Pokok mangga seperti gambar di atas itu saya yang tanam. Kali ini dia berbuah lebih banyak dari dua musim sebelumnya. Syukur Alhamdulillah.
Semalam saya dengan Makngahnya membuat operasi membalut buahnya. Banyak pulak kerengga menumpang tinggal. Dari mana, bila dan siapa yang mengajak dia datang, saya pun tak tahu. Bila saya sentuh sahaja buah mangga tersebut, berduyun-duyun kerengga itu datang menyerang dan menggigit tangan dan jari jemari saya tanpa belas kasihan.
Gigitannya tidaklah sesakit mana kepada anggota fizikal. Yang lebih sakit adalah hati saya. Apa hak dia hendak menggigit tangan saya. Macamlah pokok itu dia yang tanam. Sedarlah diri sikit, awak tu menumpang. Tak tahu diuntung betul !
Sebagai makluman, pokok mangga itu bersebelahan dengan pokok rambutan seperti gambar sebenar di bawah. Buah rambutan tak perlu di balut. Saya tak pernah tengok lagi orang membalut buah rambutan. Dan saya tak naklah pulak buat benda yang orang lain tak pernah buat.
Saya pernah buat entri mengenai pokok mangga dan rambutan itu suatu masa dulu di sini.
p.s:
Pokok rambutan saya pula dihurungi semut. Saya nak marah pun mereka bukan faham. Jadi, saya fikir mereka adalah makhluk Allah yang didatangkan dengan hikmah. Sebab apa? Dengan adanya semut2 itu, tiada orang yang teringin memanjat pokok rambutan tersebut. :)
ReplyDeleteBagaimanapun sebagai manusia biasa, saya tetap sakit hati dengan 'orang seberang' yang tak reti bahasa sesuka hati mengait mangga sehingga mati dahannya. :(
KAKCIK
ReplyDeleteSAYA BIMBANG, MEREKA YANG TAK RETI BAHASA TU, AKAN MENEBANG ATAU MENETAK DAHAN POKOK RAMBUTAN ITU.
hehee..sabar uncle.. kerengga mmg suka buat pokok mangga orang mcm rumahnya sendiri..
ReplyDeletekali ni pokok tu berbuah lebih banyak ya? baja apa yang uncle pakai..
saya boleh leka tengok cara kerengga bekerja, cara dia potong daun nak buat sarang mengalahkan mesin ciptaan manusia..
ReplyDeletetakper pakcik, segalanya digerakkan olehNya...rambutan kat umah saya tinggal yg hujung2 jer..tinggi sgt tak terpetik, dahan pulak halus takleh nak panjat...tp ada gak org sebereng yg baling2 nak bg buah tu jatuh..
saya tak kisah, kalau dpt tu kira rezeki dialah asalkan jgn terbaling kepala saya dan anak2 saya sudah! kalau kena mmg riski lah kepada dia.
psst...hati2 ngan kencing kerengga tu, jgn sampai masuk mata, selain baunya yg busuk, pedihnya tak terkira-kira...
kencing kerengga masuk mata apa penawar
Deletesekarang ni musim rambutan di beberapa tempat tapi bukan di kampung saya.
ReplyDeleteada banyak tak tuan haji? boleh beli kat tuan haji, hehehe
pokok mangga India kat depan rumah saya masih tak mahu berbuah ,liat dan pemalas walapun dah tua.Tak kan mandul kot.
ReplyDeleteada orang kata kena ikat dgn kain merah lepas tu ugut dia kalau degil jugak alamat kena tebang la...eh betul ke??
Assalamualaikum Pak Ngah..
ReplyDeleteSeronoknya...pokok mangga Pak Ngah berbuah lagi lebat dari tahun sebelumnya...Buah mangga ni yang besar tu kan..?.saya suka mangga...kalau rumah saya dekat-dekat situ...tak malu saya nak pegi minta sebakul dua...ha..ha..
p/s Pak Ngah jangan le marahkan kerengga tu..:).."dia" tu sebenarnya tolong jagakan pokok tu untuk Pak Ngah.....takut dikebas orang...he..he..
