Malam Sabtu tugas Rukun Tetangga. Macam biasa lepas Solat Subuh, sambung tidur. Kemudian kira-kira pukul 11.30 pagi tadi, saya pergi ke Putrajaya memenuhi jemputan kenduri kahwin anak kawan. Saya bawa Ifa dan Haiqal kerana Makngahnya tak dapat ikut. Dia terpaksa menjaga mertua saya yang sudah sangat uzur. Kebersihannya kena uruskan. Makannya kena temankan. Itulah sebabnya saya tak dapat pergi perjumpaan rumah Kakcik minggu lepas. Tak seronok kalau Makngahnya tak ikut sama.
Selepas makan kenduri, kami ke Alamanda. Iqal minta belikan 'skateboards'. Ifa pulak minta belikan kamera. Dia cadang, tertakluk kepada persetujuan ayahnya, nak bawak pergi ke Pulau Pinang mengikuti rombongan anjuran sekolahnya.
Seterusnya lihatlah gambar-gambar di bawah dan bacalah 'caption'nya untuk mengetahui ceritanya.
Gambar 1: Ifa dan Iqal berlatarbelakangkan Masjid Putra di Putrajaya tak jauh dari rumah yang kami pernah tinggal dahulu. Di suatu masa dulu di tempat yang sama, kami juga pernah bergambar di sini seperti gambar di bawah.
Gambar 2: Dengan ayah mertua semasa dia masih sihat. Kakngah tak ada dalam gambar ini. Masa itu Iqal berusia belum 2 tahun dan sekarang sudah berusia 10 tahun. Pada masa ini, bangunan Jabatan Perdana Menteri masih belum terlindung oleh belukar pokok-pokok.
Gambar 3: Kita sampai agak awal di dewan tempat kenduri di bangunan milik Perbadanan Putrajaya. Tempat masuk nak meletak kenderaan cukup sempit. Perlu sangat hati-hati bila hendak membelok. Dari kesan yang dapat diperhatikan di dinding, jelas banyak kereta yang telah menjadi mangsa. Mungkin arkiteknya tak menggunakan komensen sepenuhnya atau hendak jimatkan belanja.
Gambar 4: Dalam perjalan ke Alamanda kami singgah bergambar. Saya snap sendiri menggunakan sebelah tangan. Ciss .. tak nampak pulak bangunan PICC. Iqal sudah tersenyum lebar kerana tak lama lagi, dia akan mendapat 'skateboards' yang di idam-idamkannya.
Gambar 6: Koyak rabak saya bulan ni kerana makhluk asing berwarna merah ni !
Wah... dah tangkap makhluk bernama DSLR, ya? :)
ReplyDeleteSaya juga yang belum mampu menangkapnya. :(
Tentu al-lavendari cinta mendalam pada pengoyak rabak tu, kan? Kalau tak ditukar, dengan 18-55mm nya pun, pasti gamba-gamba akan datang kelihatan setajam jarum dan sejelas gelas. Tahniah!
ReplyDeleteAssalamualaikum Uncle, sy kenal blog uncle dr Shinju. Mmg slalu sgt la mengadap blog uncle nih. Kagum dgn kerajinan uncle. Hehehe. Btw, makngah nye sgt cantik.
ReplyDeleteDSLR tu.. memang patutlah koyak rabak, Tuan.. :D
ReplyDeleteBertuah tuan punya badan yang badan dapat DSLR tu..
Post Terbaharu Saya - Tahniah Buat Pasukan Negeri Sembilan!
Bak kata tuan Temuk, pastinya lepas ni gambar entri akan datang mantop2 belaka.
ReplyDeletep/s jangan berebut pulak dengan Ifa ya..hehehe
fuh. kacaknya makhluk asing! heheheheh~
ReplyDeletekalau dulu tak ada belukar dan sekarang sudah ada itu petanda baik.
ReplyDeleteKg IM dulu banyak hutan hijau tapi sekarang dah diganti dengan hutan batu!
carpark requirement lam public building mmg sdg diupdate skrg nih.. ini kerana kenderaan skrg sudah 'besar2'..hehee..mpv hummer pun ada..hehee.. so kete uncle oke kah?
ReplyDeletedah ada alien baru ni, best la!
makhluk asing tu cun ler. tp blh pakai sebelah tangan macam tangkap gambar kat atas tu ke?
ReplyDeleteMerah nampak. Cunlah
ReplyDeleteKoyak rabak...tapi mulut tersenyum puas kan....heheh seronok bila dapat memilik apa yang kita hajati...
