Ini adalah sambungan kepada cerita lawak oleh seorang MB yang saya pernah saya ceritakan sebelum ini. Kalau sesiapa yang belum baca dan ingin nak membaca, pautannya ada di sini.
Cerita 2: Cari Panglima
Setelah kematian panglima akibat terkena penyakit kencing tikus, Raja ingin segera mencari penggantinya. Lalu dikerahkan rakyatnya yang berminat berhimpun di sebuah padang. Mereka kemudiannya dibariskan di hadapan baginda.
Kemudian baginda pun bertitah:
"Oleh kerana bilangan yang berminat untuk menjadi panglima adalah ramai, beta telah menetapkan beberapa syarat sebelum layak di pilih. Syarat pertama, calon mestilah tidak takutkan bini. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang takutkan bini, sila undur selangkah kebelakang"
Selepas mendengar titah baginda, seorang demi seorang secara perlahan-lahan berundur selangkah ke belakang hinggalah tinggal seorang.
Baginda agak terperanjat dan kecewa ..
"Ciss tak guna, masing2 takutkan bini. Nasib baik ada sorang yang tak takutkan bini" baginda berkata-kata di dalam hati.
Kemudian baginda pun menitahkan lelaki yang tidak berundur tadi dibawa kehadapannya, lalu bertitah:
"Oleh kerana tiadak siapa lagi yang layak, kecuali kamu, maka kamu beta lantik menjadi panglima beta yang baru. Tetapi sebelum itu beta ingin tahu, apakah rahsia kamu tidak takutkan bini ?"
"Ampun tuanku, sembah patik harap diampun. Adapun patik tidak mempunyai sebarang rahsia Tuanku. Cuma sebelum datang tadi, isteri patik telah berpesan supaya jangan berundur walau apa pun cabaran yang mendatang, Tuanku"
Apakah mesej yang anda faham yang ingin disampaikan oleh MB tersebut melalui lawak ini ?
Kepada saya, ia membawa mesej supaya kita jangan cepat terpesona dengan kehebatan luaran seseorang tanpa menyelidiki latarbelakangnya.
Soalan Tambahan.
1. Siapa yang pertama kali mendengar lawak ni ?
2. Siapa yang belum pernah lagi dengar lawak ni ?
Ada ke yang angkat tangan dua kali ?
Cerita yang saya pernah dengar/baca dalam versi yang berbeza walaupun jalan ceritanyan adalah sama.
ReplyDeleteKisahnya berlaku di sebuah masjid. :)
saya lom pernah dengar lagi.. ni first time.. cuma heran, pesal raja tu nak orang yang tak takut bini.. kot ler kata tak takut musuh, lain ler.. hihi...
ReplyDeleteSaya 1st time dgr lawak ini. heheh
ReplyDeleteUncle dah bukak kotak komen..yeaayyyyyy....
Saya tak pernah dengar dan ini baru pertama kali dengar (kurang pergaulan dan kurang membaca agaknya)
ReplyDeletekepada saya ia membawa mesej begini : sehebat mana pun lelaki walaupun bergelar panglima atau ketua sekalipun, yang berkuasa sebenarnya ialah masih seorang isteri...
ekekeee...tak gitu?
lum pernah dgr lagi uncle.tp lelaki akhir tu pun takut bini gak..hehe
ReplyDeleteassalam..
ReplyDeletesy pun bru dgr
ha.... cita yang dah boleh di komen....kalau tak sebelum nie cuma baca n3 je komen tak boleh...he..he semoga tuan haji sihat hendaknya... saya tak tau nak komen apa pasal n3 tu tuan haji
ReplyDeleteKAKCIK.
ReplyDeleteYE KE ? SAYA BARU PERTAMA KALI DENGAR.
ANAA
ReplyDeleteKALAU KAT BINI PUN DAH TAKUT, APA LAGI KAT MUSUH !
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteSAMA LAH KITA, BARU 1ST TIME DENGAR.
QUEENIE
ReplyDeleteSEDIKIT SEBANYAK DALAM HAL TERTENTU, ADA JUGA KEBENARANNYA.
LYDIA MIZA
ReplyDeleteTULAH YANG KELAKARNYA !
MAIYAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
KITA SERUPA.
ATIE
ReplyDeleteSAYA SUDAH SIHAT 99% .. CUMA ADA BATUK SIKIT-SIKIT SEKALI SEKALA.