Saturday, November 26, 2011

MENGAPA SAYA TENGOK BOLA WALAUPUN TAK MINAT BOLA.



Gambar hiasan hasil carian Google.

Pertama kali saya menonton perlawanan bola sepak di tv sampai habis ialah semasa Malaysia lawan Indonesia di final sukan SEA hari tu. Dan itulah juga pertama kali saya tengok bola beramai-ramai di sebuah kedai mamak. Kenapa kali ini, saya yang tak berapa minat bola ini sanggup menontonnya  sampai habis ?

Saya tengok sampai habis sebab nak tengok Indonesia dikalahkan. Kenapa nak sangat tengok Indonesia kalah ? Sebab sebelum ini telah banyak kali mereka menyakitkan hati saya. Semua orang tahu apa isunya. Tak perlulah saya ulang. Nanti luka lama berdarah kembali.

Yang terbaru ialah bila mereka mengeboo lagu Negara Ku kita. Lagu itu sebagai lambang maruah kita. Bila lagu itu diboo, terasa seolah-olah kepala saya kena pijak. Oleh kerana itulah saya cukup bersemangat hendak melihat Indonesia dikalahkan kerana jika kita dapat mengalahkan mereka, akan terubatlah segala sakit hati saya selama ini.

Untuk itu saya harus berterima kasih kepada penonton Indonesia kerana memperlekeh dan mengeboo lagu Negara Ku. Saya percaya tindakan mereka itu telah menjadi pembakar semangat kepada semua pemain kita untuk menuntut bela di atas kebiadapan itu. Hanya dengan kekalahan, mereka dapat diajar supaya tidak sombong serta memandang rendah kepada orang lain. Bila mereka kalah, bolehlah kita kata 'padan muka' kepada mereka. Dalam konteks ini, bola bolehlah dianggap sebagai proksi kepada kehebatan sesebuah negara. Sekiranya kalah, maknanya negara itu tidaklah hebat mana. 

Kalaulah sebelum itu, mereka melayan kita dengan baik seperti berpimpin tangan dan berpeluk-pelukan semasa masuk ke padang misalnya, saya secara peribadi tidaklah teruja sangat hendak melihat mereka dikalahkan. Contohnya semasa Malaysia menentang Syria,  kalau menang pun hari tu tidaklah saya seronok sangat seperti seronoknya saya bila melihat Indonesia kalah.

Sekarang saya kira mereka sedang sengsara menanggung malu. Jauh di sudut kecil hati kita, itulah yang sebenarnya yang kita inginkan. Itulah caranya mengajar mereka yang bongkak dan biadap.

Tapi rakan-rakan saya di Indonesia yang lain yang majoritinya bersifat gentleman,  jangan berkecil hati. Mereka juga mungkin tidak setuju dengan tindakan kurang matang rakan-rakan senegara mereka itu. Saya tujukan entri ini kepada mereka yang berkaitan sahaja. Siapa makan jeruk, dialah yang rasa masam.

Lagipun saya sentiasa ingat pesan orang tua-tua ..

Benci jangan merata,
Sayang jangan bertompok.

Itulah perasaan saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang tidak berapa meminati bola tetapi gembira teramat sangat bila kita berjaya mengalahkan Indonesia.  Adakah anda juga berkongsi perasaan yang sama ?


47 comments:

  1. saya pun x faham dengan negara jiran ni. main bola pun sampai begitu sekali fanatik 'benci-membencinya'

    ReplyDelete
  2. ya! kita berkongsi pendapat yang sama!


    sebenarnya media kat INdon nie pon penulisan dia macam mengapi-apikan lagi semangat kebencian.. sebab tu rakyat biasa pun boleh terpengaruh..;)

    media Malaysia baik..hehe.. Sayang malaysia.. Auummmm!

    ReplyDelete
  3. Memang puas hati bila Harimau Muda menewaskan Indonesia tempohari..

    Cuma bila pasukan mereka dikalahkan, rasanya semakin membuak-buak lagi kebencian mereka kepada kita!

    Hmm.. tak selesai masalah..

