Hari ini 34 tahun yang lalu, iaitu pada 1 November tahun 1977, saya bersama 88 orang yang lain, mula mengikuti kursus Kadet PTD pengambilan pertama yang dijalankan di INTAN, Jalan Ilmu, Petaling Jaya. Sebelum ini pengambilan ke PTD tidak perlu lulus kursus Diploma Pengurusan Awam.
Mulai hari ini saya melalui proses transformasi dari seorang budak kampung yang di kala cuti penggalnya menoreh getah kepada spesis baru yang dinamakan Pegawai PTD. Semasa saya mendapat tawaran untuk mengikuti kursus ini, hati saya berbelah bahagi memikirkan risikonya kerana saya telah pun berjawatan tetap pada masa itu sebagai tutor di Universiti Malaya. Sedangkan kursus ini, belum tentu lulus atau tidak. Tetapi atas pujukan dan pengaruh kawan-kawan yang sama-sama menjadi tutor yang juga menerima tawaran ini, saya pun membulatkan tekad menerimanya. Selebihnya adalah sejarah (the rest is history).
Mulai hari ini saya melalui proses transformasi dari seorang budak kampung yang di kala cuti penggalnya menoreh getah kepada spesis baru yang dinamakan Pegawai PTD. Semasa saya mendapat tawaran untuk mengikuti kursus ini, hati saya berbelah bahagi memikirkan risikonya kerana saya telah pun berjawatan tetap pada masa itu sebagai tutor di Universiti Malaya. Sedangkan kursus ini, belum tentu lulus atau tidak. Tetapi atas pujukan dan pengaruh kawan-kawan yang sama-sama menjadi tutor yang juga menerima tawaran ini, saya pun membulatkan tekad menerimanya. Selebihnya adalah sejarah (the rest is history).
Saya juga mengambil risiko yang besar membuat entri ini kerana pasti akan ditertawakan, bahkan saya sendiri turut tertawa melihat fesyen pakaian (terutamanya seluar), rambut, kasut dan sebagainya.
Gambar 1: Kursus ini telah di rasmikan oleh Dr. Mahathir yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri. Saya difahamkan dialah yang mencetuskan idea mengadakan kursus Kadet PTD ini. Sayang sekali gambar ramai bersama beliau tidak dapat saya kesan.
Gambar 2: Sedang kyusuk mendengar ucapan perasmian.
Gambar 3: Menikmati jamuan selepas selesai upacara perasmian. Barangkali inilah jamuan pertama saya memakai tali leher.
Gambar 4: Kami juga diberi pilihan untuk belajar beberapa bahasa asing. Saya memilih Bahasa Jepun. Antara perkataan yang masih dan sangat saya ingat ialah "wakarimasen".
Gambar 5: Gambar ini lawak betul. Seluar kaki lebar dan ada dua bakal pegawai yang rambut berbelah tengah. Barang kali perkataan berkaliber datang dari kaki lebar kot !
Gambar 6: Menghadiri jamuan dengan pakaian batik. Baru saya sedar yang saya paling tinggi dalam gambar ni. Atau pun dia orang yang rendah. Saya sudah lupa di mana tempat ini.
Gambar 7: Ada juga lawatan ke Sabah dan Sarawak. Saya memilih untuk pergi ke Sarawak. Ini adalah kali pertama saya menaiki kapalterbang awam.
Gambar 8: Bergambar dengan salah seorang penyelia kami yang paling cun.
Gambar 9: Sempat juga kami di bawa melawat rumah panjang. Yang memakai 'baju belukar' itu adalah Pengarah kursus kami.
Gambar 10: Bergambar dengan salah seorang peserta wanita. Batch kami hanya ada dua orang peserta wanita sahaja. Sekarang dia telah menjadi KSU di salah sebuah Kementerian. Ada sesiapa yang kenal ?
Gambar 11: Di depan bangunan yang di bina pada tahun 1880. Bangunan apa saya pun tak ingat. Mungkin ada pembaca blog ini dari Kuching yang ingin membantu.
Gambar 12: Hisap rokok suka-suka menemankan kawan-kawan.
