Sunday, October 16, 2011

BLOG SAYA DAH GILA BALIK .. NASIB BAIK JUMPA HATTAN !

 
kakcik said...
Ruang komen ini memang tak sudi menerima komen saya agaknya! :(
 .............................................................................................................................................
 azi said...
Pak Ngah...
Komen saya semua masuk kotak "spam"..:(

October 12, 2011 12:49 PM

............................................................................................................................................ 

Ada dua kegilaannya yang nyata yang membuatkan saya panas hati.

1. Dia memasukkan komen orang ke kotak spam ikut suka dia. Kakcik hampir merajuk dan Azi macam dah putus asa.

2. Di muka depan entri diberitahu ada 21 komen  .. bila tengok di dalam cuma ada 18 komen sahaja. Sungguh tak senonoh !

Saya tak tahu nak buat macam mana. Apa yang boleh saya buat .. sekali sekala saya buat lawatan ke kotak 'spam' dan mengeluarkan komen-komen yang terperangkap di dalamnya.

Adakah orang lain juga mengalaminya masalah yang serupa? Dan adakah sesiapa yang boleh beritahu bagaimana untuk memperbetulkannya?

P/S: memang panas hati .. tapi bila pergi memancing dan terjumpa pulak Hattan, hati yang panas kembalilah sejuk.

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''



33 comments:

  1. saya bace tajuk je sy dah gelak tutup2 mulut..rasa komedi sangat..hehehe

    ReplyDelete
  2. Assalam

    Apalah ilmu Hattan dah guna;
    Ikan di air dipindah ke darat;
    Hati menggelegak dia sejukkan!

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Ngah, tuh uniform memancing kah? Bila memancing kena pakai corak kotak2 baru ikan makan kail? hehehehe

    ReplyDelete
  4. Kalau jadi mcm tu nak buat macam mana? kena beli joran ke pak ngah?

    ReplyDelete
  5. komen kat blog saya pun ada yg masuk spam, saya pun buat cam PakNgah jugak... keluarkan dr sana


    tu kolam kat mana PakNgah sampai jumpa Hattan lak, kat Seri Menanti dekat rumah dia

    ReplyDelete
  6. Komen2 yang saya buat dari rumah mungkin tiada masalah, tapi bila di pejabat - hampir semuanya lari ke kotak spam. Maknanya? Sila jangan mengadap blog di pejabat (agaknyalah - nak menyedapkan hati sendiri).

    ReplyDelete
  7. jarang meninggalkan jejak.. makanya tidak tempias kot masalah ini.







    dan dah lamaaaaaaaa x jengah sini

    ReplyDelete
  8. Asalam..
    Datang nak berkawan ni ya. Satu nikmat kehidupan jumpa Hatan tu tuan. tahniah..

    ReplyDelete
  9. Banyak kali komen Kakcik tersasar dan ditelan oleh SPAM. Saya pun kena semak selalu.

    Amboiii pegi memancing tak ajak saya? Saya pun minat Hattan tauuuuuuuu....!

    ReplyDelete
  10. saya punya komen ok kot ye Tuan Haji.......bab jumpa hattan tu minat ke...

    ReplyDelete
  11. SPAM dengan SPRM dekat je bunyi nya tu...

    ReplyDelete
  12. rasanya blogger mmg tengah mengong pakngah..

    kome kakcik dan kak azi di blog saya pun selalu masuk SPAM. Terpaksalah keluarkan sendiri komen tu..huhu

    wah! Hattan pun suka memancing mcm pakngah ya...:)

    ReplyDelete
  13. ANIF

    KALAU ARTIS KITA TAK MINAT, TAK SEJUK JUGA.

    ReplyDelete
  14. MIMIE

    AWAK NI MEMANG SENANG KETAWA. BAGUSLAH. PATUTLAH MUKA AWAK SENTIASA NAMPAK MUDA.

    ReplyDelete
  15. IBU MUDA

    PERJUMPAAN YANG TIDAK DIRANCANG.

    ReplyDelete
  16. ABANG TEMUK

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG PERJUMPAAN ITU TIDAK DI SANGKA2. SIAPA SANGKA TERJUMPA ARTIS TEPI KOLAM MEMANCING. DIA PUN BUKAN KAKI PANCING.

    ReplyDelete
  17. MARINA MONROE

    SALAM KEMBALI.

    KEBETULAN JE BAJU KITA KOTAK-KOTAK. TAPI BAJU DIA MAHAL LAGI.

    ReplyDelete
  18. HANI

    BERGANTUNGLAH .. KALAU TAK DAPAT IKAN, HATI BERTAMBAH HANGAT.

    ReplyDelete
  19. IBU INTAN

    KOLAM ITU KAT SIMPANG KE LENGGENG SELEPAS PEKAN PANTAI.

    ReplyDelete
  20. KAKCIK

    SAYA PUN SYAK BEGITU .. PIHAK ATASAN TAK BAGI ONLINE AGAKNYA.

    ReplyDelete
  21. ZONAKU

    TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJENGAH KEMBALI.

    ReplyDelete
  22. ETUZA

    SALAM KEMBALI

    TERIMA KASIH KERANA SUDI BERTANDANG. SEBENARNYA SEBELUM INI PUN KITA PERNAH BERJUMPA DALAM MAJLIS ANJURAN TEMPAT KERJA.

    ReplyDelete
  23. AZIEAZAH

    KITA TAK RANCANG PUN UNTUK BERJUMPA. MEMANCING ITU PUN BUKAN DALAM PERANCANGAN ASAL. SEBENARNYA SAYA BARU BALIK CARI LEMBU UNTUK KORBAN.

    ReplyDelete
  24. ATIE

    KOMEN AWAK OK. SAYA MINAT JUGA KAT SUARA LELAKI DIA TU.

    ReplyDelete
  25. ABU MUAZ

    MEMANG DEKAT2 BUNYINYA TAPI JAUH BERBEZA FUNGSINYA.

    ReplyDelete
  26. YUS

    HATTAN DTG BUKAN UNTUK MANCING TAPI UTK BERUNDING HAL PERNIAGAAN DENGAN PEMILIK KOLAM ITU.

    ReplyDelete
  27. Salam, selalu kena cam ni memang kena kuarkan sendiri. Cuma PR (Page Rank) jatuh sebab blog dah kata spam kita pulak lawan tokey blog. Tapi saya belum jumpa Hattan lagi hehe

    ReplyDelete
  28. Pak Ngah...
    N3 yang menarik..he..he..

    Pak NGah....wpun Hattan tu artis dan popular..tapi pak Ngah lagi kacak dari dia tau...ha..ha..:)

    ReplyDelete
  29. AZI

    MEMANG SAYA KACAK SIKIT DARI HATTAN. DAN HATTAN PULAK KACAK BANYAK DARI SAYA. HEHE

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.