN TU SEMUANYA DEKAT 3 KILO.

    ReplyDelete
  30. ROSLAINI SAAD

    ITULAH PASAL. MEMANG SUNGGUH MENGECEWAKAN KERANA PUSAT PENTADBIRAN KITA SUDAH DIEROPAHKAN OLEH ORANG KITA SENDIRI.

    ReplyDelete
  31. SONATA ANAK KANCIL

    ALAIKUMSALAM.

    ORANG PEREMPUAN UBAN TAK APA ..PAKAI TUDUNG.

    KALAU BOLEH BERTAHAN,JANGANLAH BERSARA AWAL.

    ReplyDelete
  32. HANI

    LEPAS NI KOTA BAHARU KITA TUKAR KEPADA NEW CASTLE .. HEHE.

    ReplyDelete
  33. FATIN MRAZ

    TAHAP 3-4-5 TU KIRA OKLAH TU. JARANG KITA BOLEH DAPAT TAHAP 6. KALAU DAPAT 5 PUN DAH KIRA OK.

    ReplyDelete
  34. FUAD ANSARI

    TEMPAT SAYA PERGI TU CANTIK2 RUMAHNYA. LAIN KALI BOLEHLAH SINGGAH RUMAH AWAK.

    ReplyDelete
  35. HANAFIAH

    TAK PULAK TERDENGAR ADA KERAJAAN ENGLAND MEMBERI SUMBANGAN. SENGAJA KITA SAHAJA YANG GATAL-GATAL ..
    YANG SANGAT MENJENGKELKAN, IA MUNCUL DITENGAH RIUHRENDAH PROGRAM HENDAK MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU.

    ReplyDelete
  36. CHIK ATT

    KALAU TAK JUGA PERCAYA, LAIN KALI DUDUK SEBELAH SAYA KETIKA SAYA MEMANCING. NDAK ?

    ReplyDelete
  37. IBUINTAN

    KALAU LAH SAYA BOLEH MEMILIH NAMA, SAYA NAK NAMAKAN TAMAN INI SEBAGAI "BUKIT BACANG" JER .. SEBAB SAYA SUKA GULAI TELOR ITIK (TIUB) DENGAN BACANG.

    ReplyDelete
  38. saya singgah sebab nak tengok kat mana bandar England kat Malaysia ni :)

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.