Sunday, April 10, 2011

KUCING AWAK GIGIT ORANG TAK ?



Satu petang Che Wel berjogging melalui sebuah taman permainan. Dia terlihat Che Ngang sedang berehat di atas sebuah kerusi bersama seekor kucing. Lalu dia pun menghampiri Che Ngang seraya bertanya ..

"Kucing awak gigit orang tak ?"

"Tak !"

Lalu Che Wel pun mengusap-usap badan kucing itu. Tiba-tiba kucing tu menggigit tangan Che Wel. Dan Che Wel pun marah kat Che Ngang ..

"Tadi awak kata kucing awak tak gigit orang ..!"

"Itu bukan kucing saya .." jawab Che Ngang.!



Moral Cerita: Apa yang kita faham mungkin tak sama dengan orang lain faham.

.

.

30 comments:

  1. Salam.
    Bercuti di hari minggu ek..

    Taktau samada nak kata Che Ngang tu bangang atau bila kena gigit baru nak rasa bengang...

    hehehe

    ReplyDelete
  2. Kefahaman kita bukan menunjukkan darjah kecerdikan kita!

    ReplyDelete
  3. hihihi.....sabar je lah..
    soklan che wel salah sikit kot..
    cakap la kucing nie gigit orng tak??huhu

    maybe che ngang tak paham soklan..huhu

    ReplyDelete
  4. kahkahkahkahkah. kelakar ya amat.....

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum uncle! :)

    apa yang dilihat, dikata,difikirkan oleh orang lain, memberi jutaan kemungkinan maksud/kefahaman pada diri kita.

    BUT...

    you make me laugh la uncle.. hihi

    ReplyDelete
  6. kalau ambil upsr .... BM tak dapat A ni

    ReplyDelete
  7. Apa yang dilihat dan difahami tak semestinya betul..

    ReplyDelete
  8. lain kali kena rajin bertanya supaya tk sesat jalan...dan tak kena gigit

    ReplyDelete
  9. huhu..kena gigit kucing?aduhh.tp muka kucing yg uncle letak tu sungguh garang.takut saya

    ReplyDelete
  10. heheh kelakar la plak :) mcm biasa setiap kali dtg blog tuan haji, me akan senyum2 :)

    ReplyDelete
  11. kesian banyak kucing kena sumpah jadi batu kat Kuching ni...

    ReplyDelete
  12. masuk sekali lagi...


    IE baru baco entri ke 400 kek bawah nei ha..

    Tahniah , hebat dan terangkat...

    rupa-rupanya banyak juo entri tuan yg den telopeh..tak po..( sompek den baco entri fasal org nogori ajak makan tu ...)

    cubo nengok kek sebolah tu haa..IE dh msk ranking no fist ...

    la la lal aaa.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum:)

    aduhaii...tergelak juga petang2 camni:):)

    kdg2 memang mudah membuat spekulasi bila nampak didepan mata tanpa selidik betul2 kesahihannya....
    erk!!
    :)

    ReplyDelete
  14. hahaha... dalam hal ni Che Nang lebih iq sikit dari Che Wel

    canteknya mata kucing tu!

    ReplyDelete
  15. Teringat masa kecil dulu, waktu tu waktu rehat di sekolah, ada kucing kejar saya, sebab nak berebut karipap yang saya makan. Mulanya ingat dia ikut saja je, tapi rupanya dia nakkan karipap.

    Bukan sekali, tapi tiap kali bawa bekal karipap yang mak buat mesti dia kejar saya...

    ReplyDelete
  16. Sallam Tuan Haji,

    Yang cik Wel tak siasat dulu kucing siapa tu apa hal, dah kena.

    ReplyDelete
  17. salam pakcik..

    tengah2 training tadi boleh plak saya tergelak baca post ni.. hehe thanks la hilangkan ngantuk saya tadi.. hihi

    ReplyDelete
  18. tak tau nak komen apa...ni pun kira komen la.