Ong Kim Swee kalau tanam pokok mangga pun musti manyak ongggg maa.....:P
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteSang kerengga yang hidup melata di muka bumi milik Allah ini, negaranya semesta alam - tiada sempadan geografi dan politik.
seingat aina pokok buah ni kalau ada semut hitam kerengga tak akan ada mungkin semut lagi garang dari kerengga kot. mereka tidak akan berkongsi tempat tinggal.
ReplyDeletetuan haji mempelam memang kena balut kalau tak dimakan ulat nanti.
Dulu kecik-kecik selalu buat operasi bakar sarang kerengga..hehe.
ReplyDeleteMangga yg ada kerengga ni rasa mcm sedap je.. *ye ke?
kerengga mmg suke menumpang...heheheh
ReplyDeletedulu ma abah selalu ugut ikat dipokok kasi kerengga gigit...ngilu je rasa.hahhaha
Pakcik,
ReplyDeleteKita pun duduk menumpang di bumi. Tapi jahat kita terhadap bumi lebih jahat dari kerengga yg gigit kita, Pakcik!
ha ha ha..memang dah dasar kerengga..
ReplyDeletekalau tuan haji dok tengok pokok mangga dan rambutan saya dok tunggu pokok durian saya buahnya dok jatuh sekarang... syok rupanya ada kebun nie... pagi2 dah gi cek buah jatuh ke tak... lps nie dok jolok manggis pulak rasanya.... semenjak kami pindah kat sini... pokok buah asik berbuah je.. seronok agaknya ada org jaga.... he..he
ReplyDeleteRUMAH MAK SAYA KELILING ADA POKOK MANGGA. MACAM2 JENIS..
ReplyDeleteONG KIM SWEE MEMANG ONG LAA...
bukan pokok mangga awak jer kerengga tu serang, pokok mangga saya pun.. agaknya dia ornag ni bersedara kot.. :)
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan Hj,
ReplyDeleteDalam maksud "kerengga" tu Tuan..., tambahan dikaitkan pula dengan Ong Kim Swee... "kerengga" tu memang dah melebih-lebih sgt sekarang ni dan tak sedar dek untung.... "hanya jauhari yang mengenal manikam"....allahua`lam
* itu hari saya nampak rambutan tuan tu di petik gagak , apakan daya saya dia punya sayap utk terbang....
barang yg baik mestilah berbalut
ReplyDeletenak contohi kerengga, sebab pinggang dia ramping, hehehe...=)
ReplyDeletemangga yg pak ngah tanam ni jenis apa?
berjasanya kerengga kerana mereka dijadikan contoh untuk istilah pinggang kerengga... (",)
ReplyDeleteAssalamualaikum:)
ReplyDeletebila tgk tajuk tuu...spontan ayat ni dtg...
"Kalau Dah Dasar Kerengga tuuu..
Kerenggalah jugakkk...."
Aduhaii..:)
Apa2...semua ciptaan makhlukNya mungkin di mata kita buruk pasti ada manfaatnya yang tersendiri kan..:):)InsyaAllah..
FATIN MRAZ
ReplyDeleteUNCLE GUNA BAJA BELI .. HEHE
QUUENIE
ReplyDeleteKALAU RAMBUTAN TU DAH TINGGI, POTONG BATANGNYA. JANGAN TEBANG PULAK. NANTI DIA BERTUNAS BALIK DAN LEBIH SUBUR LAGI.
ELL
ReplyDeleteTAK BANYAK. TAPI KALAU AWAK NAK, BOLEH SAYA SIMPANKAN SEBIJIK DUA. TAK PAYAH BELI.
IKAN EMAS
ReplyDeleteTAK USAH UGUT-UGUT. MUNGKIN DIA BELUM BERTEMU JODOH.
AZI
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
MEMANG BESAR2 BUAHNYA .. DULU BERATNYA LEBIH SEKILO.
PAKNGAH TAK MARAH KERENGGA TU, TAPI MARAH "KERENGGA" YANG LAIN.
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteAWAK TAHU DIA DUDUK MANA TAK ?
