Thursday, November 17, 2011

TERKENANG SEMASA DULU 37: BELUM LAGI (EDISI SX).

Ini adalah sambungan kepada entri kelmarin di sini. Kalau anda belum baca entri kelmarin, kemungkinan besar anda tidak tahu hujung pangkal ceritanya.


Gambar 15: Saya dipakaikan selendang dan "kopiah"  yang dibuat dari daun oleh seorang gadis penyambut tamu. Yang lelaki tu pulak macam nak peluk saya !


Gambar 16: Menandatangani buku kedatangan. Sesiapa yang pergi ke AADK Perak selepas ini bolehlah tengok apa yang saya tulis. Saya pun dah lupa apa yang saya tulis.


Gambar 17: Di antara peserta yang berpakaian tradisi.


Gambar 18: Kelihatan sebahagian rumah mereka yang 'simple'


Gambar 19: Saya membaca ucapan yang telah di sediakan. Senang betul kerja macam ini. Puan Iylia, Pengurus Perbadanan Taman Negeri, Perak tekun mendengar ucapan.


Gambar 20: Duduk di Grand Stand. Puan Ilya duduk disebelah kanan saya.


Gambar 21: Abang ni cukup sporting mengambil bahagian dalam pertandingan siapa yang paling lama menimang bola takraw.


Gambar 22: Kelihatan peserta  menyumpit sedang bersiap sedia untuk bertarung.


Gambar 23: Sudah tentulah ini sukan kegemaran mereka.


Gambar 24: Saya juga tidak ketinggalan mengambil bahagian memanah menyumpit.


Gambar 26: Lagi acara untuk kanak-kanak. Meniup belon sampai meletup.



Gambar 28: Acara untuk wanita pula - melempar belon a.k.a melambung kasih.


Gambar 29: Upacara penyampaian hadiah dan cenderamata kepada pemenang dan peserta yang mengambil bahagian.


Gambar 30: Hadiah kepada pemenang melambung belon.


Gambar 31: Saya juga menerima cenderahati kenang-kenangan dari Pengarah AADK, Perak.


Gambar 32: Semua anggota rombongan mengabadikan kenangan sebelum berangkat pulang.

Begitulah kisahnya. Tak tahu bilakah lagi saya dapat menjejakkan kaki ke sana.

ANDA SEMUA DAH PERGI BELUM KE BELUM ?

17 comments:

  1. SAYA DI PIHAK MUZIUM MELAKA ADA BUAT PROGRAM BERSAMA DENGAN ORANG ASLI TAHUN LEPAS. RELEVANLAH DENGAN KEWUJUDAN MUZIUM ORANG ASLI DI MELAKA. TAPI DI MELAKA, ORANG ASLI KIRA DAH MODEN. YANG KERJA KERAJAAN, SWASTA. PAKAIAN PUN BIASA MACAM KITA JUGA.

    ReplyDelete
  2. belum pakcik.belum pernah saya ke Belum.keh keh~

    ReplyDelete
  3. saya belum sampai ke belum
    (pakcik faham apa yg saya maksudkan?)

    ReplyDelete
  4. saya belum pergi ke belum. tapi slalu je lalu ikut gerik lalu dari perak ke ganu.

    yang pastinya tmpat tu mmg lawa. nampak tasik banding pn lawa gak

    ReplyDelete
  5. tak pernah kesana...

    taktau kenapa, entri kali ni terasa gelihati sangat....

    ReplyDelete
  6. Walaupun Belum itu terlatak di negeri 'tanah tumpha darah' saya, tapi saya belum pun lagi menjejakkan kak ke sana.

    Hebat juga abang bercawat itu, ya? :)

    ReplyDelete
  7. Maafkan kesilapan dalam ejaan saya itu, hati saya sedang rusuh! :(

    ReplyDelete
  8. tuan haji,
    seksi ye abang cawat tu. tak terlondeh pulak ye.

    ReplyDelete
  9. FAIRUS

    MEMANG KEBANYAKAN ORANG ASLI DAH MODEN SEKARANG. TINGGAL DIBEBERAPA TEMPAT SPT ULU TEMBELING DAN KAT BELUM SAHAJA YANG MASIH AGAK KETINGGALAN. KAT PULAU CAREY ADA YANG DAH JADI KONTRAKTOR BESAR.

    ReplyDelete
  10. BUJAL X

    SIAPA YANG BELUM ELOKLAH PERGI BELUM.

    ReplyDelete
  11. IEDA79

    PAKCIK DAH BANYAK KALI KE BELUM. CADANG NAK PERGI LAGI LEPAS MUSIM HUJAN NI.

    ReplyDelete
  12. ORANGLIDI

    KIRANYA AWAK DAH LALU AREA TU. MEMANG TEMPAT TU CUKUP LAWA.

    ReplyDelete
  13. QUEENIE

    GELIHATI TAK APA JANGAN GELI SAHAJA.

    ReplyDelete
  14. KAKCIK

    SAYA SEBENARNYA CEMAS JUGA TENGOK ABG BERCAWAT TU MASA DIA MAIN TAKRAW ITU .. TAKUT TERLONDEH.

    ReplyDelete
  15. ELL

    SAYA YANG SEKSA MENENGOKNYA .. DIA BIASA JER.

    ReplyDelete
  16. pernah menginap di hotel royal belum je

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.