Monday, April 4, 2011

ITU INI DI HARI MINGGU.


Gambar 1: Seorang tukang sapu masih gigih menyapu walau hari telah mula gerimis.


Semalam tengah hari pergi kenduri kawin anak kawan kat Bangi. Baliknya singgah di Plaza Tol Nilai untuk sembahyang Zuhur sebelum ke Nilai 3 untuk membeli itu ini persiapan kahwin Kak Ngah (anak kedua saya) pada bulan Jun nanti.  Kami masuk ke beberapa buah kedai untuk melihat dan memilih apa yang ingin di beli. Banyak kedai yang menawarkan persiapan kahwin untuk orang Melayu di bawah satu bumbung. Pemiliknya saya rasa bukan orang kita. Namun begitu saya ucapkan syabas dan terima kasih kepada mereka kerana memudahkan urusan persiapan kami. Sebut saja apa kita nak, semua ada .. sirih junjung, bunga telur, bekas cincin dsb semuanya ada.

Dalam perjalanan ke kereta, lalu depan kedai perabot jati yang di miliki atau di usahakan oleh ( mungkin ) orang Pakistan berdasarkan telor percakapannya. Kedai karpet usah cakaplah. Makngahnya beli sehelai karpet yang asalnya berharga RM1,000 tetapi akhirnya selepas tawar menawar dapat  RM300.

Namun begitu ada juga orang kita yang berniaga .. menjual goreng pisang dan minuman dan lain-lain makanan digerai-gerai di tepi jalan.



Gambar 2: Nilai 3 yang rancak .. !

Malam tadi pergi kenduri kawin kat hotel. Ini pertama kali saya hadir kenduri yang dibuat di hotel yang menepati masa. Tepat 8.30 malam, kedua-dua  pengantin yang berumur 19 tahun dan sedang menuntut di Syria tiba memasuki dewan. Mereka bersanding di atas pelamin yang cukup cantik kira-kira 2-3 minit dan beredar ke meja makan di sisi dewan. Kemudian bacaan doa yang ringkas di ikuti oleh ucapan bapa  pengantin kira-kira 2-3 minit juga. Kemudian kemuncak acara .. makan. Jam 9.40 malam sudah  selesai makan dan saya bersama-sama tetamu lain beransur-ansur pulang. 


Gambar 3: Tersonyum selepas selesai mengisi perut.

Sampai rumah sempat lagi tengok rancangan Anugerah Berita Harian. Sempat lagi lihat anak yang menang, emak pulak yang lebih-lebih .. berucap bagai !

Berbalik kepada cerita kami berhenti di Plaza Tol Nilai, semasa menunggu Makngahnya selesai sembahyang Zuhur, saya tersentuh melihat seorang tukang sapu wanita ( Gambar 1)  yang tekun bekerja walaupun hujan rintik-rintik sudah mula turun. Saya terfikir betapa susahnya dia bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal yang tentunya tidaklah sebanyak mana. Saya anggap darjat dia lebih mulia dari "pagar-pagar yang makan padi" yang telah melesapkan berbilion ringgit cukai yang sepatutnya masuk ke dalam  khazanah negara.



Gambar 4: Wang besar .. wang besar !



.

42 comments:

  1. Itulah dia... kerana wang, pagar pun gelap mata! :(

    ReplyDelete
  2. TU LA..
    WANG NI BUKAN SEGALANYA..
    TAPI MASIH ADA YANG GELAP MATA KERANA DUIT

    ReplyDelete
  3. assalam..pandainya mak ngah tawar menawar..dari seribu boleh sampai 300..tak pernah lagi dapat macam tu.

    ReplyDelete
  4. nampaknya uncle makin busy membuat persediaan sambt menantu ye?jgn lupa undang lydia ye uncle..hihi

    ReplyDelete
  5. ouh, sy sgt kasihan org yg kantoi rasuah tu....sgt kasihan kerana die ditangkap jua akhirnye....sgt kasihan kerana membesarkan anak2 dgn duit kotor...


    semoga Allah mengampuni dosanya....

    ReplyDelete
  6. AL-LAVENDARI
    Tahniah, nak dapat menantu tak lama lagi. Syukur kepada Allah. Senanglah sikit, boleh cari bahan-bahan persediaan dekat dgn Seremban.

