Friday, October 7, 2011

IKTIBAR DARI SEEKOR CICAK.

http://www.bingregory.com/wp-content/uploads/2010/03/cicak_full.JPG

Gambar Ihsan Bingregory

Dia makan serangga yang terbang. Tapi dia sendiri tidak boleh terbang. Kalau ikut hukum akal, dia akan mati tak makan. Tapi rezekinya tetap ada. Serangga yang menjadi makanannya akan terbang berhampiran dengannya sehingga dia boleh menangkapnya. Siapakah yang merencanakan supaya serangga itu terbang mendekati cicak itu sedangkan dunia ini luas terbentang untuk mereka terbang. Allah yang menjadikan cicak dan Allah menjamin rezekinya. Allah maha besar rahmatNya dengan tidak membiarkan dia mati kelaparan.

Selanjutnya kalau kita fikirkan cara hidup cicak ini lagi menakjubkan kita akan kebijaksanaan dan kesempurnaan ciptaan Allah. Lihatlah dia berjalan secara merangkak dengan kaki ke atas di siling rumah kita. Dia tak pernah terjatuh, kecuali sudah sampai ajalnya. Sedangkan kita yang berjalan tegak di atas muka bumi ini entah berapa kali tersembam.

Lihat pula kejadian fizikal dia. Ekornya boleh putus tanpa memudaratkan dia.  Kalau kaki kita putus macam tu, mungkin tiga bulan menjadi penunggu hospital. Subhanallah.

(Lihat juga entri ini)

.

47 comments:

  1. Selamat pagi pak ngah. Saya benci cicak biarpun ia byk kelebihan Allah bagi. Especially najisnya, kalau terpegang terus hilang mood..ada petua nak halau cicak?

    ReplyDelete
  2. tiap kejadian ada kelebihannya ... cuma sedikit saja manusia yang bersyukur dalam dunia ni .. tuan

    ReplyDelete
  3. salam
    Allah tak menjadikan sesuatu tu dgn sia2..hatta sehelai bulu roma sehelai pun...semuanya ada manfaat..ada faedah..ada kelebihannya...
    saya selalu perhatikan cicak keluar,bila ada kelkatu dalam rumah...

    ReplyDelete
  4. Salam Jumaat Uncle..

    Rasa macam pernah baca dah n3 ni..
    Setiap yg DIA cipta even 'vavi' pun
    ade iktibar yg kita boleh dapat
    di sebaliknya yer..Tapi cicak jahat
    lor...Sebab dia xde jamban sendiri.
    huhuhu...

    ReplyDelete
  5. salam pagi jumaat,
    ....dia tak pernah terjatuh, kecuali sudah sampai ajalnya...
    ini fakta ke uncle? hehe.. kelakar bunyinya..

    ReplyDelete
  6. Assalamualikum Tuan haji Allah menurunkan sesuatu agar kita berfikir akan kebesaranya............

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Tuan Haji Al.

    Begitulah menunjukkan kebesaranNYA dalam mencipta makhlukNYA. Segalanya lengkap diatur mengikut fitrah masing2.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Tn Hj dan salam jumaat..,

    Setiap kejadian Allah itu mempunyai hikmah dan manafaatnya kepada manusia yang telah di lantik sebagai khalifah di bumi ini...

    apa yang saya tahu tuan membunuh cicak itu sunat hukumnya....allahualam..

    ReplyDelete
  9. Pakcik,

    Klu kaki kita putus, bkn setakat 3 bulan jdk penunggu spital malah lps dr tu terus jdk kurang upaya. Tapi manusia tak pnh nak sdr kelebihan akal yg diberi mrk sentiasa disalah guna.

    ReplyDelete
  10. mmm...cicak pun makhluk Allah..dia pun nak hidup macam kita...bagus entry ni,ingatkan siapa diri kita,hanya manusia kerdil...

    ReplyDelete
  11. Subhanallah... mase kekecik dulu bile dgr cerita pasai cicak ni hjr mmg benci ngan cicak tp bile dah boleh berfikir cicak pun makluk Allah jg... ;d

    ReplyDelete
  12. pernah baca kisah ni dalam buku fikir zikir :D..
    intipatinya menarik.. sgt2 menarik..

    ReplyDelete
  13. tapikan pakcik saya fobiaaaa sangat dengan cicak... boleh histeria kalau ada cicak dekat2 dengan saya... uwaaaa!!!

