Wednesday, November 9, 2011

KESIAN SAMA CHE MAT JUSOH !

http://static.sportingopinions.com/wp-content/uploads/eagles-vs-redskins.jpg

Kelihatan Taylor dari kelab Redskins sedang bertarung dalam perlawanan bolasepak Amerika (American Football)

Redskins adalah nama sebuah kelab bolasepak Amerika dari Washington D.C. Semasa saya di USA dulu, haruslah saya menyokongnya kerana saya bertugas di Washington D.C. Pada masa itu, semasa perlawanan akhir atau 'super bowl', kehidupan harian seolah-olah terhenti sekejap macam masa perlawanan tinju antara Mohamad Ali dengan Foreman atau Frazier suatu masa dulu.  Saya difahamkan bahawa kadar bayaran iklan di tv semasa perlawanan akhir ini adalah yang paling mahal dikenakan berbanding dengan program lain pada masa itu. Tak tahulah sekarang, mungkin American Idol lebih mahal kot.

Orang Amerika sangat meminati permainan bolasepak mereka ini dan kurang meminat 'soccer' atau bola sepak seperti di tempat kita. Selain dari itu mereka juga boleh dikatakan fanatik dengan kelab yang mereka sokong.

Nama 'football' ni macam pelik sikit, sebab mereka bermain dengan tangan bukan dengan kaki. Ia lebih banyak bergantung kepada kekuatan jasmani dari kepandaian menggeletek bola dengan kaki seperti permainan 'soccer'. Saya cuma minat gitu-gitu sahaja sekadar mengikuti perkembangan semasa.

Walaupun mereka fanatik dengan kelab yang mereka sokong, tetapi saya tidak pernah dengar pulak ada penyokong kelab yang kalah membakar bas penyokong kelab yang menang. Satu lagi yang patut kita ambil iktibar ialah penyokong sesuatu kelab tetap menyokong kelab mereka tak kira menang atau kalah. Saya masih teringat peristiwa di mana penyokong yang menyambut pemain-pemain Redskins lebih ramai bilangannya semasa menanti kepulangan mereka di lapangan terbang dari Los Angeles berbanding semasa menghantar mereka ke perlawanan akhir sebelum itu walaupun pasukan Redskins tewas.

Saya kira itu adalah salah satu ciri penyokong yang berjiwa besar. Mereka tidak menuding jari mencari kesalahan orang lain. Sokongan mereka bertambah padu selepas kekalahan pasukan mereka kerana mereka tahu dalam mana-mana perlawanan akhir, cuma satu pasukan sahaja yang akan menjadi juara. Pasukan yang kalah, bukannya tidak bagus tetapi mungkin nasib lebih menyebelahi pasukan yang menang.  Dengan itu pasukan yang kalah tidak akan hilang semangat, bahkan semangat mereka akan bertambah berkobar-kobar untuk menebus kekalahan mereka pada perlawanan akan datang.

Kita bagaimana ? Bacalah keratan akhbar di bawah ..


Che Mat Jusoh jadi sasaran - Berita Harian 5, Novermber 2011.
................................................................................................................................

Nota Kaki.

Hari itu entri ini terpos sebelum masanya. Sebelum sempat saya tarik balik, Azieazah dan beri komen.

 azieazah said...

Begitulah. Rasa agak malang budaya sukan di negara kita sebegitu.
Ada juga yang sangat dipengaruhi oleh politik... Letih melayan.




November 5, 2011 4:45 PM


.

21 comments:

  1. Assalamu'alaikum wrt Pak Ngah..

    dulu2 saya peminat sukan tanahair terutama sukan badminton..semasa kegemilangan anak-anak Sidek... sehinggalah kemelut dalam sukan badminton berlaku...saya dapati terlalu banyak 'politiking' ... sukan di politik kan..tak kiralah badminton, bolasepak dan lain-lain... sepatutnya sukan adalah bebas dari sebarang pengaruh politik ... ia sepatut bersikap independent...baharulah sukan boleh maju hingga ke taraf dunia...
    sekarang..sudah malas hendak melayan sukan lagi...

