Inilah susahnya bila tak ada huruf 'e' tanda atau 'e' pepet. Saya lebih senang memanggilannya dengan 'e' tanda. Saya tak tahu nak sebut samada perkataan Bera seperti menyebut perkataan 'beras' atau Bera itu seperti menyebut perkataan 'becak'.
Macam mana nak tunjuk rupa 'e' tanda. Kat papankekunci ini tak ada huruf 'e' tanda. Masa saya sekolah rendah dan menengah dulu ada huruf 'e' tanda. Huruf 'e' tanda itu adalah huruf 'e' yang ada tanda atas kepalanya. Macam kat bawah.
Sebesar itu sahajalah yang dapat saya tunjukkan. Nampak tak ?
Tak tahu pulak bila huruf "e" tanda itu berhenti digunakan. Oleh kerana sekarang ini kita sudah tidak menggunakan lagi huruf 'e' tanda, saya sering keliru tentang maksud sesetengah perkataan. Contohnya.
semak - boleh merujuk kepada perbuatan memeriksa dan boleh juga bermaksud keadaan kebun yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang tidak diingini.
perang - boleh merujuk kepada warna atau pun berlawan dengan musuh negara dengan senjata api.
bedah - boleh bermaksud nama orang atau pun boleh juga bermaksud belah perut.
tekad - boleh bermaksud azam atau pun boleh bermaksud sejenis kerja tangan.
sepah - boleh bermaksud sisa atau pun boleh bermakna membuat sampah/benda merata-rata. Saya pun tak tahu nak menyebut dengan betul nama Kumpulan Sepah, samada dengan "e" tak bertanda atau dengan "e" bertanda.
bela - boleh bermaksud mempertahankan dan juga boleh bermaksud memelihara.
Akan timbul kekeliruan bila kita berjumpa kenyataan seumpama ini:
"Peguam tersohor itu membela seorang artis popular"
Adakah ia bermaksud peguam itu mempertahankan artis itu atau dia memelihara artis itu atau kedua-duanya betul ?
Kalau dua-dua betul adakah akan beginikah ayatnya "Peguam tersohor itu membela artis yang dia bela"
Sekarang nampak tak akan kepentingan 'e' tanda itu ? Alangkah bagusnya kalau 'e' tanda itu digunakan semula.