    Pagar yang meratah padi tu elok disuruh baring 7 hari 7 malam dalam hujan lebat (bukan gerimis) supaya tangan2 tak bersihnya jadi bersih. Lepas episod rumah imigresen & kastam ni, ke rumah sapa pula Pakcik Pencegah. Salam bahagia.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum tn hj...

    semoga sihat walafiat

    terbukti segalanya...pelbagai jenis circular telah dikeluarkan namun mereka masih ada peluang lagi untuk mengolahnya...

    saya tidak mengatakan mereka bijak tetapi mereka memang bijak kerana tahu mengambil peluang...

    birokrasi terlalu banyak sehingga ia berjaya diterobos oleh orang dalam keluarga sendiri...

    p/s: saya mengandaikan fenomena ini seperti seorang anak yang baik depan ibubapanya tetapi hanya tuhan yang tahu perangai di belakangnya...

    ReplyDelete
  8. salam Tuuan hajji
    Gambar 3 kalau atas pelamin pun sajak sangat.

    ReplyDelete
  9. BAGI SAYA WANG ADALAH SEGALANYA. TAPI BUKANLAH DGN CARA YG SALAH. TANPA WANG JUGA KITA SUSAH UTK MENGEJAR AKHIRAT KECUALILAH KITA MENGABDIKAN DIRI 100% UTK AKHIRAT. KEBANYAKKAN ORG ZAMAN SKRG MENCARI WANG UTK KESENANGAN DUNIA. BOHONG BG SAYA SEKIRANYA ADA YG BERANGGAPAN WANG BUKAN BOLEH BWK MATI DAN MENJADIKANNYA ALASAN UTK KURANG BERUSAHA.

    OK, NAK SAMBUNG KERJA..NANTI ORG CKP MAKAN GAJI BUTA (HARAM)

    ReplyDelete
  10. Ironinya, BARU SEKARANG sprm/atau dulu BPR nak sedar ada peg imigresen yang menjual negara...alahai.....

    ReplyDelete
  11. Salam Tn Hj....

    1.Tahniah kerana tak lama lagi dah nak dpt menantu....semuga semuanya berjalan lancar.

    2.Walau kecil-kecilan org kita masih mengambil peluang utk berniaga disana....

    3.Saya pernah juga pergi kenduri kawin kat Hotel memang biasanya bermula agak lewat...tak tau naper...

    4.Wang bukan segala-galanya....tp zaman ini memang perlukan wang untuk semua perkara.... tetapi kita perlukan rezeki yang berkat bukan yang banyak.... waullahuallam.

    ReplyDelete
  12. terbalikkan..org asing boleh sewa kedai..tetapi orang tempatan hanya mampu membuka gerai pinggiran kecil2lan...hemmhemmm milik siapa kah tanah air ku??orang tempatan yg lain lak, pro sungguh songlap duit haram lak!! tak tau nak salahkan siapa !!

    ReplyDelete
  13. saya rumuskan intipati entri tuan ini adalah berkaitan dengan 'WANG'

    wang@duit adalah segalanya..

    nak makan kena ada duit
    nak dpt menantu kena duit
    nak dapat anugerah kena ada duit...hehehe mak dia yg isi borang byk


    ada yang buta mata kerana wang..(sebab tak der duit nak buat pembedahan)

    ada yang buta hati sebab duit dah jadi hantu..

    ReplyDelete
  14. next time saya nak ajak makngah teman saya n mak shopping kat nilai vole ke uncle? hihihi~

    *umur 19 tahun dah kawin...30 dah ada anak beberapa org (kalau murah rezeki)..bagusnya...*saya tertekan. argh!!!

    ReplyDelete
  15. KAKCIK

    BETUL .. KETAMAKAN KEPADA WANG DAN HARTA TIADA HADNYA.

    ReplyDelete
  16. CGG

    BETUL WANG BUKAN SEGALANYA .. TAPI ZAMAN SEKARANG NI SEGALANYA PERLUKAN WANG !

    ReplyDelete
  17. KAK ERNA

    ORANG KATA BELI KARPET TAK APA TAWAR, JANGAN BELI RAMBUTAN. RAMBUTAN KALAU TAWAR, TAK SEDAP !

    ReplyDelete
  18. LYDIA MIZA

    UNCLE AKAN BUAT UNDANGAN SECARA TERBUKA BILA SAMPAI MASANYA. TAPI AWAK TU BOLEH KE DATANG DARI DOHA ?

    ReplyDelete
  19. MOMMY FARA

    KASIHAN JUGA KEPADA KITA PEMBAYAR CUKAI INI .. TERPAKSA BAYAR CUKAR LEBIH KERANA NAK MENAMPUNG KEBOCORAN ITU !