UJANG KUTIK
ReplyDeleteBETULLAH .. KITA SEMUA SAMA-SAMA MENUMPANG DI BUMI ALLAH INI.
JUNAINA
ReplyDeleteMASALAHNYA BILA DAH BALUT, TAK TAHU PULAK BILA DIA MASAK, SEBAB DAH TAK NAMPAK.
SUFIA MAHZAN
ReplyDeleteMEMANG SEDAP PUN .. NAK SIKIT ?
JEDI
ReplyDeleteKALAU AYAH SEKARANG BUAT MACAM TU, ALAMATNYA MASUL JEL ..
FARA
ReplyDeleteKERENGGA TAK PERNAH JAHAT PADA ALAM INI ..
ACIK ERNA
ReplyDeleteACIK FAHAM KE TAK NI ? SAYA PUN TAK RETI NAK TEKA ..
ATIE
ReplyDeleteSAYANG SAYA TAK ADA DUSUN. BARU NAK MULA TANAM DURIAN BELAKANG RUMAH. SEBATANG JE. ENTAH SEMPAT KE TIDAK NANTI.
FAIRUS
ReplyDeleteBERTUAHLAH AWAK ADA BANYAK POKOK. SAYA HANYA ADA SEBATANG JE. TAPI KALAU BANYAK PUN TAPI TAK BERBUAH, TAK ADA MAKNANYA JUGA KAN.
ANAA
ReplyDeleteMUNGKIN POKOK MANGGA KITA YANG BERSAUDARA ..!
AZMNOR
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
ALHAMDULILLAH .. AWAK DAPAT MEMAHAMI APA YANG TERSIRAT.
LAA .. GAGAK RUPANYA YANG MAKAN. SAYA TAK PERNAH NAMPAK PULAK. TAK APALAH DAH REZEKI DIA.
DAH SAMPAI DEPAN RUMAH SAYA, KENAPA TAK TEKAN LOCENG ?
ABU MUAZ
ReplyDeleteSETUJU 100 %. MARI KITA BUAT KEMPEN MEMBALUT NAK ?
LADYSIRNA
ReplyDeleteMANGGA TU NAMA SIANTIFIKNYA "ORANGBERIBENIHKITATANAM"
FUAD ANSARI
ReplyDeleteKALAU SAYA JUMPA ORANG PINGGANGNYA RAMPING MACAM KERENGGA, HARUS SAYA LARI.
PN KARTINI
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
SESEUNGGUHNYA MEMANG TIDAK ADA CIPTAANYA YANG SIA-SIA.
AIK.. ADA MAKSUD LAIN KE?
ReplyDeleteFAIRUS
ReplyDeleteMEMANG ADA .. SILA BACA KOMEN AZMNOR TU.
kalau kerengge yang ini, mmg saya paham sangat!
ReplyDeleteGADIS BUNGA
ReplyDeleteBAGUSLAH KALAU DAH FAHAM. HARAP2 KERENGGA ITU PUN FAHAM SAMA.
terluka hati dengan sikap pendatang, yg datang beramai menumpang mencari rezeki, tapi tak pula menghormati tuan rumah.
ReplyDeletesaya ada kelebihan singgah lambat dan dapat tunjuk pandu dari Azmnor, dengan kata kunci OKS. saya tak kenal. baru saya buat kajian, dan dapat gambaran lagi jelas. teringat pula, masa perlawanan itu, saya dan keluarga di KLCC foodcourt dan dapat saksikan sorakan gemuruh penonton TV masa kemenangan itu.
sangat tepat analogi ini, dengan warna kerengga merah, juga dikait sebagai rakyat, bersifat ganas, menyengat dan menggigit.
terima kasih kerana sudi baca entri lama saya.
Deletesaya nak tanya .. kalaulah awak pengomen pertama, apakah agaknya yg awak tulis ?
seperti menduduki kertas ujian ni. kerana soalan berdasarkan agak, rasanya sama seperti ayat pertama saya di atas berdasarkan pada tulisan bold yang ditekan di entri. cuma tidak akan dapat gambaran rakyat mana yg ditujukan khusus. terimakaseh menjemput saya kepada entri ilmiah. saya suka.
ReplyDelete