Friday, November 25, 2011

SATU LAGI NAK CUKUP SERIBU ..


TERKINI: SAYA SENGAJA TUKAR TAJUK DAN POS SEMULA. SAYA SUKA BEREKSPERIMEN. 
NAK TENGOK APA JADI. TAJUK ASAL - "REZEKI SECUPAK TAKKAN JADI SEGANTANG".


Hasilnya tajuk baru mengatasi tajuk asal .. kenapa ya ?

...........................................................................................................................

Orang tua-tua dulu selalu cakap, kalau rezeki secupak takkan jadi segantang. Betul sangat kata-kata itu. Saya baru mengalaminya dalam 4 peristiwa seperti yang akan saya ceritakan di bawah.

Rezeki 1. Bilangan Pelawat.



Bilangan pelawat ke blog saya kelmarin adalah seramai 999 orang.  Sorang je lagi nak cukup seribu.Dan sehingga jam 9 malam tadi, seramai 666 telah berkunjung. Entah macam mana saya tergerak hati nak periksa statistik pada masa tersebut. Bila tengok nombor cantik, terus printscreen.

 ..................................................................................

Rezeki 2. Buah Rambutan.




Gambar rambutan dimakan gagak. Itupun Azmnor beritahu. Kalau tidak saya tak tahu siapa yang kebas makan. Tak mengapa. Saya halalkan. Lagi pun dia makan sikit jer. Banyak lagi yang tinggal.
 
................................................................................


Rezeki 3. Ikan Siakap.


Hari Selasa lalu, saya pergi lagi memancing kat Lukut tempat saya dapat ikan Jenahak hari tu. Pada jam pertama saya dah dapat 3 ekor. Saya fikir bila habis 3 jam nanti, dapatlah tambah 2-3 ekor lagi. Rupanya sampai ke sudah setakat 3 ekor itu sahajalah. 

Di bawah adalah gambar video ikan-ikan tersebut yang sempat saya rakam melalui kamera henfon saya.


Kepada yang ada masalah nak menonton video tersebut, saya muatnaik gambar pegunnya seperti di bawah. 




Sila fokuskan perhatian anda kepada ikan-ikan tersebut.
..........................................................................................................................

Rezeki 4. Pengawal keselamatan


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj87jSUVYVR0dZbnktZrWbUjJNy8NYH6rWlp6QqZf6o-oE_9AgIK5q3rIlnjHTa1w_ddRNsrx7Aimz2uBg-1cvdm8tUmUVjbIR2C2ocfz1t4B6dKM5AQGa9PAMUz98Ph5dCvBwk3J3J6QQ/s1600/rumah+bibi2.jpg


Dulu saya pernah cerita di sini, jiran depan rumah saya ada pengawal. Dapat jugalah tumpang rasa selamat sekejap. Sekarang dia dah pindah ke rumah yang lebih besar tak jauh dari rumah saya di jalan yang sama. 

Kesimpulannya.  Kalau dah rezeki kita sebanyak atau setakat itu, terimalah sahaja dengan penuh rasa syukur.




.

32 comments:

  1. ramainyaaa

    *rambutan kat rumah atok saya tak pernah lekat dan tak pernah merasa sebab gagak selalu rasmikan dulu.
    anak-anak itik pun jadi mangsa juga

    ReplyDelete
  2. uncle pasang lah pulak guard kat rumah uncle...ambik guard Nepal..bagos..lurus bendul dan sangat patuh! haha

    ReplyDelete
  3. Kenapa Pakcik mengharap siakap mengena kail lagi Pakcik? Sedang 3 ekor tu pun, lalu ke nak makan back-to-back?

    ReplyDelete
  4. WANITA MUTALIB

    SYUKUR KERANA SUDI SINGGAH SINI.

    ReplyDelete
  5. Ada juga rezeki yg secupak boleh jadi segantang pak ngah..contoh paling dekat ilmu.kalau ilmu dikongsi dan diajar boleh manafaat pada yg lain sekiranya mereka beramal dgn ilmu itu..itu rezeki juga tp dalam bentuk pahala..itu pendapat saya lah..

    ReplyDelete
  6. ELL

    TAK RAMAI MANA PUN. TAPI JADILAH. ORANG LAIN SAMPAI BERPULUH RIBU DALAM SEHARI.

    SAYA TAK TAHU PULAK GAGAK JUGA MAKAN ANAK ITIK. PATUTLAH DIA SELALU KENA TEMBAK.

    ReplyDelete
  7. DADDY ZIYYAD

    TAK MAHULAH .. TAK ADA BENDA SANGAT YANG DI GUARDKAN .. NANTI MASALAH LAIN PULAK TIMBUL !

    ReplyDelete
  8. murah rezeki nampaknya alhamdulillah..

    ReplyDelete
  9. FARA

    BUKAN PASAL NAK MAKAN SANGAT. KALAU NAK MAKAN, KAT PASAR AMPANGAN BANYAK JUAL. TAPI PASAL THRILL MENAIKAN IKAN.

    KALAU RUMAH AWAK DEKAT, BOLEH PAKCIK BAGI SEKOR DUA.

    ReplyDelete
  10. LADYSIRNA

    KALAU AWAK BINCANG DARI PERSPEKTIF ITU BETUL SANGATLAH. TAPI PAKNGAH TENGOK DARI SUDUT, REZEKI YANG TELAH DITETAPKAN OLEH ALLAH UNTUK KITA. MISALNYUA ADA ORANG TANAM RAMBUTAN SEBELAH MENYEBELAH RUMAH, YANG SATU BERBUAH DAN YANG SATU LAGI TIDAK. ITULAH KUDRAT DAN IRADAT ALLAH.

