Friday, April 15, 2011

SAYA SEBAK BILA AHMED BURHAN TEE BERCERITA .


Utusan Malaysia - 11 April 2011. Selanjutnya di sini.


Saya suka mendengar radio IKIM dalam kereta semasa dalam perjalanan pergi balik ke pejabat. Salah satu rancangan yang saya suka ikuti ialah "Islam Agama Ku" yang menampilkan saudara baru menceritakan pengalaman mereka sebelum dan selepas menjadi seorang muslim. Kira-kira 2 minggu lalu (tarikh sebenar tak ingat) saya dengar kisah Sdr Ahmed Burhan Tee.  Saya pertama kali mendengar namanya.  Rupanya beliau ini adalah adik bongsu kepada Ust. Radhuan Tee Abdullah, seorang pendakwah dan pengacara tv yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Dia sebak bila diajukan soalan tentang ibunya yang sudah terlalu tua yang tinggal bersamanya yang masih belum mendapat hidayah.

Satu kenyataan beliau yang sangat mengesankan saya ialah (lebih kurang begini)

"kalau saya melihat kepada perangai orang-orang Melayu, rasanya sampai bila-bila pun saya tidak akan memeluk ugama Islam"

Bila ditanya oleh pengacara kenapa ?

Dia memberitahu bahawa bapanya seorang pekedai runcit di kampungnya yang majoriti didiami orang Melaya. Dia melihat sendiri keburukan perangai orang Melayu antaranya yang kurang rajin, suka berhutang, meminum arak dsb. Dia macam teragak-agak bila menjawab soalan ini. Apa yang dikatakan oleh Burhan itu kemudiannya di sokong oleh rencana akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 April 2011 seperti yang di paparkan di atas.

Saya cuba mencari siapakah Burhan Tee ini  di internet. Alhamdulillah saya terjumpa rencana mengenainya dalam Utusan Malaysia on-line di sini

Apa pandangan anda semua mengenai kenyataan Sdr Ahmad Burhan berhubung dengan perangai orang Melayu ?



p/s: Anak saya (Kakngah) yang menyambut ulangtahun kelahirannya pada 12.4.2011 ada membuat entri mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi ucapan lewat entri saya . Dia minta saya linkkan entrinya seperti di bawah ini:

http://norha2nd.blogspot.com/2011/04/3in1.html
.
.

30 comments:

  1. Salam Jumaat Tn Hj..,

    Semuga di berkati Allah dan sihat hendaknya... Insyaallah...aaminnn...

    Saya pun ada mendengar siaran itu Tuan dan saya ada melihat dalam TV 9 juga berkenaan pengalaman adik Dr redzuan Tee tu....

    Memang ada kebenarannya komen beliau mengenai org melayu dan kita sebagai org melayu dan islam kena mengambil pandangan beliau itu sebagaiteguran yg jujur dan berusaha utk memperbaikinya...

    ada satu lagi keburukan peragai org melayu tu Tuan... suka skodeng pempuan mandi...

    ReplyDelete
  2. AZMNOR

    SALAM KEMBALI.

    YA .. YA .. BETUL. SAYA TERLUPA. MEMANG ADA DIA SEBUT DALAM RANCANGAN ITU .. KAKAK DIA KENA SEKODENG DEK PEMUDA MELAYU KETIKA MANDI.

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat Tn Haji..,

    Terima kasih juga pada Tuan link kan blog kakngah....

    "bagaimana tuangnya bagitu lah kuehnya...."

    ReplyDelete
  4. Kena ambil ikhtibar daripada cerita ini... Sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri..

    ReplyDelete
  5. Semoga mereka mendapat hidayahNya.

    Semoga saya mendapat pengajaran dari teguran yang jujur itu.

    Semoga Allah menunjukkan kita semua ke jalan yang benar....

    Semoga anak-anak kita terdidik dengan moral dan agama yang tinggi...

    ReplyDelete
  6. benda2 macam tu (pasal melayu) ada disebut dalam Interlok. Malas, suka berhutang, tapi minum arak takde la sebut sebab masa tu melayu belum se advanced sekarang.

    *saya sendiri pun malu dgn melayu terutamanya yg kaki rasuah. hm~

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum tn hj..

    saya duk kampong..pelanggan saya 90% orang melayu duk kampong tp saya takkan ceritakan keburukan mereka..walau saya sedih dengan perilaku mereka tapi pengalaman duduk di kampong memberi saya ilmu bahawa orang melayu ini ada keunikan yang tersendiri tetapi hanya keburukan yang ditonjolkan

    ReplyDelete
  8. As salam Uncle...

    Anak2 Melayu selesa gaknye duduk di negara sendiri...byk subsidi..skolah pun ditanggung..

    Perkataan Melayu tu pun dah menggambarkan kelayuan semangat untuk berjaya..

    Kebanyakan Melayu yg berjaya asalnya dr kehidupan yg susah mase kecil..

    Dr M dah lama nampak masalah sikap org2 Melayu ni..susahnya nak membangkitkan semangat Melayu baru..

    Adakah dgn menghapuskan keistimewaan Melayu boleh membuatkan org Melayu menjadi lebih rajin? (soklan utk Uncle)

    *** blog saya tpkse diprivatekan,
    ade kesilapan teknikal mase nk tukar template smlm..

    ReplyDelete
  9. islam yang diwarisi macam tulah. berbeza bagi yang baru mengenal isalam, nikmatnya tak terhingga...semoga Allah memberi petunjuk danhidayah kepada kita semua kejalan yang benar.

