Kehidupan selepas bersara terasa bebas. Tidak terikat lagi dengan temujanji, mesyuarat, pasukan petugas, lawatan, majlis makan malam, bengkel, seminar, majlis berbuka puasa (macam gambar kat bawah), perhimpunan bulanan, hari Q dan sebagainya. Selain dari itu, tak perlu pakai tali leher, kot, stoking, tanda nama, kejar kad perakam waktu dll. Kita boleh dan dapat melakukan apa sahaja (yang dibenarkan undang-undang) yang sebelum ini tak dapat nak buat. Namun begitu tugas asas sebagai ketua keluarga, suami dan ayah kepada anak-anak serta tanggungjawab sebagai penduduk tetap juga perlu dipikul.
Gambar 1: Ketibaan untuk berbuka puasa ( 2007) bersama Makngahnya .. nampak macam berkawad pulak saya. Gambar-gambar berikutnya adalah gambar semasa.
Gambar 2: Minum pagi dengan rakan sepersaraan kat Terachi lepas Ulu Bendol kira-kira 15 minit berkereta dari rumah dengan kelajuan sederhana. Roti canainya jauh lebih sedap dari roti canai Mamak. Ingat lagi entri ini ?
Gambar 3: Tanam petola tepi pagar. Dah dua tiga kali petik hasilnya. Saya takjub dengan
kejadian petola ini. Bijinya saya tanam ikut suka. Tapi dia tetap tumbuh menghala ke atas tidak ke bawah atau ke sisi. Kemudian dia menguhulurkan sesungutnya (nak panggil apa ntah) memanjat kayu dan pagar. Siapakah yang mengajarnya ? Kekuatan sesungutnya itu cukup untuk menampung berat buah petola. Kalau tak cukup kuat, tentu habis batangnya melorot ke bawah dibawa oleh buahnya. Subhanallah.
Gambar 4: Tiap Selasa pagi, saya ditugaskan oleh Makngahnya ke pasar tani Ampangan. Seronok juga sebab dapat melihat gelagat orang yang membeli ubat dan juga penjual ubat. Beberapa tahun dulu arwah S. Jibeng sering membuat persembahan di sini.
Gambar 6: Kadang-kadang profesor pun ada juga memeriahkan suasana.
Gambar 7: Saya tolong zoomkan ..!
Gambar 8: Mengambil Haiqal dari sekolah. Inilah kerja tukang yang paling malas. Sebanya masa keluarnya tak menentu sangat. Lagi pun bila mereka keluar secara bergerombolan, saya pun tak dapat nak cam mana Haiqal sebab pakaian mereka serupa,
Gambar 9. Kenduri kesyukuran atau tahlil rumah rakan se taman jarang miss. Kadang-kadang sampai dua hari tak makan kat rumah. Duduk semeja dengan pengerusi surau.
Gambar 11: Tapi ada juga yang tak sedapnya orang dah pencen ni .. sampaikan buah pun dah berani nak potong Pak Ngah.
Ini paling nikmat .. kalau hujan di pagi hari, boleh sambung berlengkar atas katil sambil baca kitab surat khabar.
Nota kaki: Anggaplah entri ini sebagai kemaskini entri saya yang ini .
Seronok juga kerja org pencen ni ye. Arwah abah saya dulu pun mcm tu juga. Asyik dating je dgn mak..hehe
ReplyDeletepak ngah boleh jadi wakil rakyat la
ReplyDelete^_"
senyum tgk gambar pertama pakngah mcm berkawad tu..hehe...
ReplyDeleteNampaknya profesor tu ada di mana-mana.
ReplyDeleteGambar kat hotel tu saya tengok ada iras Jaafar Onn la pulak!
Uncle, tak suke main game ke? farm ville kan famous skrg ni, haaa! angry bird pun best tau, hahahhaa...