    ReplyDelete
  4. Indon tetap dgn perangainya uncle. Bangsa tak tahu dek untung.

    Digelarnya Malaysia maling, padahal warganya yg byk cari rezeki di bumi Malaysia yg maling!

    Terkini, Indon tak boleh terima kekalahan..nak lodge report sampai ke FIFA, kononnya sebab mutu pengadilan ref malam tu teruk punca mereka kalah!

    ReplyDelete
  5. Tuan,

    Kata bijak pandai, "Cara terbaik menghukum orang yang melakukan kesalahan kepada kita ialah dengan berbuat baik terhadapnya."

    Namun demikian, kita ialah orang yang tidak beberapa pandai mematuhi saranan itu.

    ReplyDelete
  6. yatie memang tak main bola, tapi memang minat bola...setiap perlawanan takkan miss

    ReplyDelete
  7. wah. bagus2. luahan hati yang best. saya dah suggest di ping busuk. terima kasih kerana menggunakan busuk.org. keep blogging. :D

    ReplyDelete
  8. itu kalau malaysia kalah, mau kena kutuk sebaik mungkin oleh depa..

    alhamdulillah...

    p/s: tak sia2 pakngah tgk kan.. (",)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. saya setuju sangat sangat sangat dengan pakngah sebab saya pun terasa seperti maruah dipijak2 oleh indon yg bermentaliti rendah tu.saya tengok game tu sampai habis dengan penuh debar dan syukur malaysia menang akhirnya. bertambah geram bila tengok bendera malaysia di bakar oleh indon yang mental tu...aihhh tak faham betul dengan cara pemikiran dorang...tak boleh ke dorang jaga sensitiviti orang lain. tengok dari segi pengurusan pun pada saya indon gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik sebagai tuan rumah...*terluah juga akhirnya rasa tidak puas hati ni...

    ReplyDelete
  10. FATIN MRAZ

    SAYA PUN TAK FAHAM. MUNGKIN AHLI SAIKOLOGI ATAU SOSIOLOGI BOLEH MEMBERI PANDANGAN.

    ReplyDelete
  11. SITI NURUL AIN

    MEDIA MEREKA CARI MAKAN. BIASALAH DI MANA-MANA PUN. TAPI KERAJAAN MEREKA YANG GAGAL MENGAWALNYA.

    ReplyDelete
  12. ANIF

    BIARKAN MEREKA MEMENDAM RASA. MASALAH MEMANG SAMPAI BILA-BILA PUN ADA. SATU MASALAH SELESAI, MASALAH LAIN PULAK AKAN TIMBUL.

    ReplyDelete
  13. DADDY ZIYYAD

    MEMANG RESAM ORANG YANG KALAH BEGITULAH. BIARLAH MEREKA NAK MENGADU KAT FIFA. KALAU FIFA TOLAK NANTI, BAIK JUGA UNTUK KESEDARAN MEREKA.

    ReplyDelete
  14. UJANG KUTIK

    RASANYA KITA TERLALU MENGIKUT SARANAN ITU SELAMA INI.

    ReplyDelete
  15. YATIE AWANG

    MEMANG JARANG TENGOK MUSLIMAH MAIN BOLA.

    ReplyDelete
  16. EPICS

    TERIMA KASIH KERANA MEMBACA. INSYALLAH SAYA AKAN GUNAKAN BUSUK.ORG BILA ADA ENTRI YANG DIRASAKAN SESUAI UTK DIPING.

    ReplyDelete
  17. FUAD ANSARI

    MEMANG TAK SIA-SIA TENGOK. SAMPAI SEKARANG MASIH LAGI TERASA SERONOKNYA BILA MELIHAT MEREKA KECUNDANG.

    ~ SADIS JUGA PAKNGAH NI KAN ?~

    ReplyDelete
  18. MATAHARI

    ALAIKUMSALAM

    RUPANYA AWAK PUN MERASAKAN YANG SAMA. MUNGKIN TUHAN NAK BERI PETUNJUKA KEPADA MEREKA SUPAYA BELAJAR MENGHORMATI PERASAAN ORANG LAIN. KALAULAH MEREKA MENANG DULU, TAK TAHULAH APA PANDANGAN DAN TINDAKAN MEREKA TERHADAP KITA.

