esok malam aku jemput kau jam 10 !
kita nak pergi berapa malam ?
macam biasalah .. dua malam.
tak boleh pergi minggu depan ke ?
tak boleh .. minggu ni jer bot tu kosong, lepas tu semua dah kena booking !
tapi aku tak bersedia lagi ni !
alaa .. bawa jerlah apa yang ada !
mana boleh ...aku belum minta cuti lagi
mata pancing, batu ladung, kekili, tali semua kena tambah
torch light aku yang aku beli kat wakaf che yeh dulu, entah ke mana perginya.
baju hujan, menantu aku pinjam terus lesap
joran aku yang patah gelangnya belum repair lagi
jaring bekas ikan pulak habis koyak di makan tikus
ubat resdung aku dah habis, cadang hari Isnin ni nak pergi ambil kat farmasi
duit aku pun tengah tak ada ni ... !
tengok tu .. kalau nak pergi mancing bukan main risau lagi sebab persediaan belum cukup.
padahal pergi memancing tu bukannya lama .. cuma dua malam sahaja.
lagipun kalau ada yang tak cukup masih boleh pinjam dengan kengkawan.
atau susah-susah sangat tak payah pergi.
TETAPI apa akan jadi agaknya kalau DIA beritahu nak jemput kita pukul 10 esok malam ?
boleh kah kalau tak mahu ikut ?
boleh kah pinjam kawan kalau ada bekalan kita tak cukup ?
bolehkah patah balik, kalau tak seronok kat sana nanti ?
bolehkah patah balik, kalau tak seronok kat sana nanti ?
tapi DIA tak akan beritahu bila nak jemput kita .. maknanya bila-bila masa dari sekarang wakil DIA boleh datang .. marilah kita perbanyakkan bekalan untuk pergi yang tak akan kembali .. satu peringatan untuk diri sendiri.
.
alamak, kaki pancing
ReplyDeletesangat-sangat sokong kata tuan haji tu..
ReplyDeletesatu tazkirah yang menarik...ingatkan awal tadi nak bercerita pasai kaki memancing...
ReplyDeletealamakkk. cukup menginsafkan saya bang....
ReplyDeletemana pulak letak yaasin ni tadi.
ingatkan tazkirah untuk kaki mancing je...
ReplyDeletekalau lah kita tahu, tapi saya tak mahu tahu.. saya hanya mahu bersedia dengan bekalan sebelum dijemput ke sana nanti
Terima kasih kerana mengingatkan..
ReplyDeleteKadang-kadang dalam sibuk berblog ni terlupa tentang yang itu..
ingatan yang berkesan!
ReplyDeleteAssalam Tuan hajji
ReplyDeleteya, tak lengah dan tak awal walau sedetik...
satu ingatan kepada semua...sy sentiasa ingat ni...almaklum makin pendek usia ni...tapi tak bersedia kalau dijemput! ngeriiiii.......
ReplyDeleteSalam Jumaat Tn Hj...
ReplyDeletememang mengisafkan....jazakallah atas ingatan yg selalu saja lupa tentang jemputan itu...mudah-mudahan Allah permudahkan dalam segala hal... Insyaallah...aaminnn...
Bagi saya, bekalan saya ke sana tak pernah cukup dan saya masih berlengah2 untuk menambahnya. :(
ReplyDeleteSalam bang.
ReplyDeleteTerima kasih di atas peringatan tu.
Marilah kita tambah amal.
Tak jadilah nak pergi mancing kelah di Karak minggu ni. Nak tambahkan amal hehehe
insaf~
ReplyDeleteSalam pakngah..
ReplyDeletesatu ingatan yang membuatkan kita semua insaf..
setuju sangat!
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSetiap orang yang tidak tergetar dengan sesuatu yang timbul di hatinya, kelak jika ajalnya telah dekat ia akan tetap berada dalam kelalaian, kehilangan semangat dan penundaan amal secara berlanjutan hingga kematian menjemputnya yang disertai penyesalan atas apa yang dilewatkan..
Oh diajak ke sana.
ReplyDeleteYerlah kan sapa tak takut, diajak pergi ke kampong halaman kita.
Selamat mengumpul bekalan.
yes, cubut-cubit sayang ni bang hamzah.
ReplyDeleterenungan jumaat
insaf..
ReplyDeletesemoga kita semua dijemput nanti dalam keadaan terhormat..
Dari aspek ajal ni, org yang dah di diagnos sakit tenat membawa maut macam kanser ni, sebenarnya ada rahmat disebaliknya...dah tahu ajal akan datang bila bila..jadi rohani tu dah terus menerus beramal ibadat dan bertaubat...
ReplyDeleteKita yg sihat walafiat ni kadangkala alpa...
simpan dlm kotak ingatan!
ReplyDeleteSangat bagus tazkirah ni...
ReplyDeletetak geng dgn kaki pancing..eh!
ReplyDeleteAssalamualaikum Uncle...
ReplyDeleteKalaulah boleh balik smula ke dunia bila dh mati,semua org masuk syurga..
Mat rempit pun boleh bertuko jadi imam...huhuh..
Setiap saat yg berlalu mendekatkan kita dgn kematian..
Bab bekalan ke sana kengkadang eh bukan.. selalunya kita memang lupakan jer kan Uncle..
ReplyDeleteHue hue hue
IMANSAH
ReplyDeleteYES .. TAPI ENTRI INI BUKAN FASAL MEMANCING !
