Sunday, November 20, 2011

KALAU BOLEH, MASUK TELINGA KANAN JANGAN KELUAR TELINGA KIRI.

Sebenarnya saya sangat malas nak buat entri pada petang Ahad kerana kemungkinan besar tak ada orang yang akan baca. Tetapi bila baca berita  seperti keratan akhbar di bawah, darah saya menyirap. Untuk menenangkannya saya buat entri ini. Saya tidak kisah, ada orang baca ke tidak kerana saya cukup tidak redha dengan perlakuan lima peserta ratu cantik tersebut dan saya harus meluahkan rasa hati saya di sini.



Ustaz saya kata, mereka yang buat maksiat dan berbangga dengan maksiat, mesti dikenakan hukuman yang setimpal seperti yang ditetapkan. Kalau ada orang yang berzina di tempat awam kerana hendak menunjuk2 dan bermegah2 dengan perlakuannya, mereka patut dihukum mengikut hukum hudud samada direjam atau disebat mengikut taraf perkahwinannya.

Saya tidak tahu apakah hukumanyang patut dikenakan kepada lima perserta tersebut. Pada saya mereka terang-terangan telah mencabar wibawa JAIS. Mereka juga boleh dianggap bermegah2 dengan perlakuan mereka. Kalau tidak, masakan mereka masih mahu mengambil bahagian walaupun setelah diberikan kaunseling.

Mungkin  bidalan "masuk telinga kanan keluar telinga kiri" tidak sesuai di gunakan di sini untuk mereka. Saya rasa lebih sesuai jika digunakan "masuk telinga kanan keluar telinga kanan juga".

Tidak adakah tindakan yang boleh dikenakan kepada mereka ? Mengapa larangan berpolitik di universiti yang tidak memudaratkan ugama boleh pula dibuat undang-undang dan dikuatkuasakan dengan penuh dedikasi ?

Janganlah hanya bersemangat hendak meningkatkan KDNK atau ekonomi negara sahaja sedangkan dalam masa yang sama masalah moral rakyat terutamanya yang beragama Islam tidak ditangani dengan sebaiknya. Tidak ada maknanya kalau kita mencapai status negara maju hatta lebih maju dari USA misalnya, jikalau moral rakyat kita ikut runtuh. Saya khuatir, kalau tidak ada tindakan yang bersungguh-sungguh untuk membendung maksiat terang-terangan seperti itu dari sekarang, mungkin moral rakyat kita satu hari nanti akan kita lebih teruk lagi dari rakyat Amerika. Mohon dijauhkan Allah.





30 comments:

  1. kena tukar undang2 kepada undang hudud la baru takde orang yang berani menentang larangan agama.. Undang2 yang Allah buat adalah sesuai sepanjang zaman.. cuma orang yang tidak tahu apa sebenar hukum hudud tu yang menentang,,, padahal itulah undang2 yang terbaik..

    ReplyDelete
  2. jangan risau pakcik, saya baca ni...

    saya pun baru baca cerita yg sama, bg saya semua tu dah ibarat buluh, berilah kaunseling camner pun, oleh siapa pun...gitulah akhirnya.

    bidalan yg tepat ialah "langsung tak masuk!"

    kita tak mungkin memilikki segalanya, kat KLCC tu, menaranya hebat tinggi membangun, dibawahnya anak2 melayu tersungkur jatuh merudum...pendekata naik satu jatuh satu...

    eh, pandainya cakap saya ni eh?, jap saya nak teropong kat kaki KLCC tu, ada tak anak2 saya hehee...

    maafkan saya kalau kata2 ini terkasar pakcik...

    ReplyDelete
  3. WAALLLA!

    SAYA TIDAK ADA APA-APA NAK KOMEN BALAS KERANA APA YANG AWAK CAKAP ITU SEMUANYA BENAR. TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  4. QUEENIE

    TERIMA KASIH KERANA SUDI ZIARAH, BACA DAN KOMEN. INGATKAN TAK ADA ORANG TADI.

    PAKCIK CUKUP RISAU DENGAN ASAKAN GANAS DARI SEMUA SUDUT .. INTERNET, TV, RADIO, PENTAS DLL. PAKCIK ADA DUA ORANG ANAK YANG MASIH BERSEKOLAH. RISAU BETUL TAKUT MEREKA TERPENGARUH. MOHON PERLINDUNGAN ALLAH.

    ReplyDelete
  5. mesti ada yang baca catatan tuan haji! antara insan terpilih tu saya lah :)

    ReplyDelete
  6. tajuk nyer mmg kurang sesuai... sgt kurang sesuai... hmmmmm

    ReplyDelete
  7. nak kata terlepas pandang, JAIS dah tegur.. nak kata apa lagi kan uncle..

    itu kondisi dalam ratu cantik contest, hakikatnya wanita islam di luar pun ramai yg berani 'berpenampilan' sebegitu..

    itulah undang2 manusia..

