Gambar hasil carian Google.
Kita namakan mereka dengan Che Ngang, Che Ngong, Che Ngok, Che Rus dan Che Wel. Mereka ini hampir sebaya umurnya. Berkawan cukup akrab. Kemana-mana pergi bersama. Mereka tidak begitu berkawan dengan rakan-rakan sebaya di kampung mereka. Kampung mereka aman damai. Satu hari mereka telah ditahan polis kerana di dapati positif dadah.
Berikut apa kata bapa mereka tentang anak-anak mereka.
Bapa Che Ngang: Anak saya itu sangat baik. Mengaji sudah 3 kali khatam. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi akibat pergaulan dengan dengan kawan-kawan mereka, dia telah terjebak dengan penagihan najis dadah.
Bapa Che Ngok: Anak saya seorang yang lemah lembut. Dia tidak pernah memarahi adik-adik dia. Saya macam tak percaya dia menjadi penagih dadah. Saya kesal kerana pengaruh buruk dari kawan-kawan dia menyebabkan dia jadi begini.
Bapa Che Ngong: Anak saya itu sangat menurut kata. Dia tidak pernah membantah jika di suruh membuat apa sahaja. Saya pun hairan kenapa dia jadi begini. Saya percaya ini adalah semua berpunca dari pengaruh kawan-kawan dia.
Bapa Che Rus: Anak saya seorang yang lurus dan lemah lembut. Dia tidak pernah menipu. Bahkan kalau ada lebih 5 sen pun dia akan pulangkan kat saya. Dia terjebak dalam penagihan ini pasti dipengaruhi oleh kawan-kawannya.
Bapa Che Wel: Anak saya seorang yang sangat penyayang. Kepada dialah saya berharap menjaga adik-adiknya ketika kami pergi ke kebun. Saya sedih disebabkan pengaruh rakan-rakan beliau dia jadi begini.
Jadi .. anak siapa yang jahat sebenarnya kalau semua mengaku anak masing-masing baik belaka. Semua ingin menyalahakn anak orang lain dan enggan mengaku keburukan anak masing-masing.
Kalau dah semua kata anak masing-masing baik-baik belaka, habis anak siapa pulak yang mempengaruhi anak siapa ?
Ini mesti pengaruh anak dia orang ! Tetiba saya teringatkan entri Mesti Dia Orang Yang Buat.
.
Memang sukar untuk menerima hakikat jika sesuatu yang buruk terjadi di dalam keluarga sendiri..
ReplyDeleteApa pun semua ini salah Tuan, kerana telah menulis entry ini! :D
Post Terbaharu Saya - Public Ittikal - Dibuka Semula Untuk Pelaburan Melalui KWSP
kita selalu menyalahkan orang .... tidak pernah muhasabah diri mellihat kesilapan sendiri ..
ReplyDeleteRakan sebaya memainkan peranan besar dalam mempegaruhi ruang lingkup kehidupan remaja ....
Bermakna kita kena sama-sama jaga samada dia anak kita atau anak orang kerana semuanya saling mempengaruhi
ReplyDeletehihi.. bukan biasanya parents akan pertahankan anak masing2 ke? tapi kalau mmg dh terang n nyata salah tu, biasa kene rotan jugak (ni kalau kes famili tun la.. hihi... teringat masa kecik2 dulu kene rotan sbb gaduh ngan adik.. ;p )
ReplyDeleteZaman saya kecil-kecil dulu, ibu bapa mengambil sikap 'anak orang, anak aku. Anak aku, anak orang'. Maknanya, sesiapa sahaja boleh menegur tingkah laku anak2 yang kelihatan salah/songsang.
ReplyDeleteZaman sekarang? Silap-silap tegur boleh naik ke mahkamah!
BETUL LA TU.. BAPA MANA TAK SAYANGKAN ANAK.. TAPI APABILA SAYANG TU KENALAH BERPADA-PADA...
ReplyDeleteselalu melihat silap org lain je...
ReplyDeletekat kampung ramai yg jadi mata-mata gelap, buat salah kat luar cepat je mak dan bapak tahu...tak berani nak buat perangai...
ReplyDeleteN3 tuan haji mengejutkan saya dari lena yang panjang. didikan terbaik bermula dirumah, bila anak terdidik dengan siapa dia berkawan dia tak akan mudah terpengaruh...
budaya suka menuding jari kat orang lain.. satu jari tunjuk orang, 4 jari tunjuk diri sendiri..