    ReplyDelete
  19. Saya berkongsi perasaan yg sama. Mereka bangsa yg tidak bertamaddun...dh lah bodoh, sombong pulak tu...mcm mana nak maju. Bangsa yg tak sedar diri, nk cari sesuap nasi pun kena dtg Msia. Mereka sebenarnya iri hati kemajuan Msia mengatasi mereka.

    ReplyDelete
  20. saya memang tak tengok bola ... Tapi sekali rumah sebelah menjerit ....saya pun ubah channel tengok apa yang berlaku ...

    Tapi bila mengenangkan Indo ni ..... geram ..sesak kepala pun ada. Mereka menprovokasikan kita mcm2... tetapi tidak sedar bahawa .... berapa juta rakyat mereka yang mencari rezeki di sini ...

    ReplyDelete
  21. macam samalah pulak..tak penah seumur hidup sy tenguk bola dari awl sampai habis..dan sy sentiasa berdoa Harimau muda menang sebab sy nk balas dendam pada org indon yg sgt biadab..memang sy geram sangat atas atas kebiadapan mereka..dan padan muka mereka kalah heheheh..

    ReplyDelete
  22. same la kita.. dari tak minat bola, tiba2 tengok malaysia lawan indon sampai habis haritu.. padan muka diorang, berlaku biadap lagi kat negara2 orang lain.. harap2 penduduk indon sedar dan tidak lagi melakukan perkara yang memalukan negera mereka sendiri..
    Blog Mohd Zakwan :)

    ReplyDelete
  23. sampai sakit2 tekak saya jerit pakcik! Asalnya memang tak minat pun bola, tapi jadi minat nak tengok sebab lawannya indon..yg syria tak tengok pun =)

    ReplyDelete
  24. kenapa mereka begitu.. sdgkan tujuan bersukan adlh untuk merapatkan silaturrahim, bukan tuk berperang.. kalau nak berperang.. berperang je la ngn musuh kalau dh gaga sgt..

    ReplyDelete
  25. biasanya kalah menang bola ni - saya tanya hubby je...tak tengok sepenuhnya pun - MALAYSIA tetap disokong! yang buat hal tu - mereka yang dijalanan aje...kalau para -sahabat tak ada pun ! mereka pun kata - itu semua kerje bodo

    ReplyDelete
  26. x payah nak faham. pendpt Ummi mmg saya sokong100%.Itulah sebenanya yang ada dlm hati setiap rakyat Indon. Dengki dan marah dgn kemajuan negara kita . Yang dtg mencari rezki tu pn membawa bersama perasaan tu tak kan padam. Anak saya bljar di sana awal2 lgi dah kena brainwash ngan dosen.

    CINTAILAH NEGARA KITA. sorryla klu emo skt.

    ReplyDelete
  27. Saya bukan peminat bola dan tak ada yg minat kat saya kalau time bola.Hubby dan anak2 bercakap pasal harimau malaya..Ni,ibu rimau buat sup bola baru tau!huhuhuhuuu...!

    ReplyDelete
  28. SEBENARNYA SELURUH RAKYAT MALAYSIA BERKONGSIKAN RASA DAN SEMANGAT YANG SAMA...

    ReplyDelete
  29. saya puas hati sesangat malam tu...
    puas hati puas hati...

    ya ya padan muka dia...

    ReplyDelete
  30. UMMI

    SEMOGA KITA TIDAK TERIKUT-IKUT DENGAN RENTAK MEREKA.

    ReplyDelete
  31. CHIK ATT

    SAMALAH KITA. SELAMA INI SAYA TIDAK MINAT SANGAT BOLA. TAPI KERANA SAKIT HATI, KALI INI SAYA TENGOK BOLA SAMPAI TAMAT DENGAN PENUH BERSEMANGAT.

    ReplyDelete
  32. NYANYISUNYI

    NAMPAKNYA DOA AWAK DAN DOA SEBAHAGIAN BESAR RAKYAT MALAYSIA, TELAH DIMAKBULKAN.

