Kawan baik Iqal juga ikut sama. Ayahnya tak ikut. Mari kita tengok gelagat mereka berdua. Setelah letih bermain di tempat yang rendah dia dan kawannya memanjat dinding yang lebih tinggi pula. Saya ingatkan dia nak turun guna skateboard. Seriau juga saya. Rupanya dia hanya nak main gelongsor. Agaknya dia belum berani lagi menggunakan skateboard untuk turun dari aras setinggi itu.
Gambar 1: "Kita menggelonsor sama-sama nak ..." Iqal mengajak dan memujuk kawannya untuk menggelongsor turun bersama.
Gambar 2: Kerana kawannya masih takut untuk ikut, Iqal pun dalam takut-takut berani menggelonsor seorang diri. Dalam hati saya berkata, "habislah montot seluar anak aku" . Sebelum itu saya perhatikan, 4-5 kali juga disorong tarik kakinya, sebelum mengambil keputusan untuk menggelongsor. Saya sebagai pakar motivasi bapa juga memberikan kata-kata semangat kepada dia supaya jangan takut mencuba. Agaknya dia pun fikir, kalau terjadi apa-apa kepada dia, takkanlah ayah dia nak biarkan sahaja.
Begitulah dengan hidup ini. Kita mesti berani mencuba walaupun kita tak pernah buat lagi sebelum itu. Kalau kita tak cuba buat kali pertama, pasti kita tidak akan berani membuatnya sampai bila-bila. Misalnya memberi ucapan, menyanyi, bawa kereta dalam KL dsb. Begitu juga dengan mencuri. Sebab itulah jangan dicuba.
Saya rasa kalau saya tidak ada pada masa itu, harus Iqal juga tidak berani untuk menggelongsor macam kawannya. Begitulah besarnya pengaruh Ayah. Pada hal ayah dia bukan membantu apa-apa pun. Cakap jer lebih, kalau suruh dia menggelongsor, mati hidup balik pun dia tak berani buat.
.
dpd cuti tak buat apa2, bagus anak2 muda join aktiviti macam ni
ReplyDeletehehehe...
ReplyDeleteasalkan ayah dia bukan ketam sudahlah...
bg saya antara saat paling indah ialah melayan anak-anak...byk benda boleh belajar dari kekurangan, kelemahan dan kesilapan mereka. Cermin pada diri sendiri heheh
"Cakap jer lebih, kalau suruh dia menggelongsor, mati hidup balik pun dia tak berani buat."
ReplyDeleteSaya suka ayat nih... ^_^
saat2 paling berharga adalah bersama org2 yg tersayang :)
ReplyDeleteKalau tuan jenis takut mesti Iqbal ikut Mak Ngah sebab itu dia berani hihi... Nampak dia seronok main gelongsor dgn kawan dia.
ReplyDeleteTapi kalau kakak kena upah pun tak terbuat juga.
nasib baik iqal berani..tak macam ayah dia..he he
ReplyDeletePakcik,
ReplyDelete...tapi yang sedihnya, dari mula mereka takut nak buat kerana Allah tapi akhirnya jadi ketagih bila dah sekali mencuba...sampai bunuh anak sendiri pun dah tak jadi satu masalah besar bagi mereka.
=(
memori indah, rumah mak angkat saya belakang masjid paroi tu tuan haji
ReplyDeleteBETUL TU.. KALI PERTAMA MEMANG SUSAH.. BILA DAH BERKALI2, BIASALAH TU..
ReplyDeletekawan Iqbal tak berani sebab bapak dia tak de kot.. :)
ReplyDeletemmg habis laa seluar tu.. hihi.. mak ngah x bising ke kene basuh seluar yg kotor tu? ;p
ReplyDeletewaaaa...i'm a skaters too...susah nk tgk bapak bwk anak g skate...yeala, kebnyakan ibubapa kt mesia ni risau keselamatan anak2 mereka..
ReplyDeletewatever it is, skating make us hepi...heehehehe...sampaikan ada ayt for skaters tegar nih...
Skate Or Die
nFx
noframex.blogspot.com
IMANSHAH
ReplyDeleteBETUL. MEMANG BAGUS XTVT LASAK MACAM NI UTK ANAK LELAKI.
QUEENIE
ReplyDeleteKALAU AYAH DIA KETAM, ANAK DIA MESTILAH KETAM JUGA. HEHE
KOMEN YG KEDUA TU, MEMANG SANGAT SETUJU. SAAT2 ITU TIADA TUKAR GANTINYA.
MUHAMMAD SYAHMI.
ReplyDeleteAWAK SUKA KENAPA ?
MAMA ZHARFAN
ReplyDeleteMEMANG BETUL. GUNAKANLAH SEMENTARA MASIH ADA KESEMPATAN.
KAKZAKIE
ReplyDeleteKALAU MAKNGAHNYA, KOMPON TAK BERANI MENGGELONSOR.
ACIK ERNA
ReplyDeleteAYAHNYA BUKAN TAK BERANI, CUBA TAK BIASA JE !
FARA
ReplyDeleteTULAH .. JANGAN CUBA BERMAIN DENGAN API, NANTI MEMBAKAR DIRI.
ELL
ReplyDeleteKALAU BEGITU TAK JAUHLAH DENGAR RUMAH SAYA. SAYA SEMBAHYANG JUMAAT PUN KAT MASJID TU.
FAIRUS
ReplyDeleteBILA DAH BERKALI2 KADANG2 JADI KETAGIH. MACAM ORANG MANCING IKAN.
ANAA
ReplyDeleteMEMANGLAH .. KALAU ADA BAPAK DIA, MUNGKIN DIA BERANI. MUNGKIN JUGA DIA TAK YAKIN DENGAN SAYA UTK MENYELAMATKANNYA KALAU APA2 TERJADI.
TUN_TELANI
ReplyDeleteKALAU KOTOR MAKNGAH TAK BISING. MASUK MESIN BASUH JE. KALAU KOYAK, AYAH DIA BISING SEBAB KENA BELI SELUAR BARU.
NFX
ReplyDeleteELOK XTVT NI SEBAB MENAMBAH KEYAKINAN DIRI, MENGELUARKAN PELUH DAN MENAMBAH RAKAN.
TERIMA KASIH KERANA FOLLOW UNCLE.