Monday, April 25, 2011

PEMENANGNYA ADALAH ....



Pak Ngah : "Hallo..ayong...ekau x balik rayo ko? Omak kau masak
rondang ayam kampung salai ni haa..tapi ayah dah abehkan semuo..
Podeh yong..sodap bonar..Ekau balik nanti suh omak kau masak 
dua ekor laie yo..Ayah raso mcm nak makan laie..nak mintak omak kau
 masak lain ayah dah malu plus takut omak kau membebel...burrppp..
alhamdulillah.."

Mak Ngah : "Hallo Cik Tipah..mai la datang beraya umah chek..
Chek masak rendang ayam kampung salai ni ha...khas untuk
hangpa satu keluarga..mai la datang ..Ajak ahli group marhaban 
kita yang llain tu no..Chek tunggu ni..Chek nak pi dapoq 
tengok rendang sat..nak bagi perangat sket untuk hangpa.."



Pemenangnya adalah ...  Cik Shinju.


Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga   kepada anda semua yang telah begitu sporting mengambil bahagian dalam kontes saya kali ini.

Kami tersenyum membaca semua dialog yang dicipta.  Semuanya berjaya mencuit hati kami.  Saya rasa pembaca-pembaca entri anda juga telah terhibur dengan dialog kreatif yang dicipta. Saya juga percaya bukan hadiah yang menjadi motif penyertaan, tetapi ingin turut sama memeriahkan suasana yang lebih di utamakan. 

Penghargaan khas dari saya kepada Makdara Terdiva yang membuat entri  lain dari yang lain serta kepada AZANI dan CIKGU HUMAIRI yang menghantar dua penyertaan.

Setelah membaca semua entri peserta, saya dan Makngahnya sebulat suara memilih dialog ciptaan Cik Shinju sepeti di atas kerana ia telah  berjaya membuatkan kami ketawa. Beliau mungkin ada membuat sedikit homework sebelum membuat dailog itu. Oleh kerana itu, perkataan-perkataan seperti Ayong, ayam kampung salai, group marhaban dan loghat dialog Pakngah dan Makngahnya, begitu hampir dengan realiti kehidupan kami.

Selain dari itu, dialog itu juga ada unsur-unsur sitkom dan suspen.  Saya tidak dapat membayangkan apa akan terjadi bila geng Marhaban Makngahnya sampai sedangkan rendang  ayam kampung salainya telah dihabiskan oleh Pakngahnya. Mungkin boleh buat sequel selepas ini.

Saya akan menghantar mesej kepada Cik Shinju di FB beliau untuk urusan selanjutnya.
 
Akhirnya, sekali lagi ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan blog lama dan baru yang telah sudi memeriahkan kontes saya kali ini. Saya percaya,  melalui kontes ini sedikit sebanyak telah dapat menambahkan kemesraan dan keakraban sesama kita.



50 comments:

  1. Tahniah buat yang menang :) Terhibur mambaca dialog tu :)

    ReplyDelete
  2. salam..
    tahniah Cik Yun
    yang peramah..
    ermmm..saya tak de
    ke Tuan..?

    ReplyDelete
  3. Tahniah cik shinjun

    san syabas Tuan Hajji serta Hajjah
    kerana berjaya menganjurkan kontes yang begitu mendapat sambutan..

    ReplyDelete
  4. tahniah buat cik shinju yang menang..

    niat di hati nak join, bila baca dialog orang lain, macam tak terkeluar lak idea. hihi..

    ReplyDelete
  5. erk..tak perasan pulak contest ni dah tutup. tahniah buat yg menang! :)

    ReplyDelete
  6. As salam...

    Mekasih Uncle & Makngah...
    yea2x...syioknye... :D
    Td mase bgun sahur buka blog,ade komen dr En. Azani..kalau tdk
    haram xtau result contest Uncle kuar..X sgka boleh menang sbb saya ade tgk peserta lain punye n3..semua best2..ade 1 tu sya nye fav..
    Dah rezeki saya yek..Alhamdulillah..
    Mekasih Anif, Abg Zul, Azani,
    Miecyber,ASaDa RyutaRo & Nadiah Sidek.. :)

    pjg pulok ngomen..over dah budok yun neh..huhuh :P

    ReplyDelete
  7. pandai chik shinju menawan hati pengadil.

