Saturday, April 9, 2011

MASING-MASING ADA AKAL !

Salam Hari Jumaat.



Kalau minum (mabuk) dan memandu, ada tiga pilihan .. samada nak ke penjara, hospital atau rumah mayat.


Pilihlah ke mana nak pergi. 

Namun begitu orang Islam diharamkan minum (arak) samada ingin memandu atau pun tidak. 

Apakah perbuatan meminum arak yang diharamkan oleh ugama Islam tu baik untuk kita ?

Dengan menggunakan komensen sahaja kita boleh tahu ia tidak baik. Tengoklah gambar-gambar di bawah ini, apa dah jadi ..



Dah tak tahu nak bezakan antara jamban dengan bantal busuk !


http://scrapetv.com/News/News%20Pages/Business/images-4/crazy-drunk-man.jpg

Tertonggeng tak ingat dunia. Lama-lama boleh mati kerana darah turun ke kepala.



Yang terpelajar dan bekerjaya pun tidak terkecuali  .. tergadai maruah dan kehormatan diri kalau dah terbungkang macam ni.



http://www.dwiblog.org/wp-content/uploads/2010/01/DrunkDriving.jpg

 Lebih malang kalau ia meragut nyawa sendiri dan juga nyawa orang lain.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg57J4or_GZ68t3Q5SJEjGwRj0gVw-GH8G2S10W1jkGftqmqhGyT_uGATLZanLdaU5dXofoDFOtTLsM7yxq3gax6GQiv2oxqxH7M6dVk5Bp9gyl53YgAm_lYU2BdZNVSZlSRGvGVGLIGNPx/s1600/drunk-girl.jpg

Kalau dah mabuk .. tak kira lelaki ke perempuan. Kesannya sama sahaja.
Buruk !

Semua gambar adalah hasil carian Google.



Begitulah juga dengan perbuatan2 terlarang yang lain seperti ..

* berjudi
* seks bebas
* menyalahgunakan dadah, dll.

Oleh itu gunakan akal yang diberi dengan sebaik-baiknya agar kita terselamat di dunia dan juga di akhirat kelak.


p/s: bidang tugas saya telah menemukan banyak kes peminum arak berumur seawal usia 12 tahun. Yang sedihnya, sangat ramai dari kalangan bangsa Melayu.

.........................................oo0oo..................................

nota kaki:

Mungkin kita telah membuat satu dosa .. janganlah kerananya kita membuat satu dosa lain yang lebih besar dengan membunuh diri untuk mengelakkan dari malu dari dosa tersebut. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat, InsyaAllah taubat kita akan diterima oleh Allah swt. Kalau pun kita dihukum  .. esok masih ada. Mungkin dengan hukuman tersebut, akan meringankan sedikit seksaan yang akan dikenakan di akhirat kelak. InsyaAllah.

.

42 comments:

  1. Mudah2an kita tidak pergi dalam keadaan hina mahupun ngeri...

    ReplyDelete
  2. tiap kali lalu depan kilang carlsberg kat federal highway saya mesti senyum~~bau beer yang sedang dimasak sama macam bau keledek bakar~haha~~

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum THJ...

    Moga sihat hendaknya..

    Sungguh arak itu ibu segala maksiat, dan Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan keluar peminum khamar itu pada hari kiamat dari kuburnya lebih busuk dari bangkai sedang botol khamar itu dikalungkan dilehernya dan gelas ditangannya, sedang di antara kulit dan daging badannya penuh ular dan kala dan memakai kasut dari api yang mendidihkan otaknya, sedang kuburnya akan berupa liang neraka dan menjadi kawan Fir'aun dan Haman."

    ReplyDelete
  4. 1. Menjijikkan.....

    2. Hairannya masih menjadi kebanggaan.

    3. Sedih kalau ada saudara kita yg masih alpa....

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum tn hj..

    trime kasih melawat dan komen di blog saya pada entri semalam..

    saya sangat terkejut dan menghargainya..saya tahu tn hj sangat sibuk dan memang amat sukar untuk melawat dan hantar komen ke blog saya ( blog lain sy tak pasti)

    semoga tn hj dan keluarga senantiasa dirahmati Allah SWT

    ReplyDelete
  6. salam uncle,

    terkejut saya dengan kenyataan uncle yg budak 12tahun dah pandai minum arak..hmmm..rosak akhlak budak2 zaman skang ni..

