Wednesday, November 23, 2011

SIAPA YANG TAK PERNAH SALAH FAHAM ?

Kadang-kadang saya membuat entri kerana ingin menyatakan sesuatu yang terbuku di hati. Namun ia tidak boleh dinyatakan secara terus terang kerana saya tidak mahu menimbulkan kemarahan orang. Lalu saya tulis secara sindiran atau melalui metafora samada dalam bentuk esei atau sajak.

Masalahnya sudah dua kali entri saya menimbulkan salah faham kepada ramai pembaca. Saya sedikit pun tidak menyalahkan anda, tetapi sebaliknya diri saya sendiri kerana gagal dalam ilmu penulisan. Saya pun banyak kali tesilap faham. Itu perkara biasa akibat perbezaan umur, minat, latarbelakang kehidupan dan sebagainya.

Dua entri yang saya maksudkan itu adalah seperti pautan di bawah ini.


2. Kalau Dah Dasar Kerengga.

Namun begitu ada juga yang dapat memahami sindiran saya. Contohnya Sdr Azmnor melalui komennya dalam entri saya semalam, seperti di bawah:


Sebenarnya  kedua-dua entri yang saya maksudkan di atas saling berkaitan antara satu sama lain. Kalau anda ada masa, saya mohon sudi apalah kiranya baca sekali lagi kedua-dua entri tersebut dari sudut pandangan yang berbeza pulak. 

Terima kasih.

.

38 comments:

  1. Semalam, saya menyusuri semula ruang komen tersebut dan setelah membaca komen Azmnor, saya mula memahami apa yang tuan cuba sampaikan. Terima kasih. :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum :)

    Mohon ampun & maaf yaa..atas kelemahan dalam mendalami maksud tersirat dari apa yang tersurat...
    :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan Hj..,

    Terima kasih kerana memilih komen saya sebagai komen yg memahami apa yang tersirat disebalik tersurat dan tertera dalam n3 Tuan hari ini... mungkin kerana kita dalam lingkungan masa/era yg sama dan punya rasa kerisauan yg sama membuatkan saya memahami coretan tuan yg membuku dihati...allahua`lam.

    Yg baiknya dari Allah dan yg buruknya dari kelemahan saya sendiri...

    ReplyDelete
  4. La..pakcik, double meaning ker> nasib baik bukan double standard mcm entri saya semalam kan?

    tp komen saya pun relevan jugak kan? depa kalau kat sini kerjanya kemain lagi, boleh dijadikan contoh ketekunannya cuma yang takleh dijadikan contoh, depa main sebat jer tak kira saper punya...

    tak gitu pakcik? maaf ya sebab saya ni slow catch-up sikit hehe

    ReplyDelete
  5. Hahahahahahah!

    Terkena batang hidung sendiri (sayalah tu)

    ReplyDelete
  6. Maaf uncle..saya dah baca semula kedua dua entri..dan masih tak dapat memahami metafora nya....

    ReplyDelete
  7. ADA YANG TERSIRAT KE? YANG TERSIRAT TULAH YANG SUKAR DIFAHAMI.

    ReplyDelete
  8. Pak Ngah...
    Kadang-kadang bila baca n3 Pak Ngah, saya tahu ada yg. mempunyai "maksud" tersirat...tapi N3 semalam tu memang saya ingatkan Pak Ngah marahkan kerengga....maklumlah kerenggakan suka "mengigit"..he..he...sekarang saya dah faham....:)

    ReplyDelete
  9. Kdg2 orang malas nak mikir secara dalam...Banyak blog nak singgah... Komen pun santai2 jer...Yun dulu gitu gak,kejar trafik..Skang dah malas..Masuk blog pun yg yun betul2 minat baca...

    ReplyDelete
  10. kadang2 kita perlu berkias2 supaya org tak terasa hati..

    walaupun kiasan tu berupa sindiran mahupun kutukan :D

    ReplyDelete
  11. sy bukan sahaja salah faham, tn hj..mmg saya salah senantiasa huhuhuhhhh

    ReplyDelete
  12. bukan semua orang boleh baca isi hati kita. bak kata suami kalau tak puas hati cakap terus terang jangan nak muncung2 protes saya tak faham isi hati awak. itu suami sendiri yg tidur sebantal...

    apapun lepas ni kena buat kajian dahulu sebelum komen...hahhaaaa...

    ReplyDelete
  13. Saya pun selalu tersalah faham.. dan juga bila saya bermetafora, ramai juga yang tak faham. Nampaknya saya juga gagal dalam penulisan..

    kah kah kah..

    ReplyDelete
  14. tuan,

    t.kasih..akhirnya tuan berterus terang. Memang saya amati entri tuan sentiasa ada unsur-unsur sindiran, sinis walapun dalam jenaka..cuma terasa juga kalau kita komen lain org ingat kita tak reti bahasa pula..

    begitu la adat budaya orang kita..membuat teguran penuh berhemah dengan kata-kata sindiran yg cukup halus..kalau Pakngah nak tegur makngahnya guna ayat bagaimana ya?

    tuan memang hebat !!

    ReplyDelete
  15. tajam maknanya..ada org paham dan ada juga yang 'buat2 tak paham'
    hehe

    ReplyDelete
  16. sebab tu saya tak paham kalau org bagi hint hint ni uncle...

    bayangkan, lepas setahun saya putus dgn member saya, baru saya paham hint hint yang dia bagi lebih setahun dulu.

    adeh!

    ReplyDelete
  17. KAKCIK

    MUNGKIN LAIN KALI SAYA TULIS BEGINI ..

