Friday, April 22, 2011

SAYA DIJEMPUT OLEH YANG ARIF HAKIM MAHKAMAH TINGGI.


Semasa saya dengan kawan saya menunggu ketibaan Yang Arif menjemput kami, sempat kami berbincang di mana kami nak duduk dalam keretanya nanti. Kalau dia datang dengan pemandu, siapakah yang hendak duduk di belakang bersamanya. Dan kalau dia memandu sendiri, siapa yang nak duduk depan di sebelah dia. Keputusannya, kalau dia datang dengan pemandu, saya akan duduk  di belakang bersama Yang Arif. Dan kalau dia memandu sendiri, saya akan duduk  di depan di sebelahnya. Ini kerana kawan saya itu kononya pemalu orangnya.

Akhirnya dia sampai dengan memandu sendiri kereta Perdana Eksekutifnya dan saya pun duduklah di depan dan kawan saya dengan gembiranya duduklah di belakang seperti mana yang telah dipersetujui sebelum ini.

Dia pun membawa kami makan malam ke hotel fevret dia. Nampaknya semua pekerja di situ telah mengenali dia .. dari yang menjaga tempat letak kereta kepada yang membuka pintu, pelayan, juruwang dan yang lain-lainnya.

Saya makan apa yang dipilihnya ia-itu ikan salmon masak tempoyak seperti gambar di bawah. (Sila jangan percaya)



Dan kawan saya minta steak masak lemak cili padi seperti gambar di bawah (lagi tak usah percaya)


Kemudianya dia mengajak kami singgah di residennya yang menghadap laut. Dia nak buat kopi tapi kami menolak kerana sudah kenyang dan dikhuatiri tidak boleh tidur nanti. Kira-kira jam 11 malam dia pun menghantar kami balik ke hotel. Sempat juga dia membawa kami melalui pejabat Mahkamah Tinggi tempat beliau bekerja.

Saya dengan kawan saya ada memberitahu beliau bahawa kami tidak pernah membayangkan pada suatu hari kami akan di jemput sendiri oleh seorang Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.

Saya telah meminta izin darinya untuk membuat entri ini dan saya akan menarik perhatian dia untuk membacanya. Di sini suka saya mengambil kesempatan  ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Arif mengambil kami, membelanja kami makan malam yang sangat lazat, membawa ke residen dan seterusnya menghantar kami balik ke hotel. Walau pun pertemuan  kita tidaklah lama tetapi kebaikan layanan Yang Arfi amat kami sanjung dan akan tetap dikenang sampai bila-bila. Tidak seperti sesetengah  manusia, baru jadi Majistret misalnya, sudah menyombong mengalahkan hakim Mahkamh Tinggi.

Sesungguhnya benarlah kata orang tua-tua,  bahawa ular yang menysur akar, tidak akan hilang bisanya.



Perhatian.

Saya bercadang untuk menutup penyertaan kontes saya yang sedang berjalan pada jam 10 malam hari Ahad ini. Kepada sesiapa yang ingin mengambil bahagian, masih ada masa. Sekian.



.

37 comments:

  1. As Salam Tuan Hajji
    Yang Arif akan turut menghakimi kontes tuan..?pasti keputusan muktamad.

    ha ha

    ReplyDelete
  2. errr. ha'ah la.

    awak pergi berbincang pasal keputusan peraduan tu eh?

    idea saya belum mau mari la. harap2 sebelun jam 10 malam hari ahad, dia mari

    :D

    ReplyDelete
  3. Kereta Perdana Yang Arif warna putih ya...selalunya hitam

    ReplyDelete
  4. nampak macam sedap je steak masak cili padi tu~~

    *pakcik~saya suda join tahu!

    http://matcham-matcham.blogspot.com/2011/04/marilah-masuk-contest-ke-2-anjuran.html

    ReplyDelete
  5. makan kat restoran berpusing tu ke?

    ReplyDelete
  6. as salam Pak Ngah..

    ingatkan Yang Arif nak bawa ke manalah tadi!

    kalau salmon gulai ngan tempoyak.. agak2 sama tak harganya dengan si patin sg pahang tu

    ReplyDelete
  7. As salam Uncle..
    Terliur tgk steak tu..adess..
    Bestnye kawan ngn Yang Arif...
    Saya xdo kawan org besor2..kwn yg obes ramai la..


    Byk la memborong buah pala tu nt..

    ReplyDelete
  8. Assalamualikum Yang Arif.. Oh anak saya Arief moga2 dapat jadi Yang Arif juga

    ReplyDelete
  9. Wow, nak kena cuba ikan salmon masak tempoyak dan juga steak masak lemak cili padi tu, kihkihkihkih

    ReplyDelete
  10. Semakin tinggi kedudukan biasanya dah tak kisah atau tak sombong tapi yg baru nak mendaki yg lebih-lebih...

    ReplyDelete
  11. itu semua hanya didunia semata2, membezakan darjat hanya amalan.

    Yang Arif kalau berendah diri jadi tak arif ke? hahahaa...dia tetap di panggil Yang Arifkan?

    ReplyDelete
  12. Salam bang,

    Nak juga saya tinggalkan komen walaupun dah tertinggal sehari. Mana tahu Yang Arif baca entri dan komen ni sekali. Ada peluanglah saya makan salmon gulai tempoyak kalau saya ke Penang lain kali hehehe

    ReplyDelete
  13. salam tuan hj..,

    memang ular yg menyusur akar takan ilang bisanya

    ReplyDelete
  14. IM tak pandai nak duduk di sebelah orang-orang besar ni..