    ReplyDelete
  10. hepy belated besday to anak en hamzah... ;d

    ReplyDelete
  11. ntah la takdir apa yang meanda orang melayu ni gamaknya

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum, Tuan Haji,

    Dunia dah akhir zaman kut, orang Islam menjauhi ajaran Islam, Orang bukan Islam mendekati Islam. Semuga orang melayu tidak terlalai, dan mengambil iktibar diatas semua yang terjadi, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  13. Jika kita (orang Islam) masih belum sedar, maka sedarlah...
    Kerana kita kekadang terlebih kebelakang daripada saudara baru.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,

    Janganlah dipukalkan semua orang melayu begitu. Apa pun kita patut ambik peduli juga dengan apa yang beliau kata.

    ReplyDelete
  15. Betul apa yang ahmed Burhan katakan itu...

    Ramai orang Melayu berjenama Islam jer...ISinya takder..


    Fakta Menarik Tahun 2011

    ReplyDelete
  16. AZMNOR

    SALAM SABTU.

    "AN APPLE DOESN'T FALL FAR FROM THE TREE" - KATA ORANG PUTIH KAN !

    ReplyDelete
  17. ANIF

    ITULAH SIKAP YANG BAIK, BERSEDIA MENERIMA TEGURAN DAN BERUSAHA MEMPERBAKIK DIRI.

    ReplyDelete
  18. MOMMY FARA

    SEMOGA UMAT ISLAM BEROLEH KEJAYAAN WALAU DI MANA MEREKA BERADA.

    ReplyDelete
  19. GB

    UNCLE BOLEH CERITA YANG LEBIH TERUK DARI ITU .. TAPI IBARAT MENEPUK AIR DI DULANG, KATA ORANG TUA-TUA ..

    TAPI MAJORITINYA TAKLAH BEGITU.

    ReplyDelete
  20. ROM

    WAALAIKUMSALAM

    KEPADA SAYA ORANG YANG HEBAT ADALAH ORANG YANG BERSEDIA MENERIMA KRITIKAN TENTANG KELEMAHAN DIRI SENDIRI DAN SETERUSNYA BERUSAHA MEMPERBAIKINYA.

    PEMIMPIN TERTINGGI KITA TERMASUK PM SENDIRI PERNAH MENDEDAHKANNYA DAN MEMINTA KITA BERUBAH SIKAP.

    NAMPAKNYA KITA KENA BUAT 'REVOLUSI MENTAL' SEKALI LAGI.

    ReplyDelete
  21. CIK SHINJU

    WAALAIKUMSALAM

    SETUJU DENGAN PANDANGAN JU. DR M TELAH MENULIS TENTANG 'MALAY DILEMMA' LAMA DULU.

    MENGHAPUSKAN SUBSIDI SECARA KESELURUHANNYA PUN TAK BOLEH JUGA KERANA ADA KELOMPOK TERTENTU MEMANG WAJAR DIBANTU.

    TERINGAT UNCLE MASA KECIK2 DULU, MEMBERI AYAM MAKAN. ADA AYAM YANG PERLU DIBERI LAYANAN KHAS DI SEBABKAN KECACATAN SEPERTI BUTA ATAU TIDAK BOLEH BERJALAN.

    BEGITULAH IBARATNYA.

    ReplyDelete
  22. JUNAINA

    MEMANG BENAR TERUTAMANYA SAUDARA-SAUDARA BARU YANG MASUK ISLAM BUKAN KERANA ADA UDANG SEBALIK BATU.

    ReplyDelete
  23. HAJARUS

    TERIM KASIH. RASANYA DIA DAH BACA UCAPAN HAJAR INI.

    ReplyDelete
  24. CEMOMOI

    MUNGKIN KITA SEDANG DIUJI DENGAN NIKMAT !

    ReplyDelete
  25. LIPISLADY

    WAALAIKUMSALAM

    TIBA-TIBA SAYA TERINGAT DALAM PERLEMBAGAAN, ORANG MELAYU ITU ADALAH MEREKA YANG BERUGAMA ISLAM DAN MENGAMALKAN ADAT RESAM MELAYU.
    JADI KALAU ADA YANG SUDAH TIDAK LAGI MEMPRAKTISKAN AJARAN ISLAM DAN TIDAK LAGI MENGAMALKAN BUDAYA MELAYU, APAKAH MEREKA BOLEH LAGI DIPANGGIL MELAYU ?

    ReplyDelete
  26. KUASAI MINDA

    BAGUS PENDIRIAN AWAK INI .. TIDAK MENAFIKAN KELEMAHAN YANG ADA PADA KITA. ITU PENTING SEBAGAI LANGKAH PERTAMA UNTUK MEMPERBAIKI DIRI.

    ReplyDelete
  27. KUNANG-KUNANG

    KITA SEMUA TAHU IA BUKANLAH SATU STATEMENT PUKAL .. TETAPI DALAM MASA YANG SAMA ADALAH TIDAK BIJAK KALAU KITA CUBA MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN.
    KEBENARAN TIDAK SELALUNYA MANIS.

    ReplyDelete
  28. MIECYBER

    TERIMA KASIH ATAS KOMEN ITU WALAUPUN IA BERBEZA DENGAN PANDANGAN SAHROMNASRUDIN KAT ATAS TU.

    TAK APA, SEMUA PANDANGAN SAYA RAIKAN.

    ReplyDelete
  29. sebab tu ramai org cainis takut anak mereka kawin dgn org melayu. takut anaknya masuk melayu. bukan takut masuk islam

    ReplyDelete
  30. KTS

    BETUL AWAK CAKAP TU .. SAYA PUN BARU TERFIKIR KE ARAH ITU. PATUTLAH MEREKA TAKUT SEBAB BANYAK SANGAT PERKARA NEGATIF TENTANG ORANG MELAYU YANG DAPAT MEREKA LIHAT.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.