Sunday, November 6, 2011

TERKENANG SEMASA DULU 35: RAYA DI KAMPUNG SAYA (1985)

Berikut adalah gambar-gambar saya dengan keluarga semasa sambutan hari raya pada bulan Julai tahun 1985. Sebenarnya saya tak ingat tarikhnya. Nasib baik kat bawah gambar tu ada cetak tarikh. Kalau tidak, sah tak ingat.

Gambar 1:  Di hadapan rumah pusaka. Sekarang rumah tu sudah tidak bertunggu lagi.


Gambar 2: Pada masa itu kami baru ada dua orang anak. Kedua-dua mereka sudah berumah tangga sekarang ini.


Gambar 3: Makngahnya dengan adik-adik perempuan saya dan juga ipar perempuan di sebelah kanan sekali.


Gambar 4: Ayong sudah pandai berposing ..
 
 
Gambar 5: Sepupu mereka masih malu-malu dengan kamera dan kakngah pulak sedaya upaya cuba membuka mata ..


Hmmm .. betapa jauhnya saya sudah meninggalkan masa itu .. dan semakin hampir ke garisan penamat !


Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha. Maaf zahir dan batin dari saya seandainya ada coretan saya selama ini yang tidak berkenan di hati atau pun yang telah mengguris perasaan anda semua.

.

16 comments:

  1. Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha buat Tuan sekeluarga. :D

    Dikesempatan ini Saya juga ingin memohon maaf jika ada komen/posting diblog yang menguris perasaan.

    Post Terbaharu Saya - Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

    ReplyDelete
  2. Bang HAMZAH ni banyak betul kenangan dan terkenang masa dulu, kan? Saya suka! Saya suka!

    Simpan kenangan di sini, agar dapat ditatap kala rindu, kan?

    ReplyDelete
  3. Salam Aidiladha buat pakcik sekeluarga..

    rambut anak no 2 pakcik tu 'sepesen' macam saya masa sebesar itu...cute!
    :)

    ReplyDelete
  4. salam aiidilfitri untuk Tn Haji juga..

    cantik rumah & halamannya..
    Semua kenangan pasti sukar dilupakan..manis/pahit,kan?

    ReplyDelete
  5. gambar dulu2 mmg ada tarikh, sebab tu senang kite nak recall balik. saya perasan kan, kalau amik gambar budak2 masa zaman 80an tu, mesti ada scene sorang budak menangis.

    ke sebab kebetulan saya pun ada gambar macam tu dalam simpanan. heheh~

    pape pun, selamat hari raya aidil adha uncle dan makngah.

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya Aidiladha..
    1985..saya belum ada anak masa tu walaupun dah 3 tahun berumah tangga.

    ReplyDelete
  7. salam aidiladha buat pak ngah dan keluarga

    ReplyDelete
  8. wah.. sungguh nostalgia semua tue...1985 umur saya baru setahun...

    Selamat hari raya aidiladha uncle...

    ReplyDelete
  9. Masa tu IM baru kawen je dengan ibu_suri...

    ReplyDelete
  10. tuan , masa ni saya baru sebulan kawin.
    selamat raya haji buat tuan dan keluarga

    ReplyDelete
  11. Selamat hari Raya Aidiladha tuan haji

    ReplyDelete
  12. Salam Aidul Adha utk Pak Ngah sekeluarga.
    Suka tengok gambar2 lama.
    Terima Kasih kerana sudi berkongsi kenangan lama

    ReplyDelete
  13. Gambar-gambar suku abad itu memang seronok betul ditatap. Menyeronokkan, walau sedikit-sedikit menghibakan. Bila kita lihat kesemua itu, kita pun akan berkata dalam hati, "Telah jauh perjalanan kita..."

    Saya amat suka mengamati wajah rumah pusaka. Terasa puas bila melihat kayunya yang hebat, cukup tua dan bertahan lama.

    ReplyDelete
  14. KEPADA SEMUA PENGUNJUNG DAN PEMBACA BUDIMAN.

    SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN ATAS KUNJUNGAN DAN SEPATAH DUA KATA YANG DITINGGALKAN.

    ReplyDelete
  15. Tuan,

    Saya pendatang baru blog ini.Dimano tobohnya kampung tuan?

    ReplyDelete
  16. UJANG KUTIK

    NAMA KAMPUNG SAYA - PADANG LALANG, JEMPOL.

    LAMA SAYA TAK DENGAR PERKATAAN TOBOH .. ASYIK GUNA PERKATAAN LOKASI JE !

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.