    ReplyDelete
  15. salam Tn Hj..,

    memang ular menyusur akar takan hilang bisanya....

    debar juga tunggu keputusan contest ni..walaupun macam tak der peluang menang...

    ReplyDelete
  16. AZANI

    SALAM KEMBALI.

    HAKIMNYA TETAP SAYA DENGAN ISTERI SEBAGAIMANA YANG TELAH DITETAPKAN.

    KEPUTUSAN MEMANG MUKTAMAD.

    ReplyDelete
  17. KTS

    KALAU IDEA TAK MARI PUN TAK APA .. JANGAN DI PAKSA2. LAGIPUN HAMPIR KESEMUA KOMEN AWAK SELAMA INI TELAH MEMBUAT SAYA KETAWA ATAU PUN TERSENYUM.

    ReplyDelete
  18. DADDY ZIYYAD

    MEMANG SELALUNYA HITAM .. TAK TAHU KENAPA DIA SUKA WARNA ITU. SEBENARNYA TIDAK ADA WARNA YANG WAJIB. ADA JUGA SAYA LIHAT ORANG GUNA WARNA MAROON SEBELUM INI.

    ReplyDelete
  19. BUJAL X

    LAIN KALI KALAU DIA BELANJA, SAYA NAK CUBA STEAK PULAK .. HEHE

    TERIMA KASIH ATAS PENYERTAAN.

    ReplyDelete
  20. MENTIBANG LAUT.

    TIDAK BERPUSING.

    LAMA AWAK MENGHILANG. CUTI KE BERTUGAS KE LAUT ADEN ?

    ReplyDelete
  21. IBUINTAN

    SALAM KEMBALI

    RASANYA MAHAL LAGI IKAN PATIN SUNGAI TU ..

    MACAM BACANG. IA LEBIH MAHAL DARI EPAL YANG DI IMPORT.

    ReplyDelete
  22. CIK SHINJU

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG AWAK SEDANG BERKAWAN DAN MEMBACA CATATAN ORANG YANG OBES SEKARANG INI.

    BUAH PALA ? CUMA BELI SEPEKET JERUK YANG CAMPUR2 TU.

    ReplyDelete
  23. BABY

    WAALAIKUMSALAM.

    HARAP2 ARIF BILA BESAR NANTI ARIEF JADI SEORANG YANG ARIF, yang arif.

    ReplyDelete
  24. DINAS ALDI

    MUNGKIN BOLEH CUBA DIMELAYUKAN RASA IKAN SALMON DAN STEAK ITU.. ENTAH2 TERANGKAT NANTI !

    ReplyDelete
  25. GADIS BUNGA

    SETAKAT INI UNCLE BELUM PERNAH JUMPA ORANG PEREMPUAN BERNAMA ARIF LAGI. HEHE

    ReplyDelete
  26. KAKZAKIE

    MEMANG BETUL KATA KAKZAKIE TU .. TETAPI ADA JUGA ORANG YANG SEMAKIN TINGGI KEDUDUKANNYA, SEMAKIN SOMBONG DAN MENGADA-NGADA.

    ReplyDelete
  27. JUNAINA

    BETUL .. KALAU YANG ARIF MERENDAH DIRI DIA TETAP DI PANGGIL YANG ARIF BAHKAN MENJADI YANG ARIF YANG DI SENANGI KAWAN DAN LAWAN.

    ReplyDelete
  28. YB

    SALAM KEMBALI

    AWAK MASIH TIDAK KETINGGALAN. HARAP2 YANG ARIF TU TAK BACALAH KOMEN AWAK INI. HEHE

    ReplyDelete
  29. AZMNOR

    SALAM KEMBALI.

    ULAR YANG MENYUSUR AKAR AKAN LEBIH DIHORMATI DAN DISENANGI.

    MUNGKIN BESOK AKAN SAYA UMUMKAN PEMENANGNYA. SUSAH JUGA NAK MENILAI SEBAB SEMUANYA BAGUS2 BELAKA.

    ReplyDelete
  30. INSAN MARHAEN

    SAYA TAK ADA MASALAH SEBAB SAYA PUN BERBADAN BESAR. HEHE

    ReplyDelete
  31. SHAJIEHAN

    NAK IKUT MACAMANA, SAYA DAH BALIK DAH !

    ReplyDelete
  32. lambat benor saya dapat berita pakngah nya bertandang ke pulau mutiara..:( kalau tak mesti saya dapat cubit sikit salmon masak tempoyak tu...

    ReplyDelete
  33. pakngah tempoyak tu warna memang gitu ye?

    ReplyDelete
  34. SITI MURNI

    SAYA ADA JUGA TERINGAT KAT AWAK .. TAPI TAK BERANI NAK KONTEK. TAKUT PROGRAM TAK MENGIZINKAN UNTUK BERJUMPA.

    TAPI IKAN SALMON MASAK TEMPOYAK PENANG TU MEMANG LAZAT.

    ReplyDelete
  35. SAYANGSAYANGIBU

    TEMPOYAK ITU ADA SENTUHAN MAMAK SIKIT ! GITULAH JADI WARNANYA. HEHE

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.