ReplyDeleteAssalamualaikum Tn Hj..,
ReplyDeleteMemang seronok bila lihat aktiviti Tn selepas besara.... yg lebih seronok lagi walaupun dan pencen masih sihat dan mensyukuri nikmat yg Allah beri
...Alhamdulillah...semuga ianya bagitulah selagi Allah beri peluang dan kesempatan ...Insyaallah...aaminnn.
Bila pencen dulu-dulu rajin ke pasar. Tapi, walau macam-macam seronoknya, saya dah nak pencen rol tu. Yg ambil cucu, masih 'on' sbb rumah depa belum siap. Jaga-jaga Pak Ngah, petola tu jangan menjalar sampai ke FELDA.... Juga jaga si tuan gerai buah, jangan suka-suka ubah susunatur nama gerai dia.... Teruskan aktiviti pencen dgn rasa 'gumbira'.
ReplyDeletelama lagi saya baru boleh pencen! :P
ReplyDeletesaya tak makan la buah tu pakcik.. kesian pakcik nanti.. hihi
ReplyDeletelarikkkkkk
Salam :D..
ReplyDeleteboleh x lady nak panggil palcik..
pakcik mesti sebaya ayah lady.. :D..
ayah lady baru pencen jugak..
suka tanam.. macam pakcik..
tanam tebu, tanam kacang, petola beliau tak tanam..
suke ayat ni :
"Saya takjub dengan kejadian petola ini. Bijinya saya tanam ikut suka. Tapi dia tetap tumbuh menghala ke atas tidak ke bawah atau ke sisi."
Bestnya. Saya pencen muda :)
ReplyDeletetetiba teringin nak pencen dahh
ReplyDeletehuhuu
syok ye pakngah :)
curi curi ambil gambar sendiri yang tak tahan tuh.. hikhik.. macam paparazzi lak eh..
ReplyDeletetuan haji...suami saya sedang bercuti pencen tetapi dia tak boleh nak membuang tabiat bekerjanya lagi. pagi2 masih nak melawa pergi kerja walaupun utk hantar saya bekerja lepas tu masih pergi lepak2 kat opis, alasannya masih ada yg belum selesai...
ReplyDeleteseronok org pencen.....
ReplyDeleteWahhh! Seronoknya aktiviti Pakcik. Paling sy suke, aktiviti kat kedai kopi. Ishh...entahlah. Nmpk mcm betul2 suasana kmpg. Seronok betul!
ReplyDeleteGambar Pakcik berkawad tu (walau bukan berkawad), wah....sy tgk mcm wakil rakyat pun ade. Hiks~
Paling comel, Pakcik ambik gambar sendiri kat hotel tu. Hahahahahah~
segak la mak dan pak ngah mcm Y.B buat lawatan tapak gitu...
ReplyDeletetp macam best je dgar duduk berdua dgn mak ngah..hehe
buah motong tu kena bg pak ngah royalti sikit sebab guna nama..hiks
banyak jugak aktiviti pakngah
ReplyDeletejual buah potong tu
agak agak kalau sya datang beli bolhe ke pakngah tu bagi diskaun ye?
sebab guna nama pakngah
hehehehe....
mak saya pun dah pencen tapi tak penah lekat kat umah.. nak jumpa pun kena buat appoiment..sabar jelah.....
ReplyDeleteterasa bebas kan... heee
ReplyDeletekita lambat lagi nak pencen :) ~
byk aktiviti uncle.
ReplyDeletenama sesuangut tu sulur uncle, mmg dia cepat melilit dahan atau pagar untuk berpaut.
wahh uncle siap curi2 ambik gmbr lagi tuh..hehe
saya rindu nak mkn roti canai cam uncle buat tu.dan rindu nak mkn buah potong cam yg org tu jual.kat sini tak jmp senario camtu.ada share ke ngan uncle tauke buah tu?hehe
bestnye xtvt orang pencen... saya pun stuju roti canai di warung tu best, pernah singgah makan kat situ
ReplyDeletebestnye xtvt en hamzah...
