Saya baca Facebook kawan sekerja saya dahulu (sifu Facebook saya) yang kini sedang mengikut suaminya bekerja di Tokyo. Dia pos banyak kali gambar dia dan keluarganya dengan bunga Sakura sedang berkembang. Gambar di atas adalah di antaranya. Anda juga boleh melihat yang selebihnya di SINI .. (bagi yang telah menjadi friend dia)
Lalu saya segera terkenang musim bunga Sakura di Washington DC atau "cherry blossom" semasa saya di sana kira-kira 30 tahun dahulu. Lihatlah betapa indahnya bunga-bunga Sakura yang sedang berkembang di dalam gambar-gambar yang dipaparkan di bawah. Tetapi tidaklah seindah yang ditunjukkan dalam Facebook kawan saya itu.
Sebelum ini saya sebenarnya pernah membuat entri pendek tentang bunga Sakura ini di sini.
Mengikut sejarahnya benih bunga Sakura yang ada di Washington DC itu asalnya adalah dari negara Jepun juga yang diberikan sebagai hadiah.
Entah bila pulak agaknya saya dapat melihat bunga Sakura ditempat tumpah darahnya sendiri.
Gambar 1: Gambar bapa misali tengah mendukung dan memimpin tangan anaknya. (Gambar dah keluar kat Facebook)
Gambar 2: Angin tengah kuat bertiup (agaknya) .. lihatlah rambut Makngahnya.
Gambar 3: Ish .. cantiknya. Padi menguning di tengah sawah pun cantik juga kan ! (Gambar kita semula)
Gambar 4: Monumen yang nampak ke Jepunannya.
Gambar 5: Dah macam-macam fesyen saya mendukung anak.
Awatnya anak kita makin lama makin berat ?
Gambar 6: Tengok rambut saya .. teringat hero Tamil yang tak berapa hensem tu ..
sapa ke namanya ?
sapa ke namanya ?
Gambar 7: Dah letih berdiri .. kita mencangkunglah pulak.
Gambar 9: Macam gambar nyonya dalam kalendar dulu-dulu !
Sekarang pun musim bunga di taman perumahan saya - Lavender Heights .. tapi bukan bunga Lavender atau bunga Sakura. Tak kisahlah .. janji musim bunga. Sila tengok videonya kat bawah. Cantik juga kan ?
...............................................oo0oo...................................................
Cabutan beberapa komen sebagai penjelasan kepada entri terdahulu.
- YB BETUL KE AWAK ADA PUJI .. KENA TAMBAH POWER SPEK AWAK TU ! ENTRI SAYA INI LANJUTAN KOMEN GADIS BUNGA DAN AZIEZAH BERDASARKAN GAMBAR 30 TAHUN DULU, BUKAN SEKARANG !
- azieazah said...
- Ehh saya ada puji ek? Ntah, saya dah lupa.
- AZIE SAYA PETIK KOMEN AWAK DALAM ENTRI DI MAKSUDKAN... Salam Bang Hamzah. Suka tengok gambar2 tu, sentimental value kata orang. Senang jer nak teka mana satu Bang Hamzah. Yang pasti, saya tetap suka tengok MAK NGAH nyerrrr.. Cun dan cute!
Rajnikanth???? Hahahaha....
ReplyDeleteKAKCIK
ReplyDeleteYA .. YA .. BETUL ! RAJNIKANTH .. TIJAH PUN MINTA KAT DIA !
salam
ReplyDeletegambar yg menyimpan seribu kenangan...sekarang dah takde,dah jarang yg pakai kamera biasa..pas amik gambar..pi cuci filem kat kedai..hehe...skrg semua pakai digital,dslr atau koman2 pun hp kamera...tak jadi,tak cantik..delete..amik semula..
saya tgk rambut awak tu, tak teringat kat hero tamil.
ReplyDeletetapi teringat kat prof madya dr lim swee tim. :D
rambut dan spek mata - serupa tapi tak sama
Cantiknya... Teringin nak pergi sana :)
ReplyDeleteSalam Tn Hj...
ReplyDeleteMemang musim bunga musim yang indah walau kat mana pun negaranya... bunga sakura tu memang dah terkenal seluruh dunia..
Kalau kat sini musim bunga tanda tak lama lagi nak dtg musim buah la tu... agak nya lah...hehehehe.
Gambar Tuan di US tu memang gambar yang sungguh nostalgik penuh dengan cerita .....
tak merasa pun bunga luar negeri tu....=(
ReplyDeleteisk bila la saya berpeluang nak dapat feeling sakura ni.. huhu
ReplyDelete-saya pun teringin nak ke Jepun...
ReplyDelete-saya suka tgk gambar2 lama uncle..sebab boleh tengok style org2 zaman tu..:P
Rajnikanth.Sivaji the boss.nampak sebijiklah tuan haji.
ReplyDeletememang sebijik rupa RAJNIKANTH ....
ReplyDeletekenapalah produser filem Tamil tu tak jumpa Pak Ngah dulu, komfom dia ambik berlakon
nostalgia betul gambar2 lama ni
rajinikan bukan sahruhkan
ReplyDeleteHuu rare gmbr ni bang!
ReplyDeleteKAMSIAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
BETUL .. KAMERA DULU KIRA NASIBLAH KALAU GAMBAR DIA JADI KE TAK JADI. ITU PUN SELEPAS DI CUCI. KADANG2 DALAM 24 KEPING TU, SUKU TAK MENJADI.