Gambar 13: Masih di Sarawak, tapi tak ingat di mana.
Gambar 14: Sedang mentelaah dengan seorang kawan. Yang ingin saya tunjukkan ialah fesyen kaki seluar dan juga kasut tumit tinggi saya.
Gambar 15: Reunion kali pertama selepas lebih 10 tahun kami meninggalkan INTAN yang berlangsung di rumah kelab PPTD, Kuala Lumpur pada 18 Mac 1989. Tak tahulah akan adakah nanti reunion yang ke dua.
Gambar 16. Tanda nama milik saya yang masih tersimpan dengan baik sebagai kenang-kenangan.
.... bersambung nanti dengan modul Polis pulak !
Entah kenapa saya tersengih-sengih sendiri melihat gambar2 itu! :)
ReplyDeletePertama...Saya bukan dah setakat tersenyum melihat gambar2 pakcik,dah ketawa sopan(pakcik jgn marah ye!)..suka tgk kasut pakcik tu..ada lagi tak?..agaknya kalah kasut makngahnya..brp inci pakcik?
ReplyDeleteKedua...INTAN..masa saya sekolah dulu nama INTAN jarang diketahui..teringat pulak masa main teka-teki dgn cikgu..UKM..USM..UPM..semua dapat teka..bila cikgu tanya INTAN..semua duk ternganga..masa tu saya tersenyum nakal.saya bagi can kat org lain utk jawab.Oh!betullah tak ada yg tahu..Institut Tadbiran Negara cikgu!..ha!cikgu pulak ternganga pasal saya dpt jawab..(hehehee..dapat tahu pun pasal atuk dpt ank angkat dr INTAN dia org ada program apa dah tak ingat kat kg saya masa tu..)
seluar tu kan....kalau tgk dari sisi nampak cam skirt. skirt ketat. shekshi. kehkehkeh!!!
ReplyDeletewoww.....
ReplyDeletesaya baru berusia 6 tahun tika tu ....
Terbayang ... pokok getah masa ... tu masih banyak .....
saudara..
ReplyDeletegambar2 lama ni buat saya rasa terharu..
jika almarhum ayah saya masih hidup..pasti dia seusia anda..
As salam...selalu jd silent reader jer, malu nk komen. Tp kali ini betul2 tak tahan nak gelak...sebelum gelak mintak maaf byk2 dulu ye
ReplyDeleteKah...kah...kah!!!!!1000x
hahaha. stail time dulu-dulu mmg bulih pecah perut dibuatnya.
ReplyDeleteKakak senyum sendirian baca N3 ini tuan.Macam gambar zaman kak Long kakak (sekarang usia kak long kakak 59 tahun).
ReplyDeletehuh..kasut bertumit tinggi tu mengalahkan tumit kasut sayalah tuan haji...
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteUncle, kasut tumit tinggi tu yg tak tahan tu. Hehehehe. Uncle bleh berbahasa Jepun sampai ke hari ni ke?
Zaman uncle senang kan join PTD..zaman sekarang ni, berduyun duyun yg pohon.
ReplyDeleteSaya tgk gambar orang dulu2, termasuk gambar2 parents saya, susah nak jumpa org gemuk/obese kan?
Seluar bell bottom tu utk surukkan kasut tumit tinggi kan? hahaha
assalamualaikum tn hj....
ReplyDeletemmg sgt klasik kerana saya lahir pun belum huhuhuhu...
suka tgk suar tuan haji....:-)
Aslkm...
ReplyDeleteKasut tumit tinggi & seluar berkakilebar...TeRbaikkk!!
=)
saya gelak2 baca N3 ni..
ReplyDeleteserupa zaman abah/mak saya dulu2..cuma abah rambut mcm noh hujan..kaki seluar lebar..
tp saya sudah jatuh cinta sama itu kasut pakngah..ohsem!
tak sakit ker berjalan dgn kasut tinggi tu??? :)
Kasut tumit tinggi tu kalau baling kat ayam boleh mati ayam tuh !!
