Bila saya melihat judul drama tersebut, saya segera teringat entri yang pernah saya buat sebelum ini. Saya keliru, samada ia berkaitan dengan rendang yang boleh dimakan dengan lemang ..
atau berkaitan dengan rendang sepohon pokok mata kucing ..
atau berkaitan dengan rendang sepohon pokok mata kucing ..
Ada sesiapa tak, yang tak keliru ? Kalau ada yang keliru bolehlah luahkan di sini !
Selain dari rendang itu dan rendang yg lagi satu tu, ada satu lagi rendang yang ramai orang tak tahu.
ReplyDeleteDi sebelah utara, di kalangan orang Banjar/Utara, kami sebut goreng itu sebagai “rendang” juga, contohnya, ikan rendang, telur direndang.... dsb.
saya tak dengar lagi tajuk ni - jadi rasanya .....sepohon yang rendang kot...
ReplyDeleteAssalam AL.nak kena dengar jugak cara disebut dan kena tengok cerita ni kan..malangnya..tak sempat tengok pulak tadi..
ReplyDeletesaya x sempat tengok cerita ni, tapi dari sinopsis ceritanya, rendang itu merujuk kepada erti 'rendang pokok' tu.. kasih sayang yang redup, dan mendamaikan.. hehee
ReplyDeletesalam idul adha uncle!
Paparan al-lavendari mengingatkan saya kepada bagusnya zaman e dikenali orang sebagai e pepet dan e taling. Al-lavendarikah yang sokong gergasi-gergasi bahasa kita dulu untuk membuang tanda huruf tu? Hehehe.
ReplyDeleteTanpa tanda pada e, banyak masalah boleh timbul. Misalnya, sukar orang nak tahu apa sebenarnya yang dilakukan oleh sang suami (kira suami jahatlah!) yang 'menyepak' isterinya. Ini cerita suami guna tangan atau kaki? Bila menyepak, bahagian mana tubuh isteri yang disakitkannya?
Mari berdemonstrasi secara aman, minta DBP rujuk semula 'tanda atas huruf' yang sudah diceraikan dengan talak tiga lama dulu.
Mari berdemonstrasi secara aman, minta DBP rujuk semula 'tanda atas huruf' yang sudah diceraikan dengan talak tiga lama dulu.... saya pun amat bersetuju dgn saranan Pak Temuk di atas
ReplyDeletesaya yg mengajar budak2 tahun satu selalu pening dgn 'bunyi huruf e' ini, terpaksa beri contoh dan bunyikan setiap perkataan banyak kali..
saya juga ragu-ragu nak baca al-lavendari kah atau al lavendari?
ReplyDeleteTemuk... takkan sikit-sikit nak pi demo. DBP 'tidur' lama sangat dah. pi demo pun depa bukannya nampak!
Assalamualaikum Tn Hj..,
ReplyDeletememang penggunaan hurup e pada perkataan tu mengelirukan ,jika dilihat semula semasa penggunaan (e tanda)masa saya sekolah rendah dulu...pasti dapat dibezakan rendang dgn rendang....cara penyebutan dan maknanya..allahua`lam..
alahai, pak temuk. usus sy berasa sungguh geli sekarang psl teringat psl kesah 'e' neh di'tidaksenonoh'kan oleh kwn2 masa kt skola dlu.
ReplyDeletepak ngah, sy rasa kedua2nya boleh. rendang pokok sgt disukai oleh sesiapa shj jdnyer semua ingin berteduh d situ. spt kasih semua org ingin berkasih syg n merasainyer. atoii!! harap2 maksud sy kesampaian. manakala rendang daging juga disukai ramai spt pokok yg rendang. jd, sy rasa ini tajuk yg genius skali n pujian harus diberikan kpd penulis skripnya. apa pandangan pak temuk mengenai pandangan sy ini?
Tiada larangan sama sekali akan penggunaan "é" (taling). Tinggal lagi hanya kita yang tidak atau malas menggunakannya. Dahulu "ĕ" (tanda) adalah pepet, namun sekarang, pepet tidak ditandakan, sebaliknya taling "é" yang ditandakan sama ada "acute: é" atau "grave: è". Itu saja..!
ReplyDeleteMaaf al-lavendari, kena 'masuk' sekali lagi. Sebab dua tiga rakan sebut nama Temuk. IBUINTAN, tak mengapalah kita bersetuju dgn IM, benda taling dgn pepet tak payahlah demo depan DBP. Hehehe. Yg lebih penting, pemertabatan BM tu.... zaman arwah Tuan Syed Nasir BM nampak gagah... Zaman tu masyarakat & politik Malaysia pun tak macam zaman ni. AKUZLEAYU, kegelian usus yg berkaitan dgn e tu rasanya saya boleh agak 'al-kisahn'nya. Hehehe.
ReplyDeletetuan hj,
ReplyDeletesaya sokong..
1) kak Azieazah, sebab kat sebelah kg saya ni memang sebut goreng tu rendang..
