Ini adalah sambungan dari entri ini dahulu. Sekarang di hemisfera utara masih lagi dalam musim luruh. Sementara masih berada dalam musim tersebut, saya ambil kesempatan untuk memuatnaik gambar-gambar lama saya di USA (1982-1984) di musim luruh untuk tatapan anda semua di hari cuti ini.
Gambar 13: Musim luruh sudah di penghujung. Udara sudah makin sejuk.
Gambar 14: Gambar ini rosak sikit. Tapi masih boleh kenal lagi tuan punya blog.
Gambar 15: Berlatarkan belukar entah di kawasan mana.
Gambar 16: Saya suka hujung-hujung musim luruh. Banyak sale. Salah satu kedai kegemaran saya ialah Woodward & Lothrop di Tyson Corner.
Gambar 17: Bersiap sedia untuk pergi skodeng .. Kereta dibelakang tu saya bawa balik ke Malaysia. Pakai lima tahun, lepas tu jual kat sepupu. Dia pun dah jual kat orang lain pulak.
Gambar 18: Kat sini banyak taman-taman awam yang luas-luas dan terjaga rapi dan bersih. Alangkah bagusnya kalau di tempat kita pun begitu juga.
Gambar 19: Di belakang rumah sewa kami pun boleh tahan juga luas tamannya. Jenuh memotong rumput di musim bunga/panas dan jenuh menyapu daun di musim luruh.
Gambar 20 : Menyapu dengan penuh ayu (gambar kitar semula)
Gambar 21: Kalau di Malaysia harus saya bakar sahaja dedaun itu.
(Juga gambar kita semula)
Gambar 22: Insan yang tidak berumah berkeliaran di depan "White House".
Ada siapa berani buat di depan Sri Perdana ?
Kat Malaysia lagi banyak musim kan ! Ada musim durian. Ada musim tengkujuh. Ada musim menuai. Ada musim orang kawin ... Musim apa lagi ek ?
............................................................................................................................
Sub-Entry: Busuk.
Sejak dua tiga hari lalu, saya perasan pelawat datang berbondong-bondong ke blog saya dari Busuk Org. Saya pun susul untuk mengetahui kenapa. Rupanya entri saya "Mengapa Saya Tengok Bola Walaupun Tak Minat Bola" telah tersenarai sebagai salah sebuah Artikel Pilihan Busuk.
Terima kasih Busuk !
.
.
seronoknya!!
ReplyDeletedah merasa hidup di negara luar.. :)
Pak Ngah...saya pun terkenang jugak!
ReplyDeleteTahniah..kerana blog Pak Ngah sudah semakin fofular!!! Jumlah pengunjung jugak sudah berganda dari blog saya... Syabas! Teruskan menulis dengan penuh santai dan berinformasi...
depan sri perdana??? IM tak tahu sebab tak pernah sampai. kalau nak pi pun dilarang masuk...
ReplyDeleteSalam Bang Hamzah,
ReplyDeletegambar lama pun orangnya masih bergaya sejak dulu hingga sekarang. Imej topi tu buat saya terkenang kepada aktor Mustafa Maarof masa muda...
Sekali pandang macam Jins Shamsuddin pun ada. hehehehe
kih kih kih.. hensem laa orang lama masa memuda dulu..
ReplyDeleteSalam En Al
ReplyDeletetak dapat pegi sana dapat tenguk pun jadilah kan...
salam uncle.
ReplyDeletesuami suka snap gmbr saya..dgn terpaksa saya posing.tp bila tatap kenangan uncle...br saya hargai detik yg hubby rakam itu.klu takda gmbr mcm mana uncle nak share dgn kamu kenangan lalu kan.menarik!
memori itu walaupun sudah berlalu namun ia masih segar diingatan uncle kan?
ReplyDeletebesarnya kuasa ciptaan allah, menciptakan kita 'kotak memori' atau pun 'built in' gadget yang mampu menyimpan segala kenangan..
jemput uncle ke blog sy utk membaca lebih lanjut ttg 'kotak memori' itu..
http://februaricinta.blogspot.com/2011/11/built-in-gadget.html
tahun 1982 tu, saya baru darjah 2. bestkan dapat tengok gambar lama camni
ReplyDeleteMusim luruh sangat cantik... dimana-mana semuanya warna keemasan... tapi tanda musim sejuk bakal tiba, musim yg paling tak suka sebab sejuk.
ReplyDeletep/s: Blog Nida akan bertukar dari radinsah.blogspot.com ke http://ucualong.com
Seronok singgah sini.