EJAESCOBART
ReplyDeleteJANGAN LUPA UNDI SAYA DALAM PRU AKAN DATANG !
KHAIRIL
ReplyDeleteBAGUS .. AWAK BACA SAMPAI HABIS. ADA ORANG TU TENGOK GAMBAR JER, TERUS KOMEN.
TIJAH
ReplyDeleteAWAK TAK HAFAL LAGI YAASIN. ABANG BELUM SEKOLAH LAGI DAH HAFAL. TAPI TAKAT YAASIN JERLAH !
IBUINTAN
ReplyDeleteKALAU LAH MANUSIA TAHU, RASANYA RAMAI YANG JADI GILA !
ANIF
ReplyDeleteMARILAH KITA SALING INGAT MENGINGATKAN !
MASZUBER
ReplyDeleteINGATLAH MASA PERGI KOREA NANTI !
AZANI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
BILA TIBA MASANYA, TIDAK SIAPA DAPAT MENGHALANG. WALAUPUN DIA BILL GATES SEKALIPUN.
SONATA ANAK KANCIL
ReplyDeleteSAYA PUN BELUM BERSEDIA LAGI .. MINTA2 DIPANJANGKAN UMUR SEDIKIT LAGI.
AZMNOR
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
KITA SELALU KENA DIINGATKAN. LIMA KALI SEHARI SEMALAM PUN, KADANG2 IN BETWEEN TERALPA JUGA.
KAKCIK
ReplyDeleteSAMALAH KIT. SAYA MENGHARAPKAN BELAS IHSAN DIA KERANA AMALAN TAK SEPADAN DENGAN GANJARAN YANG DIIDAMKAN.
YB
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
KAT KARAK ADA KELAH ? BIAR BETUL !
KAT SITU PUN BOLEH BERAMAL. APA SALAHNYA SAMBIL MEMANCING, SAMBIL BERZIKIR.
JANGAN KELUARKAN SAYA DARI SENARAI KALAU AWAK NAK KE SANA NANTI.
BUJAL X
ReplyDeleteYE .. SAYA DAPAT RASAKAN !
YUS
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
TERIMA KASIH KERANA SETUJU. ENTRI INI DITUJUKAN KEPADA DIRI SENDIRI. KALAU ORANG DAPAT MANFAATNYA, ALHAMDULILLAH.
UST ABD RAZAK
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
SAYA HARAP SAYA TIDAK TERGOLONG BERSAMA ORANG2 YANG LALAI.
TERIMA KASIH ATAS PERINGATAN YANG MENGGETARKAN HATI.
KUNANG-KUNANG
ReplyDeleteRASANYA BEKALAN YANG ADA TERLALU SEDIKIT .. ITU PUN ENTAH LULUS ATAU TIDAK QUALITY CONTROL.
ABU MUAZ
ReplyDeleteSAYA CUBIT DIRI SENDIRI .. KURANG SAKIT SIKIT.
KALAU ORANG CUBIT, LAGI SAKIT.
JEJARI HALUS
ReplyDeleteMOGA-MOGA BEGITULAH. TAPI IA TIDAK DATANG BEGITU SAHAJA. KENA USAHAKAN !
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteSAYA SETUJU. SAYA TERINGAT SEORANG USTAZ DI PENJARA KAJANG PUN PERNAH BERKATA BEGITU DALAM KES MONA FENDY.
"DIA SEMPAT BERTAUBAT, DAN KALAU TAUBATNYA DITERIMA ALLAH, DIA MUNGKIN LEBIH BAIK DARI SESETENGAH DARI KITA"
MOMMY FARA
ReplyDeleteALAHMDULILLAH. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENERIMA DAN MENYIMPANNYA.
AIN
ReplyDeleteSETAKAT ITU SAHAJALAH YANG SAYA TAHU. NAK PETIK AYAT QURAN ATAU HADIS, SAYA TAK PANDAI.
MAKDARA
ReplyDeleteAPA DOSA KAKI PANCING HINGGA AWAK SANGGUP BERKATA BEGITU ?
CIK SHINJU
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
DALAM KEADAAN INI, BARULAH DAPAT DINILAI SIAPA YANG BENAR2 IKHLAS.
AUJINZ
ReplyDeleteKEKADANG LUPA, SELALUNYA INGAT TAPI MALAS. ITULAH MASALAHNYA.
ada ilmu di sini...terima kasih
ReplyDeletesangat berkesan...
PUTERADUYONG
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI MENDARAT DI SINI BUAT KALI PERTAMA.
good entry, pakngah! satu peringatan yang baik untuk dikongsi...kita tak tahu bila akan dijemput...maka, persediaan untuk ke sana tak boleh putus, kan...
ReplyDeleteSITI MURNI
ReplyDeleteBETUL .. SELAGI KITA BERNYAWA, SELAGI ITULAH KITA PERLU MENGUMPUL BEKALAN.
sy teringat satu cerita lawak.(lawak kot)
ReplyDeletemcm ni lebih kurang ceritanya.
ada sorang budak cakap dkt kawan dia:
datuk saya sangat hebat. datuk saya tahu bila datuk saya akan mati. Tahun, tarikh, hari dan masanya. Semua dia tahu.
Kawannya pun berkata :
Wow! Hebatnya. Macamana datuk awak boleh tahu semua tu.
Budak tadi menjawab : Hakim yang bagi tahu datuk saya.
Errrr... Bersediakah kita?
satu analogi yg baik pak ngah, semoga sama2 kita bersedia dgn bekalan secukupnya utk kesana
ReplyDelete