ReplyDeleteseluar nostalgia..bellbottom
ReplyDeletemengikuti blog en.. kebetulan n3 kali ni ada gmbr arwah ayah saya sekali dalam 2 gmbr yang ada..:)
ReplyDeletesy sungguh kagum ngan fesyen pak ngah itu terutama kasut tumit tinggi. sy pon x berdaya nk pakai setinggi itu...ehehehhe
ReplyDeleteErm, walaupun dah ader keje baik skang, hati ni masih lagi teringin nak berkhidmat ngan kerajaan..mungkin belum tiba masanya kan..I don't ever give up!! Tuan doakan lin agar dipermudahkan jalan yer...amin :-)
ReplyDeleteP/s : syiok tgok pattern pakaian zmn dahulu kala...hahahaha
berapa inci kasut tu tuan? saya sebelum dapat kerja dekat INTAN tak tau INTAN tu apa? Dah kerja baru tau apa itu INTAN. 7 tahun jugak dekat INTAN.
ReplyDeleteamy sangat suka melihat gambar orang zaman dolu , cara pemakaian dorang , syle rambut dorang macam unik je..ada kelas tersendiri , mata pun tak rasa semak nak tengok..
ReplyDeleteAs-salam.
ReplyDeleteBila tengok al-lavendari punya seluar 'bawah lebih', kasut 'tumit lebih' dan atas 'rambut lebih', memang teringatlah kat zaman muda dulu.... Tapi saya cuma pernah berseluar 'bawah lebih' sekejap.
Rasa-rasa, mana banyak 'risau', zaman tu ke atau era dah pencen? Hehehe, ini soalan wajib.
KAKCIK
ReplyDeleteSAYA AKAN HAIRAN KALAU KAKCIK TAK TERSENGIH2 ..
IEDA79
ReplyDeleteKASUT TU SUDAH JADI SEJARAH ..
INTAN TU KEPENDEKAN "INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA".
ANAK ANGKAT TU MASIH BERHUBUNGAN LAGI KE ?
GADISBUNGA
ReplyDeleteMASA TU HARGA KAIN MURAH LAGI ..
AHIK ATT
ReplyDeleteMASA TU KAT BANGSAR PUN MASIH ADA LADANG GETAH ..
CGG
ReplyDeleteKALAU BEGITU, PANGGIL SAJA PAKCIK SEBAB SEBAYA DENGAN ALMARHUM BAPA AWAK.
UMMI
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
SATU MASA NANTI FESYEN ITU AKAN BERULANG .. MINTA ADA SEORANG SELEBRITI YANG MULAKAN, LAIN AKAN IKUT.
AZKETOM
ReplyDeleteTAPI MASA TU KALAU KITA BUAT FESYEN LAIN, KITA PULAK DIANGGAP PELIK.
KAKZAKIE
ReplyDeleteSAYA LEBIH MUDA 2 TAHUN DARI KAK LONG TU.
JUNAINA
ReplyDeleteWALUPUN TUMIT TINGGI TAPI TAK TAJAM MACAM KASUT PEREMPUAN. SAYA BOLEH BERMAIN PING PONG LAGI ..
CHE KEMBANG
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
TAK BOLEH DAH .. BAHKAN BAHASA INGGERIS JUGA SUDAH BERKARAT, SEBAB DAH LAMA TAK CAKAP.
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteZAMAN TU KERJA CARI ORANG TAK MACAM ZAMAN SEKARANG. SATU KAMPUNG NAK CARI SORANG MASUK U PUN SUSAH MASA TU.
KASUT TUMIT TINGGI TU SUSAH NAK BAWA KERETA.
ROM
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
AWAK MASIH MUDA SANGAT LAGI. TERINGIN KE NAK PAKAI SELUAR MACAM TU ?
HAYATUNFADZILA
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
KITA KENA IKUT TREND SEMASA .. DAN ITULAH TREND SEMASA. TU AWAK BELUM TENGOK SELUARA "BAGGY" LAGI.
