Siapa kata bank pilihan saya ?
Minggu lalu saya ke Bank Rakyat, Cawangan Putra Jaya menambah modal saham. Kena isi 2 borang 2 kali. Dua salinan setiap kali. Isian pertama untuk pembelian saham tambahan sebanyak RM500 yang kononnya diluluskan serta merta. Isian kedua untuk pembelian saham tambahan yang melebihi RM500.
Untuk yang RM500 tu dibayar pada masa itu juga. Yang selebihnya cuma isi borang dan ia akan di proses oleh Ibu Pejabat dan hanya diminta bayaran bila sudah di luluskan nanti.
Petang semalam saya menerima panggilan dari bank.
Beginilah lebih kurang ringkasan perbualan kami.
Bank Rakyat: Sekarang ni Encik punya saham dah lebih dari RM xxx kan ?
Saya: Ya .. kenapa ?
Bank Rakyat: Cuma mereka yang kurang dari jumlah itu sahaja yang dibenarkan menambah saham. Jadi permohonan Encik itu tidak dapat diluluskan.
Saya: Kenapa pulak ?
Bank Rakyat: Kita nak beri orang lain peluang pulak ..
Saya: Kenapa tak beritahu awal-awal dalam surat khabar ke, kat tv ke .. tak perlulah saya memohon .. buat penat je saya beratur, berpanas-panas dan bersesak-sesak hari itu.
Bank Rakyat: Emm .. duit yang RM500 tu kita masukkan ke dalam Akaun Simpanan Encik ya ?
Saya: Ikut suka awaklah ... macamana pulak dengan permohonan untuk pembelian saham selebihnya ?
Bank Rakyat: Tak luluslah juga sebab saham encik sudah melebihi RM xxx.
Saya: Saya betul-betul tak puas hati .. nanti saya tulis dalam blog saya !
(Dialog "nanti saya tulis dalam blog saya" tu cuma saya ucapkan dalam hati sahaja)
Kalaulah Jabatan Kerajaan yang buat kerja macam ini, tentulah riuh-rendah satu Malaya.
Kemaskini:
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya tertarik sangat dengan N3 ni sebab saya pernah beberapa kali bertanya Bank Rakyat tentang tambahan saham. jawapannya sama saja. Tak boleh beli saham baru. Dan saya pasti saham yang saya ada tidak melebihi tuan RMxxx.
Jadi macam mana pulak dengan cerita tuan tu yer. Sekarang dah buka balik ker saham tu
KUNANG-KUNANG
ReplyDeleteMEMANG DAH BUKA SEMULA ... LAAAA, AWAK TAK TAHU KE ? DAH 2 MINGGU DAH. AMY SYAQUENA PERNAH BUAT ENTRI SEBELUM INI.
DIA TAMBAH RM1 BILION LAGI. KALAU SAHAM AWAK BELUM MELEBIHI RM XXX BOLEHLAH MEMOHON SEKARANG. CEPAT !
KUNANG-KUNANG
ReplyDeleteSELEPAS SAYA KOMEN TADI SAYA TERUS BW DAN TERBACA ENTRI INI TENTANG TOPIK YANG SAMA. MUNGKIN AWAK BERMINAT.
http://azilas.blogspot.com/2011/04/saham-bank-rakyat-2011.html
susah2 sgt...kita top up tabung aji je la bang.
ReplyDeletesaya tak penah berurusan dgn bank rakyat lagi sebab saya org swasta. errr...boleh ke saya cakap cemtu? :D
ReplyDeletewow dah cukup limit le ni, kalau tak silap RM200K, pakcik kaya
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteler gitu pulak citenya..semalam saya baru hntr borang que untuk permohonan tambahan rm1 juta untuk Syarikat..sebelum ni cuma ada rm1K saja..agaknya mungkin tk lulus juga sbb dan ada saham sebelum ni..
utk diri sendiri ada rm500 je..cukuplah...
Assalamulaikum,
ReplyDeleteaya dah ke http://azilas.blogspot.com/2011/04/saham-bank-rakyat-2011.html.
Terima kasih.
Ketinggalan saya, boleh tambah RM500 saja ker atau lebih.
salam Tuan
ReplyDeletesaya selalu makan di bank rakyat bila ada jamuan hari raya..saya tak ada akaun.tapi kawan saya pelabur besar di situ....malu...tapi kenyang jugaklah..
tumpang lalu Tuan Hajji
salam Tijah
bagus tu LUTH,satu lagi Public Mutual..ok gak..
