Hari Selasa lalu saya pergi memancing lagi. Kali ini di kolam pancing air masin kat Lukut.
Kepada sesiapa yang nak tahu satu teknik baru memancing ikan di kolam, silalah baca seterusnya. Bagi sesiapa yang nak tengok ikan yang saya dapat, silalah juga baca seterusnya. Bagi yang tidak berminat memancing, eloklah juga baca seterusnya sebagai ilmu pengetahuan. Manalah tahu kok nanti dapat boss, menantu, suami, isteri atau mertua kaki pancing boleh juga dijadikan bahan untuk bersembang.
Gambar 1: Saya mengambil pakej 3 jam dengan bayaran RM14 sejam. Selepas 179 minit melangok, saya tak mendapat apa-apa. Untuk menghilang rasa jemu, saya mengira kapalterbang lalu.
Gambar 2: Saya letih memegang joran, lalu saya sandarkan ia ke kerusi yang di sediakan untuk duduk. Pada satu masa sedang saya asyik membalas SMS anak saudara yang minta tolong tukar tempat kerja, tiba-tiba pancing saya ditarik ikan. Disebabkan kelekaaan berSMS, saya tak sempat membalas rentapannya. Ikan pun tak dapat, SMS pun tak selesai dan umpan pun habis.
Gambar 3: Saya kunci jam di henfon saya. Bila ia berbunyi menandakan sudah sampai waktu, saya pun perlahan-lahan menggulung tali pancing saya dengan rasa kecewa tapi masih tak berputus harap. Tiba-tiba saya terasa anak udang yang saya jadikan umpan, meronta-ronta. Saya tahu ini bermakna ia ketakutan kerana ada pemangsa yang akan membaham dia. Saya pun berhenti menggulung tali. Memang benar, 2-3 saat kemudian, umpan saya mengena. Puas juga saya bertarung untuk menaikkannya kerana ikan jenahak adalah di antara ikan yang agak ganas bila terkena pancing. Lain kali saya akan guna kaedah ini sebagai satu teknik baru.
Gambar 4: Inilah rupa ikan yang berjaya saya naikkan. Tewas dan terdampar di atas simin di tepi kolam. Rasa syukur yang amat sangat kepada Pemberi Rezeki di samping kepuasan yang tak dapat dijual beli.
Gambar 5: Di belakang dapur rumah saya. Muka saya sengaja dikaburkan kerana mekap saya sudah cair. Ini juga satu teknik untuk nampak ikan itu lebih besar iaitu memegangnya dekat dengan kamera. Lagi dekat lagi bagus.
Gambar 6: Inilah kolam tempat saya memancing. Harap-harap taukehnya beri saya memancing percuma selama 3 jam nanti kerana megiklankan kolam dia.
Pengajarannya.
1. Rezeki Tuhan yang beri. Kita hanya berusaha dan jangan sekali-kali berputus asa,
2. Bersungguh-sungguh mencari rezeki dan jangan sambil lewa,
3. Rezeki yang datang kena rebut tepat pada masanya. Terlewa sikit .. melepas; dan
4. Tak semestinya ada pemain import, boleh menang.
4. Tak semestinya ada pemain import, boleh menang.
mekap cair tu yang tak tahan~~keh keh~~
ReplyDeletemasak 3 rasa kah?
wah..
ReplyDeleteselalunya mcm tu.. saat akhir pasti ada rezekinya..
part gambar ke 2 tu ayu gelak besar..
hahahhaha..
jangan marah..
BUJAL X
ReplyDeleteBELUM MASAK LAGI. STOK LAMA MASIH ADA. PAKCIK TAK KISAH MAKNGAHNYA NAK MASAK BERAPA RASA. PAKCIK CUMA KISAH KALAU DIA TAK NAK MASAK.
CITARASA RINDUAN
ReplyDeleteSAMPAI HATI AWAK KETAWAKAN PANCING SAYA ..
RASANYA PANCING TU TAK MARAH.
Salam jumaat Uncle..
ReplyDeleteIkan jenahak sedap dimasak ape yer?
Cemane rasenye?
Ape makna 'kalalu'?
Uncle pakai mekap jenama ape?
Hihihihihhi.. ;p
betul3x... ade pemain import blom tentu menang..kalau menang pun xde maknanye nak bangga...nyampah!
CIK SHINJU
ReplyDelete1. TAK TAHU PULAK MASAK APA YANG TAK SEDAP .. SEMUANYA SEDAP BELAKA.
2. KALALU MAKNANYA 'MATA KU DAH RABUN'
3. MEKAP UNCLE CAP X.
4. MENANG TANPA PEMAIN IMPORT DAPAT KEPUASAN BERGANDA.
jodoh sampai di saat nak balik.
ReplyDeletehmm...
kalau cemtu saya nak balik ke mana ek? heheheh!!!
Tak semestinya ada pemain import, boleh menang.
ReplyDeleteHahahahahah sindir pertandingan semalam yea?
GADISBUNGA
ReplyDeleteJODOH BUKAN KITA YG TENTUKAN .. DIALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG. CUMA KEYAKINAN JANGAN BERBELAH BAHAGI.
KALAU TAK TAHU KE MANA NAK BALIK .. BALIKLAH KE SENAWANG.