ReplyDeleteBudak kalau kat rumah mungkin nampak baik. Tapi di belakang ibubapa lain perangai mereka.
ReplyDeletenice..susah jadi mak bapak.. kita sentiasa nak bersangka baik dengan anak sendiri..tapi sebenarnya sikap menyalahkan orang lain ni tak menguntungkan sesiapa..
ReplyDeletelebih baik cari jalan nak selesaikan masalahnya..
Manusia mana yg nak menyalahkan diri sendiri, Pakcik?
ReplyDeleteKelakar lak baca entri sinis Pakcik nie. Hiks~ (Kelakar dgn sifat manusia yg nie)
ibarat satu jari menuding..4 jari ke arah sendiri..
ReplyDeletemak ayah mesti ingat anak dialah yang terbaik. sebab anak mana yang tunjuk dia jahat depan mak ayah dia. dia tunjuk depan mak ayah orang lain.
ReplyDeletemacam mak aisyah dalam cerita bawa ku ke syurga tu.
semua rosak sebab orang lain. maksum betul diri sendiri kan uncle? :D
ReplyDeleteKalu dah tak boleh nak salahkan anak orang, takkan pulak nak tuduh bapa orang, kan? kan?
ReplyDeleteANIF
ReplyDeleteBETUL .. KEBENARAN ITU KADANG2 SANGAT PAHIT UNTUK DITELAN.
CIK ATT
ReplyDeleteMEMANG RAKAN SEBAYA SANGAT BERPENGARUH. KADANG2 LEBIH BERPENGARUH DARI EMAK AYAH SENDIRI.
KAKZAKIE
ReplyDeleteBEGITULAH SEPATUTNYA. TETAPI SEKARANG INI SULIT KERANA MASING INGAT ANAK DIA SAHAJA YANG BETUL DAN ANAK ORANG LAIN SEMUANYA SALAH.
TUN TELANI.
ReplyDeleteSAYA TAK PERNAH PERTAHANKAN ANAK2 SECARA MEMBABI BUTA. KALAU MEREKA SALAH, SIAP KAU !
KAKCIK
ReplyDeleteMEMANG BENAR, MASA SUDAH MERUBAH SEGALANYA. KADANG2 FASAL ANAK, BOLEH TAK BERTEGUR SAPA BERTAHUN2 ATAU SELAMA-LAMANYA.
FAIRUS
ReplyDeleteSETUJU .. SAYANG TU JANGAN SAMPAI MEROSAKAN ANAK2.
JEDI
ReplyDeletePEPATAH ADA KATA 'SEMUT SEBERANG LAUTAN NAMPAK ..'
JUNAINA
ReplyDeletePENGARUH RAKAN SEBAYA SELALUNYA LEBIH KUAT DARI PENGARUH GURU ATAU IBU BAPA. OLEH ITU SANGAT PENTING UNTUK MELIHAT DENGAN SIAPA ANAK KITA BERKAWAN.
ANAA
ReplyDeleteLUMRAHNYA BEGITU, KECUALI DI POTONG 4 JARI TU .. HEHE
YUNUS BADAWI
ReplyDeleteBETUL .. MACAM KITA MACA KECIK2 DULU KAN !
RAI
ReplyDeletePOKOKNYA JANGAN IKUTKAN HATI ATAU PERASAAN TETAPI IKUT FIKIRAN YANG RASIONAL.
FARA
ReplyDeleteMEMANG KELAKAR KALAU KITA LIHAT GELAGAT MANUSIA. WALAUPUN KELAKAR TETAPI ITULAH HAKIKATNYA.
FATIN MRAZ
ReplyDeletePOTONG SAJA SAMA ITU 4 JARI .. HEHE
EIRA EIXORA
ReplyDeleteANAK2 KITA NI MACAM KUCING .. DEPAN KITA BAIK, BELAKANG KITA CURI IKAN.
GADIS BUNGA
ReplyDeleteAPA NAK DI KATA .. ITULAH HAKIKAT KEHIDUPAN DI DUNIA YANG FANA INI.
AZIEAZAH
ReplyDeleteBAPA ORANG PUN ANAK ORANG JUGA. TENTU ADA EMAK BAPAK DIA. HEHE