ReplyDeleteP/s....duit bukan bawa ke mati pun...hehehhe
WAH! DSLR baru nmpk......warna pun cantik... :)))))
ReplyDeletesaya baru balik dr putrajaya. sebenarnya setiap minggu pun pergi =)
ReplyDeleteAssalamualaikum - bukannya setiap bulan koyak rabak...bulan depan dah dapat ganti baru ! ada gak gi PJ ni - last hari tu gi masa anak pi interview di Jab Peguam Negara.
ReplyDeleteyatie belum sampai situ lagi, kalau bab berjalan ni, memang malas hahahha...letih
ReplyDeletex per, pak ngah... sok2 kang koyaknyer akan cepat tertampalnyer...hihihih...sungguh menawan 'pengoyak' itu...sesuai sungguh ngan panggilan 'pak ngah'...
ReplyDeleteMakhluk asing yg diidamkan ramai orang.. Hehe
ReplyDeleteKAKCIK
ReplyDeleteSAYA TERPENGARUH DENGAN GADISBUNGA DAN DADDY ZIYYAD YANG SELALU TAYANG GAMBAR2 CANTIK DIBLOG DIA ORANG.
ABANG TEMUK
ReplyDeleteSAYA MASIH BELUM SERASI BERSAMA .. ANAK2 DAH BEREBUT NAK GUNA !
CHE KEMBANG
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH. MAKNGAHNYA CUMA TINGGAL KECANTIKAN DALAMAN SAHAJA LAGI.
ANIF
ReplyDeleteHARAP2 PANJANGLAH UMURNYA SEBAB BANYAK TANGAN AKAN GUNA NANTI.
HANAFIAH
ReplyDeleteBUKAN SAJA BEREBUT DENGAN IFA, TAPI JUGA DENGAN KAKAK IFA. HEHE
GADISBUNGA
ReplyDeleteRAMAI LAGI MAKHLUK ASING YANG LEBIH KACAK .. TAPI TAK TAK TAHAN HANTARANNYA MAHAL SANGAT.
IM
ReplyDeleteITULAH TANDA KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN. AGAKNYA !
FATIN MRAZ
ReplyDeleteBANYAK JUGA BANGUNAN YANG LEBIH LAMA DARI BANGUNAN ITU YANG PUNYA LALUAN MASUK YANG LUAS.
ACIK
ReplyDeleteNANTI SAYA CUBA AMBIL GAMBAR SEBELAH TANGAN PULAK. BOLEH KOT !
AIDA ALI
ReplyDeleteITU WARNA KEGEMARAN ANAK SAYA.
ROSLAINI SAAD
ReplyDeleteBETUL .. DUIT BUKAN BOLEH BAWA KE MATI. KAMERA ITU PUN SAMA.
IBUHANI
ReplyDeletePENGARUH BEBERAPA RAKAN BLOGGER DAN JUGA DESAKAN ANAK2. SAYA SENDIRI LEBIH SELESA DENGAN KAMERA KOMPAK.
EIRA EIXORA
ReplyDeleteTUGASAN APAKAH ITU HINGGA SETIAP MINGGU KENA PERGI ?
SONATA ANAK KANCIL
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
BULAN DEPAN KOYAK RABAK UNTUK PROJEK LAIN PULAK ..
YATIE AWANG
ReplyDeleteKALAU MALAS BERJALAN, SEWA TEKSI .. HEHE
AKUZLE
ReplyDeleteMEMANG MENAWAN HINGGA SAYA PUN SUDAH TERTAWAN ..
MISSCTAKAMUQDEQ
ReplyDeleteDAH TUA BARU NAK BELI !
DSLR ke Pakcik? Hiks~
ReplyDeleteSy perasan, anak2 Pakcik sgt comel rupa wajahnya. Ikut muka sape agak2 eh?
FARA
ReplyDeleteBETUL .. DSLR YANG PALING MURAH UNTUK BEGINNER.
TENTANG RUPA ANAK2 SAYA TU. JAWAPAN PAKCIK SENANG SAHAJA ..
"TUHAN ITU MAHA ADIL .. DIBERINYA ANAK-ANAK YANG COMEL UNTUK AYAH YANG TAK COMEL"
wah! Merah tu!!! Kelasss pakngah...hehe
ReplyDeleteYUS
ReplyDeleteANAK PAKNGAH YANG PAKSA BELI DAN DIA SUKA WARNA ITU.