    Nurazzah8
    http://www.nurazzah8.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. saya sampai sekarang tak faham cara main american football~keh keh~

    ReplyDelete
  3. saya mmg xpham american football...sampai le...


    bagi saya kes terengganu melampau...sebab kalah di final irfan bakti di buang....kekalahan adat satu permainan...bagi saya irfan bakti telah melakukan yang terbaik...

    ReplyDelete
  4. Penyokong bolasepak di Malaysia bukan terdiri dari penyokong fanatik TETAPI fanataik!

    ReplyDelete
  5. sukan dan pendidikan sudah lama dipolitikkan...sbb itu tidak berkembang n jd caca-marba

    ReplyDelete
  6. semua benda sudah terover politik sekarang. orang cerdik pandai pun sudah tidak boleh keluarkan pendapat.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Tn Hj..,

    tak tau nak komen apa...., penyokong sukan kita ini tidak berjiwa besar....sepatutnya bukan team saja yg perlu berdisplin , sepatutnya penyokong yang perlu lebih lebih lagi berdisplin....

    sukan di politik kan atau politik dalam sukan saya tak mau komen...

    saya pun masih tak faham permainan american football tu..

    ReplyDelete
  8. saya juga tak faham cara permainan football...

    sukan sekarang banyak betul campurtangan...rasa nak tangan-tangan je..(terlebih emo pulak)hihihi
    rindu rasanya saat dulu-dulu,seronok bila menyaksikan perlawanan bola..badminton..sepak takraw..
    ..sekarang hanya memandang dari jauh..

    ReplyDelete
  9. As salam Uncle...

    Macam senang jer nak main sbb cuma perlu 'menggeletek' bola..kihkihkih

    X minat American football,ganas sangat...

    ReplyDelete
  10. NURAZZAH

    ALAIKUMSALAM

    DAH MACAM TAK DAPAT NAK ELAK, POLITIK ADA DI MANA-MANA DI MALAYSIA INI. DALAM PEJABAT ADA POLITIK. DALAM AJK SURAU PUN ADA POLITK.

    ReplyDelete
  11. BUJAL X

    UNCLE YG PERNAH DUDUK SANA DULU PUN MASIH TAK FAHAM .. HEHE

    ReplyDelete
  12. JEDI

    BEGITULAH BUDAYA KITA .. SENTIASA MENCARI KAMBING HITAM UNTUK DIKORBANKAN.

    ReplyDelete
  13. AKUZLE AYU

    MEMANG .. PI MAI PI MAI. SEKARANG PPSMI DAH NAK DIMANSUHKAN PULAK.

    ReplyDelete
  14. ABU MUAZ

    MEMANG BANYAK YANG DAH MELAMPAU SEKARANG NI. SIAPA KATA ORANG CERDIK PANDAI TAK BOLEH KELUARKAN PENDAPAT ? MEMANG DI GALAKKAN KALAU IA MENGUNTUNGKAN PIHAK TERTENTU.

    ReplyDelete
  15. CHIK ATT

    TAK TAHU TAK APA .. TAK ADA RUGINYA PUN.

    ReplyDelete
  16. AZMNOR

    ALAIKUMSALAM

    SAYA AGAK PESSIMIS BAHAWA PENYOKONG2 AKAN BERDISIPLIN. BUKAN DALAM BOLA SEPAK SAHAJA, DALAM POLITIK PUN BEGITU. TAK TAHULAH BILA NAK BERUBAH.

    ReplyDelete
  17. IEDA79

    KALAU SAYA ADA KUASA, MAHU JUGA NAK MENNAGANKAN MEREKA. HEHE

    ELOKLAH PANDANG DARI JAUH UTK MENGELAKKAN TERKENA BOLA SESAT !

    ReplyDelete
  18. CIK SHINJU

    ALAIKUMSALAM

    MEMANG FOOTBALL GANAS. SESUAILAH DENGAN PENDUDUK MEREKA YANG JUGA GANAS2.

    TERIMA KASIH KERANA 'MEMBACA' DAN BUKAN MENGIMBAS. HEHE

    ReplyDelete
  19. sikit2 kait dgn politik. alahaiiii kan uncle?

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.