    ReplyDelete
  14. cicak tak pernah jatuh tapi cicak asyik jatuhkan 'kapsul' itam putihnya tu merata-rata....

    hari ni sapu esok ada balik

    ReplyDelete
  15. pakngah
    tadi ada sekor cicak dalam kereta, entah dari mana tah.

    sya geram sangat, tp bila baca en3 pakngah ni buat sya rasa, mungkin rezeki dia berumahtangga di dalam kereta tu, dan mungkin dia akan berjaya jugak keluar nanti, jangan dia mati dlm kereta sudah, sebab sekecik2 cicak, baunya perggg....!!!!

    ReplyDelete
  16. Ingatkan dah berjaya melastiknya. Rupa-rupanya IM tertipu...

    ReplyDelete
  17. OPOCOT

    TAK ADA PETUA .. PAKNGAH PUN TAK SUKA NAJISNYA. KAT SURAU CUKUP BANYAK NAJISNYA ATAS CARPET.

    ReplyDelete
  18. ABU MUAZ

    BUKAN SHJ SEDIKIT YG BERSYUKUR, TAPI SEDIKIT JUGA YANG BERFIKIR DAN MERENUNG.

    ReplyDelete
  19. KAMSIAH

    SALAM KEMBALI

    SAYA CUKUP TAKJUB DENGAN KEBIJAKSANAAN PENCIPTANYA BILA MELIHAT CICAK BERJALAN DI SILING. KADANG2 BERANGAN2 JUGA NAK JADI CICAK.

    ReplyDelete
  20. CIK SHINJU

    MUNGKIN AWAK PERNAH BACA DI SINI DAHULU. MEMANG KUAT INGATAN AWAK.
    KERANA TAHI CICAK ITU MEMBOLEHKAN KITA MENDAPAT PAHALA JIKA MEMBERSIHKANNYA KAT SURAU.

    ReplyDelete
  21. FATIN MRAZ

    BUKAN FAKTA TAPI ANDAIAN .. KALAU DIA JATUH TENTU KUCING ATAU ANAK2 SAYA AKAN MENANGKAPNYA .. MAKA HABISLAH RIWAYATNYA.

    ReplyDelete
  22. ATIE

    ALAIKUMSALAM

    SETUJU .. BERFIKIR LEBIH MENDEKATKAN KITA KEPADANYA.

    ReplyDelete
  23. KUNANG-KUNANG

    ALAIKUMSALAM

    MEMANG BIJAKSANA DAN SEMPURNA CIPTAANYA.

    ReplyDelete
  24. AZMNOR

    ALAIKUMSALAM

    SAYA PERNAH JUGA DENGAR YG BUNUH CICAK ITU SUNAT .. TAPI SAYA BELUM JUMPA NASNYA LAGI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Syarak menganjurkan untuk kita membunuh cicak. Seperti mana di dalam hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

      “Barangsiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan maka dia mendapat pahala sekian. Barangsiapa yang membunuhnya dengan dua kali pukulan maka dia mendapat pahala sekian (kurang dari yang pertama).” (Riwayat Muslim)

      Juga di dalam riwayat yang lain, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

      مَنْ قَتَلَ وَزَغًا فِى أَوَّلِ ضَرْبَةٍ كُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَفِى الثَّانِيَةِ دُونَ ذَلِكَ وَفِى الثَّالِثَةِ دُونَ ذَلِكَ

      “Barangsiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukul, dicatatkan baginya pahala seratus kebaikan, dan bila dia membunuhnya pada pukulan kedua, maka pahalanya kurang dari itu, dan pada pukulan ketiga pahalanya kurang dari itu.” (Riwayat Muslim)

      Ini kerana dikatakan juga di dalam hadis yang tsabit dari Nabi, Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam mengatakan bahawa cicak ini adalah binatang yang buruk ataupun jahat,

      أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِقَتْلِ الْوَزَغِ وَسَمَّاهُ فُوَيْسِقًا

      “Bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan agar membunuh cicak dan Baginda menamakannya Fuwaisiq (binatang yang jahat).” (Riwayat Muslim)

      Di antara kejahatannya dalam sejarah adalah kisah Nabi Ibrahim ‘alaihissalam dilemparkan oleh kaumnya ke dalam api, di mana haiwan-haiwan yang ada semua sedaya upaya cuba untuk memadamkan api itu, kecuali cicak yang mengapi-apikan lagi api yang digunakan untuk membakar Nabi Ibrahim ‘alaihissalam. Kisah ini disebutkan di dalam riwayat dari Ummu Syarik radhiyallahu ‘anha,

      أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِقَتْلِ الْوَزَغِ وَقَالَ كَانَ يَنْفُخُ عَلَى إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلَام

      “Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan untuk membunuh cicak dan Baginda bersabda: “Dahulu cicak meniup api (untuk mengobarkan api yang membakar) Ibrahim ‘alaihissalam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

      Menunjukkan betapa buruknya cicak ini dari segi sejarahnya dan juga dari segi perangainya yang membuang najisnya merata-rata. Walaupun ianya tidak dikira sebagai najis kerana ia adalah haiwan yang berkeliaran di keliling manusia, seperti mana apabila ditanya kepada Rasulullah tentang kucing, Baginda bersabda,

      إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إِنَّهَا مِنْ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ

      “Sesungguhnya ia tidak najis, sesungguhnya ia termasuk haiwan yang berkeliaran di kalangan kamu.” (Sahih. Riwayat Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah)

      Ini kerana kalau kita hendak menjaga dan mengelak dari najis haiwan-haiwan ini jelas akan bersifat menyusah-nyusahkan. Kerana itu Syarak memberikan kita kemudahan dengan menganggap bahawa najis itu dimaafkan. Walaubagaimanapun ini tidak menafikan bahawa ia mengotorkan, kerana itu antara sebab mengapa dituntut untuk kita membunuh cicak itu.

      (Disalin dari rakaman sesi soal jawab, kuliah Umdatul Ahkam, 23.04.2013)

      Delete
  25. FARA

    MEMANG MENGHAIRANKAN BILA AKAL YANG BAIK DIROSAKKAN DENGAN MENGAMBIL ARAK DAN DADAH. PAKCIK TAK TAHULAH APA YANG MEREKA FIKIRKAN.

    ReplyDelete
  26. UMMIARISSA

    SEWAJARNYA KITA INGAT-MENGINGATKAN SESAMA KITA.

    ReplyDelete
  27. HAJARUS

    SAYA PUN GELI DENGAN CICAK NI, LEBIH2 KALAU DIA TERMASUK DALAM SELUAR ATAU KAIN. HEHE

    ReplyDelete
  28. LADYBIRD

    LUAS PEMBACAAN AWAK .. SAYA TAK PERNAH JUMPA APALAGI BACA BUKU TU.

    ReplyDelete
  29. AJEE

    MEMANG RAMAI YANG FOBIA .. PAKCIK PUN GELI GELEMAN, TAKUT KALAU DIA MEMANJAT BETIS.

    ReplyDelete
  30. BIUINTAN

    NAK BUAT MACAMANA .. DAH HUKUM GRAVITI MACAM TU.

    ReplyDelete
  31. INSAN MARHAEN

    SERONOK JUGA MELASTIK ATAU MAINKAN CICAK DENGAN LETAK KAPUR DI HUJUNG LIDI PENYAPU DAN BUAT-BUAT MACAM SERANGGA TERBANG KAT DIA. BILA DIA GIGIT, KESIAN DIA TERKULAT2 ..

    ReplyDelete
  32. betuk... hmmmm...
    kisah ni byk tauladan...
    patut disebarkan.

    ReplyDelete
  33. Pada dua hari lepas kakak danh baca N3 ini tapi tak boleh masuk komen kakak. Entahlah kali ini...

    Cicak... kakak geli dan takut!!

    ReplyDelete
  34. kesian cicak semua orang benci...saya pon benci dia...Masa kecik2 kalau nampak cicak saya lastik dengan getah. Sebab nak dapat pahala. Cikgu sekolah agama yang bagitau..Hehe. Setakat ni dah banyak pahala saya dapat sebab bunoh cicak

    ReplyDelete
  35. salam kenal..cicak sesiapa pun tak suka...masa kecik tembak dengan getah atau orang melaka panggil "gundu"

    ReplyDelete
  36. KAKZAKIE

    MEMANG ADA PROBLEM DENGAN BLOG SAYA. KOMEN ORANG ADA YANG KELUAR, ADA YANG DI REJECT DAN ADA YG MASUK KE SPAM.

    TERIMA KASIH KERANA ZIARAH.

    ReplyDelete
  37. LILY DAMIA

    SAYA PUN TAK PASTI SAMADA MEMBUNUH CICAK ITU AKAN DAPAT PAHALA !

