Saya poskan entri ini semula, kerana semasa dipos kali pertama dulu ada masalah teknikal. Ada orang cakap blogspot jeles kat saya.
...................................................................................
Muka orang kecewa tak dapat ikan barang seekor pun.
Setelah membuat janji dan beberapa kali tertangguh, satu hari saya bawa Ifa dan Iqal pergi memancing kat Lukut.
Sampai-sampai je, air tengah surut. Punyalah laju. Segala sampah sarap dari Lavender Heights hulu dibawanya bersama.
Lapan jam lagi baru nak pasang semula. Tak larat nak tunggu lalu kita pun buat keputusan untuk balik. Sesampainya dalam kereta, lalu mereka mengutarakan pendapat:
"Tak acilah .. tak dapat ikan. Lain kali kita datang lagi ye Ayah"
"Tak mau ... Dulu ayah cuma janji nak bawa Ifa dan Iqal pergi memancing jer. Ayah dah bawak. Ayah tak ada janji pun nak dapat ikan"
"Alaaaaaaaaaaaa ayah ni"
.
.
.
.
.
.
Pengajarannya:
1. Kalau nak buat sesuatu, kena rancang. Jangan main terjah jer. Misalnya tengok jadual air pasang surut dulu sebelum pergi memancing.
2. Kalau pergi memancing belum tentu dapat ikan. Kalau tak pergi memancing, jangan harap nak dapat ikan. Maknanya hidup ini kena berusaha. Hasilnya bukan kita yang tentukan.
3. Kalau terpaksa berjanji, susunlah ayat betul-betul agar tidak memerangkap diri sendiri seandainya kelak janji tidak dapat dipenuhi.
1. Kalau nak buat sesuatu, kena rancang. Jangan main terjah jer. Misalnya tengok jadual air pasang surut dulu sebelum pergi memancing.
2. Kalau pergi memancing belum tentu dapat ikan. Kalau tak pergi memancing, jangan harap nak dapat ikan. Maknanya hidup ini kena berusaha. Hasilnya bukan kita yang tentukan.
3. Kalau terpaksa berjanji, susunlah ayat betul-betul agar tidak memerangkap diri sendiri seandainya kelak janji tidak dapat dipenuhi.
----------------------------------------------------
Sub-Entri
Budak di Pakistan ini barangkali sebaya dengan Ifa. Dia terpaksa memecah batu dan menjualnya untuk membantu keluarga mencari sesuap nasi. Tiada istilah bermain-main dalam kamus hidupnya. Namun dia masih mampu tersenyum manis .. barangkali dia merasa bersyukur kerana:
1. Diberi kesihatan dan boleh bekerja.
2. Ada batu yang boleh dipecah.
3. Ada pihak yang sanggup membeli
4. Ada makanan yang boleh dibeli.
Sedangkan Ifa dan Iqal hanya tak dapat ikan. Bukan untuk di makan pun, tetapi hanya untuk suka-suka. Ikan terubuk dalam peti ais tahun lepas, yang ayah beli kat Sarawak pun masih belum habis di makan.
Jadi bersyukurlah kepadaNya dan jangan banyak komplen !
.
.
.
.
Kita patut brsyukur di lahirkn di malaysia. walaupun x dpt ikan tp x perlu pecahkn batu untuk sesuap nasi
ReplyDelete- selalu singah tp x prnah komen
Lin J.
2. Kalau pergi memancing belum tentu dapat ikan. Kalau tak pergi memancing, jangan harap nak dapat ikan.
ReplyDelete.
.
errrr... sy tak pergi memancing, tp selalu je dpt ikan...
.
.
jiran yg suka memancing bagi ;D
pengajarannya :
susunlah ayat betul-betul agar tidak memerangkap diri sendiri
;D
peace no war
LIN J
ReplyDeleteBETUL KATA AWAK TU. SEKARANG AWAK DAH RAJIN KOMEN. TERIMA KASIH. MAAF LAMBAT JAWAB, SEBAB TAK PERASAN.
KTS
ReplyDeleteIKAN ORANG BAGI ATAU BELI, TAK ACI !