Saya suka mengelompokan bloggers kepada 4 spesis. Pengelompokan ini bukanlah ilmiah sangat. Cuma hasil pemerhatian saya secara sepintas lalu sahaja.
1. Blogger Idaman
Dia baca semua komen orang kat blog dia. Dia balas satu persatu. Kemudian dia pergi ke setiap blog pengomen. Dia baca dengan teliti dan kemudiannya komen dengan berhati-hati agar tidak terkeluar dari konteks. Seterusnya dia pergi ke blog follower dia dan baca serta komen di blog mereka pula macam tadi.
2. Blogger Kumbang.
Dia tak jawab komen orang, tapi dia pergi setiap blog pengomen dan tinggalkan komen di situ. Komennya pun mudah-mudah sahaja. Kalau tengok ada gambar makanan, dia tulis "cedapnyer", kalau tengok gambar pemandangan, dia tulis "canteeknya". Yang lagi seronoknya ialah, kalau dia tengok ada entri bersiri, dia komen "tak sabar nak tunggu entri seterusnya". Lepas tu sampai 10 siri entri baru pun dia tak datang jengok !
3. Blogger Bunga.
Dia jawab satu persatu semua komen orang yang datang ke blog dia tapi dia tak pergi ke blog pengomen. Dia menunggu sahaja di blog dia macam bunga mekar menunggu kumbang.
4. Blogger Jembalang.
Dia tak pernah balas komen orang dan tak pernah juga pergi ziarah blog orang yang beri komen. Kadang-kadang ruang komen dia pun dia tutup.
Saya rasa saya berkemungkinan besar berketurunan spesis Blogger Bunga dan sedang membesar menjadi Blogger Jembalang.
Penghargaan: Terima kasih banyak-banyak kepada anda semua kerana sudi singgah dan membaca entri ini.
sy? perangai dah ada mcm blogger idaman tu. cuma kenkadang miss jugak nk buat kunjung balas :)
ReplyDeletetumpang lalu...
ReplyDeletesaya suka singgah baca blog orang tapi jarang komen...
tetiba terkomen di sini...
alamakkk..
ReplyDeletetak dapat nak spesifikasikan diri masuk kelompok mana...
"blogger ikut dan je" ada tak?
maksudnya bila sempat komen / jawab komen ...kalo tidak hanya lah sebagai pembaca senyap, komen dalam hati je ;)
sya tak tahu tang spesis mana..
ReplyDeletesbb kadang kadang memang tak sempat nak buat en3, nak membalas komen
tapi sya suka drop komen
suka nak baca balik apa jawapan pd komen tu.
yatie pun tak tahu nak masuk ketegeri mana, yang pasti kalau yatie singgah ke blog mana2 yatie akan tinggalkan komen
ReplyDeletetentang balas komen, yatie jarang, tengok atas komen, kalau perlu dijawab
dan yang pasti akan balas setiap kunjungan orang
memberi komen di blog orang lain nampak lebih mudah bagi saya dari membalas komen2 di blog sendiri.. hehe.. (tapi apa2 pun, tetap diusahakan utk membalas komen)
ReplyDeleteTak isi bakul angkat sendiri. Biarlah kawan blogger yang timbangkan di mana saya.
ReplyDeleteI am from Israel, hehe
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteermm..saya tak de dalam kategori..
BLOGGER MAMBANG..
hey mambang tanah
mambang apai, mambang
segala mambang..he he
suka baca komen blogger
di blog saya dan jarang
saya balas..terima kasih
yang sudi mengomen..rasanya
mereka ikhlas dan tak mengharap
balasan..
cuba sehabis baik bergantung
pada kelapangan untuk membalas
ziarah rakan-rakan..saya akui
tak daya saya..
IBU MUDA
ReplyDeleteKADANG2 MISS TAK APA .. JANGAN SENGAJA.
MUHAMMAD SYAHMI
ReplyDeleteSAYA PUN KEKADANG BACA BLOG ORANG TAPI TAK TAHU ATAU TAK ADA APA2 NAK KOMEN.
MAK ENCIK
ReplyDelete"BLOGGER IKUT DAN JE" TAK ADA LAGI.
SEBENARNYA PEMBAHAGIAN ITU IKUT TREND ATAU TABIAT SESEORANG ITU .. WALAUPUN TAK SENTIASA BEGITU.
KASIHIBU
ReplyDeleteITU SEBABLAH PAKNGAH USAHAKAN JUGA BALAS KOMEN2 YANG DIBERI. TAPI KADANG2 ADA MASANYA TAK SEMPAT JUGA.
KAK YATIE
ReplyDeleteSAYA PUN KADANG2 ITU BILA KESIBUKAN, JAWAB KOMEN SECARA JAMAK SAHAJA SEBAB TAK LARAT NAK KOMEN SATU PERSATU.
FUAD ANSARI
ReplyDeleteKADANG2 ITU ADA JUGA YANG LEBIH SUKA BERI KOMEN DI BLOG DIA ORANG DARIPADA MEMBALAS KOMEN MEREKA DI BLOG KITA.
KUNANG-KUNANG
ReplyDeleteZAMAN SEKARANG DAH BOLEH GUNA LIF. HEHE
COUVERV
ReplyDeleteMACAM MANA IMIGRESEN BOLEH LEPASKAN ?
ZULKBO
ReplyDeleteSAYA PUN KADANG2 BEGITU. TENGOK MASA DAN JUGA. TETAPI HASRAT TU MEMANG NAK BALAS SEMUA. ORANG BACA KE TIDAK, ITU BELAKANG KIRA.
Asalam..
ReplyDeletewah saya di manalah ni ya,baru baca spesis2 blogger..hehe.
ETUZA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
BOLEHLAH MASUK MANA2 KATEGORI YANG COCOK DENGAN STAIL SENDIRI.
agak agak dia punya komen dah mencecah lebih sepuluh satu entri, dia jadi malas laa nak reply.. kih kih kih..
ReplyDeletesaya pun dah menjurus ke arah itu. Harap maafkan saya.. hue hue hue..
AUJINZ
ReplyDeleteKADANG2 TU ADA KOMEN YANG TAK TAHU NAK JAWAP APA. CONTOH:
1. SEMOGA TUAN RUMAH SEHAT SEJAHTERA.
2. HE HE HE
3. KOH KOH KOH.