    ReplyDelete
  11. NYANYISUNYI

    SYUKUR. TAPI KENA DIUSAHAKAN JUGA. SAYA SELALU KATA ..

    "KALAU KITA PERGI MEMANCING, BELUM TENTU DAPAT IKAN. TAPI KALAU TAK PERGI MEMANCING, DAH TENTU TAK DAPAT IKAN"

    ReplyDelete
  12. hari ini rezeki secupak, mana tau esok jadi segantang. Ada jg kes hari ini rezeki segantang tetiba esok tinggal sepot aja.
    Macam jiran tuan tu..ingat dah pencen rupa-rupanya dapat rezeki lebih besar ...dan yg dpt rezeki lg besar tentu la mem dia tetiba jd puan sri !! hehehe

    ReplyDelete
  13. IKAN EMAS

    ITULAH YG SAYA TAKUTKAN, ESOK KOK TINGGAL SEPOT.

    TENTANG PUAN SRI TU .. TAK TAHULAH REZEKI SIAPA. REZEKI DIA KE, REZEKI TAN SRI. HEHE

    ReplyDelete
  14. Jiran Uncle tu pindah umah lebih besar sebab familinya makin besar...

    Sedapnya ikan siakap tu kalau masak stim berlimau... (lap air liur ngn lengan baju)

    ReplyDelete
  15. hidup dengan rasa bersyukur adalah orang yang bahagia...

    ReplyDelete
  16. teringin jugak nak mancing ikan sendiri. tak pernah buat :)

    ReplyDelete
  17. jiran uncle tu menteri ek? *patut soalan ni kene tanya masa entri dulu...heheh~

    *

    uncle taruk watermark kat gambo ikan je ek?

    *

    666-999 - satu dalam seribu kebarangkalian nak dpt nombor cantik mcm tu. shabash uncle!

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Tuan Hj,

    saya suka cara Tuan ni selalu mencuba ilmu yg baru...

    memang rezeki, jodoh dan ajal maut tu dah Allah tentukan...ianya setia menunggu ketibaan kita...

    tapi perlulah berusaha untuk mendaptkannya dan bersyukur dengan apa yg telah Allah tetapkan itu..seperti yg Tuan nyatakan tu kalau tak memancing kemungkinan utk dpt ikan tu tiada langsung...

    * kebetulan saya ada kat kawasan tu semasa gagak tu petik buah rambutan tuan tu...cuma tak sempat nak ambik gambar je...

    ReplyDelete
  19. Ingtkan n3 lain..huhuhu..
    Tgk kat dashboard td tajuk lain.
    Tahniah Uncle sebab blog ni boleh capai hampir 1000uv sehari...

    ReplyDelete
  20. BILA AGAKNYA BOLEH PERGI MANCING SAMA..

    ReplyDelete
  21. Syukur...

    3 ekor ikan tu boleh makan 3 hari bang!

    ReplyDelete
  22. Rezeki ...

    saya suka sangat tengok org mancing ikan... dan juga ...hasil pancingannya ...

    ReplyDelete
  23. CIK SHINJU

    MEMANG SEDAP. LEBIH2 LAGI KALAU KITA YANG TANGKAP SENDIRI WALUPUN ORANG LAIN YANG MASAK.

    ReplyDelete
  24. JUNAINA

    BETUL .. SAYA SENTIASA BERSYUKUR DAN GERAM MELIHAT ADA ORANG YG TAK RETI BERSYUKUR.

    ReplyDelete
  25. ELISSMIE

    MANCING IKAN SENDIRI TAK SERONOK. SERONOK LAGI MANCING IKAN ORANG. HEHE

    ReplyDelete
  26. GADISBUNGA

    1. SEKARANG TIDAK LAGI. DIA MANTAN MB.

    2.TTG WATERMARK ITU, UNCLE TRY KAT GAMBAR IKAN TU DULU.

    3. NOMBOR TU, MUSTAHIL AKAN BERJUMPA SEMULA.

    ReplyDelete
  27. AZMNOR

    ALAIKUMSALAM

    LAIN KALI KALAU BERADA DI KAWASAN INI, JEMPUTLAH SINGGAH. INI JEMPUTAN TERBUKA.

    KALAU NAK PETIK BUAH RAMBUTAN TU, SILAKANLAH !

    ReplyDelete
  28. CHIK SHINJU

    INGATKAN CIK SHINJU LAIN TADI ..HEHE.
    TENTANG UV TU ALHAMDULILLAH. TAPI TENTANG HASIL DARI NUFF TU, TAK BERAPA NAK GUMBIRA.

    ReplyDelete
  29. FAIRUS

    BILA-BILA PUN BOLEH. SEELOKNYA JANGAN HUJUNG MINGGU, SEBAB ORANG RAMAI.

    ReplyDelete
  30. AZIEZAH

    SAMPAI SEKARANG MASIH BELUM DI MASAK LAGI. SEBAB KENDURI SESAJA KAT SINI.

    ReplyDelete
  31. CHIK ATT

    SAYA SUKA TENGOK ORANG YANG SUKA TENGOK ORANG MANCING IKAN. HEHE

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.