    "HATI-HATI. DI DALAMNYA ADA MAKSUD TERSIRAT" . BOLEH GITU ?

    ReplyDelete
  18. PN KARTINI

    ALAIKUMSALAM.

    TAK ADA HAL LANGSUNG. SAYA JUGA KADANG2 ANAK BERCAKAP PUN SAYA BOLEH SILAP FAHAM.

    ReplyDelete
  19. AZMNOR

    ALAIKUMSALAM.

    MULA-MULA TU SAYA AGAK KECEWA JUGA. SETELAH 17 KOMEN MASUK, TAK ADA YANG DAPAT 'BACA'. BILA AWAK KOMEN, BARULAH SAYA RASA LEGA.

    ReplyDelete
  20. QUEENIE

    TAK ADA BENDA YANG NAK DIMAAFKAN KERANA KOMEN AWAK JUGA RELEVAN.

    APA-APA PUN ADA KETIKANYA PAKCIK AKAN TETAP BERKIAS JUGA.

    ReplyDelete
  21. FARA

    KENAPA PULA KENA BATANG HIDUNG FARA ?

    ReplyDelete
  22. DADDY ZIYYAD

    TAK FAHAM TAK APALAH. MEMANG PROFESION KETABIBAN KENA TERUS TERANG. KALAU TIDAK NANTI SALAH BAGI UBAT PULAK. KAN ?

    ReplyDelete
  23. FAIRUS

    BEGITULAH KIRA-KIRANYA. NANTI SAYA NAK BUAT KONTES MEMBACA YANG TERSIRAT. SETUJU TAK ?

    ReplyDelete
  24. AZI

    TAKKANLAH PAKNGAH NAK MARAHKAN KERENGGGA SAMPAI BEGITU SEKALI. DIA PUN NAK HIDUP JUGA. LAGIPUN SIAPA SURUH TANAM MANGGA DI LUAR PAGAR.

    ReplyDelete
  25. CIK SHINJU

    TU SEBAB UNCLE BOLEH COVER PALING BANYAK 10 BLOG JER SEHARI. KADANG2 SATU ENTRI TU, UNCLE BACA SAMPAI DUA TIGA KALI. BARU BERANI NAK KOMEN. DALAM PADA ITU ADA JUGA YANG TERSASAR.

    ReplyDelete
  26. MAKDARA TERDIVA

    KADANG2 SINDIRAN ATAU KIASAN TU LEBIH MENINGGALKAN KESAN DARI CAKAP TERUS TERANG. KADANG2LAH. KALAU TIDAK, JADI MACAM ENTI SAYA SEMALAMLAH.

    ReplyDelete
  27. ROM

    SAYA LEBIH BIMBANG ORANG SALAH FAHAM DARI TIDAK FAHAM. KALAU ORANG SALAH FAHAM, TANGGAPAN DAN TINDAKAN MEREKA MUNGKIN BERTENTANGAN DENGAN MAKSUD KITA.

    ReplyDelete
  28. JUNAINA

    BETUL JUGA CAKAP AWAK TU .. TAPI KADANG2 PERLU JUGA BERKIAS ATAU MENYINDIR SUPAYA KESANNYA LEBIH MENDALAM. DENGAN SYARAT ORANG YANG DISINDIR TU FAHAM. KALAU TIDAK BUANG PELURU JE.

    ReplyDelete
  29. AUJINZ

    ITUALH PENTINGNYA KOMUNIKASI DUA HALA. KITA BOLEH PERASAN KALAU KITA DUDUK BERDEPAN2 DAN BOLEH MEMPERBETULKANNYA. KALAU DALAM BLOG, KENALAH BUAT ENTRI PENJELASAN.

    ReplyDelete
  30. IKAN EMAS

    PAKNGAH HANYA MEMBISU SERIBU BAHASA KALAU NAK MENEGUR MAKNGAHNYA. NAMPAKNYA BERKESAN.

    ReplyDelete
  31. HAPPYIRFA

    MEMANG ADA ORANG YANG SENGAJA BUAT-BUAT TAK FAHAM, LEBIH2 LAGI KALAU SINDIRAN TU TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI.

    ReplyDelete
  32. GADISBUNGA

    MAK OI .. SETAHUN LAMA TU. MUNGKIN DISENGAJAKAN OLEH DIA KOT. SUPAYA DIA SEMPAT LARI JAUH-JAUH.

    ReplyDelete
  33. Manusia berbeza, fikiran berbeza. Pendapat pun payah nak sama.

    ReplyDelete
  34. Tuan,

    Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya yg seadanya.

    Saya juga seronok 'turut serta' menumpang baca ulasan khalayak tuan yang ramai dan rangkaian yang amat bekerjasama.

    ReplyDelete
  35. berfikir sebelum bertindak. berfikir dan dalamilah ilmu sindiran n jenaka sebelum membaca blog pak ngah Hamzah ini...

    ReplyDelete
  36. AZIEAZAH

    MEMANG MANUSIA DIJADIKAN BERBEZA .. RUPANYA, MINATNYA, SAIZNYA, KEBENCIANNYA DLL. ITULAH YANG MEMERIAHKAN DUNIA INI. KALAU TIDAK HIDUP KITA JADI JEMU. DAN KITA HARUS HIDUP DI ANTARA KEPELBAGAIAN ITU.

    ReplyDelete
  37. UJANG KUTIK

    TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG LAGI DAN MENINGGALKAN JEJAK DI BLOG SAYA INI.

    ReplyDelete
  38. AKUZLE AYU.

    KEKADANG TU ADA JUGA SAYA BUAT ENTRI MERAPU TANPA SEBARANG MESEJ.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.