    ReplyDelete
  8. Tahniah kepada Cik Shinju. :)

    ReplyDelete
  9. tahniah pada pemenang..hehe

    p/s: pakngah, ayung telepas nak submit utk kontes nih..:)

    ReplyDelete
  10. yey. tahniah kat cik shinju!

    pasni kalau ada kontes lagi GB masuk! menang tak menang belakang kira!

    ReplyDelete
  11. Salam Tn Hj..,

    Tahniah buat pemenang....

    Syabas buat penganjung dan Juri bersekutu....

    ReplyDelete
  12. Wah... Cik Shinju dah menang ye... Tahniah....

    Tuan, bila pulak yg ke tiga?

    ReplyDelete
  13. Tahniah dari saya juga khas buat cik shinju...juga tahniah buat semua yang memeriahkan kontes ini...pasti ada kali ketiga, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  14. Tahniah cik Shinjun.

    Lepas ni bolehlah saya pergi ke blog dia pulak

    ReplyDelete
  15. ssalamualaikum,

    Tahniah Cik Shinju.

    ReplyDelete
  16. salam pak ngah,

    ape kbar pak ngah n mak ngah hari nie?
    semoga sihat selalu serta SENANTIASA dilindungiNYA..:))

    TAHNIAH cik shinyun..

    ReplyDelete
  17. Assalam..
    Tahniah pd yg menang....
    MasyaAllah...dah bookmark aritu tp terlupa nak join...huhu...
    lain kali buat contest lg ye...

    ReplyDelete
  18. tahniah kepada pemenang...memang luculah....:)

    ReplyDelete
  19. dah agak dah. dah agak dah.
    ibu intan mesti menang punya. tak sia2 kita undi banyak2


    .
    .
    .

    eh. jap. kita undi ibu intan ke cik shinju eh?

    takpe. takpe. sumer pun adalah pemenang. cuma cik shinju je yg dpt hadiah tu :D

    tahniah cik shinju. kongsi eh :D

    ReplyDelete
  20. tahniah buat yg menang tu
    tahniah jugak buat yg menyertai tu
    sya tak sompeklah pakngah
    on offfff selalu
    bzz..kato omputeh ;p

    ReplyDelete
  21. ANIF

    MAKNANYA SAYA BUAT PILIHAN TEPAT ?

    ReplyDelete
  22. ZULKBO

    SALAM KEMBALI.

    DARI SEMAKAN SAYA, AWAK TAK MASUK PUN !

    CIK YUN TU PERAMAH YE ?

    ReplyDelete
  23. AZANI

    TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN PENYERTAAN TUAN JUGA.

    ReplyDelete
  24. MIECYBER

    KATA NAK AMBIL BAHAGIAN ?

    ReplyDelete
  25. ASADA RYUTARO

    MEMANG SUSAH NAK BUAT DIALOG LAWAK NI .. KALAU TAK LUCU, KESIAN KAN.

    ReplyDelete
  26. NADIAH

    KALAU AWAK NAK BUAT ENTRI PUN APA SALAHNYA. TAPI HADIAH TAK ADA LAH. HEHE

    ReplyDelete
  27. CIK SHINJU

    SALAM KEMBALI

    MEMANG PENYERTAAN HEBAT2 BELAKA. 'NECK TO NECK' .. TAPI APA BOLEH BUAT, SAYA CUMA DAPAT MEMILIH SATU SAHAJA.

    KALAU IKUTKAN HATI SAYA NAK BERI HADIAH KEPADA SEMUA.

    APA-APA PUN, SAYA ANGGAP SEMUANYA PEMENANG BELAKA.

    PANJANG PULAK JAWAPAN PAKNGAH NI !

    ReplyDelete
  28. ABU MUAZ

    SAYA TERINGIN NAK BERCAKAP DENGAN DIA .. ADAKAH DIA SERUPA DI ALAM MAYA DENGAN ALAM REALITI.

    ReplyDelete
  29. KAKCIK

    KENAPA KAKCIK TAK MASUK HARI TU ?