ReplyDeleteen hamzah cam wakil rakyat la... ;d
Salam Bang Hamzah.
ReplyDeleteSaya jeles laaarrrr...!
Ehhh melepak kat kedai roti canai Terachi? Jalan tu selalu jem bila saya nak balik ke Kuala Pilah...
Ambik anak kat sekolah memang kena perati betul betul, kan? Sebab depa nampak serupa saja. Takpa, asal depa dapat cam PakNgah dengan mudah. hehehehe
bestnya dah tak perlu masuk pejabat..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteermm..gambar atas tu sebijik
YB melawat kawasan..bila di kedai
kopi sebijik____? ermm..macam mana
la agaknya saya bila pencen ye..?
**macam ayah saya suka melepak
kedai kopi..he he
gambar curi uncle tu sape yg amikkan? :D
ReplyDeleteSUFIA MAHZAN
ReplyDeleteMEMANG SERONOK KERJA ORANG PENCEN YANG TAK ADA KERJA. TAPI UNCLE BANYAK KERJA. MISALNYA NAK JAWAPN KOMEN INI JUGA SATU KERJA.
NMO2
ReplyDeleteKALAU PAK NGAH BERTANDING JADI WAKIL RAKYAT, MUNGKIN BOLEH HILANG WANG PERTARUHAN.
YUS
ReplyDeleteITULAH PASAL .. JURUKAMERA LANGSUNG TAK PROFESIONAL !
KAKCIK
ReplyDeleteSAYA PUN ADA PERASAN ADA IRAS JAAFAR ONN .. CUMA JAAFAR TU LEBIH BERISI DARI SAYA. SAYA KENAL DIA SEBAB DULU MENYEWA RUMAH KAT BANGSAR SEBELAH MENYEBELAH.
EMME
ReplyDeleteBUKAN TAK SUKA .. TAPI TAK TAHU. MALAS NAK BELAJAR TAKUT TERSUKA PULAK NANTI.
AZMNOR
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
SETAKAT INI TAK ADALAH PENYAKIT YG SERIUS. BOLEHLAH LAGI NAIK MOTOR PERGI KE SURAU. ALHAMDULILLAH.
ABANG TEMUK
ReplyDeleteINSYAALLAH PETOLA TU TAK MENJALAR SAMPAI KE FELDA SEBAB TOKEH FELDA TU DAH BERPINDAH KE RUMAH YANG LEBIH BESAR TAPI MASIH DI TAMAN INI JUGA.
SAYA BIMBANG JUGA KALAU2 PENJUAL BUAH ITU TERSALAH UBAH SUSUSAN NAMA GERAI TU.
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteBILA KITA PANDANG KE DEPAN, TERASA LAMA. TAPI BILA KITA PANDANG KEBELAKANG, TERASA SEKEJAP SANGAT MASA BERLALU.
AJEE
ReplyDeleteAWAK NAK LARI KE MANA ? CER BERITAHU !
LADYBIRD
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
SILAKANLAH PANGGIL PAKCIK/PAKNGAH. PAKCIK PUN BARU DAPAT HOBI BERCUCUK TANAM NI. DULU SUKA MEMANCING, TAPI SEKARANG DAH SLOW DOWN.
EMPAYAR UTAMA
ReplyDeleteSERUPALAH KITA .. SAYA PUN PENCEN MUDA.
IBU MUDA
ReplyDeleteKALAU EKONOMI KELUARGA BELUM KUKUH, JANGAN BERFIKIR UNTUK PENCEN, NANTI SUSAH TAK ADA SIAPA NAK TOLONG.
ANAA
ReplyDeleteDAH TAK KERJA NAK BUAT, BUATLAH BENDA2 YANG TAK BERFAEDAH.
JUNAINA
ReplyDeleteMUNGKIN SUAMI JUN MASIH DALAM FASA PERALIHAN. SAYA DAH LEPAS FASA TU. SEKARANG INI BILA FIKIR NAK PERGI KERJA, TETIBA SERAM SEJUK SELURUH BADAN.