Uncle beli saham klcc la plak...
ReplyDeleteBoleh Makngah p melawat sane pastu suh pengawal keselamatan ubah pasu bunga..hihik..
Bank rakyat nak bagi peluang ke saya plak kot..Saya semekin..Hari2 makan semekut jek..Kalau nak makan sedap2 sket tiap2 malam jumaat saya join org makan jamuan kat semejid...
As salam..
ReplyDeleteTerima kasih letakkan link saya...
Boleh aja...
IM ada saham kat bank persatuan jer..
ReplyDeleteSalam Tn Hj..,
ReplyDeleteSaya dulu pernah nak beli saham BR tu..tp tak buka lagi...la ni dah buka untuk jualan saya dah tak der peruntukan utk beli saham BR tu..kira tak der rezeki laa Tuan..
p/s: borang semalam kawan sepejabat dah tlg ambik kan....
heee betul statement last tuan aji tu... saya pnah sound kat kaunter bank skali cam tu bio dorang tau jangan asik salahkan orang gomen je kijanya
ReplyDeleteOrang gomen memang selalu buatbsilap kan...org swasta memangterlebih efisien!
ReplyDeleteBanyaklah saham abg kat Bank Rakyat tu. Bagilah peluang org lain juga. Org mcm saya ni ke yg belum ada saham Bank Rakyat huhuhu
ReplyDeleteTIJAH
ReplyDeleteNAMPAKNYA BEGITULAH .. TAPI DIVIDEN TABUNG HAJI SIKIT SANGAT !
GADISBUNGA
ReplyDeleteSESIAPA SAHAJA KECUALI YANG BUKAN RAKYAT, BOLEH BERURUSAN DENGAN BANK RAKYAT.
SHARINGINFOZ
ReplyDeleteTAK ADALAH SAMPAI SEBANYAK ITU !
NYANYISUNYI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
UNTUK SYARIKAT SAYA TAK PASTI PULA HADNYA. MUNGKIN LEBIH SIKIT KOT.
KUNANG-KUNANG 2
ReplyDeleteKALAU BELUM SAMPAI HAD, BOLEHLAH AGAKNYA.
AZANI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
BETUL .. TIAP2 TAHUN BANK RAKYAT, CAW PUTRAJAYA ADA BUAT JAMUAN HARI RAYA. YANG BUKAN AHLI PUN BOLEH BERJAMU.
CIK SHINJU
ReplyDeleteAWAK MEMANG KELAKAR .. HEHE
KALAU MAKAN SEMEKUT TU JANGAN SEMEMEH !
IZA
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA MEMBERI KEBENARAN TANPA SEBARANG BAYARAN.
IM
ReplyDeleteHEBAT PERSATUAN IM, ADA BANK LAGI !
AZMNOR
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
MUNGKIN AKAN DAPAT REZEKI DARI PINTU LAIN AGAKNYA.
CEMOMOI
ReplyDeleteMEMANG BEGITULAH SIKAP KITA .. KALAU BANK ATAU INSURAN SLOW, KITA BOLEH TOLERATE, TAPI KALAU JPJ SLOW, KITA MENGAMUK ! MANA ACI KAN ?
AKLCITIZEN
ReplyDeletePEDAS DAN PANAS KOMEN CIKGU !
YB
ReplyDeleteORANG YG ADA SAHAM SEJAK DULU PUN BERILAH PELUANG JUGA. SEBAB KERANA KEYAKINAN MEREKA KPD BANK SELAMA INILAH YANG MEMBOLEHKAN BANK BERKEMBANG DAN MEMBUAT UNTUNG.
MASA ABG SIMPAN DULU, ORANG TENGAH ASYIK DENGAN SAHAM PAK MAN TELO. ORANG YANG BELI SAHAM BR NI KITA TAK CERDIK. SEKARANG APA MACAM ?
Wah.. dah sampai limit, mesti stongah juta tu
ReplyDeleteharap2 saya mohon tambahan tu luluslah
IBUINTAN
ReplyDeleteADOLAH SIKIT2 .. SIMPANAN UNTUK ANAK2 YANG MASIH KOCIK !
(Dialog "nanti saya tulis dalam blog saya" tu cuma saya ucapkan dalam hati sahaja)
ReplyDeletekenapa tak ucapkan luar hati? takut riuh rendah satu malaya eh?
LIDAH SAYA KELU KALAU BERCAKAP DI LUAR HATI !
ReplyDelete