Thursday, November 17, 2011

DEWAN TUNKU CANSELOR (DTC) SENTIASA DALAM KENANGAN.

Semalam saya ke Kampung Sungai Tua Baru, menziarahi jiran saya suatu masa dulu yang meninggal dunia. Rumah arwah betul-betul bertentangan dengan rumah saya. Saya berjiran dengan beliau kira-kira 5 tahun sebelum saya menjual rumah itu dan berpindah ke Putrajaya dan seterusnya ke rumah sekarang di Seremban. Arwah sangat baik dan penyantun orangnya.  Begitu juga suaminya. Saya diberitahu pemergiannya mudah dan tenang sekali.

Kemudiannya saya ke Universiti Malaya, Kampus Kota mengambil gambar saya menerima Diploma tempoh hari yang ada saya ceritakan di sini. Baru hari ini ada kesempatan untuk memungutnya.


Gambar 1: Rumah yang pernah saya diami suatu masa dulu. Digambar dari rumah arwah.


Gambar 2: Ini adalah kali ke - 3 saya naik ke pentas DTC ini. Bersedia untuk melangkah menerima skrol DEPS. Tahun 2011.



Gambar 3: Sempat juga menjeling kat kamera.


Gambar 4: Melangkah turun dengan sopan santunnya.



Gambar 5: Menjunjung kasih Tuanku. 
Ini kali ke - 2 menaiki pentas menerima skrol MPA dari SultanTuanku Azlan Shah. Tahun 1989.



Gambar 6: Fuh .. lega. Lepas ni boleh bekerja semula selepas bercuti belajar dengan biasiswa selama 2 tahun. Terima kasih kerajaan Malaysia.


Gambar 7: Kali pertama menaiki pentas DTC, menerima skrol ijazah Sarjana Muda dari Tun Suffian, Pro-Cancelor Universiti Malaya ketika itu. Tahun 1977.


Gambar 8: Lepas ni tak payahlah bangun pagi-pagi lagi untuk pergi motong getah.
Agaknya itulah yang saya fikirkan ketika itu.

Buat masa ini saya tidak bercadang untuk belajar lagi secar formal. Sekarang rancangan saya adalah untuk membaca pelbagai buku yang saya beli dan juga diterima sebagai hadiah yang kini sudah memenuhi rak buku saya. Saya sudah mula membaca akan tetapi kamajuannya amatlah perlahan. Mungkin selepas ini saya harus mengurangkan masa berblog supaya dapat berlaku adil kepada buku-buku tersebut.



24 comments:

  1. indahnya kenangan yang terindah

    ReplyDelete
  2. lepas baca buku, leh kongsi2kan kat blog :D

    baru fair & square..hihi

    ReplyDelete
  3. Peh! Sy dpt bygkan mcm ne perasaan sygnya Pakcik kat UM. Mcm tuh gaklah kenangan sy kat UiTM yg tak pernah terpadam...

    =)

    ReplyDelete
  4. Salam Pak Ngah..

    Pak Ngah tahun 1977 dah ada ijazah.. saya ketika tu belum berada pun dalam perut mak saya...:)

    ReplyDelete
  5. Macamlah tuan mengadap blog 14jam sehari! :)

    ReplyDelete
  6. gambar2 di atas pentas DTC tu PakNgah memang kelihatan sopan dan gagah sekali... memang hebat

    ReplyDelete
  7. RASANYA NAK JUGA SAMBUNG LAGI PELAJARAN NANTI. TAPI BUKAN KERANA PEKERJAAN, TAPI KERANA NAK MENUNTUT ILMU... RASANYA AKAN LEBIH SERONOK BELAJAR DENGAN NIAT MENUNTUT ILMU...

    ReplyDelete
  8. ELL

    MAKIN LAMA HIDUP MAKIN BANYAK KENANGAN. TAPI MAKIN LAMA, KENANG2AN ITU KIAN SAMAR.

    ReplyDelete
  9. MAKDARA

    INSYAALLAH. NANTI SAYA BERITAHU AWAK BILA SAYA BUAT.

    ReplyDelete
  10. FARA

    BOLEHKAH KENANGAN MANIS DIPADAMKAN ?
    KALAU BOLEH PUN, BUAT APA NAK DIPADAKAMKAN. KAN ?

    ReplyDelete
  11. NIDA

    SALAM KEMBALI.

    JAUHNYA PERJALANAN AWAK LAGI. PAKNGAH DAH HAMPIR KE GARISAN PENAMAT, KALAU IKUT ADATNYA.

    ReplyDelete
  12. KAKCIK

    MEMANGLAH TAK SAMPAI 14 JAM. TAPI ORANG YG DAH BERUMUR MACAM SAYA NI, SETIAP SAAT AMAT BERHARGA.

    ReplyDelete
  13. IBUINTAN

    BERTUAH MAKNGAHNYA .. HEHE !

    ReplyDelete
  14. FAIRUS

    MEMANG KITA LEBIH KOMITED KALAU BELAJAR DENGAN NIAT UNTUK MENUNTUT ILMU. KALAU MATI SEMASA MENUNTUT ILMU, DIKIRA MATI SYAHID.

    ReplyDelete
  15. 1989 ~ saya masih di sekolah menengah ...

    ReplyDelete
  16. yg nyata jelingan tahun 2011 ni paling kacak lah uncle. heheh~

    ReplyDelete
  17. salam tuan...
    pembelajaran sepanjang hayat....

    ReplyDelete
  18. CHIK ATT

    TAHUN 1989, SAYA SUDAH LEBIH 10 TAHUN BEKERJA.

    ReplyDelete
  19. GADISBUNGA

    DAN SEBALIKNYA, UNCLE RASA GAMBAR TU YANG PALING TAK HENSEM SEBAB DAH TUO .. HEHE

    ReplyDelete
  20. INSAN MARHAEN

    SAYA INGAT AWAK NAK CAKAP 'MANISNYA KURMA ITU' ..

    ReplyDelete
  21. KAMSIAH

    SALAM KEMBALI.

    BETUL .. BELAJAR SAMPAI DAN DIAJAR SAMPAI KE LIANG LAHAT.

    ReplyDelete
  22. Salam tuan,
    saya kagum dengan semangat tuan untuk mencari ilmu.

    ReplyDelete
  23. HAZMI MAT ZAIN

    KESEDARAN TU DATANG AGAK LEWAT DI KALA BADAN DAH MULA LENGOH2. TAPI SAYA BERSYUKUR DENGAN IZINNYA SAYA DAPAT MENAMATKANNYA.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.