MAKDARA TERDIVA
ReplyDeleteKASUT TUMIT TINGGI TU SELESA SEBAB TAPAK DIA TAK TAJAM MACAM KASUT ORG PEREMPUAN. CUMA GANGGU SIKIT BILA NAK BAWA KEREA. TAMBAH2 MASA TU MANA ADA KERETA OTOMATIK.
NIEDA
ReplyDeleteBUKAN SAJA AYAM, SILAP2 TUAN PUNYA AYAM PUN BOLEH MATI ..
ACIK ERNA
ReplyDeleteMASIH INGAT LAGI KE ? KALAU PEREMPUAN PAKAI OK JE KAN !
ZDIANA
ReplyDeleteTERINGIN JUGA PAKCIK NAK TAHU ANAK SIAPAKAH ZDIANA NI ..
NAK MASUK BLOG TAK BOLEH.
AKUZLE
ReplyDeleteDAH BUAT MACAM MANA, DAH RATA-RATA SEMUA PAKAI KASUT TUMIT TINGGI. TAK TAHU SIAPAKAH GERANGANNYA YANG MULAKAN .. TAK SENONOH BETUL. HEHE
NOR_EMYLINA
ReplyDeletePAKCIK DOAKAN SEMOGA AWAK SEGERA MENDAPAT KERJA DENGAN KERJAAN. PAKCIK TAK DAPAT NAK BANDINGKAN DENGAN SWASTA SBB TAK PERNAH KERJA, TAPI PAKCIK RASA PUAS HATI KERJA DENGAN KERAJAAN. YANG PALING SERONOK DAPAT PENCEN BULAN2, TANPA BEKERJA.
MONALEA
ReplyDeleteAWAK KERJA KAT INTAN MANA DAN BAHAGIAN MANA ?
AMY SYAQUENA
ReplyDeleteMACAMLAH ITULAH PERKEMBANGAN FESYEN .. MUNGKIN SATU HARI NANTI AKAN BERULANG SEMULA KALAU ADA SELEBRITI YANG MULAKAN.
ABANG TEMUK
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
RASANYA ERA LEPAS PENCEN NI LEBIH BANYAK RISAU. MACAM2 YANG DIRISAUKAN. DULU TAK FIKIR PUN FASAL ANAK, ISTERI DAN CUCU. TAMBAH2 MASA INI GEJALA SOSIAL YG AMAT TERUK, YANG DIRISAUKAN TERKENA KEPADA KELUARGA SENDIRI. NAUZUBILLAH.
oh..Institut Tadbiran Awam Negara..saya pun dah terlupa..
ReplyDeletedah terputus hubungan dengan beliau..mungkin beliau junior pakcik..namanya sarifuddin b.abdullah..asal johor..program ank angkat itu pd thn 1996...agak2, pakcik kenal tak?
salam singgah tuan,
ReplyDeleteberbeza nya kadet PTD dulu dan sekarang.. sy sekarang bertugas menjaga sajian dan penginapan utk peserta termasuk kadet ptd ni.. poning kepalo den... mcm2 kerenah..
CIK FIZA
ReplyDeleteMEMANG BANYAK BEZA PTD DULU DAN SEKARANG. PTD DULU, SEKARANG DAH TUA-TUA. PTD SEKARANG MUDA2 LAGI. HEHE
AWAK KERJA INTAN MANA ? BUKIT KIARA KE ? SAYA PERNAH TINGGAL DI SANA SELAMA SETAHUN SEMASA MENJADI WARDEN KADET PTD DULU.
TERINGGAT MASA LALU
ReplyDeleteTERINGAT MASA LALU...ZAMAN REMAJA
ReplyDeleteTuan, dengan hormatnya, saya telah menggunakan gambar-gambar kenangan tuan dalam video montaj Kadet PTD 2017. Maaf kerana tidak mendapatkan izin tuan terlebih dahulu dalam kesuntukan masa. Rujukan ke laman blog tuan telah dibuat. Terima kasih atas perkongsian pengalaman yang amat bermanfaat tuan.
ReplyDeleteRujukan video: https://www.youtube.com/watch?v=E3zeDXTqGuk
tiada masalah .. cuma saya tak dpt tengok youtube tu.
Delete