    ReplyDelete
  38. HANIF IDRUS

    MEMANG ADA SENAPANG YANG KHAS UNTUK TEMBAK CICAK JUAL KAT TEMPAT TERTENTU. ANAK SAYA PERNAH BELI SATU KAT LANGKAWI.

    ReplyDelete
  39. salam uncle...mmg rezeki cicak bila lalat denagn sengaja terbang dekat dgn lidahnya..hehe

    ampun!!!
    saya sgt2 geli dgn cicak.tak blh bayangkan bila dia duk dlm sink yg penuh air..eiii geli

    ReplyDelete
  40. LYDIA MIZA

    SALAM KEMBALI

    UNCLE PUN TAK TAKUT TAPI GELI, TAKUT DIA MEMANJAT MASUK DALAM KAIN.

    ReplyDelete
  41. salam alaykum! That's my cicak photograph. It would be nice if you could credit me with a link, www.bingregory.com Terima kasih!

    ReplyDelete
  42. assalamu'alaikum al-lavendari. berikut adalah nas dan hujah mengenai hukum membunuh cicak. sekadar kongsian dan renuungan bersama.Memang Syarak menganjurkan untuk kita membunuh cicak. Seperti mana di dalam hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

    “Barangsiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan maka dia mendapat pahala sekian. Barangsiapa yang membunuhnya dengan dua kali pukulan maka dia mendapat pahala sekian (kurang dari yang pertama).” (Riwayat Muslim)

    Juga di dalam riwayat yang lain, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

    مَنْ قَتَلَ وَزَغًا فِى أَوَّلِ ضَرْبَةٍ كُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَفِى الثَّانِيَةِ دُونَ ذَلِكَ وَفِى الثَّالِثَةِ دُونَ ذَلِكَ

    “Barangsiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukul, dicatatkan baginya pahala seratus kebaikan, dan bila dia membunuhnya pada pukulan kedua, maka pahalanya kurang dari itu, dan pada pukulan ketiga pahalanya kurang dari itu.” (Riwayat Muslim)

    Ini kerana dikatakan juga di dalam hadis yang tsabit dari Nabi, Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam mengatakan bahawa cicak ini adalah binatang yang buruk ataupun jahat,

    أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِقَتْلِ الْوَزَغِ وَسَمَّاهُ فُوَيْسِقًا

    “Bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan agar membunuh cicak dan Baginda menamakannya Fuwaisiq (binatang yang jahat).” (Riwayat Muslim)

    Di antara kejahatannya dalam sejarah adalah kisah Nabi Ibrahim ‘alaihissalam dilemparkan oleh kaumnya ke dalam api, di mana haiwan-haiwan yang ada semua sedaya upaya cuba untuk memadamkan api itu, kecuali cicak yang mengapi-apikan lagi api yang digunakan untuk membakar Nabi Ibrahim ‘alaihissalam. Kisah ini disebutkan di dalam riwayat dari Ummu Syarik radhiyallahu ‘anha,

    أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِقَتْلِ الْوَزَغِ وَقَالَ كَانَ يَنْفُخُ عَلَى إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلَام

    “Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan untuk membunuh cicak dan Baginda bersabda: “Dahulu cicak meniup api (untuk mengobarkan api yang membakar) Ibrahim ‘alaihissalam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Menunjukkan betapa buruknya cicak ini dari segi sejarahnya dan juga dari segi perangainya yang membuang najisnya merata-rata. Walaupun ianya tidak dikira sebagai najis kerana ia adalah haiwan yang berkeliaran di keliling manusia, seperti mana apabila ditanya kepada Rasulullah tentang kucing, Baginda bersabda,

    إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إِنَّهَا مِنْ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ

    “Sesungguhnya ia tidak najis, sesungguhnya ia termasuk haiwan yang berkeliaran di kalangan kamu.” (Sahih. Riwayat Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah)

    Ini kerana kalau kita hendak menjaga dan mengelak dari najis haiwan-haiwan ini jelas akan bersifat menyusah-nyusahkan. Kerana itu Syarak memberikan kita kemudahan dengan menganggap bahawa najis itu dimaafkan. Walaubagaimanapun ini tidak menafikan bahawa ia mengotorkan, kerana itu antara sebab mengapa dituntut untuk kita membunuh cicak itu.

    (Disalin dari rakaman sesi soal jawab, kuliah Umdatul Ahkam, 23.04.2013)

    ReplyDelete
  43. Memang Syarak menganjurkan untuk kita membunuh cicak. Seperti mana di dalam hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.