Ini sambungan dari entri sebelum ini. Terima kasih kepada semua yang membaca dan memberi komen. Hati saya sebak bila membaca komen ini.
zdiana said...
mengikuti blog en.. kebetulan n3 kali ni ada gmbr arwah ayah saya sekali dalam 2 gmbr yang ada..:)
Tidak sangka ada anak arwah sahabat saya yang mengikuti blog ini. Saya tidak dapat mengagak Zdiana ini anak siapa kerana sudah 4-5 orang rakan se kadet saya telah kembali mengadap Maha Pencipta. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh bapa beliau serta diletakkan bersama-sama roh orang-orang yang soleh. Amin.
Terima kasih Zdiana kerana mengikuti blog Pakcik. Mungkin esok lusa, Pakcik pula akan dipanggil mengadapNya.
.......................................................................................
Sekarang saya sambung entri sebelum ini. Termasuk dalam kandungan kursus Kadet PTD ini ialah modul dengan pasukan Polis. Kami di tempatkan di Maktab Polis Kuala Kubu Baharu. Saya dah tak ingat berapa lama tempoh penempatan itu. Di sini ada kuliah dan juga aktiviti luar kelas seperti berkawad, menembak dan sebagainya. Inilah kali pertama saya belajar menembak menggunakan pistol dan juga senapang M16.
Gambar 1: Di hadapan Maktab Polis Di-Raja, Kuala Kubu Baru.
Gambar 2: Bergambar bersama jurulatih kawad yang berdiri di tengah-tengah tu. Nampa je dia tak tak berapa tinggi, tetapi garangnya bukan main.
Gambar 3: Kiri kanan kiri kanan .. rasa macam kena buli je ! Sebenarnya latihan kawad ini mengajar kita disiplin serta erti kepatuhan yang tidak berbelah bagi.
Gambar 4: Bersama rakan-rakan di luar bilik penginapan selepas berkawad.
Gambar 5: Topi tu macam senget je .. tak ada gaya polis langsung.
Gambar 6: Berdiri tegak bersedia mendengar dan mematuhi arahan yang diberi.
Gambar 7: Masa bersantai dan mengambil oksijen.
Gambar 8: Ramai juga kadet bukan Melayu pada pengambilan kali ini.
Gambar 9: Dalam bilik kuliah pun dia orang nak hisap rokok. Pada masa itu peraturan menghisap rokok masih longgar lagi.
Gambar 10: Lepak-lepak di luar dewan makan sebelum jamuan makan malam. Nak makan dengan polis ni kena pakai smart.
Gambar 11: Gambar di hari tamat latihan. Ramping sungguh pinggang saya pada masa itu ..
Gambar 12: Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar juga turut hadir di hari tamat latihan kami.
bersambung nanti modul bersama Tentera pula ...
Sekarang masih adakah latihan seperti itu?
ReplyDeleteperut semua masih rata lagi~he~~
ReplyDeletebak kerengge ...
ReplyDeleteIsh... kalau PTD kena masuk kursus gini sekarang ni.... tentu ramai yang dah cabut ...
pakngah kelihatan sangat muda masa ni..:)
ReplyDeleteSinggah baca cerita. Seronok cerita peristiwa lama2 nikan.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteseluar bolt bottom la :). tp saya dulu kadet tk berapa nk suka kawad...tp suka betul tgok org kawad...
ReplyDeleteBukan saja setakat boleh hisap rokok tapi rambut pun nampak ramai yg panjang. Special betul pegawai2 PTD ni hehehe
ReplyDeleterasanye masa dulu kerjanya tak adalah stress mcm hari ni..betul tak pakcik?..pasal cukup oksigen :)
ReplyDeletemmg sungguh kerengge, pak ngah. ayat mukaddimah tuh sungguh menyayukan tp itulah hakikat setiap insan kan? uhux!!
ReplyDeletesaya juga sebak membaca dek kerana memikirkan hidup di dunia pasti akan berakhir tetapi sy kelihatan seakan terlupa akan hakikat tersebut..
ReplyDeleteKAKCIK
ReplyDeleteADA LAGI KOT .. SAYA PUN TIDAK PASTI.
BUJAL X
ReplyDeleteBOLEH NAMPAK KAKI SAMBIL BERDIRI TEGAK.
CHIK ATT
ReplyDeleteORANG SEKARANG LAGI KUAT SEMANGAT DARI ORANG DULU .. LAGIPUN NAK DAPAT KERJA SUSAH SEKARANG NI.
YUS
ReplyDeleteMEMANGLAH NAMPAK MUDA 30 TAHUN DULU. ITU HUKUM ALAM.
KUNANG-KUNANG
ReplyDeleteMEMANG NOSTALGIA .. TAPI DALAM MASA YANG SAMA, HATI JUGA SAYU BILA MELIHAT GAMBAR SAHABAT YANG TELAH TIADA.
MAYA MAYANA
ReplyDeleteBOLEH KE ELAKKAN DARI BERKAWAD ? KAKCIK TANYA SEKARANG NI ADA KE LATIHAN MACAM TU LAGI ?
YUNUS BADAWI
ReplyDeletePERKHIDMATAN INI ADALAH PENINGGALAN BRITISH .. DULU DIKENALI SEBAGAI PEGAWAI 'MCS'. AGAKNYA MASA ITU MASIH ADA LAGI SIKIT SAKI BAKI BUDAYA BRITISH.
IEDA79
ReplyDeleteMASA MULA-MULA KERJA DULU, MEMANG KURANG STRESS. POLITICIAN PUN TAK RAMAI YANG CERDIK. MISALNYA KALAU KITA BUAT UCAPAN, DIA ORANG BACA BULAT2. SEKARANG DAH LAIN. NASIB BAIK PAKCIK DAH PENCEN.
AKUZLE
ReplyDeleteMEMANG SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MERASAI MATI. TIDAK MENGIRA UMUR.
FUAD ANSARI
ReplyDeleteSAYA PUN TERKADANG MUDAH LUPA. TAPI SEGERA DIINGATKAN BILA BADAN DAH MULA SAKIT2 DAN TIDAK SECERGAS MACAM DULU.
Gambar 5: Tak ada rupa polis lansung kerana rambut tu panjang sangat, ditolak oleh semangat topi.....cuba potong rambut macam rekrut, ngamlah
ReplyDeleteHahaha. Sangkutan je.
Delete