    ReplyDelete
  7. Salam Jumaat Tn Hj...

    Memang semua larangan Allah tu ada hikmah disebaliknya....kerana dia pencipta lebih tau apa yg diperlukan oleh ciptaannya....
    ...hanya yg mau berfikir saja boleh menerima segala ketentuannya...

    Terima kasih Tuan mengajak sama-sama berfikir atas segalanya.

    nota : Selagi nyawa belum sampai ke halkum pintu taubat Allah senentiasa terbuka seluas-luasnya....Allahuallam

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum uncle :)

    Astaghfirullah... jauhilah umat rasulullah sedemikian rupa.. amminn.

    ReplyDelete
  9. kenapa tak diharamkan saja penjualan arak ye..(sama jugak rokok)

    ohh, banyak agenda tersirat sebenarnya kan..sape yg tau tu tau la..

    apapun, mmg buruk betul apa yg tjadi dalam gambar2 tu..

    *pnh tgok dpn mata, org mabuk, bwk motor masuk longkang..xde org sudi tlg pun sbb kat tgn msh genggam botol *%#^..dlm hati saya, padan muka kat dia..

    ReplyDelete
  10. As salam en hamzah... :D

    Ya Allah moga dijauhkanlah diri kita sumer dari perkara2 yang di larang seperti yang diatas ni... Amin...

    ReplyDelete
  11. punca segala maksiat dan kejahatan..


    semasa mengajar di sebuah kawasan Felda dulu, ada anak murid yang dah minum arak, dia kata abahnya beri.... memang tak berakal

    ReplyDelete
  12. subhanallah...semoga kita di jauhkan dari perkara sebegitu.

    ReplyDelete
  13. as salam...moga ahli keluarga kita tak begitu kan uncle

    ReplyDelete
  14. Assalam AL..itu sebab arak diharamkan..
    terkejut jugak bila AL kata banyak dikalangan remaja melayu diawal usia 12 lagi dah pandai minum arak..'rasa macam tak tercapai dik akal..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum

    di bangsar ni tak terkira orang mabuk

    ReplyDelete
  16. KAKCIK

    INSYAAALLAH TIDAK .. JIKA KITA SENTIASA MELAKASANAKAN SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN LARANGANNYA.

    ReplyDelete
  17. BUJAL X

    MUNGKIN SALAH SATU RAMUANNYA ADALAH KELEDEK BAKAR KOT !

    ReplyDelete
  18. UST ABD RAZAK

    WAALAIKUMSALAM.

    MEMANG TEPAT SEKALI ARAK ITU DILETAKKAN SEBAGAI IBU SEGALA MAKSIAT. TAPI HAIRANNYA MASIH RAMAI YANG TIDAK TAHU MENGGUNAKAN AKAL.

    ReplyDelete
  19. IKAN EMAS

    ITULAH TUJUAN SAYA SELAIN UNTUK PERINGATAN KEPADA DIRI SENDIRI.

    ReplyDelete
  20. KAKZAKIE

    SEKARANG INI MASALAH ITU LAGI BERLELUASA TERUTAMANYA DI LANGKAWI KERANA HARGANYA YANG JAUH LEBIH MURAH BERBANDING DI TEMPAT LAIN.

    ReplyDelete
  21. ROM

    WAALAIKUMSALAM

    TERIMA KASIH JUGA KEPADA ROM YANG SENTIASA SETIA MENGUNJUNGI BLOG SAYA SEDANGKAN SAYA TIDAK DAPAT BERBUAT BEGITU SELALU.

    MEMANDANGKAN MASA YANG TERHAD, SAYA SELALUNYA BACA DAN KOMEN SESUATU ENTRI YANG MENYENTUH HATI SAYA TANPA MEMILIH SAMADA DIA ADA MELAWAT/KOMEN BLOG SAYA ATAU MENJADI FOLLOWER SAYA ATAU PUN TIDAK.

    ReplyDelete
  22. CIKSHA

    SALAM KEMBALI

    MEMANG MULA2 DULU SAYA PUN TERKEJUT .. TAPI SEKARANG SUDAH TIDAK LAGI. ADA KES ITU BAPA YANG MENGAJARNYA.