    ReplyDelete
  20. ABANG TEMUK

    RASANYA 7 HARI 7 MALAM TAK CUKUP .. KURANG2 PUN 7 TAHUN. ITU PUN BELUM TENTU LAGI TERTEBUS DOSA MEREKA.

    TAHNIAH JUGA KEPADA SPRM YANG BERANI MEMBONGKAR PENYELEWENGAN INI. SELAMA INI YANG KERAP KENA POLIS DAN JPJ SAHAJA. RUPANYA KAT SINI LAGI KASAR.

    ReplyDelete
  21. ROM

    WAALAIKUMSALAM

    SAYA MEMANG MENYANGKA MEMANG ADA KEBOCORAN DI JABATAN INI. TETAPI SAYA TIDAK MENYANGKA SAMA SEKALI MEGNITUDE NYA BEGINI BESAR.

    HARAP2 AMAUN YANG DILAPORKAN DI AKHBAR2 HANYALAH TELAHAN PEMBERITA SAHAJA. DAN KALAU BENARLAH JUMLAH SEPERTI YANG DINYATAKAN, SAYA MERASA AMAT TERKILAN SEKALI DENGAN PEMEGANG2 AMANAH INI.

    ReplyDelete
  22. AZANI

    SALAM KEMBALI.

    ADA JUGA RASA TERINGIN NAK NAIK .. TAPI TAKUT KENA SURH KELUAR DEWAN PULAK. HEHE

    ReplyDelete
  23. MENTIBANG LAUT

    MEMANG WANG BUKAN SEGALANYA TAPI SEGALA-GALNYA PERLUKAN WANG.

    DALAM HAL INI, SAYA JUGA TURUT MENYALAHKAN SISTEM DAN PROSEDUR JABATAN SEHINGGA MEREKA BOLEH BERBUAT BEGITU. KETAMAKAN MANUSIA KEPADA WANG, ADA DALAM MANA-MANA MASYARAKAT, TETAPI MELALUI SISTEM DAN PROSEDUR KERJA YANG BETUL, PERKARA INI DAPAT DIMINIMAKAN. KALAU PUN ADA BERLAKU, AKAN CEPAT DAPAT DIKESAN DAN DIAMBIL TINDAKAN.

    ReplyDelete
  24. DADDY ZIYYAD

    SAYA PUN HAIRAN, KENAPA BARU SEKARANG PERKARA INI DIBONGKAR. SAYA TIDAK TAHU ENTAH BERAPA LAMA DAN BERAPA BANYAK HASIL NEGARA TELAH DISONGLAP OLEH MEREKA. MEMANG MEMERANJATKAN SAYA DARI SEGI AMAUN YANG TERLIBAT. BAGI KALAU RM10 JUTA PUN SUDAH BANYAK !

    ReplyDelete
  25. AZMNOR

    SALAM KEMBALI. SAYA KENA JAWAP IKUT SKEMA.

    1. TERIMA KASIH. NANTI SAYA AJAK SEMUA FOLLOWER SAYA.

    2. HARAP2 TIDAKLAH KEKAL DIPERINGKAT KECIL2AN SAHAJA SAMPAI BILA2.

    3. KALAU AWAK BACA ENTRI2 LAMA SAYA, BANYAK KALI SUDAH SAYA KOMPLEN FASAL KELEWATAN INI. YANG MALAM TADI TU, SATU KEKECUALIAN.

    4. AMAT SETUJU .. KALAU TAK BERKAT, TAK ADA GUNANYA DAN HIDUP PUN TIDAK AKAN TENTERAM.

    ReplyDelete
  26. MOKWINIK

    TERIMA KASIH KERANA KOMEN DAN FOLLOW SAYA.

    KITA TAK BOLEH SALAHKAN SESIAPA SELAIN MENYALAHKAN DIRI SENDIRI. PENIAGA2 ITU JUGA TIDAK BOLEH DIPERSALAHKAN KERANA MEREKA BERSUSAH PAYAH MENJALANKAN PERNIAGAAN MEREKA.

    ReplyDelete
  27. IKAN EMAS

    TEPAT SEKALI RUMUSAN AWAK ITU. SAYA PUN TIDAK TERFIKIR TEMA ENTRI KALI INI BERKAITAN DENGAN WANG.

    MEMANG BUDAYA KITA SUDAH JAUH BERUBAH .. BUDI BAHASA DAN ALIM SAHAJA TIDAK CUKUP KALAU TIDAK BERDUIT.

    ReplyDelete
  28. GADISBUNGA

    BOLEH SAHAJA .. DATANGLAH AMBIL KAT RUMAH !