    ReplyDelete
  19. kesian lak ngan che Ngang. lain kali dia kena tanya jugak tu kucing sape atauun che Wel sendiri bagitahu awal2 itu bukan kucing dia.

    ReplyDelete
  20. salam Tuan Hajji
    ha ha ha.....jawapan yang tepat bagi soalan tersebut.

    ReplyDelete
  21. salam tuan haji
    betul tu..macam kat kucing sarawak tu..sudah kena gigit tapi dalam tv dan surat kabo dia org tak bagi tau

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum THJ...

    Kadang apa yang ditanya itu tidak menunjukkan apa yang ada di depan mata...

    ReplyDelete
  23. AZIEAZAH
    KAKCIK
    FAIZAL HASHIM
    ANNIE
    SAR
    ABU MUAZ
    ANIF
    NYANYISUNYI
    LYDIA MIZA
    MAMA ZHARFAN
    HANI@DEBUMELUKUT
    IKAN EMAS
    PN KARTINI
    IBU INTAN
    KUASAI MINDA
    LIPISLADY
    AJEE
    MENTIBANG LAUT
    ASADA RYUTARO
    AZANI
    BRUTALSOLO
    UST ABD RAZAK

    TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN MENINGGALKAN KOMEN. WALAUPUN SAYA TAK DAPAT BALAS SATU-SATU, TETAPI SAYA TELAH MEMBACA SEMUANYA. HARAP SEMUANYA TERSENYUM DAN DAPAT MESEJ YANG INGIN DI SAMPAIKAN.

    TAHNIAH BUAT IKAN EMAS KERANA KEMBALI MENJADI JUARA CARTA !

    ReplyDelete
  24. moral cerita lagi :
    kucing yang ada gigi saja yg mampu menggigit.

    ;D

    ReplyDelete
  25. Salam Tn Hj...

    Walau terlewat....tetap nak komen..

    Memang lurah bagitu Tuan apa yang org faham semestinya seperti yang kita faham.... dan apa yang kita katakan tak akan sama dengan apa yang org lain maksudkan....

    ReplyDelete
  26. KTS

    TAK SEMPURNA KENYATAAN ITU .. KUCING TAK ADA GIGI JUGA MAMPU MENGGIGIT TETAPI GIGITANNYA TIDAK MENINGGALKAN BEKAS .. MUNGKIN ORANG YANG DIGIGIT AKAN KETAWA KEGELIAN.

    ReplyDelete
  27. AZMNOR

    TERIMA KASIH KERANA MASIH MAHU MENIGGALKAN JEJAK.

    ITULAH PENTINGNYA KOMUNIKASI DUA HALA.

    ReplyDelete
  28. awak, awak, awak.

    mula2 pun kan, kita fikir macam awak. klu tak de gigi pun boleh menggigit. tapi kan, bila kita fikir2 balik, ermmmm... mcm ada yg tak kena. kita pun buat sikit rujukan (cewah!) :

    maksud GIGIT :

    1. menyepit atau memotong dgn gigi; mencengkam dgn gigi

    2. mengapit (mengacip, menyepit, dsb) dgn gigi

    .
    .
    .

    apa yg kita faham la kan, perbuatan GIGIT tu, perlu ada gigi. Eh. Entahlah. Mungkin salah pemahaman kita. Kalau salah, harap dimaafkan.


    psstt.. Kalau guna gusi sahaja, mengGUSIt. Kot. :D

    ReplyDelete
  29. KTS

    SAYA RASA SECARA ILMIAHNYA PENDAPAT AWAK ITU BETUL. TAPI SAYA BERCAKAP SECARA BASAHAN SAHAJA.

    BARANGKLAI JUGA PERKATAAN GIGIT TU BERASAL DARI GIGI. SAYA BARU TERFIKIR.

    KALAU ORANG TUA TU TINGGAL GUSI SAHAJA, TAK ADA PULAK DENGAR ORANG GUNA PERKATAAN MENGGUSI LAGI.

    ENTAHLAH, SAYA PUN JAH JADI KONFUSIUS SEKARANG NI !

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.