    ReplyDelete
  33. MOHD ZAKWAN

    HARAP2 BEGITULAH. SEMOGA KEKALAHAN ITU MENDORONG MEREKA MENGHISAB DIRI.

    ReplyDelete
  34. MUNNAFENDY

    RUPANYA RAMAI JUGA ORANG YANG MACAM PAKCIK. LAWAN SYRIA TU , PAKCIK PUN TAK KISAH KITA KALAH KE MENANG.

    ReplyDelete
  35. LADYBIRD

    SAYA PUN TAK TAHU. MUNGKIN TIMBUL DARI PERASAAN TIDAK SUKA ORANG LAIN LEBIH DARI MEREKA.

    ReplyDelete
  36. SONATA ANAK KANCIL

    SAYA SETUJU DENGAN PENDAPAT AWAK. NAMUN BEGITU TINDAKAN MEREKA YANG DIJALANAN ITU TELAH BERJAYA MENYAKITKAN HATI RAKYAT MALAYSIA.

    ReplyDelete
  37. SKY IS BLUE

    HARAP2 SELEPAS INI 'BIDUK LALU, KIAMBANG BERTAUT' KEMBALI.

    ReplyDelete
  38. HANI

    SAYA BELUM PERNAH RASA SUP BOLA LAGI. AGAKNYA SEDAP JUGA. TAPI KENALAH CARI BOLA YANG DIBUAT DARI KULIT LEMBU ATAU KUBA. HEHE

    ReplyDelete
  39. FAIRUS

    SAYA TIDAK BERANI HENDAK MEMBUAT ANDAIAN BEGITU KERANA ADA JUGA RAKYAT KITA YANG TIDAK CINTAKAN NEGARA MEREKA.

    ReplyDelete
  40. QUUEENIE

    SAYA JUGA BEGITU. SAMPAI SEKARANG MASIH LAGI DARAH KEGEMBIARAAN BELUM TURUN LAGI SEPENUHNYA.

    ReplyDelete
  41. entri yang menarik..
    ok sebenarnya apa yang berlaku di indon adalah disebabkan pengaruh media yang melampau disamping mentaliti kebanyakan rakyat yang terlalu cepat bertindak atas satu-satu isu tanpa di selidiki apa punca dan sebab. sifat hasad dengki, khianat dan iri hati dibiarkan menguasai diri lebih-lebih lagi kalau malaysia mencapai kejayaan yang lebih daripada diorang.

    ReplyDelete
  42. PENGLIPURLARA

    SEDIKIT SEBANYAK SAYA LIHAT ADA KELEMAHAN PIHAK KEDUTAAN KITA DALAM MEMPENGARUHI MEDIA DI SANA SUPAYA TIDAK TERLALU KERAS TERHADAP MALAYSIA.

    ReplyDelete
  43. Dorg ni senornye rase tercabar dgn kemajuan kita sbb selama ni kita dianggap negara kecil dan sepatutnya jadi sebahagian wilayah dorg dlm Indonesiaraya...kot..

    Kita x pulak cari gaduh dgn Singapore yg memang sah2 asalnya sebahagian dr Malaysia dan lebih maju dr kita...

    Itulah bezanya orang Malaysia dan orang Indonesia...

    ReplyDelete
  44. CIK SHINJU

    KENAPA JAUH SANGAT BERBEZANYA .. SEDANGKAN UGAMA, BAHASA, BUDAYA ADALAH SERUPA ATAU TAK JUAH BEZA.

    UNCLE LETAKKAN KESALAHAN INI SEDIKIT SEBANYAK KEPADA PERWAKILAN KITA DI SANA YANG TIDAK BERKESAN MENJINAKKAN MEDIA MASSA MEREKA.

    APA-APA PUN TERIMA KASIH KERANA BACA ENTRI LAMA UNCLE.

    ReplyDelete
  45. biasalah.. mentaliti penduduk negara kurang maju.. selalu xmatang..

    ReplyDelete
  46. Tak suka tengok bola dan tak suka bila ada final bola kat TV. Semua orang pakat lupakan saya dan beri tumpuan pada bola...huhhhuuuu...

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.