Walau jam sudah melewati 12 tengah malam, MB masih bersemangat untuk berucap.
Baru-baru ini saya telah diundang ke satu jamuan makan malam ramah mesra dengan seorang Menteri Besar. Di samping mendengar cerita kejayaan dan perancangan yang ingin dilakukan, saya tertarik dengan DUA cerita jenaka yang diselitkan dalam ucapan beliau. Dalam ketawa ada mesej yang tersirat.
Cerita 1: Raja Nak Cari Menantu Untuk Puterinya.
Tersebutlah kisah seorang raja berhajat untuk mencari calon suami untuk puterinya yang cantik jelita dan muda remaja. Pada suatu pagi dihimpunkan kesemua pemuda-pemuda yang layak di seberang sebuah sungai yang di penuhi dengan buaya ganas. Lalu baginda bertitah:
"barang siapa yang berani berenang menyeberangi sungai ini, akan beta jodohkan dengan puteri beta".
Selepas beberapa lama, sehingga matahari tegak atas kepala, baginda merasa amat kecewa kerana masih tiada seorang pun dari pemuda-pemuda tersebut yang berani menyahut cabaran baginda. Lalu baginda pun bersiap-siap untuk berangkat pulang.
"Tak boleh harap" dengus baginda.
Dalam pada bersiap-siap itu, tiba-tiba terdengar bunyi "gedeburrr" dan kelihatan seorang pemuda berenang dengan amat pantasnya menyeberang sungai menuju ke tebing.
Baginda pun tersenyum dan sebaik pemuda tersebut selesai naik ke darat, pemuda itu dibawa mengadap baginda. Lalu baginda pun bertitah:
"Syabas orang muda. Kamu akan beta kawinkan dengan anakanda beta. Tetapi sebelum itu, beta ingin bertanya, dari manakah kamu mendapat keberanian untuk berenang menyeberangi sungai tersebut ?'
Lalu dijawab oleh pemuda tersebut sambil tercungap-cungap kepenatan:
"Ampun tuanku .. sembah patik harap di ampun. Ada pun patik bukanlah berani sangat Tuanku .. tetapi tadi patik telah ditolak oleh kawan patik Tuanku !"
Habis sahaja cerita tersebut, gelak para hadirin pun berderai dan ada yang bertepuk tangan. Itu membuatkan MB bersemangat untuk membuat cerita kedua (walaupun jam telah melewati jam 12 tengah malam) yang akan saya ceritakan dalam entri yang akan datang.
Apakah mesej yang dapat anda fahami dari lawak di atas ?
.
baca tajuk ingatkan blog ni buat peraduan cari menantu tadi. teringin gak nak join. hik3..
ReplyDeletehahhahaa buat suspen je...:) jap nak pk...
ReplyDeletekadang2 orang kalau nak buat kerja kena "push"~
ReplyDeleteSalam Tn Hj...
ReplyDeletesemua orang ada kebolehan dan kelebihan sendiri tapi tidak punya keyakinan pada kebolehan dan kelebihan tersebut....
bila dah terpaksa segala kesusahan dan kepayahan dpt di atasi....
ReplyDeleteJika dah terdesak atau tiada pilihan,kita mampu lakukan ape saja..
ReplyDeleteKita tak tau kemampuan kita selagi x mencuba..x reti la nak susun ayat,tapi itulah yg saya faham dr citer tu...
Kalau terdesak, semua boleh jadi.
ReplyDeleteBila di desak dan dalam keterpaksaan, kerja yang mencabar pun boleh jadi mudah, andai ada kemahuan. Ini kot moralnya.
ReplyDeletelembu punya susu sapi dapat nama? ngeee~
ReplyDeletehaha. teringat kesah sorang nenek yang kena kejar anjing. longkang besar pun dia boleh lepas.
ReplyDeleteAssalam..
ReplyDeletePernah baca kisah ni dulu...
Kalau dah terdesak, terpaksa, seseorang tu akan lakukan apa sahaja utk selamatkan diri..
kalau tidak terpaksa kita tak tahu kebolehan kita
ReplyDeleteMenteri Besar mana tu pakcik?
ReplyDeletekouta ada 3 lagi ni
ReplyDeletesaya rasalah -- kalau tidak kerana terpaksa, dipaksa atau kerana keadaan memaksa, kita tak mungkin hendak buat sesuatu yang dianggap berisiko...sukar dilaksanakan..erm..betul kot??
ReplyDeletesalam singgah sini Tuan..
ReplyDeletetengok2 kut ada peluang ke
saya nih..he he
MRPENYUBIRU
ReplyDeleteANAK AWAK DAH BESAR KE ?
MATAHARI NAMAKU
ReplyDeleteLAMANYA AWAK PK !
TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH KALI PERTAMA.
BUJAL X
ReplyDeleteTAPI JANGANLAH JADI MACAM PAHAT DENGAN PENUKUL !
AZMNOR 1 & 2
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
SETUJU .. KADANG2 KITA TEMUI KEBOLEHAN KITA BILA TERPAKSA.
CIK SHINJU
ReplyDeleteBETULLAH APA YANG AWAK CAKAP TU ..
AKAR TUBA HALUAN PERAHU
BELUM CUBA BELUM TAHU !
KUNANG-KUNANG
ReplyDeleteBETUL .. TAK PANDAI PANJAT POKOK PUN BOLEH JADI PANDAI, KALAU DI KEJAR HARIMAU !
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteIA BERKISAR KEPADA KEMAHUAN DAN KEPERLUAN, BAK KATA PEPATAH INGGERIS.
'NECESITY MOTHER OF INVENTION'
GADISBUNGA
ReplyDeleteBUKAN KE LEMBU DAN SAPI TU, MERUJUK KEPADA HAIWAN YANG SAMA ?
ORANGLIDI
ReplyDeleteKALAU MASUK OLIMPIK PUN MUNGKIN BOLEH MENANG ACARA LOMPAT JAUH.
IZA
ReplyDeleteWAALAIKUMSALAM
BETUL .. KALAU DAH TERDESAK ATAU TEPAKSA, JIKA JADI KUAT DAN KREATIF.
IBUINTAN
ReplyDeleteDALAM LAIN PERKATAAN, KALAU KITA TERLAMPAU SELESA, KITA JADI MALAS DAN BEKU !
MOMMY FARA
ReplyDeleteMB NS !
CEMOMOI
ReplyDeleteHARUSKAH DIPENUHKAN KUOTA ITU ?
SITI MURNI
ReplyDeleteTEPAT SEKALI CAKAP AWAK ITU .. TETAPI CERITA MB ITU ADA MESEJ LAIN YANG INGIN DISAMPAIKANNYA. NANTI SAYA CERITAKAN DALAM SAMBUNGANNYA NANTI.
ZULKBO
ReplyDeletePELUANG AWAK SENTIASA TERBUKA. MUNGKIN AWAK TERGOLONG DALAM KATEGORI 3T .. TERINGIN TAPI TAKUT !
mesejnya :
ReplyDeletejangan duduk atau berdiri atau mencangkung atau berbaring di tepi sungai yang ada banyak buaya ganas
KTS
ReplyDeleteSETUJU .. KECUALILAH KEPADA SPESIS YANG SERUMPUN.