ATIE
ReplyDeleteSERONOK LAGI ISTERI ORANG PENCEN ! HEHE
FARA
ReplyDeletePERKATAAN COMEL ITU DIDAPATI KURANG SESUAI .. ELEGAN BARANGKALI LEBIH SESUAI. HEHE
MAYA MAYANA
ReplyDeleteSEBENARNYA SAYA TINGGAL BERLIMA. ADA DUA ANAK MASIH BERSEKOLAH DAN JUGA BAPA MERTUA JUGA TINGGAL BERSAMA.
KASIHIBU
ReplyDeletePAKNGAH TAK SAMPAI HATI NAK MINTA DISKAUN BELI BUAH POTONG TU. KALAU BELI RUMAH TU BERBALOI JUGALAH.
BABY
ReplyDeleteMEMANGLAH MAK AYAK TAK LEKAT KAT RUMAH .. YANG LEKAT KAT RUMAH TU KURA-KURA DAN PENYU JE .. HEHE
MANJE
ReplyDeleteWALAUPUN LAMBAT LAGI .. TAPI PERSEDIAAN HARUS DIBUAT DARI SEKARANG. JANGAN BERTANGGUH-TANGGUH.
LYDIA MIZA
ReplyDeleteTERIMA KASIH BERITAHU NAMANYA. SULUR BUKAN SESUNGUT. SESUNGUT ITU UNTUK HAIWAN KAN.
UNCLE TAK ADA SHARE DENGAN GERAI BUAH POTONG TU. MUNGKIN LEPAS NI BOLEH MINTA ROYALTI.
IBUINTAN
ReplyDeleteROTI DIA MEMANG BEST .. TAPI KUAH DALNYA AGAK 'JALANG' SIKIT.
HAJARUS
ReplyDeleteSALAH TU .. WAKIL RAKYAT YANG MACAM SAYA.
AZIEAZAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
JALAN TU KEKADANG JER JEM, TAK MACAM KL, JEM MEMANJANG.
ANAK SENANG NAK KENAL SAYA SEBAB RAMBUT SAYA CAT METALLIK.
NORH
ReplyDeleteKALAU ORANG YG SUKA MASUK PEJABAT MUNGKIN RASA KEHILANGAN SESUATU.
ZULKBO
ReplyDeleteKALAU PANJANG UMUR, AKAN BERTEMULAH NANTI FASA PENCEN TU. INSYAALLAH.
GADISBUNGA
ReplyDeleteSENDIRI AMBIL .. GUNA HENFON YANG ADA KAMERA DEPAN BELAKANG TU.
tn haji,
ReplyDeletegambar 9 - baju lebih kurang sama je dengan orang sebelah.. berjanji ke?
EJAESCOBART
ReplyDeleteTAK ADALAH JANJI NAK PAKAI BAJU CORAK SERUPA .. KEBETULAN SAHAJA. KALAU ORANG PEREMPUAN MUNGKIN DAH BALIK TUKAR BAJU LAIN. HEHE
sekarang ni perunding kewangan duk sibuk berkempen tabung persaraan ...simpanan selepas pencen la..siap ugut2 simpAnan mesti lebih rm1 juta sblm pencen la...mohon jawapan pakcik...byk ke belanja orang pencen ni hari2...berubat kat hospital kerajaan dgn pakar la...terima kasih
ReplyDeletekalau tak ada pencen mmg betul kena ada banyak simpanan. kalau ada lebih sejuta tu selesalah bila dah tak kerja nanti.
Deleteperbelanjaan harian tidak ada masalah kalau gaya hidup kita sepadan dgn jumlah pencen.
masalahnya timbul jika kita berbelanja melebihi kemampuan. eg. bila sakit pergilah spital Kerajaan .. semua percuma. Jgn pergi KPJ misalnya.