    ReplyDelete
  8. saya pun ada baca td pasal berita ni, memalukan sungguhla rasanya, yg dihairankan JAIS sekadar bg kaunseling?kenapa tak haramkan terus???buat dosa tapi rasa bangga, nauzubillah...

    ReplyDelete
  9. mmm, masalah yang menyakit mata dan hati

    ReplyDelete
  10. AL..tulis aje..mesti ada yang baca.
    pelik kan..kalau dah nasihat tak jalan..tak de ke tindakan undang2 yang boleh diambil.kita kan negara islam

    ReplyDelete
  11. saya baca, bagus ketengahkan isu ni

    ReplyDelete
  12. Salam Pak Ngah..
    saya setuju!!!...setuju sangat-sangat...
    kadang2 tak faham dengan undang2 ni..."sekecil-kecil" kuman nampak, tapi "sebesar-besar" gajah dibiarkan macam tu saja...takan kita tak boleh ambik tindakan?...apa guna negara maju kalau anak2 kita tak "maju" dari segi akhlaknya..tak faham saya...atau mungkin saya tak "faham" sebab tak sekolah tinggi.....:(

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum uncle.

    hmm, paling tak boleh terima alasan dia buat keputusan untuk masuk jugak ptndingan tu sebab nak tunjuk yang sebenarnya dorang tak salah. Allahuakbar. undang2 agama mana agaknya.. nauzubillah.

    ReplyDelete
  14. MAK ENCIK ] SZ

    TAHNIAH KERANA MENAJDI INSAN TERPILIH. TERIMA KASIH KERAN SUDI SINGGAH, BACA DAN MENINGGALKAN JEJAK.

    ReplyDelete
  15. ALIEZA DAYASARI

    AGAKNYA APAKAH TAJUK YANG SESUAI. BOLEH BERI CADANGAN ?

    ReplyDelete
  16. FATIN MRAZ

    BETUL .. DIMANA-MANA SEKARANG NI ADA KEDAPATAN WANITA ISLAM YANG BERNAMPILAN SEBEGITU. TAPI RAMAI LAGI YANG MEMILIH UNTUK BERSOPAN.

    ReplyDelete
  17. LADYSIRNA

    MEMANG MEREKA SUDAH TERPESONG JAUH. ORANG KATA "BAKAR DAH TAK HANGUS, REBUS DAH TAK EMPOK"

    ReplyDelete
  18. A KL CITIZEN

    SAYA TAMBAH LAGI ... DAN JUGA MENYAKITKAN JIWA.

    ReplyDelete
  19. ACIK ERNA

    ADA LAGI PERLAKUAN YANG LEBIH TERUK DARI ITU YANG DIBIARKAN TELEPAS BEGITU SAHAJA. SAYA PERNAH BUAT ENTRI TENTANG KAPEL YANG BERCOMOLOT KAT KLCC SUATU KETIKA DULU.

    ReplyDelete
  20. AZIEZAH

    BUKAN LAGI HITAM .. SUDAH LEGAM.

    ReplyDelete
  21. DAUN

    TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH MEMBACA.

    ReplyDelete
  22. AZI

    SALAM KEMBALI

    KITA SAMA-SAMA MEMENDAM RASA. MELALUI BLOG SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MELEPASKANNYA APA YG TERSEKAT DI KERONGKONG.

    ReplyDelete
  23. SAR

    ALAIKUMSALAM

    SEMOGA ALLAH MEMBERI HIDAYAH KEPADA MEREKA. DIHARAP SUATU HARI NANTI MEREKA TERSEDAR DAN MUNGKIN MENJADI LEBIH BAIK DARI KITA.

    ReplyDelete
  24. buat saya teringat pada arwah datuk ishak baharom

    ReplyDelete
  25. KUCINGORENGEMOK

    SAYA TERINGAT NADA SUARA DIA BERCAKAP .. CUKUP LEMBUT DAN MENDAMAIKAN JIWA !

    ReplyDelete
  26. Apalah yg kita boleh bt Pakcik? Sedang pemimpin kita sendiru yg tak tegas. Apa kuasa kita melainkan hanya luahan kata dan fikiran.

    Apapun, semoga kita semua dilindungi Allah dari keburukan dan kejahatan. Dan semoga pelaku berkenaan mendapat kesedaran akan apa yg telah dilakukan.

    ReplyDelete
  27. Tak tau nak cakap apa, Nauzubillah humin zalik.

    ReplyDelete
  28. FARA

    SEBAGAI BLOGGER INILAH SAHAJA CARANYA .. MUNGKIN KALAU DAH BANYAK ORANG BERCAKAP, ADA YANG MENDENGAR.

    ReplyDelete
  29. MAK WARDAH

    MAHU TAK MAHU SAYA KENA TULIS. SEKURANG2NYA REDA SIKIT GELORA DALAM DADA INI.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.