Monday, October 24, 2011

TERKENANG SEMASA DULU 32 - MUSIM LURUH 1982-84, USA.



Sekarang musim luruh di Amerika. Video kat atas tu bukan kat Amerika tapi kat taman perumahan saya. 

Orang Amerika panggil musim luruh - 'fall'. Orang kampung saya panggil 'autumn'.

Semasa di sana, entah mengapa bila tiba musim luruh, hati saya selalu merasa sayu. Teringatkan kampung halaman dan ibu serta saudara mara di tanah air.  Mungkin turut berduka dengan dedaun yang bertukar warna dan satu persatu berguguran ke bumi.


Gambar 1: Dedaun yang dulunya menghijau kini bertukar kekuningan dan kemerahan sebelum berguguran ke bumi.


Gambar 2: Ayong berpaut di kaki ibunya sambil merayu agar dia tidak ditinggalkan di situ.

  
Gambar 3: Walaupun belum masuk musim sejuk, kadang-kadang boleh tahan juga sejuknya. Tu sebab ambil gambar rapat-rapat.


Gambar 4:  Lihatlah dedaun yang berserakan menutupi bumi. Lebih kurang macam daun pokok getah di negara kita di musim luruh kan ?




Gambar 5: Menghirup udara segar di taman awam.


Gambar 6: Dedaunan yang perlu disapu dan dikumpulkan sebelum di buang. Tak boleh bakar sesuka hati .. nanti dapat makan free !
.

Gambar 7: Di hadapan rumah sebelum keluar mencari laksam donut.


Gambar 8: Berlatar belakangkan hutan yang kelihatan kekuningan di belakang sana.

 

Gambar 9: Di perkarangan "White House".. kelihatan poster2 orang tujuk perasaan. Boleh di katakan sepanjang tahun ada saja orang tunjuk perasaan kat situ.



Gambar 10: Makngah bergambar dengan anak sulung di satu taman awam.


Gambar 11: Bayangkanlah betapa besarnnya orang di sana. Tangannya sahaja dah besar macam tu !

 

Gambar 12: Makngahnya berposing di satu kawasan perkelahan dengan isteri seorang pelajar yang menuntut di Athen, Ohio yang datang berkunjung ke rumah kami.

35 comments:

  1. sangat cantik musim luruh.saya suka gmbr makngah yg dduk bertiga bersama anak2 tu.sgt cantik.

    ReplyDelete
  2. Pak Ngah..
    Saya pun pernah merasai pengalaman macam tu dulu2...daun2 berguguran....indahkan Pak Ngah...
    Bezanya Pak Ngah kat USA...saya kat belakang rumah dikampung , bawah pokok getah......he..he...
    Sungguh Pak Ngah..bila angin datang...daun2 jatuh ...saya rasakan macam saya kat luar negara...he..he..

    Mak Ngah tetap cantik dalam gambar...:)

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Ngah,

    wahhh..Pak Ngah ada di USA tahun itu ... saya datang ke sana Fall 1983 ... sehingga 1989 ... Pak Ngah di mana? Saya di Ohio ..Athens tu tempat saya buat MSc..BSc kat tempat lain tapi dalam Ohio jugak ...

    memang cantik kan Pak Ngah..saya pun suka tengok balik gambar2 semasa FALL dan Winter... saya miss sangat snow....!!! huhu..tengok gambar2 nostalgik betul ....nanti saya pun nak scan gambar2 saya lah...
    \
    nurazzah8
    http://nurazzah8.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. wah retro & nostalgic!
    lama dah tuh kan..namun gambar2 lah yg menjadi kenang-kenangan..

    hehee..gambar no.7, pakngah nak kuar carik laksam? hehee..

    apapun enjoy, tgk gambar2 dulu..

    ReplyDelete
  5. Asalam tuan..blog
    Nampak muda,pasti kenangan terindah, gambar pemandangan pokok2 pun nampak beza di negara kita. USA sememangnya ada daya tarikan tersendiri ..tq berkongsi..

    ReplyDelete
  6. video di atas tu pun macam di Amerika dah .....

    ReplyDelete
  7. bila musim luruh, dedaun pokok mempelam depan rumah akan penuh di depan rumah.

    Tak tersapu IM walaupun sebenarnya IM tahu ianya juga mengganggu ketenangan pemandangan jiran.

    ReplyDelete
  8. Saya suka gambar no. 5...kellllasss mak ngah! :)

    Warna alam sewaktu musim luruh memang cantik..merah, kuning, jingga..coklat..tak lama lagi dah nak masuk winter...

    ReplyDelete
  9. Sekali lagi teruja tengok gambar pakcik bersama keluarga di musim luruh.Dedaun yang jatuh berserakan.Angin sepoi-sepoi bahasa...
    Alhamdulillah,walaupun saya tidak berpeluang ke sana namun saya dapat juga merasa musim luruh dengan dedaun pokok durian,pokok mata kucing dan pokok mangis yang jatuh berselerak!!
    Angin yang bertiup kencang dan memaksa saya untuk membersihkan halaman rumah...hehehe (cerita saya yang tak mahu kalah dengan cerita pakcik)

    ReplyDelete
  10. saya rindukan musim luruh di nottingham...