    JANGAN TERTEKAN SANGAT .. JODOH PERTEMUAN SUDAH DITENTUKAN OLEH ALLAH. TENTU ADA PERANCANGANNYA YANG AWAK TIDAK TAHU.

    ReplyDelete
  29. bershopping kat nilai...syok tapi kalau hari ahad sibuk sangat. aina kalau pegi sana sabtu pagi, lega sikit...

    TAHNIAH Tuan Haji terima menantu lagi...bertambah ahli keluarga nanti.

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum.
    Bersih Cekap Amanah, slogan yang perlu dibuktikan melalui pengamalan.
    Perlu kukuhkan intigriti, insyaAllah selamat.

    Paling utama, keimanan kepada Allah. Buktikan, bukan hanya lafazkan.

    Semoga kita dipelihara Allah dari kemungkaran ini.

    TQ

    ReplyDelete
  31. terkejut mak ngah boleh tawar sampai rm 300.00
    sya tak pandai
    kena bawak makngah ni.. ;p

    ReplyDelete
  32. As salam Uncle..

    Mase cuti sem dulu saya pernah
    keje kat Imigresen..key in data
    pegawai dagang...Co tmpt saya part time tu dpt kontrak dr imigresen utk bekalkan data n3 clerk...

    Walaupun x lama tp saya ade rapat dgn sorg kakak Pegawai Imigresen tu...Dr dia mcm2 citer saya dapat..Pernah ditawar gak key in data utk 'permohonan belakang pintu' tp saya tolak sbb nak guna duit tu utk blajar...

    ReplyDelete
  33. Itulah Tuan Haji.... Berbilion wang lesap tak terhukum. Budak 7 tahun mencuri duit tak seberapa disebat hingga menemui ajal.

    Dunia dah terlalu tua melihat kerenah manusia yg semakin alpa dgn dosa-pahala yg sentiasa dihitung.

    ReplyDelete
  34. JUNAINA

    SAYA PERGI HARI TU TAK BERAPA SIBUK .. MUNGKIN BUKAN HUJUNG BULAN DAN BUKAN MUSIM CUTI SEKOLAH KOT !

    INSYAALLAH KENDURI SAYA NANTI SAYA AJAK SEMUA.

    ReplyDelete
  35. ADMINP@P

    WAALAIKUMSALAM.

    SAYA GEMBIRA ATAS KEJAYAAN SPRM NI TETAPI BIMBANG JUGA KALAU KES INI TAK SAMPAI KE MANA !

    YA SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DI PELIHARA ALLAH DARI GODAAN IBLIS DAN SYAITAN.

    ReplyDelete
  36. SAYANGSAYANGIBU

    SAYA PUN TERKEJUT JUGA .. INI MENYEBABKAN SAYA TERFIKIR, KALAU KITA TAK PANDAI MENAWAR, ENTAH BERAPA KALI LIPAT TAUKEH ITU UNTUNG.

    ReplyDelete
  37. CIK SHINJU

    WAALAIKUMSALAM

    NAMPAKNYA KALAU BETUL2 SEMUA AGENSI PENGUATKUASA DAN PENGUTIP HASIL DAPAT DIBERSIHKAN, MUNGKIN CUKAI BOLEH DI TURUNKAN DAN GAJI BOLEH DI NAIKKAN DAN EKONOMI BERKEMBANG PESAT KERANA KERAJAAN DAPAT BALIK HASIL BERBILION RINGGIT.

    ReplyDelete
  38. KAKZAKIE

    TAK TEPAT TU .. BELUM TERHUKUM SEBENARNYA. LEPAS INI KITA AKAN TAHU SIAPA MEREKA. KESIAN KEPADA KELUARGA MEREKA, KALAU MEREKA TIDAK TAHU DAN TIDAK TERLIBAT.

    KES BUDAK 7 TAHUN TU, BENAR2 TRAGIS LEBIH2 LAGI IA DILAKUKAN OLEH SEORANG USTAZ.

    ReplyDelete
  39. tapi mereka kini dibebaskan pula.
    tak faham, tak faham

    ReplyDelete
  40. ABU MUAZ

    LAMA-LAMA NANTI FAHAM LAH TU ! BUAT MASA INI SAYA PUN MASIH SERABUT.

    ReplyDelete
  41. apa tindakan yang akan diambil terhadap pagar2 tu? buang. lepas tu letak pagar lain. yg 2x5 gak? haissshhh

    tanam padi takyah berpagar lagi elok rasanya.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.