MARINA MONROE
ReplyDeleteMEMANG PUN .. SAYA CUMA SELITKAN KAT ENTRI INI. TERIMA KASIH KERANA PERASAN.
saya membaca entry ini dengan mode senyum2 sbb ada part kelakar dan sarat dgn mesej :)
ReplyDeleteadik lelaki saya memang addicted memancing. mahu buat menantu tak? ekekeke
ReplyDeletekat area umah saya, kat sungai lalang, semenyih, banyak gak kolam pancing ikan.. meh la pancing kat semenyih pulak.. kot lah jodoh lagi bebaloi2 kat sini. hihi.. :)
ReplyDeleteEn Al blurr kan gambar muka ke gambar perut hehehe..
ReplyDeleteSalam Pak Ngah..
ReplyDeleteadeiii.. terbahak-bahak saya ketawa bila baca teknik mengambil gambar blur dan supaya ikan nampak besar tu...
Kalau gitu, saya pun nak buat gambar blur lah bila make up dah cair..:)
Apa-apapun tahniah kerana berjaya menjinakkan ikan yang ganas...
maksudnya uncle guna umpan udang hidup? macam mana udang tu boleh hidup lagi walaupun dah di cucuk badannya dgn mata kail?
ReplyDeleteSaya tak pernah memancing sekali pun seumur hidup, memancing ikan plastik kat funfair dulu masa kecik kecik, pernah! haha
tak menahan cair bab mekap
ReplyDeletemana nak dapek ikan bebanyak, sebab takut terkejut tengok muka pak ngah..(,")
kalau dah tertulis rezeki tu, saat akhir pun adalah rezekinya kan?
Kos seekor ikan:
ReplyDeleteKos langsung = RM14 X 3jam = RM42
Kos melepas = 3 jam menoreh = 100 btg pokok getah
Faedah tak ketara = hati pueh = sonyum memanjang = isteri sayang
SAYA KAKI PANCING JUGAK.. TAPI AMATUR JE. MANCING PUN KAT PANTAI JE.. SETIAP MINGGU KALAU TIADA HAL LAIN, MESTI PERGI MANCING.. SAYA MANCING MALAM. DAPAT IKAN KE TAK BIASALAH TU.. KEKADANG DAPAT IKAN GELAMA YANG KECIK2 JE.. YANG BESARPUN DURI ATAU GEMANG.. PARI BELUM PERNAH DAPAT LAGI, ASYIK TENGOK ORANG LAIN DAPAT JE..
ReplyDeleteMAMA ZHARFAN
ReplyDeleteSAYA GEMBIRA KERANA MESEJ SAYA SAMPAI.
EIRA EIXORA
ReplyDeleteKALAU SUDAH SAMPAI ADDICTED, TAK MAHULAH .. HEHE
ANAA
ReplyDeleteBARU MINGGU LEPAS SAYA PERGI MANCING KAT SEMENYIH. KAT TRAFIK LIGHT ATAS BUKIT TAK JAUH DARI JPJ.
TAK BEST KAT SITU SEBAB BANYAK SANGAT ANAK IKAN TILAPIA MENGACAU UMPAN. LAGIPUN KAT ISU AIRNYA MASIN TIRUAN.
NYANYISUNYI
ReplyDeleteSEJUJURNYA .. DUA-DUA. HEHE
NIDA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
MEKAP ORANG PEREMPUAN TAK SAMA DENGAN JENAMA MEKAP ORANG LELAKI. MEKAP PAKNGAH JENAMA MAIBELI.
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteDARI PERTANYAAN AWAK, SAHLAH MEMANG TAK PERNAH MEMANCING. KITA CANGKUK KAT EKOR DIA, HATI2 JANGAN KENA TULANG BELAKANG DIA. KALAU KENA, UDANG CEPAT MATI.
KALAU NAK BELAJAR, IKUT UNCLE SATU HARI.
KASIHIBU
ReplyDeleteBENAR SEKALI .. HAK KITO TAK DAPEK KEK ORANG, DAN HAK ORANG TAK DAPEK KEK KITO.
UMMI
ReplyDeletePANDAI UMMI BUAT KIRA-KIRA.
BETUL .. PUEH HATI TAK DAPAT NAK DINILAI DENGAN WANG RINGGIT.
ISTERI AKAN LEBIH SAYANG, KALAU KITA TOLONG SIANGKAN IKAN TU.
FAIRUS
ReplyDeleteMEMANGLAH SEMUA ORANG BERMULA DENGAN AMATUR DULU.
INGAT LAGI ENTRI INI ..?
http://al-lavendari.blogspot.com/2011/02/kisah-50-tahun-pemancing-tegar.html
kalau AL berjumpa dengan abang saya yang dok di pucung tu.tak tau lah..abang saya tu..pantang ada masa..dikolam la dia..kadang tu sampai ke perak.terengganu johor..sanggup bayar mahal untuk memancing dilaut dalam..
ReplyDeletealhamdulillah... ada jugak rezekinya... berkat kesabaran. boleh tahan jugak besarnya ikan jenahak tu...
ReplyDeleteACIK ERNA
ReplyDeletePERKENALKANLAH KEPADA SAYA .. BOLEH KITA PERGI MANCING BERSAMA. NANTI ADALAH KOMISYEN UNTUK AWAK. HEHE
TAPI LAUT DALAM NI SAYA TAK TAHAN MABUK. KALAU TAK BEROAMBAK, TAK APA.
IDASM
ReplyDeleteTAK BESAR SANGAT. CUMA 1.5 KILO JE. SAYA PERNAH DPT IKAN JENAHAK KAT KOLAM INI SEBERAT HAMPIR 4 KILO.