ReplyDeleteDah tempek kat bloglist saya.senang nak cari.
Tak jumpa kata kunci. klik makngah rupanya pergi makngah yg lain huhu
kat sini ada gak musim sejuk...
ReplyDeletemacam arini, hujan manjang turun tak berenti, nak sentuh dinding umah pun pikir banyak kali, macam igloo..nak pijak lantai segan, nanti tapak kaki beku, nak pandang kepala paip lagilah tak mau...boleh beku...
seronok ek, tengok album lama...
Dari dulu sampai sekarang suka sungguh tengok gambar makngah, cantik sungguh dia :)
ReplyDeleteseronok la tengok gambar-gambar dahulu....
ReplyDeletekenangan tu....;-)
kelmarin black friday... kedai bukak tengahmalam, orang ramai start camping jam 5 petang dgn suhu bawah 10C!!!...
ReplyDeletedan saya sangat menyampah tengok pokok jiran yg gugur daunnya ke laman saya...hahahaa...
BLOG-TIPS-KURUS
ReplyDeleteSERONOKLAH JUGA. TAPI HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG ..!
NURAZZAH8
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU. SAYA AKAN TERUSKAN WALAUPUN TIADA SIAPA LAGI YANG MENGUNJUNG UTK KEPUASAN DAN KESERONOKAN DIRI SENDIRI.
INSAN MARHAEN
ReplyDeleteSEPANJANG HIDUP SAYA CUMA DUA KALI SAHAJA SAYA DAPAT MASUK. SEKALI SEMASA SRI PERDANA KAT PARLIMEN DAN YANG KE DUA KAT PUTRAJAYA.
AZIEAZAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SEKALI PANDANG MACAM JINS SHAMSUDDIN .. DUA KALI PANDANG MACAM SHAMSUDDIN JIN. HEHE
AUJINZ
ReplyDeleteSEKARANG PUN PAKCIK PUN MASIH HENSEM DARI SUDUT PANDANGAN PAKCIK SENDIRI.
NYANYISUNYI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
MUNGKIN SATU MASA NANTI AKAN DAPAT JUGA PERGI. BENDA TU KITA BUKAN BOLEH SANGKA.
LYDIA MIZA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
UNCLE NASIHATKAN GAMBAR2 TU TULIS PERISTIWA DAN TARIKHNYA SEMASA MASIH INGAT. KALAU TIDAK, JADI MACAM UNCLE. MAIN AGAK2 SAHAJA TARIKH DAN TEMPATNYA.
FATIN MRAZ
ReplyDeleteNAK KATA SEGAR SANGAT TU TIDAKLAH. INGATAN SEMASA DI SANA SAMAR2 JUGA. MAKLUMLAH OTAK DAH LAMA PAKAI. CPU DAH SARAT.
SEKARANG PUN DAH SEMAKIN PELUPA.
MAMASYAZA
ReplyDeleteNASIB BAIK MASA TU DAN ADA KAMERA DAN RAJIN AMBIL GAMBAR. KALAU TIDAK, CUMA INGAT SENDIRI SAHAJALAH.
NIDA
ReplyDeleteUNCLE PUN RISAU BILA MUSIM SEJUK SEBAB BIL GAS UNTUK MEMANASKAN RUMAH AKAN NAIK MENDADAK. SELAIN DARI ITU, UTK KEMANA2 PUN SUKAR.
NIEDA
ReplyDeleteTERIMA KASAIH KERANA SUDI SINGGAH KALI PERTAMA DAN JUGA LETAK BLOG NI DALAM BLOGLIST NIEDA.
QUUENIE
ReplyDeleteKALAU SEJUK MACAM TU AWAK DAH TAHAN, APALAGI SEJUK YANG DIBAWAH PARAS BEKU. AGAKNYA BERLENGKAR JE LAH ATAS KATIL. HEHE
DINAS ALDI
ReplyDeleteSEKARANG DAH TAK CANTIK LAGI. NAK BAGI CANTIK KENA BANYAK BUAT TACAP ! HEHEHE
ILA HONEYBUNNY
ReplyDeleteAWAK PUN MULALAH AMBIL GAMBAR DARI SEKARANG DAN SIMPAN BAIK2 UTK KENANG2AN DI MASA TUA NANTI.
AHKAKBATIK
ReplyDeleteKENAPA AWAK TAK SAPU/BLOW JE DAUN POKOK JIRAN TU KERUMAH DIA BALIK.
BAWAH 10C .. SEJUK GILER TU !