    ReplyDelete
  11. Kenapa suami Mak Ngah tu nampak monyok je? Rindu kat kampung halaman ya? Tapi Mak Ngah tetap cantik dan ayu. :)

    ReplyDelete
  12. hmmm...kalau saya gi sana buat bisnes laksam mesti laku kan uncle? hehehe~

    *kat sini kalau nak dapat efek fall cenggitu, mmg biasanya org akan tuju ke ladang getah. pakai baju pengantin bertanjak bagai...mak aiiii~

    ReplyDelete
  13. Salam Pak Ngah...

    Musim luruh memang cantik.. tapi penanda bahawa musim sejuk dah tiba... musim untuk berduka, sebab takleh keluar rumah lama-lama... malam menjadi panjang...

    ReplyDelete
  14. Pakcik,

    Nape dgn Ayong tu? Pakcik ada usik kata nak tglkan dia ke?

    ReplyDelete
  15. daun2 yg gugur dari pokok dan menyembah tanah mengingatkan saya bahawa saya juga akan gugur dan dimasukkan ke dalam tanah..

    p/s: tak dapat pergi sana, tgk orang yg pegi sana pun dah terasa seronoknya.. (",)

    ReplyDelete
  16. LYDIA MIZA

    LEPAS INI NAK KABURKAN GAMBAR MAKNGAHNYA SEBAB ASYIK KENA PUJI JE. KAN ITU GAMBAR DULU-DULU.

    ReplyDelete
  17. AZI

    PAKNGAH PUN BEGITU SEBELUM DAPAT DUDUK SEKEJAP KAT USA. SELALU BERANGAN2 BILA TENGOK DAUN2 GETAH LURUH. AKHIRNYA ANGAN2 MENJADI NYATA.

    ReplyDelete
  18. NURAZZAH

    SALAM KEMBALI.

    SAYA DI USA DARI WINTER 81 HINGGA WINTER 84. KEJAP JE RASANYA SEBAB NEGARA ITU LUAS, TAK HABIS MERAYAU LAGI, DAH KENA PANGGIL BALIK.

    SAYA SUKA SEMUA CUACA KECUALI SUMMER KERANA DAH BIASA KAT MALAYSIA.

    ReplyDelete
  19. FATIN MRAZ

    MEMANG MASA TU TERINGAT KAT MAKANAN ATAU KUEH KAT MALAYSIA. ASYIK2 DONUT SAHAJA. YANG LAIN TU TAK BERANI MAKAN, SEBAB TAK TERJAMIN HALALNYA.

    ReplyDelete
  20. ETUZA

    SALAM KEMBALI

    NEGARA KITA PUN TAK KURANG CANTIKNYA. BEZANYA NEGARA MEREKA, SANGAT BERSIH BERBANDING NEGARA KITA.

    ReplyDelete
  21. CHIK ATT

    MEMANG VIDEO ITU MENGGAMIT MEMORI SILAM SEMASA DI USA.

    ReplyDelete
  22. INSAN MARHAEN

    MAHU TAK MAHU .. KENA SAPU JUGA. SIAPA SURUH TANAM ? HEHE

    ReplyDelete
  23. SITI MURNI

    PAKNGAH PUN TENGAH MENCARI2 GAMBAR MUSIM WINTER UTK DIIMBAS DAN DI BUAT ENTRI BARU NANTI. SILA JANGAN JEMU !

    ReplyDelete
  24. EMPAYARUTAMA

    MEMANG BANYAK .. BERIBU-RIBU.

    ReplyDelete
  25. IEDA79

    CERITA AWAK TU MEMANG SEAKAN2 MUSIM LURUH DI USA. CUMA NANTINYA BILA SALJI TURUN MUNGKIN SUSAH SIKIT NAK CARI PERSAMAANNYA.

    ReplyDelete
  26. Salam Pak Ngah...masa awal2 nak keja jadi tutor, ada interview. Pensyarah tanya kalau nak belajar, nak sambung kat mana...saya jawab, kalau boleh nak belajar ke seluruh dunia :) Ni langkah pertama saya, jika berkesempatan saya akan sampai ke sana :)

    ReplyDelete
  27. MAMA ZHARFAN

    SAYA RINDUKAN KETERTIBAN KEHIDUPAN DI SANA.

    ReplyDelete
  28. KAKCIK

    KEADAAN DEDAUN YANG BERGUGURAN MUNGKIN MEMPENGARUHI MOOD SAYA PADA MASA ITU.

    ReplyDelete
  29. GADIS BUNGA

    AWAK BISNES MAKANAN MESTI LAKU. JANGAN JUAL LAKSAM SAHAJA, JUAL JUGA SATE, ROTI CANAI, NASI LEMAK DSB .. MESTI GEGAR PUNYA.

    ReplyDelete
  30. NIDA

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG MUSIM SEJUK AGAK MENYULITKAN. NAK KELUAR RUMAH KENA PAKAI TEBAL2 DAN BAWA KERETA KENA HATI2. DI SAMPING ITU, BIL UNTUK HEAT RUMAH JUGA NAIK MENDADAK.

    ReplyDelete
  31. FARA

    DIA JELES TENGOK ADIK DIA KENA DUKUNG AGAKNYA.

    ReplyDelete
  32. FUAD ANSARI

    KADANG2 BILA MELIHAT PUTIK BUAH YANG GUGUR, LAGI TERINGAT BAHAWA KITA PADA BILA2 MASA BOLEH DIJEMPUTNYA.

    ReplyDelete
  33. FAREED SAIRI

    SALAM KEMBALI

    INSYAALLAH .. LANGKAH AWAK SEMAKIN HAMPIR UNTUK KE SANA,

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.