    ReplyDelete
  23. AZMNOR

    SALAM KEMBALI

    BENAR SEKALI .. PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA. DIHARAP MEREKA YANG SEDANG BERGELUMANG DENGAN MAKSIAT ITU SEMPAT BERTAUBAT SEBELUM MEREKA MENUNTUP MATA.

    DAN SAYA JUGA SENTIASA BERDOA AGAR HIDUP INI AKAN BERAKHIR DALAM IMAN.

    ReplyDelete
  24. SAR

    WAALAIKUMSALAM

    JAGALAH KAUM KELUARGA KITA DARI TERBABIT DENGAN GEJALA TERSEBUT DENGAN MENJAUHI APA LAGI BERSAHABAT DENGAN PEMINUM ARAK.

    ReplyDelete
  25. JEJARI HALUS

    MUNGKIN BANGSA DAN AGAMA LAIN AKAN BANTAH KALAU DI HARAMKAN. TAPI HAIRANNYA, DADAH BOLEH PULAK DIHARAMKAN, SEDANGKAN ARAK ADALAH IBU KEPADA SEGALA MAKSIAT.

    *KALAU SAYA PUN TAK AKAN TOLONG ORG YANG MASUK LONGKANG ITU. PADAN MUKA DIA !

    ReplyDelete
  26. MAMA ZHARFAN

    SEMOGA DIJAUHKAN ALLAH.

    ReplyDelete
  27. HAJARUS

    SALAM KEMBALI

    SEKARANG INI DUGAAN DATANG DARI PELBAGAI SUDUT DARI DALAM DAN LUAR NEGARA DENGAN ADANYA INTERNET.

    ReplyDelete
  28. IBUINTAN

    KENYATAAN CIKGU MENGESAHKAN APA YANG SAYA TULIS. MULA2 DULU SAYA MACAM TAK PERCAYA ADA KES BEGITU, TETAPI SEKARANG INI SUDAH LALI.

    ReplyDelete
  29. FAIRAUS BIN MAMAT

    BAGUS JUGA AYAT ITU DIGUNAKAN UNTUK BUAT STICKER KEMPEN.

    ReplyDelete
  30. JUNAINA

    SEMOGA KITA DAN KETURUNAN KITA TIDAK TERJEBAK DENGAN MAKSIAT ITU.

    ReplyDelete
  31. LM

    SALAM KEMBALI.

    DIHARAPKAN BEGITULAH .. SAYA TAK TAHU KEHIDUPAN PAK ARAB DI DOHA.

    ReplyDelete
  32. KAK ERNA

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG SAYA MULANYA TAK PERCAYA JUGA.
    TETAPI IA ADALAH KENYATAAN.

    KOMEN IBUINTAN DI ATAS MEMBENARKAN KATA-KATA SAYA.

    ReplyDelete
  33. CEMPAKA

    BUKAN DI BANGSAR SAHAJA .. DI MERATA TEMPAT DAH SEKARANG INI, SAMPAIKAN KE PERKAMPUNGAN MELAYU TRADISIONAL PUN PERKARA ITU BERLAKU.

    ReplyDelete
  34. AZIEAZAH

    SAYA JUGA MENGINGATKAN DIRI SENDIRI DAN JUGA ANAK2 SAYA YANG MEMBACA ENTRI INI.

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum THJ,

    benar, segala apa yang dilarang jgn di buat. kerana di sebalik larangan itu terselindung hikmah yg begitu besar.

    ah.

    manusia mmg suka merasakan mereka lebih tahu dari Yang Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  36. MUTIARA BERNILAI

    KALAU MANUSIA TAHU DAN SEDAR ASAL KEJADIAN MEREKA, TENTULAH MEREKA TIDAK MERASAKAN BEGITU.

    MOGA2 KITA SEMUA TERHINDAR DARI PERASAAN SOMBONG BEGITU.

    ReplyDelete
  37. sy tak minum ketika memandu. mmg bahaya.


    maksud sy minum minuman yg halal. yg haram... errrr... tak pernah. takkan. insyaallah

    ReplyDelete
  38. KTS

    SAYA AKUI MEMANG SAYA ADA MINUM SEMASA MEMANDU .. KALAU DARI SEREMBAN SAMPAI KE PERLIS TAK MINUM, MAHU PENGSAN DIBUATNYA .. KALAU DAH PENGSAN, LAGI BAHAYA KAN!

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.