Hehe.. comelnye gambar dulu-dulu.
ReplyDeleteYelah..mcm Prof Lim Swee Tim tu. Mcm Kak KTS ckp tu.
KTS
ReplyDeleteNAMPAKNYA AWAK TELAH BETUL2 MENGHAYATI PERBEZAAN MAKNA SERUPA DAN SAMA. SYABAS !
SAYA JUGA MENGAGUMI PROF ITU DALAM KONTEKS PENGUASAAN BELIAU KE ATAS BAHASA MELAYU.
ANIF
ReplyDeleteNAK PERGI MANA .. JEPUN KE USA ! SAYA TERINGIN NAK PERGI JEPUN.
AZMNOR
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
KALAU TAK ADA GAMBAR2 TU, MUNGKIN SAYA PUN DAH LUPA MACAMANA RUPA SAYA PADA MASA ITU DAN JUGA BUNGA SAKURA.
TAPI SEKARANG INI DAH MALAS SIKIT NAK AMBIL GAMBAR ... SAMPAIKAN GAMBAR ANAK2 PUN DALAH MALAS NAK AMBIL.
MOMMY FARA
ReplyDeleteMUNGKIN BELUM ADA REZEKI LAGI !
AJEE
ReplyDeletePERGI JEPUN DEKAT SIKIT .. AIRASIA PUN DAH PERGI SANA.
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteKALAU AWAK NAK PERGI JEPUN NANTI.. BERITAHULAH SAYA. MUNGKIN KITA BOLEH BUAT ROMBONGAN.
MACAM IA IA JER !
MONALEA
ReplyDeleteSAYA PUN PERASAN MACAM TU JUGA .. NASIB BAIK TAK MACAM MGR.
IBUINTAN
ReplyDeleteTAK SANGKA RAMAI JUGA ORANG MINAT KAT RAJNIKANTH.
KALAU DIA AMBIL SAYA BERLAKON, KOMPON SYARIKAT DIA BENGKRAP.
IKAN EMAS
ReplyDeleteSAYA TAHU DAN SEDAR SIAPA SAYA !
EB
ReplyDeleteBUKAN GAMBAR SAHAJA YANG RARE .. ORANGYA PUN DAH RARE JUGAK ! HEHE
SUFIA
ReplyDeleteSAYA PUN TAK PASTI SEKARANG . ADA YANG KATA MACAM PROF LIM DAN ADA JUGA KATA MACAM RAJ !
Salam bang,
ReplyDeleteMacam MGR lah bang.
Banyak koleksi gambar abg dan keluarga masa di USA dulu ya.
ReplyDeleteSaya punya entah dah kemana. Nasib baik emak Adam percaya saya pernah belajar di sana hehehe
Tuan AL,
ReplyDeletelaa...maksud sy rajini tu hero yg hebat..tak pernah kalah..semua org kampung respek ..heroin mesti dia yg punya...jelingan dia cukup berkesan...belum dia libas kain dia lagi!!!!
assalam, kenangan itu sesuatu yg sangat indah utk dikenang biar pun telah lama berlalu namun dgn adanya foto2 yg tersimpan boleh mengembalikan nostalgia lalu....
ReplyDeletesalam kenal...
saya pun teringin nak tengok pokok tue.. huhuhu
ReplyDeletekalau tak sakura pun, ala-ala musim bunga sakura pernah IM tengok di penang ni...
ReplyDeleteRambut Uncle maintain jer angin kuat pun yek...Seronok tgk gambo2 Uncle..
ReplyDeleteBila la nak merasa p Washington DC neh...
YB 1
ReplyDeleteRAMBUT MEMANG ADA MACAM RAMBUT MGR ! JANGAN JELES ..
YB 2
TAKKAN LANGSUNG AWAK TAK ADA SIMPAN GAMBAR2 KAT SANA.
IKAN EMAS
ReplyDeleteSAYA GURAU JER .. JANGAN KECIK HATI. TAPI SRK PUN BUKANYA HENSEM SANGAT !
SECANGKIR MADU MERAH
ReplyDeleteNASIB BAIK GAMBAR2 ITU MASIH ADA DALAM SIMPANAN SAYA WALAUPUN TIDAK TERSUSUN. SEKARANG INI SAYA SEDANG BERUSAHA UNTUK UPLOAD DALAM KOMPUTER SEMUA GAMBAR YG ADA UTK MENGELAKKAN KEROSAKAN.
SALAM KENAL JUGA DARI SAYA.
AUJINZ
ReplyDeletePOKOKNYA TAK CANTIK .. YANG CANTIK BUNGANYA !
INSAN MARHAEN
ReplyDeleteMUNGKIN KALAU DI TANAM KAT PENANG, DIA BOLEH HIDUP SUBUR KOT ! CUBALAH ..
CIK SHINJU
ReplyDeleteAWAK PERGILAH BERBULAN MADU KE SANA NANTI PADA MUSIM BUNGA KERANA MUSIM BUNGANYA CUKUP CANTIK !
Saya pun masih terkenangkan keindahan sakura semasa mula mula a menjejaki kaki ke Jepun dulu.
ReplyDeletePeribahasa Jepun ( Part 2 )
MIECYBER
ReplyDeleteMEMANG SAYA PUN TELAH LAMA MENYIMPAN CITA2 UNTUK PERGI KE SANA .. BERKELANA KE COUNTRYSIDE NYA.