Saturday, November 19, 2011

MENGAPA TIBA-TIBA RAMAI PENGUNJUNG KE BLOG SAYA ?

Sejak beberapa hari lalu, blog saya menerima kunjungan pelawat yang luar biasa ramainya. Sampai beribu. Saya hairan dari mana mereka datang dan apa yang menyebabkan mereka datang.  Lalu saya jejaki asal usul mereka. Rupanya ia datang dari 3 laman yang mengulas entri saya bertajuk "Kelmarin Saya Pergi Ke Bandaraya New England" dan "Bangsat Sangatkah Bahasa Melayu Ini ?". Di samping itu mereka juga membuat pautan ke entri-entri tersebut.  Laman-laman yang saya maksudkan adalah:
 
1. Syarak Mengata, Adat Menurut, 
 
2. Tranungkite Online;  dan 

3.  FAIRUS DOTCOM.

Saya sangat gembira dan puashati, bukan sangat kerana peningkatan kunjungan pelawat itu, tetapi kerana ada pihak yang turut memanjangkan rasa jengkel, geram, sakit hati dan menyampah saya terhadap cakap tak serupa bikin pihak yang berkuasa dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu yang seoalah-olah melepas batuk di tangga sahaja.


Dari Laman  Syarak Mengata, Adat Menurut oleh Waghih.


Juga dari Laman  Syarak Mengata, Adat Menurut oleh Waghih.


Dari laman forum Tranungkite Online.



Juga sebelum itu dari laman Forum Tranungkite Online.


Laman FAIRUS DOTCOM oleh Fairus turut menyokong.


Kalau macam ni gayanya, bertambahlah semangat dan kerajinan saya untuk membuat entri setiap hari. Terima kasih kepada anda semua kerana sudi menyebarkan rasa jelek saya di blog dan laman anda mengenai perlakuan yang tidak patut oleh orang tertentu terhadap Bahasa Melayu.


25 comments:

  1. buat perabih duit ja anjurkan bulan bahasa melayu...bangganya sesetengah puak tu menamakan jalan,bangunan dgn nama2 mat saleh...

    ReplyDelete
  2. sama sgt dgn kes satu bank ni...dulu masa belum di swastakan memang Melayu sgt..tp bila dh diswastakan boleh pulak semua jabatan dn jawatan ditukar kepada BI,padahal org2 yg bekerja tkde pun bertukar jd org Inggeris pun.....kdg sy tk peduli.. selamba je letak alamat guna B.Malaysia wlaupun diminta guna BI..

    p/s nak kena baca entry en AL yg buat hot blog En Al tu..

    ReplyDelete
  3. saya singgah untuk membaca 2 entries yg hangat itu :)

    ReplyDelete
  4. HAI.. FAIRUSDOTCOM PUN TERLIBAT SAMA.. :) KIRA OKLAH TU..

    ReplyDelete
  5. Bahasa kita terpinggir di negara sendiri ... huhuhu

    ReplyDelete
  6. ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya.

    bagi saya, kalau seseorang tu guna bahasa melayu yang betul dalam pertuturan dan penulisan harian pun, takkan jatuh martabatnya. takkan nampak kekampungan dan takkan disangka orang kononnya tak tahu berbahasa inggeris.

    agaknya bila bahasa melayu betul2 dimartabatkan oleh orang melayu sendiri, baru negara lain nak hormat kita kot?

    ReplyDelete
  7. Isu bahasa ni memang tak habis diperbincangkan.

    Diperbahaskan dan dirundingkan.

    Masing-masing ada pendapat sendiri.

    Sesiapa pun berhak berkata dia betul, jangan sampai melatah sampai tak kenal bendung tak kenal jenang.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah! aura updet pak ngah muda n segar kembali...hihihih

    ReplyDelete
  9. Setidak2nya ada juga yang sedar akan apa yang tuan suarakan. Tahniah. :)

    ReplyDelete
  10. Tahniah bos :) teruskan usaha bos..hehe
    Jgn lupa promote blog sy yg xbest pon tu ekeke

    ReplyDelete
  11. Pakcik Hamzah punya penangan memang menjadi..

    Saya pun tak pasti kenapa di Putrajaya mereka guna Precint, Parcel dan entah apa apa lagi..

    dan lagi Proton dan Perodua yang menamakan kenderaan bar mereka.

    ReplyDelete
  12. Tahniah Uncle...Lebat trafik tu.. Tak perlu tayang gambor2 seksi pun boleh tarik pembaca...yg penting ilmu yg disampaikan bermanfaat kpd semua...

    Katanya kalau syarikat dan produk dihasilkan 'berbunyi Omputeh' senang nak menakluk pasaran global... Tapi Honda dan Samsung tu dah sah2 bukan bahasa omputeh tp dah menakluk dunia pun...

    ReplyDelete
  13. KAMSIAH

    BANGGA TAK BERTEMPAT .. NYAMPAH !

    ReplyDelete
  14. NYANYISUNYI

    KALAU SUSAH SANGAT, KITA JADIKAN SAHAJA BI SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN KITA.

    ReplyDelete
  15. MAMA ZHARFAN

    TERIMA KASIH. RAJIN2LAH SINGGAH SELALU.

    ReplyDelete
  16. FAIRUS

    MEMANG OK SANGAT. TERIMA KASIH KERANA TURUT MENYUMBANG.

    ReplyDelete
  17. YUNUS BADAWI

    BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG ..

    ReplyDelete
  18. GADISBUNGA

    UNCLE AGAK PESIMIS MEMANDANGKAN TREND SEKARANG INI. KINI BM DAH MACAM MELUKUT DI TEPI GANTANG.

    ReplyDelete
  19. AZIEAZAH

    SAYA MEMANG TAK KENAL APA ITU BENDUNG ?

    ReplyDelete
  20. AKUZLE AYU

    PAKNGAH CUBALAH CURI-CURI MASA MEMBUAT ENTRI, MENJAWAB DAN BW SETAKAT TERDAYA.

    ReplyDelete
  21. KAKCIK

    MEMANG SAYA PERCAYA KUASA BLOG DAN FB. CONTOHNYA MUBARAK DI JATUHKAN MELALUI FB.

    ReplyDelete
  22. FATRINA

    BLOG AWAK SUDAH DI PUBLICKAN KE SEKARANG INI ?

    ReplyDelete
  23. AUJINZ

    PAKCIK RASA ITU KERJA ORANG KITA SENDIRI YANG LEBIH ORANG PUTIH DARI ORANG PUTIH.

    ReplyDelete
  24. CIK SHINJU

    ORANG SEKARANG BUKAN TENGOK NAMA TAPI TENGOK KUALITI. MEMANG DULU PRODUK DARI LONDON SEMUANYA BERKUALITI DAN TAHAN LAMA. TAPI SEKARANG BANYAK BANYAK PRODUK DARI NEGARA LAIN SUDAH MENYAINGI BAHKAN MENGATASINYA.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.