Wednesday, November 16, 2011

TERKENANG SEMASA DULU 36 : PERGI BELUM

Ini adalah catatan cerita saya  berkunjung ke Taman Negeri Royal Belum.


 

Gambar 1: Peta Taman Negeri Royal Belum.

Hutan simpanan Belum terletak di daerah Hulu Perak. Di dalamnya terdapat Tasik Banding dan juga beberapa buah perkampungan orang asli. Saya pernah diundang ke satu majlis pemukiman NGO yang terlibat dengan pencegahan dadah di Negeri Perak pada tahun 2007. Di masukkan juga aktiviti sepetang bersama orang asli di salah sebuah perkampungan di situ.

Saya tergerak untuk membuat entri ini setelah membaca rencana dalam akhbar Utusan Melayu bertarik 8 November yang lalu dan melihat wajah yang rasanya pernah saya kenal.




Gambar 2:   Sama kan perempuan yang terdapat dalam kedua-dua gambar di atas ? Namanya Puan Iylia Ainuddin, Pengurus Perbadanan Taman Negeri Perak. 



Gambar 3: Kebetulan pada masa itu musim hujan. Akibatnya air naik hingga menenggelamkan sebahagian kawasan jeti.


Gambar 4: Itu tidak menimbulkan masalah kerana  destinasi yang dituju mengikut jalan air. Kita bertolak dengan beberapa buah bot.


Gambar 5: Saya  menaiki bot yang agak selesa milik JHEOA.


Gambar 6: Kesian Puan Iylia kena duduk di belakang.  Tak patut ..!


Gambar 7: Kami melepasi perkampungan orang asli yang akan dilawati selepas ini.


Gambar 8: Kelihtan dua orang asli di atas rakit buluh. Mungkin hidup mereka lebih tenang dari kita. Tiada blog, facebook, twitter, e-mel, henfon, sms, astro dsb.


Gambar 9: Selamat mendarat di kawasan perkhemahan Sungai Kejar walaupun terpaksa memanjat tebing. 


Gambar 10: Kalau tidak banjir,  kawasan perkhemahan kita adalah seperti gambar di atas.



Gambar 11: Kelihatan tempat pendaratan separuh tenggelam yang tidak membolehkan kami naik di situ. Selepas 'check-in' dan makan tengah hari kami bertolak ke perkampungan orang asli seperti yang telah saya nyatakan di atas.


Gambar 12: Saya selamat tiba ke tempat penganjur mengadakan program dengan penduduk orang asli di sini. Saya melangkah naik ke darat dengan berhati-hati. Kalau terjatuh, malulah kompeni.


Gambar 13: Kelihatan para pegawai AADK dan peserta program bersedia menyambut kedatangan VIP.


Gambar 14: Saya berjalan macam YB, menuju ke khemah yang disediakan penganjur.


Sebenarnya saya ada hampir 300 keping gambar dalam simpanan mengenai trip ini. Insya-Allah saya akan buat sambungannya mengenai program yang dijalankan bersama orang asli.

29 comments:

  1. Memang ada gaya YB (bukan Yang Bersara). Tak teringin nak masuk bertanding dalam PRU yang akan datang? :)

    ReplyDelete
  2. Kakak baru nak kata macam Yb tetiba tuan dah masukkan dlm foto macam YB. Tapi nampak thrill sungguh kalau tak kuat mental pun payah juga sebab keadaan menguji kekuatan fizikal juga nampaknya...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.
    .
    .
    .

    datang melapor diri. :D

    ReplyDelete
  4. kalau saya berpeluang masuk ke kawasan ini - alangkah bestnya!Ajak lah saya - saya suka masuk hutan - orang Geografi sangat suka...

    ReplyDelete
  5. Gambar 6: Kesian Puan Iylia kena duduk di belakang. Tak patut ..!

    .
    .
    .

    "dah biasa dah. klu solat berjemaah pun mmg kita kat belakang. awak kat depan," balas puan iylia

    :D

    ReplyDelete
  6. saya belum sampai ke belum.. =)

    ReplyDelete
  7. salam ziarah..wah menarik gak hutan belum ni..

    tenguk harga umah kat putrajaya tu semputtttttttt....mahalnyaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  8. tuan haji...depa juga tak perlu fikir harga minyak yang naik tak pernah turun2.

    ReplyDelete
  9. gaya tu dah ada .....