    ReplyDelete
  30. AYUNG

    TAK APA .. LAIN KALI BOLEH MASUK. AWAK ADA IDEA, BAHAN NAK BUAT KONTES LAGI ?

    ReplyDelete
  31. BUJAL X

    JANGANLAH BERSEDIH .. YUN TU PUN KAWAN AWAK JUGA KAN ?

    ReplyDelete
  32. GADISBUNGA

    SEMANGAT ITULAH YANG KITA MAHUKAN. MENANG KALAH BUKAN MATLAMAT. TAPI KALAU MENANG, BAGUS JUGA KAN ?

    ReplyDelete
  33. AZMNOR

    SALAM KEMBALI.

    TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN PENYERTAAN.

    ReplyDelete
  34. tahniah kpd cik shinju...mmg pilihan yg tepat. Sy sdiri mmg tergelak bila bc dialog tu, yg lain2 cuma mampu membuatkan sy tersenyum

    ReplyDelete
  35. KAKZAKIE

    TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN PENYERTAAN KAK ZAKIE. ENTRI KAKZAKIE PUN KELAKAR JUGA. TAPI NAK BUAT MACAM MANA, HADIAHNYA SATU SAHAJA. TAPI SAYA LIHAT ENTRI KAKZAKIR ITU JADI POPULAR POST KAT BLOG KAKZAKIE SEKARANG NI.

    KONTES KE 3, TENGAH CARI IDEA. KAKZAKIE ADA IDEA ?

    ReplyDelete
  36. AHMAD HUMAIRI

    INSYAALLAH AKAN ADA KALI KE 3. SEKARANG NI BELUM ADA IDEA.

    TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN PENYERTAAN TUAN.

    ReplyDelete
  37. YUNUS BADAWI

    TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN PENYERTAAN AWAK. DIALOG AWAK PUN KELAKAR JUGA. PENDEKNYA SEMUA ENTRI BAGUS2 BELAKA. MEMANG SUSAH NAK MEMILIHNYA.

    ReplyDelete
  38. KUNANG-KUNANG

    KENAPA AWAK TAK MASUK HARI TU ? LAIN KALI JOIN YE !

    ReplyDelete
  39. KEJORA

    SALAM KEMBALI

    TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN AWAK DAN JUGA DOA ITU. AMIN.

    ReplyDelete
  40. IZA

    SALAM KEMBALI.

    AWAK NAK JOIN SEKARANG BOLEH JUGA. TAPI SAYA TAK DAPAT NAK BERI HADIAH, CUMA BOLEH PROMOTE SAHAJA.

    ReplyDelete
  41. LIEYNANILAZ

    TERIMA KASIH KERANA SINGGAH.

    ReplyDelete
  42. KTS

    SAYA HARAP SEMUA PESERTA MEMBACA KOMEN AWAK INI. SAYA SUKA BILA AWAK TULIS "SEMUA PUN ADALAH PEMENANG".

    MEMANG PUN TAK ADA PENGALAH.

    ReplyDelete
  43. SAYANGSAYANGIBU

    AWAK BOLEH JOIN BILA AWAK LAPANG NANTI, TAPI TIADA HADIAH YANG DIJANJIKAN. HEHE

    ReplyDelete
  44. cayalah! congrats kepada pemenang bertuah tu.. :)

    terima kasih daun keladi kepada tuan haji..len kali leh buat kontes lagi

    ReplyDelete
  45. ROSNANIE

    TERIMA KASIH KERANA MEMBERI SOKONGAN KEPADA PILIHAN KAMI.

    SEBENARNYA MEMBUAT PILIHAN ADALAH SUATU YANG AMAT SUSAH.

    ReplyDelete
  46. MAKDARA

    TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN PENYERTAAN AWAK.

    SAYA SUKA PERSEMBAHAN AWAK. TAPI SAYANGNYA PENGANJUR TIDAK MENYEDIAKAN HADIAH PERSEMBAHAN.

    INSYAALAH SAYA AKAN BUAT KONTES KE TIGA PADA SUATU HARI NANTI.

    ReplyDelete
  47. SHAHJIEHAN

    TAK ADA YANG KALAH. CUMA TAK TERPILIH JER. LAIN KALI CUBA LAGI.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.