2)ibuintan, sebab saya pun mengalami masalah yang sama tahun lepas masa ajar BM tahun 1.. murid-murid linus pulak tu....
3) insan_marhaen, sebab saya pun susah jugak nak sebut al-lavendari dengan betul.. pasal tu lebih mudah panggil tuan hj je..
berbalik pada entry tuan hj.. kalau saya tak tengok gambar tersebut memang keliru...
*maafkan saya komen mengalahkan panjang entry.. :) selamat hari raya!
singgah jalan2..
ReplyDelete1 perkataan yg sama tapi maksud yang berbeza.
rendang tak berbuah
-pokok tu rendang tapi tak de buah
atau
-kiah tu dahla pendek rendang pulak tu..rendang (rendah) dan gemuk.ehhe(gurau je)
saya rasa Rendang pokok kot... hahahha...
ReplyDeletesalam Tuan..
ReplyDeletesedap nampak
rendang tu..
AZIEAZAH
ReplyDeleteITU SATU PENGETAHUAN YANG BARU BAGI SAYA. KALAU BEGITU PISANG GORENG BOLEH KAH DIPANGGIL PISANG RENDANG ?
SONATA ANAK KANCIL
ReplyDeleteSAYA PUN RASA BEGITU.
ACIK ERNA
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
SAYA MEMANG SANGAT JARANG TENGOK DRAMA/CERITA KAT TV SEKARANG NI. KALAU TERTENGOK PUN TAK PERNAH HABIS.
FATIN MRAZ
ReplyDeleteTENTULAH BERKAITAN DENGAN RENDANG POKOK .. CUMA PAKCIK NAK TARIK PERHATIAN TENTANG KEKELIRUAN BILA HURUF 'E' TANDA TAK DIGUNAKAN LAGI.
ABANG TEMUK
ReplyDeleteSAYA TAK LARAT NAK BERDEMO .. MATA SUDAH TAK TAHAN DENGAN GAS PEMEDIH MATA.
LAGIPUN SEPERTI KATA INSAN MARHAEN, BERDEMO BUAT MENGHABISKAN BERAS JE.
IBUINTAN
ReplyDeleteKALAU DENGAN MURID-MURID BUKAN MELAYU, RASANYA LAGI SUSAH UNTUK MEMAHAMKANNYA.
INSAN MARHAEN
ReplyDeleteSAYA PUN TAK PASTI MACAMANA NAK BACA NAMA SAMARAN SAYA .. AL-LAVENDARI ATAU AL-LAVENDARI ?
AZMNOR
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
BANYAK MENIMBULKAN KEKELIRUAN TANPA E TANDA .. MISALNYA SPT KATA ABG TEMUK. SEPAK DENGAN TANGAN (KALAU GUNA E TANDA) DAN SEPAK DENGAN KAKI (KALAU TAK GUNA E TANDA)
AKUZLE AYU
ReplyDeleteMUNGKIN JUGA SEPERTI KATA AWAK, PENULIS SKRIP CERITA INI INGIN BERMAIN DENGAN KATA-KATA. KALAU BETUL, MEMANG OTAK DIA BERGELIGA.
BUDI RIJALI
ReplyDeleteWAH .. INI SUDAH BAGUS. SAYA TAK TAHU MACAMANA AWAK TAIP TANDA E TALING DAN E PEPET ITU. SAYA TAK JUMPA TANDA TU DI PAPAN KEKUNCI. MACAM MANA AWA BUAT ?
ABANG TEMUK 2
ReplyDeleteTAK PERLU MINTA MAAF. MASUK LAH BERAPA KALI KALAU SUDI.
SAYA PULAK YANG TAK DAPAT NAK AGAK KISAH LUCU BERKAITAN HURUF 'E' ITU.
EJAESCOBART
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA BERKONGSI PENGETAHUAN TENTANG MAKNA GORENG DAN RENDANG.
SEKARANG BARU SAYA SEDAR KESULITAN YANG DIHADAPI OLEH GURU-GURU YANG MENGAJAR BM.
HAPPYIRFA
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI MEMILIH LAMAN INI UNTUK PERSINGGAHAN.
SAYA RASA, UNTUK ORANG, LEBIH SESUAI DI GUNAKAN ISTILAH 'RENDAH' BERBANDING 'PENDEK'. ENTAHLAH .. SAYA PUN TERKELIRU DALAM HAL INI.
AUJINZ
ReplyDeleteAPA KATA KITA RENDANG JE POKOK TU ..
ZULKBO
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
JANGAN MUDAH TERTIPU DENGAN PANDANGAN MATA .. HEHE
tqvm, Pak Temuk utk respons itu. pak ngah, anda mempunyai kwn2 yg ber'otak' putih manakala kwn2 sy ber'otak' biru...;-))
ReplyDeleteAKUZLE AYU
ReplyDeleteENTAHLAH .. SAYA PUN BELUM PERNAH TENGOK OTAK SAYA, WARNA APA.