    Saya pun kadang2 jadi silent reader ... apabila ...otak dah beku ....untuk mengomen

    ReplyDelete
  10. KAKCIK

    SAYA SEDIKIT PUN TAK ADA MINAT UNTUK JADI YB. NANTI SIBUK SANGAT, TAK DAPAT PERGI MANCING. HEHE

    ReplyDelete
  11. KAKZAKIE

    MEMANG MELETIHKAN. PERJALAN DENGAN KERETA KE GRIK PUN SUDAH CUKUP MELETIHKAN. APA NAK BUAT, KENA IKUT ARAHAN. SYMP.

    ReplyDelete
  12. KTS 1

    DAH KETIK KAD PERAKAM WAKTU ?

    KTS 2

    YE TAK YE. TAPI DUDUK BELAKANG SELALUNYA YANG BAIK2. KALAU NAIK KERETA DUDUK BELAKANG MESTI BOSS. KALAU TENGOK WAYANG, DUDUK BELAKANG MESTI MAHAL.

    ReplyDelete
  13. SONATA ANAK KANCIL

    SAYA SEDANG MERANCANG UNTUK MASUK SEKALI LAGI. MUNGKIN LEPAS MUSIM HUJAN. NAK IKUT ?

    ReplyDelete
  14. KAK INA KL

    MEMANG HARGA RUMAH DI PUTRAJAYA DAN KL SUDAH DILUAR JANGKAUAN ORANG KEBANYAKKAN MACAM KITA.

    ReplyDelete
  15. JUNAINA

    BANYAK LAGI BENDA2 YANG TIDAK MEREKA FIKIRKAN. CONTOHNYA LAGI .. KESESAKAN LALULINTAS.

    ReplyDelete
  16. CHIK ATT

    SAYA SELALUNYA TAK KOMEN BILA ADA ENTRI TENTANG MASAK MEMASAK ATAU SULAM MENYULAM. TAK TAHU NAK KOMEN APA.

    ReplyDelete
  17. tuab haji, tempat ini mengingatkan saya area di Pahang.

    ReplyDelete
  18. Salam..saya belum pernah ke Belum... tapi nampak sangat menarik ..suasana aman damai tenang saja kan.. tak ada traffic jam..dan orang kelam kabut jalan sana sini ...

    Gambar 14: mmg ada gaya YB..memang YB pun kan kan kan? ;-)

    nurazzah
    http://ww.nurazzah8.blogspot.com/

    ReplyDelete
  19. Menariklah tempat tu. Nanti kena pergi nih :)

    ReplyDelete
  20. salam
    tiap kali balik kg di kelantan,Banding adalah tempat yg wajib disinggah...samada semasa pergi atau pulang...cantik dan mendamaikan...

    ReplyDelete
  21. ELL

    PAHANG TU KAT MANA ? TEMBELING KE ?

    ReplyDelete
  22. NURAZZAH

    MEMANG TENANG SEKALI SEMASA DI SANA. TAPI SAYA TAK SANGGUP PULA MENINGGALKAN KEMUDAHAN MODEN TERLALU LAMA. SEMALAM DUA OKLAH.

    SATU KAWASAN YANG ELOK DI LAWATI.

    ReplyDelete
  23. EMPAYARUTAMA

    SILAKAN PERGI. TAPI ELAKKAN MUSIM BANJIR.

    ReplyDelete
  24. KAMSIAH

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG TEMPAT TU SUNGGUH CANTIK DAN MENDAMAIKAN. KALAU DEKAT DENGAN SEREMBAN, MUNGKIN SETIAP MINGGU SAYA PERGI.

    ReplyDelete
  25. Salam Tuan Haji...

    Saya ke Belum, belum lagi.. saya sampai ke Tasek Banding je itu pun ntah berapa belas tahun kebelakang.. cantik cantik dan cantik..

    ReplyDelete
  26. Yela..comel puan Iylia ni..saya di NRE pernah 2-3 kali berurusan dengan beliau..untuk Projek Pontoon di Taman Negeri royal belum..Kalau Tuan Hamzah pegi lagi dah ada pontoon jeti yang diletakkan di Kem-kem..tak yah panjat tebing lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada dalam perancangan saya untuk pergi memancing ke sana dalam tahun ini .. terima kasih atas maklumat ini.

      Delete
  27. eka tengah buat buletin opis nie. eka kena buat cite pasal pegi royal belum. punyalah malas nak menilik entry sendiri, eka google entry sendiri dengan keyword Cike Eka ke Royal belum. Maka, keluo la entry sendiri termasuklah entry pak ngah. hahahahahaha

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.